Pekebun Durian Musang King Desak Penebangan Pokok Di Hentikan Usah Langgar Perintah Mahkamah



RAUB: "Kita mati tak apa, itu pokok tak ada salah. Tak boleh tebang pokok," kata seorang pekebun durian Raub ketika berdepan dengan kakitangan Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP), hari ini.
Insiden itu berlaku ketika pertembungan antara kumpulan pekebun diketuai Penasihat Save Musang King Alliance (SAMKA) Chow Yu Hui yang juga Ahli Parlimen Raub, dalam usaha menghalang pihak berkuasa menebang pokok durian Musang King di Sungai Klau dekat sini.
Kumpulan tersebut hadir di kawasan itu bagi mendesak tuntutan mereka agar tindakan menebang pokok-pokok durian dihentikan serta-merta.
Ketika bertembung dengan pihak UPNP, Chow bersama Pengerusi SAMKA Wilson Chang segera berunding dan meminta operasi penebangan itu dihentikan.
Berdasarkan video-video yang dirakam mereka, ketika kejadian operasi tersebut masih berjalan menyaksikan kerja-kerja menebang diteruskan.
Video turut memaparkan aksi perang mulut antara pihak SAMKA dan anggota penguat kuasa.


Semalam Malaysiakini melaporkan sekumpulan pekebun durian yang terlibat dalam pertikaian tanah dengan kerajaan Pahang itu mendakwa pihak kerajaan melanggar perintah mahkamah apabila menebang kira-kira 200 pokok durian Musang King.
Chow berkata anggota UPNP bersama kakitangan Jabatan Perhutanan, Pejabat Tanah serta polis telah masuk ke kebun durian di Sungai Klau sekitar jam 11 pagi semalam untuk menebang pokok-pokok berkenaan.


Bagaimanapun kerajaan Pahang dalam maklum balasnya menafikan dakwaan yang mengatakan kerajaan negeri melanggar perintah mahkamah dengan menebang pokok durian Musang King dalam operasi penguatkuasaan di Sungai Klau itu.
Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang, Datuk Seri Saiful Edris Zainuddin berkata operasi yang dijalankan oleh penguat kuasa kerajaan negeri bersama kakitangan Jabatan Perhutanan, Pejabat Tanah serta polis itu tidak terikat dengan mana-mana perintah mahkamah.
“Dakwaan bahawa kerajaan negeri telah melanggar perintah mahkamah adalah tidak benar. Permohonan mereka untuk semakan kehakiman berhubung perintah pengusiran telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi Kuantan, dan permohonan penangguhan turut ditolak oleh Mahkamah Rayuan.
“Keputusan Mahkamah Rayuan pada 19 Julai menjelaskan bahawa pekebun sepatutnya memohon perintah penangguhan (terhadap perintah pengusiran) di Mahkamah Tinggi di bawah Seksyen 43 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 pada peringkat awal, setelah permohonan semakan kehakiman ditolak.
“Namun, mereka terus ke Mahkamah Rayuan untuk mendapatkan perintah penangguhan tanpa melalui prosedur yang sepatutnya. Oleh itu, permohonan tersebut ditolak,” katanya, semalam.
Sementara itu Chow yang juga pemimpin DAP dalam kenyataan balas hari ini menegaskan kenyataan Saiful Edris, yang mendakwa "penebangan pokok durian tidak melanggar perintah mahkamah" adalah tidak betul dan sangat mengelirukan.
Menurutnya, Mahkamah Rayuan pada 28 Mei 2024 mengeluarkan perintah yang jelas melarang sebarang aktiviti penebangan pokok durian di kawasan-kawasan yang terlibat, termasuk kebun durian di Sungai Klau dan Sungai Ruan, Raub lokasi di mana tindakan penguatkuasaan kerajaan negeri dilakukan sehingga keputusan rayuan dimuktamadkan.
"Kerajaan Negeri tidak membuat sebarang rayuan terhadap perintah ini, dan mahkamah juga tidak menarik balik larangan terhadap penebangan pokok durian.
"Oleh itu, perintah mahkamah tersebut masih berkuat kuasa, dan tiada sesiapa pun yang dibenarkan untuk menebang pokok durian sesuka hati," katanya.
Dia turut mengecam tindakan serbuan oleh kerajaan negeri pada 8 April sebagai satu tindakan yang mengabaikan perintah mahkamah serta prinsip kedaulatan undang-undang.
Justeru dia memaklumkan pasukan peguam yang mewakili pekebun telah menghantar surat rasmi kepada kerajaan negeri bagi menuntut agar tindakan penebangan dihentikan. #MalaysiaKini
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2025/04/pekebun-durian-musang-king-desak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tindakan Tebang Kira Kira 200 Pokok Musang King Kerajaan Pahang Tidak Langgar Perintah Mahkamah

