Pejabat Pos Bukit Rotan Tetap Setia Walaupun Berusia Hampir 100 Tahun


 
Pejabat Pos Bukit Rotan bersemat unsur-unsur klasik persis rumah tradisional orang Melayu, mempunyai nilai sejarah bagi penduduk tempatan.KUALA SELANGOR: Seawal 8 pagi, Pengurus Cawangan Khairul Azman Nyamin membuka pintu pagar besi lusuh Pejabat Pos Bukit Rotan untuk mula menerima pelanggan.
Pejabat Pos Malaysia yang terletak di jalan utama Kuala Selangor-Sabak Bernam ini masih mengekalkan struktur dan bentuk binaan asal sejak 1926, dan sentiasa menjadi tumpuan orang ramai yang melewati pekan kecil Bukit Rotan.
Pejabat pos ini menyerlah dengan warna putih dalam saiz comel, bersemat unsur-unsur klasik persis rumah tradisional orang Melayu. Ia menawarkan perkhidmatan pos moden namun dari segi luaran, segalanya tentang pejabat pos ini memencar sejarah dan nostalgia, hinggakan pelanggan sendiri tidak mahu ia diroboh atau diganti dengan binaan moden.
Pengurus Cawangan Khairul Azman Nyamin membuka pintu pagar besi lusuh tanda Pejabat Pos Bukit Rotan sedia menerima pelanggan.“Tempat ini macam rumah orang dulu-dulu. Mereka tak nak Pos Malaysia ubah apa-apa kerana pejabat pos ini dengan orang kampung ada nostalgia mereka,” kata Khairul kepada FMT.
Kenangan ketika kecil mendorong sesetengah pelanggan untuk terus berkunjung. Seorang warga emas, yang hanya mahu dikenali sebagai Suardi, 70-an, gagahkan diri bermotosikal lebih 30km, walaupun kawasan rumahnya ada cawangan Pos Malaysia.
“Pakcik ada kenangan di sini, dulu masa kecil-kecil selalu main dekat kawasan ini, sekarang bila dah tua datang untuk berurusan pula,” katanya yang tinggal Bukit Gadong, Bestari Jaya.
Pejabat Pos Bukit Rotan juga mengimbau kenangan zaman kecil Letchumi, 32, bersama orang tuanya.
“Dari kecil ayah selalu bawa ke pejabat pos ini untuk hantar surat, bayar bil … kini saya pula datang untuk berurusan,” katanya.
Istimewa macam kawan
Setiap hari lebih kurang 50 pelanggan yang mengunjungi teratak yang menjangkau usia hampir 100 tahun ini. Menurut Khairul, jumlah pelanggan boleh bertambah, bergantung pada waktu puncak, seperti ketika awal bulan.
Struktur tua Pejabat Pos Bukit Rotan juga tidak goyah sepanjang beliau berkhidmat di situ, kecuali kebocoran kecil sekiranya hujan terlalu lebat.
“Itu pun pihak pengurusan segera hantar kontraktor untuk betulkan. Setakat ni tak pernah lagilah ganggu operasi,” katanya.
Berbeza dengan pejabat pos lain, ketua posnya sendiri mengendalikan semua urusan secara solo. Tanggungjawab itu disandang Khairul, sejak tiga tahun lalu.
“Mula-mula bertugas di sini memang agak bosan sebab biasa kerja dengan kawan-kawan. Bila kena kerja seorang diri, mati kutu juga pada awalnya. Sepanjang berkhidmat dengan Pos Malaysia lebih 20 tahun ini pertama kali saya bekerja tanpa teman,” katanya kepada FMT.
“Lama-kelamaan saya dah biasa sebab pelanggan yang datang pun dah macam kawan-kawan.”
Setiap hari lebih kurang 50 pelanggan mengunjungi Pejabat Pos Bukit Rotan, yang mempadukan seni bina klasik dan perkhidmatan moden.Lebih manis, Khairul berkata penduduk Bukit Rotan memberi layanan istimewa walaupun beliau hanya kakitangan Pos Malaysia.
“Orang kampung sangat hormat dengan kita. Kalau raya pula, tak kiralah raya Deepavali, Tahun Baharu Cina atau Aidilfitri, macam-macam buah tangan mereka bagi. Orang kampung memang ingat kita,” kata Khairul yang menetap di Bukit Badong, Bestari Jaya.
Tambahnya, Pejabat Pos Bukit Rotan tidak menggunakan sistem nombor seperti di cawangan lain, kerana pelanggan yang datang selesa menunggu di ruang disediakan.
“Walaupun tiada sistem nombor, saya pastikan setiap perkhidmatan tak lebih lima minit. Sebab itu pelanggan selesa untuk datang ke sini,” katanya.
Pejabat Pos Bukit Rotan diabadikan dalam setem khas keluaran Pos Malaysia bagi 2010, yang memaparkan 14 pejabat pos di seluruh negara dengan binaan asal. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/04/pejabat-pos-bukit-rotan-tetap-setia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penampakan Mumi Bocah Berusia Seribu Tahun Di Peru

