Peguam Singapura Ditahan Atas Risikan Bersama Kata Polis


Minderjeet Kaur Jeffrey Ong didakwa di mahkamah daerah Singapura pada 1 Jun lalu atas satu pertuduhan menipu. (Gambar Facebook) PETALING JAYA: Kerjasama rapat dari segi risikan antara Singapura dan Malaysia membawa kepada penahanan peguam republik itu, Jeffrey Ong yang didakwa menghilangkan diri dengan lebih S$33 juta (RM100 juta) milik pelanggannya, kata polis.

Ong ditahan di sebuah hotel di Cheras pada 29 Mei lalu dan dihantar pulang keesokannya.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Saiful Azly Kamaruddin berkata Ong menyerah diri apabila sepasukan anggota JSJK ke biliknya.
“Beliau memberi kerjasama,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata, Jabatan Hal Ehwal Singapura (CAD) polis Singapura meminta bantuan Malaysia untuk menahan Ong pada 28 Mei lalu.

Polis mendapat waran tangkap untuk diluluskan sebuah mahkamah Malaysia keesokannya.

“Beberapa jam kemudian, sejurus selepas waktu makan tengah hari, Ong ditahan,” katanya sambil menambah peguam itu ditahan dalam lokap semalaman.

Saiful berkata, polis Singapura membawa Ong pulang ke negara itu pada 30 Mei.

“Kami dapat tangkap suspek itu kerana kerjasama risikan antara kedua-dua negara.”

Polis Singapura dalam satu kenyataan berkata, satu laporan polis dibuat pada 21 Mei lalu terhadap Ong berhubung dakwaan kes penyelewengan S$33 juta daripada satu akaun eskrow firma guaman itu.

Ong didakwa di mahkamah daerah Singapura pada 1 Jun lalu atas satu pertuduhan menipu dan direman untuk siasatan lanjut.

Ong dilaporkan hilang selepas firma kejuruteraan Allied Technologies dalam pemfailan Bursa Singapura pada 23 Mei lalu memberitahu ia membuat satu laporan polis, selepas JLC Advisors — firma guaman yang memegang akaun eskrownya — memaklumkan S$33.4 juta daripada akaun itu mungkin dikeluarkan atas arahan Ong.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Ong pada 19 Februari lalu menipu sebuah syarikat, CCJ Investments, untuk mempercayai satu lagi entiti, Suite Development, memeterai perjanjian pinjaman dengannya.

Dia juga didakwa secara tidak jujur menyebabkan CCJ Investments membayar S$6 juta.

Kira-kira S$3.3 juta kemudian digunakan untuk membiayai semula pinjaman perumahan Suite Development dan kira-kira S$2.7 juta dideposit ke akaun pelanggan JLC Advisors.

Jika sabit kesalahan, Ong boleh dipenjarakan maksimum 10 tahun dan denda.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/06/peguam-singapura-ditahan-atas-risikan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemandu Grab Dirompak Maut Ditikam Di Dada Kata Polis

Pemandu Grab Dirompak Maut Ditikam Di Dada Kata Polis

papar berkaitan - pada 30/5/2019 - jumlah : 492 hits
Durie Rainer Fong Mayat Mohd Hanafiee Jaffar ditemui dibuang di sebuah kawasan semak di Sabandar Tuaran Sabah KOTA KINABALU Pemandu Grab Mohd Hanafiee Jaffar dirompak dan maut ditikam beberapa kali di dada kanannya kata polis Pesuruhjaya Po...
Lelaki Cina Berkopiah Berkain Pelikat Sembah Tokong Bebas Jaminan Polis Selepas Ditahan

Lelaki Cina Berkopiah Berkain Pelikat Sembah Tokong Bebas Jaminan Polis Selepas Ditahan

papar berkaitan - pada 12/6/2019 - jumlah : 1209 hits
Rakaman video memaparkan seorang lelaki Cina berkopiah menyembah tokong dengan berpakaian kain pelekat dan berkopiah di Tanjung Piandang Bagan Serai mencetuskan kontroversi dan viral melalui laman sosial Facebook baru baru ini Lelaki terseb...
Ummah Buat Laporan Polis Terhadap Peguam Negara

Ummah Buat Laporan Polis Terhadap Peguam Negara

papar berkaitan - pada 1/6/2019 - jumlah : 402 hits
Oleh Siti Hafidah Abd Ghaffar Tommy mungkin lindungi penjenayah ganggu inkues Adib Timbalan Pengerusi UMMAH Kamaruzaman Mohamad mengadakan sidang media di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di ibu negara sebelum membuat laporan ter...
Salah Guna Siren Polis Untuk Redah Kesesakan Lalu Lintas Lelaki Akhirnya Ditahan

