Harga Barang Tidak Turun Lepas Hapus Gst Antara Kegagalan Besar Ph Kata Pakar Ekonomi


Seorang pakar ekonomi berkata antara kegagalan kerajaan Pakatan Harapan (PH) setelah kira-kira setahun berkuasa ialah tidak berjaya menurunkan harga barang walaupun selepas menghapuskan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
Prof Barjoyai Bardai berkata, rakyat mahu GST dihapuskan supaya harga dan kos barangan turun, tetapi keadaan sebaliknya berlaku, iaitu harga naik lebih banyak.
“Nampak kerajaan telah silap. Di satu pihak ia hilang RM20 bilion sumber cukai (daripada GST) dan di pihak lain ia tak berjaya menurunkan harga barang-barang.
“Rakyat melihat ini sebagai satu kegagalan besar PH,” katanya kepada FMT.
Beliau mengulas dapatan terbaru Merdeka Centre yang berkata tahap kepuasan pengundi terhadap pencapaian Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri merosot daripada 71% yang dicatatkan pada Ogos 2018 kepada 46% pada Mac tahun ini.
Kajian itu juga mendapati hanya 39% pengundi bersikap positif terhadap kerajaan PH berdasarkan bancian yang dijalankan badan penyelidik bebas itu di seluruh negara pada Mac.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan Jumaat lalu, Merdeka Center berkata, kemerosotan sokongan awam kepada kerajaan persekutuan boleh dilihat pada peningkatan jumlah pengundi yang beranggapan “negara menuju ke arah yang salah” daripada 24% pada Ogos 2018 kepada 46% pada Mac 2019.
Dalam pada itu Barjoyai berkata, kajian badan itu melibatkan jumlah responden yang sedikit dan tidak boleh dkatakan mewakili semua pengundi.
Bagaimanapun, katanya jika kajian itu benar maka adalah jelas bahawa isu paling penting bagi pengundi adalah masalah ekonomi negara.
Beliau berkata ekonomi berkait rapat dengan harapan rakyat untuk melihat kos sara hidup yang tinggi dapat dikurangkan bagi membolehkan mereka menjalani kehidupan yang lebih baik.
“Dari segi pendapatan misalnya, ia dilihat masih sangat rendah berbanding kos sara hidup. Secara purata lebih 50% penduduk berpendapatan kurang RM2,000 sebulan.
“Sedangkan Kos sara hidup minimun adalah RM2,500 sebulan. Jadi sebenarnya, rakyat semakin susah dalam tempoh setahun ini. Pendapatan tak cukup bagi menampung perbelanjaan. Jadi terpaksa pinjam, menyebabkan ramai yang terjerat dengan hutang dan sebagainya,” kata beliau.
Barjoyai berkata, kebanyakan pengundi muda hilang harapan kepada PH dan dilihat mula memindahkan sokongan mereka kepada Barisan Nasional (BN).
Merujuk kepada tahap populariti Dr Mahathir yang dikatakan menurun ke tahap 46%, Barjoyai berkata beliau bukanlah individu yang mahukan popularti sebaliknya lebih fokus kepada agenda jangka panjang untuk melakukan pembaharuan, khususnya melibatkan orang Melayu.
“Kerajaan masih berpeluang untuk melakukan perubahan dalam 3 atau 4 tahun lagi sebelum pilihan raya umum ke-5 akan datang,” katanya.
Penganaslis ekonomi, Mohd Nazari Ismail juga senada dengan Barjoyai mengenai harapan rakyat yang mahukan PH menyelesaikan masalah ekonomi dan kos sara hidup.
“Populariti PH merosot kerana rakyat tidak merasai berlakunya perubahan dalam kualiti hidup mereka, terutamaya dari kos sara hidup yang dihadapi,” katanya.
Seorang lagi pakar ekonomi, Mohd Yusof Kassim berkata kajian Merdeka Centre tidak mewakili semua rakyat kerana sebab sampelnya terlalu kecil dan hanya melibatkan kira-kira 1,000 responden.
Dalam pada itu beliau berkata, keadaan ekonomi negara yang jatuh kini bukanlah 100% salah kerajaan kerana negara kita
mengamalkan ekonomi terbuka dan bergantung kepada pasaran dunia.
“Kebetulan harga komiditi yang merupakan eksport utama kita juga jatuh” katanya.
“Bagaimanapun erapa cepat respons kerajaan dalam mengatasi masalah itu akan menjadi perhatian ramai dan sepatutnya ditonjolkan.”
FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/04/29/harga-barang-tidak-turun-lepas-hapus-gst-antara-kegagalan-besar-ph-kata-pakar-ekonomi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rakyat Bergaji Tinggi Hanya Akan Tingkatkan Harga Barang Kata Pm Viralhancing

