Kes Kebun Haram Musang King Ahli Parlimen Raub Ditahan Polis Atas Dakwaan Menghalang Penjawat Awam




RAUB: Ahli Parlimen Raub, Chow Yu Hui ditahan polis petang ini kerana menghalang penjawat awam daripada menjalankan tugas semasa ‘Op Sekat 3.0’ di sini, minggu lalu.
Perkara itu dimaklumkan melalui satu hantaran oleh pentadbir Facebook Yu Hui sebentar tadi, dengan turut ditahan seorang pengusaha kebun durian yang juga Pengerusi Save Musang King Alliance (SAMKA), Wilson Chang.
“Ahli Parlimen Raub YB Chow Yu Hui dan Pengerusi SAMKA, Wilson Chang disahkan oleh peguam bahawa ditahan oleh pihak polis bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan: “Menghalang penjawat awam pada menjalankan kerja-kerja jawatannya”.
“Kami akan terus memantau perkembangan kes ini dan akan mengemaskinikan maklumat terkini melalui Facebook dan media secepat mungkin,” katanya.
Terdahulu, wakil rakyat DAP itu hadir ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Raub bersama Chang kira-kira jam 4 petang dengan ditemani peguam masing-masing.
Difahamkan, kehadiran mereka berkaitan siasatan kejadian semasa pelaksanaan operasi khas yang bertujuan membanteras pencerobohan tanah membabitkan kumpulan pekebun durian ‘Musang King’ di daerah ini.
Semalam, pihak polis mengesahkan Yu Hui bersama empat individu lain akan dipanggil untuk memberi keterangan atas dakwaan menghalang tugas penjawat awam ketika ‘Op Sekat 3.0’.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Mohd Shahril Abd Rahman berkata, sejumlah 22 laporan polis diterima pihaknya sehingga kini berhubung operasi penguatkuasaan yang menyasarkan pekebun durian haram itu.
Beliau berkata, laporan itu dibuat oleh individu serta badan bukan kerajaan yang menzahirkan sokongan terhadap tindakan penguatkuasaan diambil oleh kerajaan negeri terhadap kebun durian tidak berlesen itu.
Sebelum ini, media melaporkan pekebun didakwa menghalang laluan dengan membawa kain rentang bagi menunjukkan ketidakpuasan hati kerana penguat kuasa memusnahkan tanaman mereka yang berusia puluhan tahun, namun keadaan berjaya dikawal tanpa sebarang insiden tidak diingini.
Kerajaan Pahang menafikan telah melanggar perintah mahkamah apabila menebang kira-kira 200 pokok durian Musang King dalam operasi penguatkuasaan di Sungai Klau, Raub, 8 April lalu. #BuletinTV3
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2025/04/kes-kebun-haram-musang-king-ahli.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Kebun Durian Musang King Ahli Parlimen Raub Dan Pengerusi Samka Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

Kes Kebun Durian Musang King Ahli Parlimen Raub Dan Pengerusi Samka Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

papar berkaitan - pada 15/4/2025 - jumlah : 219 hits
KUANTAN Ahli Parlimen Raub Chow Yu Hui dan Pengerusi Save Musang King Alliance Wilson Chang dibebaskan dengan jaminan polis hari ini selepas ditahan bagi membantu siasatan kerana didakwa menghalang penjawat awam menjalankan tugas dalam oper...
Polis Halang Penjawat Awam Di Raub Lima Individu Termasuk Ahli Parlimen Raub Akan Diambil Keterangan

Polis Halang Penjawat Awam Di Raub Lima Individu Termasuk Ahli Parlimen Raub Akan Diambil Keterangan

papar berkaitan - pada 13/4/2025 - jumlah : 313 hits
RAUB Polis akan mengambil keterangan daripada lima individu termasuk Ahli Parlimen Raub Chow Yu Hui kerana menghalang tugas penjawat awam yang menjalankan operasi penebangan pokok durian musang king di tanah kerajaan di sini baru baru ini K...
Ketua Pemuda Pas Pahang Dakwa Ahli Parlimen Dap Raub Samseng Kerana Halang Tugas Penjawat Awam

Ketua Pemuda Pas Pahang Dakwa Ahli Parlimen Dap Raub Samseng Kerana Halang Tugas Penjawat Awam

papar berkaitan - pada 12/4/2025 - jumlah : 288 hits
KUANTAN Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang mengecam sekeras kerasnya tindakan tidak beradab DAP yang bertindak menghalang penjawat awam daripada menjalankan tugas rasmi mereka dalam operasi penguatkuasaan baru baru ini Ketua Pemuda PAS Pahang M...
Wan Rosdy Tindakan Ahli Parlimen Raub Halang Penjawat Awam Bersifat Individu Tidak Wakili Pendirian Parti

