Peguam Wakil Rakyat Bersatu Perlu Kosongkan Kerusi



“Speaker mesti patuh kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Speaker tidak ada hak untuk membuat siasatan bagaimana keahlian wakil rakyat berkenaan dilucutkan kerana itu urusan parti terbabit.
(Berita Harian) – Perlembagaan Persekutuan menyatakan wakil rakyat yang dilucutkan keahlian dalam parti perlu mengosongkan kerusi.
Peguam, Datuk Shamsuddin Nawawi, berkata jika dimaklumkan oleh parti yang wakil rakyat berkenaan dilucut keahliannya, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul tidak ada pilihan lain, selain daripada mengisytiharkan kerusi berkenaan sebagai kosong.
“Speaker mesti patuh kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Speaker tidak ada hak untuk membuat siasatan bagaimana keahlian wakil rakyat berkenaan dilucutkan kerana itu urusan parti terbabit.
“Speaker tidak mencampuri urusan parti kerana speaker mesti bertindak secara ‘apolitical’ iaitu tidak membuat keputusan mengikut kecenderungan atau fahaman politik,” katanya di media sosial hari ini.
Semalam, Ketua Armada BERSATU, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal memaklumkan enam Ahli Parlimen dan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BERSATU digugurkan keahlian serta-merta, selepas gagal menjawab surat arahan bertulis Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti untuk menzahirkan ikrar taat setia kepada parti itu.
Perkembangan itu dimaklumkan beliau ketika dihubungi BH sambil menjelaskan ia diputuskan dalam mesyuarat baru-baru ini.
“Parti sudah bermesyuarat. Mereka (enam Ahli Parlimen dan seorang ADUN) gugur keahlian automatik,” katanya ketika ditanya mengenai keputusan parti dan tindakan terhadap enam Ahli Parlimen serta dua ADUN yang dipercayai tidak memberi respons terhadap surat arahan MPT itu.
Enam Ahli Parlimen itu ialah Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal; Zahari Kechik (Jeli); Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang); Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan) dan Datuk Dr Zulkafperi Hanafi (Tanjong Karang).
Ahli Parlimen Tanjong Karang, Dr Zulkafperi Hanapi dan ADUN Selat Klang, Datuk Abdul Rashid Asari, yang sebelum ini dimaklumkan sudah terhenti secara automatik keahlian partinya selepas mereka menyertai kempen Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.
Mengulas lanjut, Shamsuddin berkata, sekiranya wakil rakyat berkenaan tidak berpuas hati dengan keputusan kerusinya dikosongkan, mereka boleh membawa perkara berkenaan ke mahkamah.
“Sebelum ini, keputusan speaker adalah ‘non-justiciable’ iaitu tidak boleh dipertikai waima di mahkamah sekali pun.
“Ahli parti yang membawa pertikaian partinya ke mahkamah pula, secara automatik juga gugur keahliannya. Kesimpulan, ikut mana pun, pilihan raya kecil (PRK) terpaksa lah dilakukan juga,” katanya.
The post Peguam Wakil rakyat BERSATU perlu kosongkan kerusi appeared first on Malaysia Today.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2024/06/03/peguam-wakil-rakyat-bersatu-perlu-kosongkan-kerusi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pas Sedia Tanding Di Tujuh Kerusi Wakil Bersatu Paling Tadah

Pas Sedia Tanding Di Tujuh Kerusi Wakil Bersatu Paling Tadah

papar berkaitan - pada 24/5/2024 - jumlah : 156 hits
MalaysiakiniPAS sedia bertanding di enam kerusi Parlimen dan satu kerusi DUN yang dijangka akan dikosongkan susulan tindakan wakil rakyat Bersatu yang mengisytiharkan sokongan kepada kerajaan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim Mursyidul...
Status 7 Wakil Rakyat Paling Tadah Bersatu Sudah Putuskan

