Isu Musang King Raub Aktivis Desak Supaya Penceroboh Haram Dan Pelindung Mereka Diheret Ke Mahkamah




KUANTAN: Kerajaan Pahang disaran membawa semua penceroboh tanah haram kebun durian musang king ke mahkamah tanpa perlu melayan sebarang bentuk rundingan daripada pihak itu.
Aktivis masyarakat, Mohd Shukri Mohd Ramli berkata, pihak yang bersekongkol dengan penceroboh juga wajar dikenakan tindakan setimpal mengikut lunas undang-undang.
Menurutnya, perkara ini sudah terlalu lama dan sepatutnya mereka yang terlibat didakwa di mahkamah.
"Saya hairan, sehingga ke hari ini tiada seorang pun penceroboh dan pegawai berkaitan diambil tindakan undang-undang terhadap isu ini.
"Kenapa tiada sesiapa yang didakwa? Saya berharap agar semua pihak terlibat dibawa ke muka pengadilan bukan hanya penceroboh semata-mata.
"Pencerobohan tidak akan berlaku jika ia tidak dilindungi oleh pihak-pihak yang berkepentingan," katanya pada Selasa.
Mohd Shukri menambah, kerajaan Pahang perlu mengambil tindakan lebih tegas dalam menangani isu ini.
Jelasnya, jika tidak, penceroboh akan terus menduduki tanah tersebut walaupun pokok-pokok balak telah ditebang.
"Amat tidak masuk akal, penceroboh pula yang berani mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan Pahang bagi membatalkan notis pengosongan terhadap tanah yang mereka sendiri ceroboh.
“Meskipun kerajaan negeri telah memenangi kes ini hingga ke peringkat Mahkamah Rayuan, penceroboh masih bebas menjalankan aktiviti dan mengaut hasil durian sesuka hati tanpa sebarang rasa bersalah,” katanya.
Beliau berkata, lebih mengejutkan, mereka dengan berani menghalang pihak berkuasa daripada mengambil tindakan.
Menurutnya, ini jelas menunjukkan wujudnya pihak yang melindungi mereka.
"Sebab itulah mereka begitu berani bangkit melawan dan kononnya mempertahankan hak mereka,” katanya lagi.
Sebelum ini, operasi penguatkuasaan ke atas kebun durian di Raub mencetuskan pelbagai reaksi apabila pekebun didakwa tidak berpuas hati selepas tanaman mereka dimusnahkan.
Kerajaan Pahang pula menafikan melanggar perintah mahkamah apabila kira-kira 200 pokok durian Musang King ditebang dalam operasi di Sungai Klau, Raub pada 8 April lalu.
Operasi yang disertai polis dan Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) itu dijalankan di kawasan kebun yang diteroka tanpa kebenaran dan dijangka berlangsung hingga 3 Mei ini. #SinarHarian
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2025/04/isu-musang-king-raub-aktivis-desak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Musang King Dakwa Semua Penceroboh Di Mahkamah Dan Mereka Yang Melindungi Sejak 40 Tahun Lalu

Musang King Dakwa Semua Penceroboh Di Mahkamah Dan Mereka Yang Melindungi Sejak 40 Tahun Lalu

papar berkaitan - pada 14/4/2025 - jumlah : 168 hits
KUANTAN Kerajaan Pahang perlu membawa mereka yang terlibat dengan pencerobohan tanah haram musang king ke muka pengadilan tanpa perlu melayan apa jua rundingan dengan pihak terbabit Malah semua pihak yang bersekongkol dibelakang tabir denga...
Penceroboh Haram Musang King Raub Sekat Laluan Pegawai Unit Penguatkuasa Negeri Pahang

Penceroboh Haram Musang King Raub Sekat Laluan Pegawai Unit Penguatkuasa Negeri Pahang

papar berkaitan - pada 12/4/2025 - jumlah : 122 hits
RAUB Tiada kejadian rusuhan melibatkan pekebun durian dan pegawai Unit Penguat Kuasa Negeri Pahang yang disekat ketika melalui jalan di kawasan Pekan Klau seperti yang tular dalam Facebook Ketua Polis Daerah Raub Superintendan Mohd Shahril ...
Kes Kebun Haram Musang King Ahli Parlimen Raub Ditahan Polis Atas Dakwaan Menghalang Penjawat Awam