Tindakan Tebang Kira Kira 200 Pokok Musang King Kerajaan Pahang Tidak Langgar Perintah Mahkamah

papar berkaitan - pada 9/4/2025 - jumlah : 193 hits
KUANTAN Tindakan menebang kira kira 200 pokok durian musang king dalam operasi penguatkuasaan di Raub pada Selasa tidak melanggar sebarang perintah mahkamah Penasihat Undang Undang Negeri Datuk Seri Saiful Edris Zainuddin berkata dakwaan Sa...
Isu Musang King Raub Aktivis Desak Supaya Penceroboh Haram Dan Pelindung Mereka Diheret Ke Mahkamah

Isu Musang King Raub Aktivis Desak Supaya Penceroboh Haram Dan Pelindung Mereka Diheret Ke Mahkamah

papar berkaitan - pada 15/4/2025 - jumlah : 159 hits
KUANTAN Kerajaan Pahang disaran membawa semua penceroboh tanah haram kebun durian musang king ke mahkamah tanpa perlu melayan sebarang bentuk rundingan daripada pihak itu Aktivis masyarakat Mohd Shukri Mohd Ramli berkata pihak yang bersekon...
Isu Kebun Durian Musang King Haram Muda Pahang Syor Agar Kerajaan Tubuhkan Siasatan Diraja

Isu Kebun Durian Musang King Haram Muda Pahang Syor Agar Kerajaan Tubuhkan Siasatan Diraja

papar berkaitan - pada 15/4/2025 - jumlah : 209 hits
KUANTAN Parti Ikatan Demokratik Malaysia Pahang mengesyorkan agar Siasatan Diraja ditubuhkan ekoran isu pencerobohan haram tanah kerajaan oleh pekebun durian di negeri ini Pemangku Pengerusinya Ahmad Zarul Afiq Arifudin berkata RCI itu juga...
Ada Kowtim Tidak Masuk Akal Beratus Ratus Ekar Tanah Kerajaan Ditebang Tebas Dan Ditanam Durian Musang King

Ada Kowtim Tidak Masuk Akal Beratus Ratus Ekar Tanah Kerajaan Ditebang Tebas Dan Ditanam Durian Musang King

papar berkaitan - pada 15/4/2025 - jumlah : 160 hits
KUALA LUMPUR Bekas penasihat media Perdana Menteri berpendapat isu penerokaan tanah secara haram bukanlah sesuatu yang baru berlaku dan sukar untuk diterima ia terlepas daripada pengetahuan pihak berkuasa Menulis di media sosial A Kadir Jas...
Kes Kebun Durian Musang King Ahli Parlimen Raub Dan Pengerusi Samka Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

