Peka B40 Urus Projek Sakit Dan Kawalan Harga Ubat Antara Pencapaian Kkm Dzulkefly


Bernama 
    Pelaksanaan Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40), pengurusan projek sakit dan inisiatif mengawal harga ubat, merupakan antara pencapaian Kementerian Kesihatan (KKM) di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) sejak setahun lepas.

Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad berkata turut menjadi kebanggaan adalah penubuhan Majlis Penasihat Kesihatan pada 27 Mac lepas yang turut tertumpu kepada agenda meningkatkan kerjasama antara hospital awam dan swasta dalam menambah baik sistem kesihatan di negara ini.

Dalam sidang media berkaitan pencapaian itu, Dr Dzulkefly berkata seramai 2,443 orang telah menjalani saringan kesihatan di bawah projek perintis PeKa B40 sehingga 29 April lepas.

“Projek ini dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan dan disediakan secara percuma kepada penerima. Ia akan melibatkan 800,000 orang dengan peruntukan RM100 juta.

“Sasaran populasi akan dikembangkan pada masa akan datang, bergantung kepada kejayaan projek ini serta penambahan peruntukan daripada kerajaan,” katanya pada sidang media khas sempena setahun PH mentadbir baru-baru ini.

PeKa B40 yang bermula pada 15 April lepas dan kini dalam fasa ujian operasi memberi fokus kepada jalinan kerjasama awam dan swasta dalam meningkatkan akses perkhidmatan kesihatan kepada penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) dan pasangannya yang berumur 50 tahun ke atas bagi menangani masalah penyakit tidak berjangkit (NCD) yang tinggi dalam golongan berkenaan.

Beliau berkata selain manfaat utama iaitu saringan kesihatan, PeKa B40 juga memberi bantuan alat perubatan, insentif melengkapkan rawatan kanser dan insentif tambang pengangkutan.

Selain PeKa B40, Dzulkefly berkata kementerian turut memberi fokus memperkasa perubatan kesihatan keluarga serta mengukuhkan peranan klinik kesihatan sedia ada sama ada sektor awam mahupun swasta bagi menangani penyakit NCD yang semakin membimbangkan di negara ini.

Doktor perubatan kesihatan keluarga sama ada di klinik kerajaan ataupun swasta merupakan komponen penting barisan hadapan perkhidmatan kesihatan kerana bertanggungjawab mengenal pasti dan memastikan usaha mencegah penyakit dalam kalangan masyarakat berjaya.

"Pendekatan yang menekankan pencegahan lebih daripada kuratif dengan tidak menafikan kepentingan untuk kita terus membangunkan fasiliti di hospital kita. Saya telah tekankan mengenai pembaharuan dalam penjagaan kesihatan primer dan primary care.

“Kami mahu setiap klinik menjadi gatekeeper kesihatan, kenal pasti mereka awal, bagi rawatan awal.  Saya mahu kalau boleh sebahagian besar daripada GP (pengamal perubatan) dan MO (pegawai perubatan) kita mengambil pengkhususan dalam bidang perubatan keluarga supaya mereka menjadi pakar perubatan keluarga.

“Kami hendak meletakkan primary care dan penjagaan kesihatan primer dalam konteks klinik kesihatan menjadi satu wajar dan sesuai dengan posisinya dan tidak hanya dilihat sebagai subset kesihatan sahaja tetapi adalah sangat penting,” katanya.

Beliau berkata kementeriannya mengambil serius peningkatan penyakit NCD kerana ia dikesan menjadi antara penyebab utama kemerosotan kualiti kehidupan penghidapnya yang menghadapi komplikasi penyakit tersebut serta punca purata jangka hayat rakyat Malaysia tidak dapat dipertingkatkan, hanya mencapai sekitar usia 75 tahun.

Bersandarkan matlamat yang serupa juga, KKM sedang melaksanakan penyusunan semula perkhidmatan kesihatan Klinik 1Malaysia (K1M) untuk memberi nilai tambah kepada perkhidmatan sedia ada selain menyusun keperluan dan mengoptima sumber manusia dan kewangan.

Daripada 347 K1M, sejumlah 293 akan ditambah nilai dan menjadi Klinik Komuniti manakala 20 akan dinaik taraf fasiliti kepada Klinik Kesihatan dan 34 yang lain bakal ditutup.