Kes Kebun Haram Musang King Ahli Parlimen Raub Ditahan Polis Atas Dakwaan Menghalang Penjawat Awam

papar berkaitan - pada 15/4/2025 - jumlah : 143 hits
RAUB Ahli Parlimen Raub Chow Yu Hui ditahan polis petang ini kerana menghalang penjawat awam daripada menjalankan tugas semasa Op Sekat 3 0 di sini minggu lalu Perkara itu dimaklumkan melalui satu hantaran oleh pentadbir Facebook Yu Hui seb...
Pekebun Durian Musang King Desak Penebangan Pokok Di Hentikan Usah Langgar Perintah Mahkamah

Pekebun Durian Musang King Desak Penebangan Pokok Di Hentikan Usah Langgar Perintah Mahkamah

papar berkaitan - pada 10/4/2025 - jumlah : 101 hits
RAUB Kita mati tak apa itu pokok tak ada salah Tak boleh tebang pokok kata seorang pekebun durian Raub ketika berdepan dengan kakitangan Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang hari ini Insiden itu berlaku ketika pertembungan antara kumpulan peke...
Isu Musang King Raub Samka Kumpul 400 Tanda Tangan Yang Akan Diserahkan Pada Pm Dan Sultan Pahang

Isu Musang King Raub Samka Kumpul 400 Tanda Tangan Yang Akan Diserahkan Pada Pm Dan Sultan Pahang

papar berkaitan - pada 12/4/2025 - jumlah : 157 hits
RAUB Save Musang King Alliance mengumpul sekitar 400 tandatangan dalam masa kurang tiga jam hari ini untuk petisyen bagi menuntut supaya operasi penebangan pokok durian oleh Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang di tanah yang menjadi pertikaian...
Isu Kebun Durian Musang King Haram Muda Pahang Syor Agar Kerajaan Tubuhkan Siasatan Diraja

Isu Kebun Durian Musang King Haram Muda Pahang Syor Agar Kerajaan Tubuhkan Siasatan Diraja

papar berkaitan - pada 15/4/2025 - jumlah : 137 hits
KUANTAN Parti Ikatan Demokratik Malaysia Pahang mengesyorkan agar Siasatan Diraja ditubuhkan ekoran isu pencerobohan haram tanah kerajaan oleh pekebun durian di negeri ini Pemangku Pengerusinya Ahmad Zarul Afiq Arifudin berkata RCI itu juga...
Wan Rosdy Bermula 2023 Penceroboh Tanah Haram Di Pahang Akan Diheret Ke Mahkamah Tiada Lagi Kompaun

Wan Rosdy Bermula 2023 Penceroboh Tanah Haram Di Pahang Akan Diheret Ke Mahkamah Tiada Lagi Kompaun

papar berkaitan - pada 21/4/2025 - jumlah : 132 hits
KUANTAN Menteri Besar Pahang menegaskan kerajaan negeri itu telah menguatkuasakan undang undang kepada penceroboh tanah haram sejak tahun 2019 lagi Menurutnya dulu sesiapa yang menceroboh tanah negeri ini hanya dikenakan kompaun tetapi kini...
Musang King Raub Pas Pahang Tuntut Tubuh Suruhanjaya Siasatan Diraja Siasat Kes Ceroboh Tanah Kerajaan

Musang King Raub Pas Pahang Tuntut Tubuh Suruhanjaya Siasatan Diraja Siasat Kes Ceroboh Tanah Kerajaan

papar berkaitan - pada 15/4/2025 - jumlah : 132 hits
KUANTAN PAS Pahang hari ini mendesak agar kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat apa sebenarnya yang berlaku dalam isu penerokaan tanah kerajaan untuk ditanam pokok musang king di Raub Pesuruhjaya PAS Pahang Dato Ros...
The Hidden Light Bioluminescence In Deep Sea Ecosystems

Continuous Learning In Business

Mma No May 6 Symbolic Walk Of Healthcare Practitioners Just Peaceful Gathering Of Mostly Gps

Xiaomi Dilapor Akan Bekerjasama Dengan Huawei Dan Bbk Lancar Os Bebas Google

Anaheim Car Owners Are Turning To This Hassle Free Option

Feeding Pigeons Could Cost You Rm250 Penang City Council Warns

5 Sebab Untuk Rebut Peluang Memiliki Kediaman Di Laman Sendayan 2

Ea Raja Pips Layanan Sistem Manajemen Dalam Bisnis Trading Forex


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Laman Sendayan 2 Kehidupan Ideal Dengan Nilai Terbaik

Ketaksuban Terhadap Gen Ai Suatu Kebebalan

Petua Bawang Kisar Supaya Tak Cepat Rosak

Gani Famous Pasembur Pulau Pinang

Goreng Sekali Elok Gebu Tak Merekah Ini Tip Buat Bergedil Paling Menjadi

Danar Widianto Feat Gloria Jessica Nuansa Romansa Chord