Wan Rosdy Tindakan Ahli Parlimen Raub Halang Penjawat Awam Bersifat Individu Tidak Wakili Pendirian Parti

papar berkaitan - pada 15/4/2025 - jumlah : 140 hits
TAPAH Tindakan Ahli Parlimen Raub Chow Yu Hui yang menghalang penjawat awam menjalankan tugas ketika operasi penguatkuasaan kebun durian di Raub Pahang minggu lalu adalah bersifat peribadi Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismai...
Anthint Loke Peguam Dap Urus Kes Melibatkan Ahli Parlimen Raub Mengikut Saluran Perundangan Yang Betul

Anthint Loke Peguam Dap Urus Kes Melibatkan Ahli Parlimen Raub Mengikut Saluran Perundangan Yang Betul

papar berkaitan - pada 15/4/2025 - jumlah : 204 hits
SUBANG JAYA Peguam DAP kini sedang menguruskan kes melibatkan Ahli Parlimen Raub Chow Yu Hui mengikut saluran perundangan yang betul Setiausaha Agung DAP Anthony Loke Siew Fook memaklumkan parti itu menyerahkan sepenuhnya kepada peguam berh...
Bekas Penjawat Awam Sarawak Dihukum 468 Tahun Penjara Dan Denda Rm180 Juta Atas Kes Money Laundering Cbt

Bekas Penjawat Awam Sarawak Dihukum 468 Tahun Penjara Dan Denda Rm180 Juta Atas Kes Money Laundering Cbt

papar berkaitan - pada 10/4/2025 - jumlah : 250 hits
Mahkamah Sessions Kuching hari ini menjatuhkan hukuman penjara selama 468 tahun dan denda RM180 juta kepada seorang bekas pembantu pentadbiran kewangan Jabatan Kebajikan Negeri Sarawak setelah beliau didapati bersalah atas 39 pertuduhan jen...
Isu Musang King Raub Aktivis Desak Supaya Penceroboh Haram Dan Pelindung Mereka Diheret Ke Mahkamah

Isu Musang King Raub Aktivis Desak Supaya Penceroboh Haram Dan Pelindung Mereka Diheret Ke Mahkamah

papar berkaitan - pada 15/4/2025 - jumlah : 178 hits
KUANTAN Kerajaan Pahang disaran membawa semua penceroboh tanah haram kebun durian musang king ke mahkamah tanpa perlu melayan sebarang bentuk rundingan daripada pihak itu Aktivis masyarakat Mohd Shukri Mohd Ramli berkata pihak yang bersekon...
Operasi Penguatkuasaan Kebun Musang King Polis Pahang Nafi Penglibatan Angkatan Tentera Malaysia

Operasi Penguatkuasaan Kebun Musang King Polis Pahang Nafi Penglibatan Angkatan Tentera Malaysia

papar berkaitan - pada 13/4/2025 - jumlah : 180 hits
KUANTAN Angkatan Tentera Malaysia tidak terlibat dalam operasi penguatkuasaan di kebun durian di Raub seperti yang tular di media sosial sejak semalam Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata setakat ini tiada pergerakan mahupun ...
Isu Kebun Durian Musang King Haram Muda Pahang Syor Agar Kerajaan Tubuhkan Siasatan Diraja

Isu Kebun Durian Musang King Haram Muda Pahang Syor Agar Kerajaan Tubuhkan Siasatan Diraja

papar berkaitan - pada 15/4/2025 - jumlah : 262 hits
KUANTAN Parti Ikatan Demokratik Malaysia Pahang mengesyorkan agar Siasatan Diraja ditubuhkan ekoran isu pencerobohan haram tanah kerajaan oleh pekebun durian di negeri ini Pemangku Pengerusinya Ahmad Zarul Afiq Arifudin berkata RCI itu juga...
Blog Manis Strawberi Datang Memberi Kejutan Hari Ini

Serba Bisa Di Satu Aplikasi Intip Semua Kelebihan Brimo Untuk Aktivitas Sehari Hari

Komandan Brimob Diberhentikan Tidak Dengan Hormat Terlibat Insiden Maut Ojek Online

Isham Jalil Cubaan Ban Akaun Tiktok

Rasa Baru Boleh Berangkak

Hiburan Peniaga Bunga Dedah Bapa Dua Beradik Lemas Pinjam Wang Sebelum Tragedi Nak Sambut Birthday

Hidayah Allah Itu Mahal Nilainya

Terung Buat Pc Menangis


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jangan Harap Pada Manusia Haraplah Hanya Pada Allah

File 168 Memang Df Singgah Blog Setahun Sekali Eh

Tiket Percuma Di Aquaria Klcc Sempena Hari Jadi

Wanita Ditahan Ugut Khianat Guna Api

Jangan Timbulkan Fitnah

Sabah Fc X Adidas Perkenal Jersi Baru Musim 2025 2026