Pejabat Hutan Rompin Menahan Empat Lelaki Tanam Musang King Di Hutan Simpan Lesong


 


KUANTAN - Pejabat Hutan Daerah (PHD) Rompin menahan empat lelaki dan merampas beberapa jentera berat dan kenderaan pacuan empat roda di kawasan Hutan Simpan Lesong, Rompin kelmarin.
Keempat-empat individu yang ditahan itu berusia antara 29 hingga 63 tahun ketika mereka berada di kawasan hutan simpan yang dipercayai telah diterokai seluas 18 hektar dengan penanaman durian musang king.
Pegawainya, Shairani Mamat berkata, melihat penggunaan pelbagai jentera seperti sebuah jentolak, dua traktor, dua jengkaut serta tiga kenderaan pacuan empat roda menunjukkan penerokaan tanah haram yang dilakukan itu adalah berskala besar.
Menurutnya, pihaknya yakin jentera - jentera berkenaan digunakan bertujuan untuk membersih dan meratakan kawasan selain aktiviti menanam pokok.
"Mereka yang ditahan akan didakwa mengikut Akta Perhutanan Negara 1984 kerana kesalahan menceroboh dan berada dalam hutan simpan tanpa permit.
"Jentera yang disita pula akan ditempatkan di pusat simpanan barangan rampasan Pejabat Ladang Hutan Kemasul, Temerloh," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Shairani berkata, selain pokok durian musang king, sindiket terbabit dipercayai turut menanam pokok durian belanda, nangka, kelapa selain turut membina stor simpanan barangan serta pejabat di dalam kawasan berkenaan.
"Kami percaya pihak terbabit juga bakal membuka dengan lebih luas kawasan tanaman durian musang king di kawasan ini setelah mendapati terdapat jentolak yang sedang melakukan kerja membersihkan kawasan.
"Selain itu, kita juga menemui banyak benih durian yang belum ditanam dan masih disimpan di tapak semaian," katanya.
Dalam pada itu, Shairani berkata, pihaknya memandang serius kegiatan menceroboh hutan simpan untuk aktiviti pertanian dan kegiatan lain tanpa lesen atau kebenaran.
Katanya, tindakan tegas akan diambil apabila pihak terbabit dilihat masih lagi berdegil selepas lima kali sesi nasihat dan amaran diberikan agar mereka segera menghentikan kerja-kerja penerokaan seterusnya meninggalkan Hutan Simpan Lesong.
"Kita sudah beberapa kali beri amaran tetapi mereka tidak peduli, jadi kita terpaksa bertindak tegas dengan melakukan serbuan bagi memastikan pihak berkenaan dikenakan tindakan undang-undang," katanya. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2020/11/pejabat-hutan-rompin-tahan-empat-lelaki.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ceroboh Hutan Simpan Lesong Tanam Musang King

Ceroboh Hutan Simpan Lesong Tanam Musang King

papar berkaitan - pada 14/11/2020 - jumlah : 370 hits
Mohd Rafi Mamatam hmetro com myJENGKAUT yang berada dalam kawasan Hutan Simpan Lesong disita FOTO Mohd Rafi MamatRompin Pejabat Hutan Daerah Rompin mengesan aktiviti penerokaan secara haram kawasan Hutan Simpan Lesong seluas 18 hektar oleh ...
Siapa Petualang Pertahan Pencerobohan Hutan Simpan Lesong

Siapa Petualang Pertahan Pencerobohan Hutan Simpan Lesong

papar berkaitan - pada 16/11/2020 - jumlah : 273 hits
BANGI 29 Rabiulawal 1442H Ahad Bongkar dan selongkar sehingga semua penjenayah ini dibawa ke muka pengadilan Demikian desakan Naib Presiden Ikatan Muslimin Penjenayah tanah haram perlu dibawa ke muka pengadilanMalaysia Prof Dr Zanur Rashid
Selangor Miliki 250 860 Hektar Hutan Simpan Giat Tambah Luas

Selangor Miliki 250 860 Hektar Hutan Simpan Giat Tambah Luas

papar berkaitan - pada 11/11/2020 - jumlah : 243 hits
SHAH ALAM 11 NOV Selangor mempunyai 250 860 hektar hutan simpan kekal atau 31 63 peratus daripada keluasan tanah negeri kata EXCO alam sekitar Hee Loy Sian berkata Kerajaan Negeri tidak sewenang wenang memusnahkan hutan simpan untuk aktivit...
Warga Asing Jadi Dalang Kegiatan Melombong Emas Haram Di Hutan Simpan Ulu Jelai Lipis