Kes Kebun Durian Musang King Ahli Parlimen Raub Dan Pengerusi Samka Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

papar berkaitan - pada 15/4/2025 - jumlah : 170 hits
KUANTAN Ahli Parlimen Raub Chow Yu Hui dan Pengerusi Save Musang King Alliance Wilson Chang dibebaskan dengan jaminan polis hari ini selepas ditahan bagi membantu siasatan kerana didakwa menghalang penjawat awam menjalankan tugas dalam oper...
Musang King Dakwa Semua Penceroboh Di Mahkamah Dan Mereka Yang Melindungi Sejak 40 Tahun Lalu

Musang King Dakwa Semua Penceroboh Di Mahkamah Dan Mereka Yang Melindungi Sejak 40 Tahun Lalu

papar berkaitan - pada 14/4/2025 - jumlah : 242 hits
KUANTAN Kerajaan Pahang perlu membawa mereka yang terlibat dengan pencerobohan tanah haram musang king ke muka pengadilan tanpa perlu melayan apa jua rundingan dengan pihak terbabit Malah semua pihak yang bersekongkol dibelakang tabir denga...
Kes Kebun Haram Musang King Ahli Parlimen Raub Ditahan Polis Atas Dakwaan Menghalang Penjawat Awam

Kes Kebun Haram Musang King Ahli Parlimen Raub Ditahan Polis Atas Dakwaan Menghalang Penjawat Awam

papar berkaitan - pada 15/4/2025 - jumlah : 221 hits
RAUB Ahli Parlimen Raub Chow Yu Hui ditahan polis petang ini kerana menghalang penjawat awam daripada menjalankan tugas semasa Op Sekat 3 0 di sini minggu lalu Perkara itu dimaklumkan melalui satu hantaran oleh pentadbir Facebook Yu Hui seb...
Musang King Raub Pas Pahang Tuntut Tubuh Suruhanjaya Siasatan Diraja Siasat Kes Ceroboh Tanah Kerajaan

Musang King Raub Pas Pahang Tuntut Tubuh Suruhanjaya Siasatan Diraja Siasat Kes Ceroboh Tanah Kerajaan

papar berkaitan - pada 15/4/2025 - jumlah : 194 hits
KUANTAN PAS Pahang hari ini mendesak agar kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat apa sebenarnya yang berlaku dalam isu penerokaan tanah kerajaan untuk ditanam pokok musang king di Raub Pesuruhjaya PAS Pahang Dato Ros...
Bela Pekebun Durian Raub Perikatan Nasional Gesa Supaya Dap Tinggalkan Kerajaan Perpaduan Di Pahang

Bela Pekebun Durian Raub Perikatan Nasional Gesa Supaya Dap Tinggalkan Kerajaan Perpaduan Di Pahang

papar berkaitan - pada 14/4/2025 - jumlah : 192 hits
nbsp KUANTAN nbsp Perikatan Nasional Pahang menggesa DAP supaya meninggalkan Kerajaan Perpaduan negeri sekiranya parti itu berhasrat untuk terus berkonfrontasi dengan tindakan penguatkuasaan terhadap pencerobohan tanah kerajaan Gesaan itu d...
Elected Decay

Rakan Kkm A Public Initiative Says Health Minister

Rahsia Langsaikan Hutang Ptptn Lebih Awal Tanpa Beban Panduan Praktikal Dari Ebook Ini

Top Business Growth Strategies

How Biometric Payment Systems Are Shaping The Future Of Transactions

Bookkeepers Near You In Stockton Why Proximity Matters For Personalized Service

How To Choose The Right Insurance Policy In Malaysia For Complete Protection

Nurul Izzah Marches With Lawyers Moots Tribunal To Probe Jac Leak Claims


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Telatah Spontan Anak Bella Astillah Merangkul Leher Syed Saddiq Video

Beli Kenangan Coffee Latte Rm6 90 Je

Tiada Tuhan Selain Allah

4u2c Kami Rappers Chord

Rangka Manusia Ditemui Di Felda Bukit Mendi Dikenal Pasti Milik Seroang Lelaki Dilaporkan Hilang 14 Bulan Lalu

Pursuing The Timeless The Gasbox Bmw R80