Penampakan Mumi Bocah Berusia Seribu Tahun Di Peru

papar berkaitan - pada 26/4/2023 - jumlah : 140 hits
Arkeolog Peru menemukan sisa sisa kerangka dan mumi bocah yang usianya diperkirakan mencapai 1 000 tahun di reruntuhan Cajarmarquilla Mumi yang ditemukan di pinggiran Ibu Kota Lima Peru tersebut diyakini adalah seorang bocah berusia 12 13 t...
Ibu Maut Bayinya Berusia Dua Tahun Tercampak Keluar Daripada Kenderaan Dalam Kemalangan Di Km 291 Highway Plus

Ibu Maut Bayinya Berusia Dua Tahun Tercampak Keluar Daripada Kenderaan Dalam Kemalangan Di Km 291 Highway Plus

papar berkaitan - pada 24/4/2023 - jumlah : 231 hits
Ibu maut bayinya berusia dua tahun tercampak keluar daripada kenderaan dalam kemalangan di KM 291 Highway Plus Seorang bayi lelaki tercampak keluar daripada kenderaan yang dipandu bapanya selepas dilanggar sebuah kenderaan lain dari arah be...
Tena Memilih Empat Rakyat Malaysia Aktif Berusia 50 Tahun Ke Atas Sebagai Juara Tenacity Band Search

Tena Memilih Empat Rakyat Malaysia Aktif Berusia 50 Tahun Ke Atas Sebagai Juara Tenacity Band Search

papar berkaitan - pada 19/4/2023 - jumlah : 197 hits
TENA Memilih Empat Rakyat Malaysia Aktif Berusia 50 Tahun Ke atas Sebagai Juara TENAcity Band Search Para pemenang membawa pulang hadiah berjumlah RM60 000 dan akan menjelajah Malaysia bagi membawa mesej penuaan aktif untuk menggalakkan dan...
Suami Isteri Berusia 16 17 Tahun Ditahan Polis Kerana Melakukan Aksi Wheelie

Suami Isteri Berusia 16 17 Tahun Ditahan Polis Kerana Melakukan Aksi Wheelie

papar berkaitan - pada 28/4/2023 - jumlah : 277 hits
Padah melakukan aksi berbahaya ketika menunggang motosikal pasangan suami isteri masing masing berusia 16 dan 17 tahun itu akhirnya tampil menyerah diri Dua remaja berkenaan terdahulu menghilangan diri selepas video mereka tular di media so...
Anak Setia Menunggu Untuk Beraya Bersama Pada Hari Pembebasan Ayah Setelah 13 Tahun Di Penjara