Status 7 Wakil Rakyat Paling Tadah Bersatu Sudah Putuskan

papar berkaitan - pada 9/6/2024 - jumlah : 284 hits
Nor Azizah Mokhtaram hmetro com my nbsp Kuala Lumpur Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia sudah memuktamadkan keputusan status tujuh wakil rakyatnya yang berpaling tadah Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudi...
7 Wakil Rakyat Terus Cabar Bersatu

7 Wakil Rakyat Terus Cabar Bersatu

papar berkaitan - pada 29/5/2024 - jumlah : 231 hits
Tempoh 14 hari diberi Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu kepada tujuh wakil rakyatnya enam Ahli Parlimen dan seorang Adun untuk menjawab surat arahan berhubung kesetiaan masing masing kepada parti cuma berbaki tiga hari lagi Banyak reaksi da...
Pas Mahu Letak Calon Di Kerusi Bersatu Belot

Pas Mahu Letak Calon Di Kerusi Bersatu Belot

papar berkaitan - pada 24/5/2024 - jumlah : 179 hits
PAS sedia bertanding di enam kerusi Parlimen dan satu kerusi DUN yang dijangka akan dikosongkan susulan tindakan wakil rakyat Bersatu yang mengisytiharkan sokongan kepada kerajaan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim Mursyidul Am PAS Hash...
Pas Akan Bertanding Kerusi Bersatu Pn Goyang

Pas Akan Bertanding Kerusi Bersatu Pn Goyang

papar berkaitan - pada 4/6/2024 - jumlah : 239 hits
Pas akan bertanding kerusi Bersatu PN goyang4 JUN 2024Kenyataan Mursyidul Am Pas Hashim Jasin bahawa parti itu akan bertanding kesemua 6 kerusi Ahli Parlimen Bersatu yang mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibra...
Dewan Rakyat Speaker Says No Official Notice On Six Bersatu Mps Status Yet

Dewan Rakyat Speaker Says No Official Notice On Six Bersatu Mps Status Yet

papar berkaitan - pada 7/6/2024 - jumlah : 468 hits
Dewan Rakyat Speaker Tan Sri Johari Abdul has not received any official notice from any party regarding the vacant seats involving six Bersatu Members of Parliament who had their party membership revoked recently Johari said he also needed ...
Sedia Tanding 7 Kerusi Bersatu Pas Mahu Tambah Kekuatan Kata Penganalisis

Sedia Tanding 7 Kerusi Bersatu Pas Mahu Tambah Kekuatan Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 28/5/2024 - jumlah : 318 hits
Penganalisis berkata PAS mempunyai kekuatan akar umbi terutama di Kelantan untuk memenangkan calon PN jika berlaku PRK di tujuh kerusi yang wakil rakyat Bersatu berpaling tadah PETALING JAYA Kesediaan PAS bertanding di tujuh kerusi milik Be...
Rafizi Ramli Protes Pemilihan Pkr Ini Yang Berlaku Sebenarnya

Need And Want

Sepak Takraw Piala Asia Penantian 34 Tahun Regu Berpasukan Berlarutan Thailand Tewaskan Malaysia 2 0

Jodoh Itu Memang Takdir Tetapi Kamu Berhak Memilih Jodoh Terbaikmu

Gempar Shamsul Iskandar Dedah Kenapa Pmx Mahu Singkirkan Rafizi Ma

11 Kandang Terbakar Lebih 600 000 Ekor Ayam Mati

Tingkatan Enam Masuk Kampus Kpm Mulakan Projek Rintis Di Usm Ukm

Makan Malam Di Rodakafe Kulai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Perut Lembu Air Asam

Folder Custom Untuk Persaraan Pilihan Bijak Organisasi Profesional

Three Innovative Power Products By Cuktech

Amalan Doa Daripada Habib Umar Bin Hafidz Untuk Anak Yang Nakal

Sambutan Hari Guru Di Sekolah Dengan Tema Hobi Guru

Mutiara Terhasil Luka Jadi Nilai