Warga Asing Jadi Dalang Kegiatan Melombong Emas Haram Di Hutan Simpan Ulu Jelai Lipis

papar berkaitan - pada 20/11/2020 - jumlah : 504 hits
LIPIS Air sungai keruh menjadi petunjuk awal penemuan kegiatan melombong emas secara haram dilakukan dua lelaki warga asing dalam kawasan Hutan Simpan Ulu Jelai Mukim Ulu Jelai di sini kelmarin Pegawai Pejabat Hutan Daerah Lipis Nor Shahrin...
Wan Rosdy Kawasan Seluas 465 75 Hektar Milik Uitm Jengka Bukan Lagi Hutan Simpan

Wan Rosdy Kawasan Seluas 465 75 Hektar Milik Uitm Jengka Bukan Lagi Hutan Simpan

papar berkaitan - pada 19/11/2020 - jumlah : 261 hits
KUANTAN Kawasan seluas 465 75 hektar milik Universiti Teknologi MARA dan tapak sebuah pasar raya di Jengka kira kira 100 kilometer dari sini tidak lagi berstatus hutan simpan kata Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail Beliau ...
Gadis Jatuh Gaung Patuhi Peraturan Masuk Hutan Simpan Jabatan Perhutanan

Gadis Jatuh Gaung Patuhi Peraturan Masuk Hutan Simpan Jabatan Perhutanan

papar berkaitan - pada 16/11/2020 - jumlah : 350 hits
MALAYSIAKINIJabatan Perhutanan Negeri Johor menasihati orang ramai khususnya penggemar aktiviti rekreasi supaya mematuhi setiap peraturan ditetapkan berhubung kemasukan ke dalam kawasan hutan simpan kekal terutamanya di negeri ini Pengarahn...
Sebanyak 280 Tual Balak Pelbagai Spesies Di Curi Dari Hutan Simpan Chini Telah Di Rampas

Sebanyak 280 Tual Balak Pelbagai Spesies Di Curi Dari Hutan Simpan Chini Telah Di Rampas

papar berkaitan - pada 19/11/2020 - jumlah : 224 hits
BERA Sebanyak 280 tual balak pelbagai spesies yang dicuri dalam kawasan Hutan Simpan Chini di sini dirampas selepas pemeriksaan anggota Unit Tugas Khas Pejabat Hutan Daerah Temerloh Bera di sebuah pusat pengumpulan di sini kelmarin Balak ya...
Tiada Perjanjian Rasmi Antara Royal Pahang Durian Dengan Pekebun Musang King Di Raub

Tiada Perjanjian Rasmi Antara Royal Pahang Durian Dengan Pekebun Musang King Di Raub

papar berkaitan - pada 19/11/2020 - jumlah : 334 hits
KUANTAN Persidangan Dewan Undangan Negeri Pahang semalam dimaklumkan bahawa tiada sebarang perjanjian rasmi antara Royal Pahang Durian Group dengan pekebun durian musang king di Raub Exco Pertanian Industri Asas Tani dan Bioteknologi Pahang...
No Official Agreements Between Rpd Musang King Farmers

No Official Agreements Between Rpd Musang King Farmers

papar berkaitan - pada 18/11/2020 - jumlah : 242 hits
No official agreements have been signed between the Royal Pahang Durian Group and Musang King durian farmers in Raub about 200 km from Kuantan the Pahang state legislative assembly was told today State Agriculture Agro based and Biotechnolo...
Senarai Terkini Universiti Terbaik Malaysia 2025

Mau Ngembangin Brand Biar Makin Cuan Saatnya Pakai Pendekatan Digital Campaign

Lelaki Misteri Pujuk Singa Terlepas Pulang Ke Kandang

Mercedes Amg Sl 63 Manufaktur Golden Coast A Limited Edition Masterpiece

Membaca Amalan Baik Untuk Mencipta Kejayaan

Indian Youth Ngo Condemns Racist Hawker S Sign In Sepang

Spm 2025 Trial Paper Questions Answers

Apa Itu Virus Hmpv Dan Gejalanya


echo '';
Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton

Senarai Keputusan Pemenang AJL 2025 Anugerah Juara Lagu 39 Live Di TV3 Dan Tonton

AJL 2025 Senarai Finalis Tarikh Cara Undi Hadiah Tiket Dan Segala Info Live Di TV3 Dan Tonton Anugerah Juara Lagu 39

Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia


Pengertian Tawakal Dan Ayat Hadits Yang Menjelaskannya

Tissue Or Handkerchief Which Is Better

Guan Eng Akmal Call For Punishment Against Racist Corn Seller

Aide Accuses Steven Sim Of Backstabbing Guan Eng At Kit Siang S Appreciation Dinner

Lirik Lagu Selendang Ibunda Iman Troye

Teknologi Instalasi Listrik Modern Yang Mengurangi Konsumsi Daya