Rakyat Bergaji Tinggi Hanya Akan Tingkatkan Harga Barang Kata Pm Viralhancing

papar berkaitan - pada 16/4/2019 - jumlah : 515 hits
KUALA LUMPUR Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan rakyat bahawa gaji yang tinggi tanpa peningkatan produktiviti adalah sia sia selain hanya meningkatkan harga barangan dan perkhidmatan Katanya cabaran utama ahli ahli perniag...
Tmj Vs Tun M Apa Untung Rakyat Dapat Harga Barang Pasaraya Turun Ke

Tmj Vs Tun M Apa Untung Rakyat Dapat Harga Barang Pasaraya Turun Ke

papar berkaitan - pada 29/4/2019 - jumlah : 335 hits
Pemuda Bersatu hari ini menggesa semua pihak termasuk para sultan dan raja raja supaya menunjukan rasa hormat kepada keputusan rakyat yang memilih sesebuah kerajaan pusat mahupun kerajaan negeri pada setiap pilihan raya Sehubungan itu excon...
Ekonom Beberkan Alasan Tol Laut Belum Efektif Turunkan Harga Barang

Ekonom Beberkan Alasan Tol Laut Belum Efektif Turunkan Harga Barang

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 277 hits
Ekonom Faisal Basri turut mengatakan proyek Tol Laut belum memberikan dampak signifikan pada penurunan harga barang Dia mengakui memang biaya atau ongkos angkutan yang menjalankan program tersebut sudah dapat ditekan karena diberikan subsid...
Najib Antara Pengarah Yayasan Rakyat 1malaysia Kata Pegawai Ssm

Najib Antara Pengarah Yayasan Rakyat 1malaysia Kata Pegawai Ssm

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 331 hits
Foto oleh Sinar HarianMahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa bekas perdana menteri Najib Razak merupakan salah seorang pengarah Yayasan Rakyat 1Malaysia Penolong Pendaftar Suruhanjaya Syarikat Malaysia Muhamad Akmaludin Abd...
Kata Pakar Begini Kepribadian Orang Yang Suka Menjelajahi Kuliner Baru

Kata Pakar Begini Kepribadian Orang Yang Suka Menjelajahi Kuliner Baru

papar berkaitan - pada 4/5/2019 - jumlah : 217 hits
Begini kepribadian orang yang suka mencoba makanan baru Mereka cenderung kreatif dan siap melawan arus untuk mengeksplorasi hal hal baru yang ditawarkan kehidupan
12 Gambar Krisis Ekonomi Venezuela Berdozen Dozen Wang Kertas Diperlukan Untuk Beli Barang Keperluan

12 Gambar Krisis Ekonomi Venezuela Berdozen Dozen Wang Kertas Diperlukan Untuk Beli Barang Keperluan

papar berkaitan - pada 29/4/2019 - jumlah : 908 hits
Matawang Venezuela yang tiada lagi nilai berikutan kemerosotan ekonominya yang teruk menyebabkan wang negara itu kini hanya seperti kertas biasa boleh didapati berselerak di jalanan malah ada yang menganyamnya dijadikan beg dan barang cende...
Tak Salah Ph Teruskan Projek Diilhamkan Kerajaan Bn Kata Profesor Ekonomi

Tak Salah Ph Teruskan Projek Diilhamkan Kerajaan Bn Kata Profesor Ekonomi

papar berkaitan - pada 21/4/2019 - jumlah : 324 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan Pakatan Harapan tidak perlu malu atau rasa bersalah kerana membuat keputusan untuk meneruskan beberapa projek ilham Kerajaan Barisan Nasional yang jelas memberikan impak kepada rakyat dan negara Profesor Ekonomi Univer...
Rakyat Marah Harga Barang Naik Punca Ph Kalah Prk Daim

Rakyat Marah Harga Barang Naik Punca Ph Kalah Prk Daim

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 463 hits
Kerajaan Pakatan Harapan memerlukan enam bulan lagi untuk memulihkan negara selepas mengambil alih pentadbiran Mei tahun lalu kata Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan Tun Daim Zainuddin Beliau berkata dalam tempoh itu PH perlu berdepan deng...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Joker123th 100

Rahman Lao Masakan Cina Asli Muslim Di Bangi

Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias