Sedia Tanding 7 Kerusi Bersatu Pas Mahu Tambah Kekuatan Kata Penganalisis


 
Penganalisis berkata PAS mempunyai kekuatan akar umbi terutama di Kelantan untuk memenangkan calon PN jika berlaku PRK di tujuh kerusi yang wakil rakyat Bersatu berpaling tadah. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Kesediaan PAS bertanding di tujuh kerusi milik Bersatu yang wakil rakyatnya berpaling tadah menyokong pentadbiran kerajaan perpaduan mungkin didorong untuk menambah kekuatannya, kata penganalisis politik.
Mujibu Muis dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) berpandangan PAS mungkin merasakan mereka lebih berkemampuan mengekalkan kerusi itu untuk Perikatan Nasional (PN) jika berlaku PRK, lebih-lebih lagi dua daripada enam kerusi Parlimen terbabit terletak di Kelantan, kubu kuatnya.
Kerusi terbabit adalah Gua Musang yang kini disandang Mohd Azizi Abu Naim dan Jeli diwakili Zahari Kechik. Pada PRU15, mereka bertanding menggunakan logo bulan PAS seperti ditetapkan pucuk pimpinan PN.
Menurut Mujibu, selain mahu mengukuhkan kedudukan di kubu kuat, faktor kemerosotan sokongan terhadap Bersatu yang turut berdepan krisis kepimpinan turut menguatkan hasrat terbabit.
“PAS mungkin merasakan mereka mempunyai hak moral untuk menuntut kerusi itu jika ditandingi di bawah lambang PAS (PRU15).
“Namun mengambil konteks Jeli dan Gua Musang Umno dilihat masih kuat di situ, meletakkan bekas ahli parti itu yang kini bersama Bersatu dilihat lebih sesuai,” katanya kepada FMT.
Selain Azizi dan Zahari, Ahli Parlimen Bersatu yang menyokong pentadbiran Perdana Menteri Anwar Ibrahim terdiri Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abu Fasal (Bukit Gantang), Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang), Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Suhaili Abdul Rahman (Labuan).
Adun Selat Klang Abdul Rashid Asari pula menyatakan sokongan kepada Menteri Besar Selangor Amirudin Shari.
Minggu lalu, Mursyidul Am PAS Hashim Jasin berkata parti itu bersedia bertanding di kerusi itu jika PRK berlaku sekiranya keahlian wakil rakyat terbabit terlucut kerana gagal mengikuti arahan dikeluarkan Bersatu pada 17 Mei, antaranya melarang menyokong Anwar.
Naib Presiden Bersatu Ronald Kiandee dalam maklum balasnya berkata PN terbuka membincangkan hasrat PAS itu walaupun mengikut prinsip parti penyandang kerusi diutamakan untuk dikekalkan bertanding pada PRU atau PRK.
Azmil Tayeb dari Universiti Sains Malaysia pula berpandangan keterbukaan Bersatu itu mungkin kerana yakin dengan kesetiaan PAS yang turut mempunyai jentera akar umbi kuat terutamanya di Kelantan.
“Calon dari PAS lebih dipercayai untuk setia dengan PN daripada calon Bersatu.
“Kepimpinan PN akan melihat kekuatan dan kelemahan PAS dan Bersatu di setiap kawasan dan mengagihkan kerusi berdasarkan kepada pertimbangan itu,” katanya. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/05/sedia-tanding-7-kerusi-bersatu-pas-mahu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pas Sedia Tanding Di Tujuh Kerusi Wakil Bersatu Paling Tadah

Pas Sedia Tanding Di Tujuh Kerusi Wakil Bersatu Paling Tadah

papar berkaitan - pada 24/5/2024 - jumlah : 202 hits
MalaysiakiniPAS sedia bertanding di enam kerusi Parlimen dan satu kerusi DUN yang dijangka akan dikosongkan susulan tindakan wakil rakyat Bersatu yang mengisytiharkan sokongan kepada kerajaan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim Mursyidul...
Bersatu Akan Hilang Sokongan Selagi Bersama Pas Kata Adun

Bersatu Akan Hilang Sokongan Selagi Bersama Pas Kata Adun

papar berkaitan - pada 16/5/2024 - jumlah : 248 hits
Elill EaswaranAdun Bersatu Abdul Rashid Asari berkata ramai orang Melayu termasuk ahli PAS tidak suka kecenderungan pendirian ekstrem diambil oleh pemimpin tertinggi parti Islam itu SHAH ALAM Seorang Adun Bersatu yang kini menyokong Menteri...
Pas Mahu Letak Calon Di Kerusi Bersatu Belot

Pas Mahu Letak Calon Di Kerusi Bersatu Belot

papar berkaitan - pada 24/5/2024 - jumlah : 230 hits
PAS sedia bertanding di enam kerusi Parlimen dan satu kerusi DUN yang dijangka akan dikosongkan susulan tindakan wakil rakyat Bersatu yang mengisytiharkan sokongan kepada kerajaan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim Mursyidul Am PAS Hash...
Gesaan Ku Li Satukan Orang Melayu Bawah Umno Usaha Sukar Kata Penganalisis

Gesaan Ku Li Satukan Orang Melayu Bawah Umno Usaha Sukar Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 29/5/2024 - jumlah : 392 hits
freemalaysiatoday com 29 May 2024 08 00 AMAriff Aizuddin Azlan berkata orang Melayu khususnya bekas ahli Umno sudah semakin selesa dengan wadah perjuangan baharu menerusi Perikatan Nasional Tengku Razaleigh Hamzah baru baru ini menggesa Umn...
Pas Kelantan Mungkin Bincang Semula Kerja Sama Dengan Bersatu

Pas Kelantan Mungkin Bincang Semula Kerja Sama Dengan Bersatu

papar berkaitan - pada 30/5/2024 - jumlah : 186 hits
MSOKenyataan Timbalan Pesuruhjaya Pas Kelantan Mohd Amar Nik Abdullah yang membayangkan Pas akan meletak calon sekiranya tiga kerusi dua parlimen dan satu Dun Kelantan milik Bersatu menjadi kosong menggambarkan hubungan Pas dengan Bersatu s...
Ultimate Recipe For Beef Cheeks In Pressure Cooker

Hiburan Move On Lah Tak Akan Berkawan Dah Tular Video Bekas Suami Makan Bersama Pelakon Wanita Puteri Zarith Bersuara

Hari Terbuka Tvet Yrms Ilkbs 2025 Memperkasa Belia Melalui Kemahiran Dan Peluang

Pesta Rona Kata Di Bank Negara Malaysia Museum And Art Gallery

Score Massive Savings On Your Tech Wishlist Because The Huawei 11 11 Grand Sale Is Here

Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Tahun 2025

Kerajaan Diseru Untuk Menaikkan Gaji Penterjemah Mahkamah Bagi Mengatasi Kekurangan Mereka

Situs Pkv Games Menyediakan Pengalaman Bermain Yang Tak Terlupakan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Orang Bodoh Bicara Untuk Menang Orang Bijak Bicara Untuk Faham

Kejayaan Arsitektur Dan Warisan Budaya Di Paw Singa Sigiriya

Senarai Pemain Skuad Harimau Malaysia Untuk Pertandingan Terkini

Belum Terlewat Untuk Fam Kembali Ke Pangkal Jalan

From Romans Learn Shipbuilding From Malays To Flying Malays Top 10 Mockeries Levelled At Prof Sambal Belacan

Maritim Malaysia Aktifkan Operasi Carilamat Mangsa Bot Karam Di Perairan Langkawi