Salah Guna Siren Polis Untuk Redah Kesesakan Lalu Lintas Lelaki Akhirnya Ditahan

papar berkaitan - pada 9/6/2019 - jumlah : 325 hits
BATU PAHAT 8 Jun Seorang lelaki yang menggunakan siren polis untuk memudahkan perjalanannya meredah kesesakan lalu lintas di Parit Raja di sini petang Khamis sudah ditahan pihak berkuat kuasa Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Azhan Abdul Ha...
Lokman Ditahan Polis

Lokman Ditahan Polis

papar berkaitan - pada 14/6/2019 - jumlah : 445 hits
KUALA LUMPUR Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam ditahan polis malam ini dipercayai ekoran laporan polis mengenai video lucah yang dikaitkan dengan seorang menteri sebelum ini Difahamkan beliau ditahan bersama Gopalkrishnan di...
Kedudukan Syazlin Sering Bercanggah Dengan Timbalan Pendakwa Raya Kata Peguam Negara

Kedudukan Syazlin Sering Bercanggah Dengan Timbalan Pendakwa Raya Kata Peguam Negara

papar berkaitan - pada 29/5/2019 - jumlah : 336 hits
Peguam Syazlin Mansor yang menarik diri daripada mewakili kementerian bomba dan keluarga Muhammad Adib Mohd Kassim dalam inkues kematian anggota bomba itu sepatutnya menolak pelantikan kerajaan tersebut kata peguam negara Tommy Thomas hari ...
Tunggu Abang Kata Kata Terakhir Anggota Polis Buat Isterinya Sebelum Maut Dalam Kemalangan

Tunggu Abang Kata Kata Terakhir Anggota Polis Buat Isterinya Sebelum Maut Dalam Kemalangan

papar berkaitan - pada 2/6/2019 - jumlah : 800 hits
Seorang anggota polis maut manakala rakan setugasnya parah akibat dirempuh motisikal ketika melakukan pemeriksaan terhadap van di bahu jalan Dalam kejadian yang berlaku pada jam 6 40 pagi di Jalan Persisiran Perling arah Iskandar Puteri Joh...
Israel Juga Berhak Ke Atas Tanah Tebing Barat Kata Wakil As

Israel Juga Berhak Ke Atas Tanah Tebing Barat Kata Wakil As

papar berkaitan - pada 9/6/2019 - jumlah : 355 hits
BAITULMAQDIS Duta Amerika Syarikat memaklumkan Israel berhak untuk menjadikan sebahagian wilayah jajahannya Tebing Barat dalam kenyataan yang dijangka menguatkan lagi tentangan Palestin terhadap pelan damai AS Penduduk Palestin sudah menola...
Komplot Jahat Musnahkan Karier Azmin Ali Haziq Aziz Ditahan Polis

Komplot Jahat Musnahkan Karier Azmin Ali Haziq Aziz Ditahan Polis

papar berkaitan - pada 15/6/2019 - jumlah : 861 hits
Susulan tersebarnya video seks mirip seorang menteri kanan Kabinet Haziq Abdullah Abdul Aziz bersama Datuk Seri Mohamed Azmin Ali baru baru ini Haziq telah ditahan polis 5 30 petang tadi BACA Jangan Sebar Video Lucah Atau Anda Akan Didenda ...
Takaful Malaysia Catat Prestasi Berdaya Tahan Dengan Pendapatan Rm1 85 Bilion

Kotak Packaging Barang Kemas Custom Eksklusif Elegan Tingkatkan Nilai Produk Anda

Aktiviti Avocake Pukis Delight By Elegance Group Lancar Produk Hiliran Terbaharu Berasaskan Santan Ppim 22 08 2025

How To Spot Genuine Free Money Offers In The Casino World

Sukan Sea Pekak 2025 Pelari Pecut Negara Sapu Bersih Acara 100m Berita Harian

Aktiviti Seminar Scamproof Safeguarding Malaysia Consumers Financial Future Ppim 20 08 2025

Monolog Khas Jumaat 22 Ogos 2025

Masih Ramai Tak Tahu Ini 14 Kategori Barangan Sara


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


5 Questions Akmal Must Answer

Rise Of The Phoenix Instead Of Subduing Him Has Charging Rightist Akmal In Court Lifted Him As A Martyr

Koci Kuih Kacang Hitam Sarapan Pagi Hari Ini

Yummy Beef Meatball Recipe Blw

Schizzo Redux Walzwerk S Made To Order Bmw R 12 Caf Racer

Penumpang Cemas Flap Sayap Pesawat Patah