Berkaitan dengan pengurusan projek sakit, beliau berkata tindakan tegas telah dilakukan kepada kontraktor yang gagal menyiapkan projek mengikut jadual asal.

“Penamatan kontrak kontraktor utama projek pembangunan Klinik Kesihatan dan Kuarters Kampung Raja, Besut, selepas gagal mengikuti pelan pemulihan yang telah dirancang bersama Pegawai Penguatkuasa JKR (Jabatan Kerja Raya).

“Berdasarkan prestasi sangat lemah, kontraktor utama tidak dapat menyiapkan projek mengikut tarikh siap semasa yang diberikan kini iaitu 22 Mei 2019. Notis penamatan dikeluarkan pada 18 April 2019 dan akan ditender semula dalam tempoh 6 bulan dari tarikh notis,” katanya.

Berhubung dengan penamatan kontrak utama projek pembinaan Hospital Petra Jaya, Sarawak (300 katil) pada Ogos 2018 setelah gagal menyiapkan projek tersebut mengikut jadual asal, proses tender semula telah dijalankan oleh Kementerian Kerja Raya dan syarikat yang berjaya dilantik dijangka akan mula memasuki tapak pada Okt 2019.

Mengulas mengenai usaha mengawal harga ubat, beliau berkata kawalan harga ubat yang bertujuan memastikan akses ubat-ubatan pada harga berpatutan terutama ubat baharu yang mahal di semua klinik, hospital dan farmasi akan dilaksanakan secara berfasa.

Selain itu, KKM juga memperkenalkan beberapa lagi inisiatif bagi meningkatkan penjagaan kesihatan yang holistik dan berkualiti kepada rakyat termasuk penubuhan Jawatankuasa Kerja (Task Force) bagi mengkaji kebolehlaksanaan tindakan mewajibkan imunisasi serta dalam peringkat merangka kertas cadangan penubuhan Institut Kesihatan Mental.

Cadangan tindakan mewajibkan imunisasi akan dibentangkan kepada Jawatankuasa Pemandu Perancangan KKM pada 8 Mei ini untuk kelulusan sebelum diangkat ke Kabinet untuk penelitian lanjut.

Pencapaian lain termasuk menangani masalah kebajikan warga staf KKM menerusi inisiatif Junior Doctors Quandry, program Ideas That Matter yang mengalu-alukan kakitangannya mengemukakan cadangan, idea serta penamatan perkhidmatan ketua jabatan ortopedik di sebuah hospital atas kes salah laku seksual.- Bernama




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/05/peka-b40-urus-projek-sakit-dan-kawalan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tempoh Skim Kawalan Harga Akan Dilanjutkan Kata Menteri

Tempoh Skim Kawalan Harga Akan Dilanjutkan Kata Menteri

papar berkaitan - pada 20/4/2019 - jumlah : 267 hits
Tempoh skim kawalan harga akan dilanjutkan kata menteri Dikemas kini 26 minit yang lalu Diterbitkan pada 20 Apr 2019 8 36PM
Harga Barang Tidak Turun Lepas Hapus Gst Antara Kegagalan Besar Ph Kata Pakar Ekonomi

Harga Barang Tidak Turun Lepas Hapus Gst Antara Kegagalan Besar Ph Kata Pakar Ekonomi

papar berkaitan - pada 29/4/2019 - jumlah : 372 hits
Seorang pakar ekonomi berkata antara kegagalan kerajaan Pakatan Harapan setelah kira kira setahun berkuasa ialah tidak berjaya menurunkan harga barang walaupun selepas menghapuskan Cukai Barang dan Perkhidmatan Prof Barjoyai Bardai berkata ...
Saya Kutip Derma Tanggung Kos Guaman Makan Ubat Tahan Sakit Pak Ya

Saya Kutip Derma Tanggung Kos Guaman Makan Ubat Tahan Sakit Pak Ya

papar berkaitan - pada 20/4/2019 - jumlah : 427 hits
Pengawal keselamatan yang dikenali sebagai Pak Ya yang dibelasah oleh Lan Pet Pet tempoh hari memberitahu tabung kutipan derma yang dijalankan Persatuan Penduduk Acacia Park Desa Jati di Nilai Negeri Sembilan adalah atas permintaannya sendi...
Doa Ayat Ayat Syifa Untuk Anak Sakit Alternatif Selain Makan Ubat