Anak Setia Menunggu Untuk Beraya Bersama Pada Hari Pembebasan Ayah Setelah 13 Tahun Di Penjara

papar berkaitan - pada 11/4/2023 - jumlah : 299 hits
Di luar sana ramai bekas banduan yang dipinggirkan daripada orang terdekat terutamanya keluarga sendiri setelah bertahun tahun berada di dalam penjara Ini menjadikan mereka lebih tercabar untuk memulakan kehidupan baru kerana sudah kita sed...
Terlalu Minat Suka Bas Kanak Kanak 12 Tahun Pandu Bas Sejauh 100 Kilometer

Terlalu Minat Suka Bas Kanak Kanak 12 Tahun Pandu Bas Sejauh 100 Kilometer

papar berkaitan - pada 15/4/2023 - jumlah : 197 hits
Bukan minat yang biasa biasa Seorang kanak kanak berusia 12 tahun dilaporkan memandu sebuah bas yang dicurinya dan kemudian memandu bas itu tanpa sebarang kecederaan sejauh 100 kilometer Kejadian yang berlaku di Timur Singapura itu kini tul...
Sleepy Bukit Rotan Shines The Light On Religious Harmony

Sleepy Bukit Rotan Shines The Light On Religious Harmony

papar berkaitan - pada 22/4/2023 - jumlah : 702 hits
The Masjid An Nuriah Tamil Methodist Church and the Sri Shakthi Dhevasthanam temple in Bukit Rotan are located close to one another KUALA SELANGOR One would never expect a Hindu priest to play a pivotal role in an Aidiladha celebration but ...
Hina Institusi Beraja Lelaki Berusia 42 Tahun Ditahan

Hina Institusi Beraja Lelaki Berusia 42 Tahun Ditahan

papar berkaitan - pada 13/4/2023 - jumlah : 170 hits
Suspek berusia 42 tahun itu akan direman esok PETALING JAYA Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berkaitan hantaran berbaur penghinaan terhadap institusi beraja Setiausaha Polis Noorsiah Saaduddin berkata lelaki berusia 42 ta...
Macam Mana Nak Dapat Jodoh Kalau Gemuk Macam Ni Ibu Terkejut Guru Perli Saiz Badan Anak Perempuan Berusia 10 Tahun

Macam Mana Nak Dapat Jodoh Kalau Gemuk Macam Ni Ibu Terkejut Guru Perli Saiz Badan Anak Perempuan Berusia 10 Tahun

papar berkaitan - pada 19/4/2023 - jumlah : 196 hits
Selain daripada rumah sekolah merupakan sebuah institusi pendidikan yang dirasakan selamat oleh pelajar Dan apabila ditinggalkan saban hari di sekolah guru merupakan orang yang terdekat buat mereka untuk berdamping dan meminta pertolongan S...
Transit Aliran Automatik Di Putrajaya Percuma Selama Tiga Bulan

Rumah Terbuka Wld Raya 2024

Pramugari Malaysia Airlines Meninggal Dunia Tak Sempat Pulang Ke Tanah Air

Biodata Shalin Zulkifli Ratu Boling Tenpin Negara

Tutorial Cara Daftar Asb Online Dan Cara Semak Asb Guna Ic

Apa Itu Wang What Is Money

Beyond Lettuce Wraps Unleash The Power Of Low Carb Bread

Doubletree By Hilton Presents Signatures Across The State A Makan Kitchen Showcase



10 Fakta Biodata MK K Clique Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Gandingan Erysha Emyra Yang Beristerikan Siti Hajaar Syeikh Nordin

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bunga Salju Slot Tiara Astro Ria

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria


Duit Dalam Akaun Bank Arwah Hilang Sebelum Tuntutan Pusaka Selesai

Makanan Kucing Terbaik Kenapa Kucing Perlukannya

Al Ikhsan Sports Spend And Win

Cuci Karpet

Lambstongues The Benefits Of Plastic Downspouts Over Metal Alternatives

Beyond The High Exploring The Therapeutic Uses Of Thca Flower In Houston