Doa Ayat Ayat Syifa Untuk Anak Sakit Alternatif Selain Makan Ubat

papar berkaitan - pada 3/5/2019 - jumlah : 1045 hits
Bila anak tak sihat selain dapatkan rawatan doktor ikhtiar melalui amalan bacaan ayat suci al Quran juga antara yang boleh membantu Kadang kita terlupa bahawa yang menyembuhkan adalah Allah Jika masih belum baik mintalah bersungguh sungguh ...
Pengecas Nirwayar Infinity Gauntlet Ini Boleh Dimiliki Pada Harga Rm 32 000

Pengecas Nirwayar Infinity Gauntlet Ini Boleh Dimiliki Pada Harga Rm 32 000

papar berkaitan - pada 26/4/2019 - jumlah : 215 hits
Apakah yang anda sanggup lakukan untuk membuktikan anda peminat tegar filem Avengers Sudah ada peminat lain yang melakukan maraton tanpa henti kesemua filem di dalam MCU sebelum menonton End Game Bagi golongan peminat yang tidak mempunyai m...
Harga Ron 97 Naik

Harga Ron 97 Naik

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 342 hits
Kementerian Kewangan Malaysia melalui satu siaran media sebentar tadi mengumumkan bahawa harga runcit Petrol RON 97 naik satu sen menjadi RM 2 81 seliter Manakala harga runcit petrol RON 95 dan Diesel kekal masing masing pada harga RM 2 08 ...
8 Rekomendasi Merek Sandal Lokal Harga Terjangkau Tapi Berkualitas Sobat Missqueen Mari Merapat

8 Rekomendasi Merek Sandal Lokal Harga Terjangkau Tapi Berkualitas Sobat Missqueen Mari Merapat

papar berkaitan - pada 26/4/2019 - jumlah : 217 hits
Kantong tipis jangan sedih Banyak lo brand sandal murah berkualitas buatan lokal yang bisa dilirik Dijamin nggak bikin jiwa sobat missqueen menjerit
Zakat Fitrah Ikut Harga Beras Rm7 Makan Beras Tempatan Rm14 Berat Import

Zakat Fitrah Ikut Harga Beras Rm7 Makan Beras Tempatan Rm14 Berat Import

papar berkaitan - pada 26/4/2019 - jumlah : 339 hits
Majlis Agama Islam Melaka memaklumkan zakat fitrah di Melaka ditetapkan pada dua kadar tahun ini iaitu RM7 dan RM14 berbanding RM6 70 tahun lepas kata Pengerusinya Adly Zahari Beliau yang juga Ketua Menteri berkata kadar itu ditetapkan mene...
Empat Faktor Mempengaruhi Kenaikkan Pasaran Harga Emas

Empat Faktor Mempengaruhi Kenaikkan Pasaran Harga Emas

papar berkaitan - pada 26/4/2019 - jumlah : 292 hits
Menurut pakar pergerakan pasaran harga jangka pendek untuk logam kuning bergantung kepada beberapa faktor asas Pada masa akan datang gabungan faktor pada inflasi kadar faedah dan dolar AS akan menjejaskan nilai dagangan emas Kesemua faktor ...
3 Pelampau Khawarij Ditahan

Lost Opportunities In Labuan

Dua Bersaudara Maut Tiga Cedera Parah Nahas 4wd

Lirik Lagu Semua Tentangmu Sufian Suhaimi

Abyad Sofi

Zii Jia Won T Join National Team For Thomas Cup Training

Tamago Kake Gohan

Terimalah Kekurangan Sahabat Kita



Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Kuih Muah Tonton

10 Filem Indonesia Terbaru Best 2023 2024 Juga Tersedia Online


Shapellx Shapewear Your Guide To A Perfect Look

Enhancing Your Pubg Mobile Experience A Guide To Unknown Cash

Jamuan Saka Di Ruang Tamu

Puisi 35 Takdir

Raya Raya Raya 2024

Siput Serang Tanaman