Kedudukan Syazlin Sering Bercanggah Dengan Timbalan Pendakwa Raya Kata Peguam Negara



(FMT) – Peguam Syazlin Mansor, yang menarik diri daripada mewakili kementerian, bomba dan keluarga Muhammad Adib Mohd Kassim dalam inkues kematian anggota bomba itu, sepatutnya menolak pelantikan kerajaan tersebut, kata peguam negara.
Tommy Thomas hari ini menjelaskan Jabatan Peguam Negara tiada isu jika Syazlin terus mewakili keluarga Adib, seterusnya menyenaraikan beberapa sebab kenapa peguam dari Majlis Peguam itu patut menolak pelantikannya, selepas penarikan diri itu menjadi perbualan orang ramai.
Antara sebabnya, kata Thomas, Syazlin sering mengambil kedudukan yang bercanggah daripada kedudukan yang diambil timbalan pendakwa raya.
“Perkara ini adalah memalukan beliau dalam kapasitinya sebagai peguam Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT),” katanya dalam kenyataan hari ini.
Thomas mengeluarkan kenyataan bagi menjelaskan kekeliruan dan spekulasi berhubung penarikan diri Syazlin, yang menerima pelantikan mewakili KPKT dan bomba semasa beliau juga dilantik mewakili keluarga Adib.
Dalam penjelasannya, Thomas pertama sekali berkata KPKT dan bomba, sebagaimana kementerian dan jabatan kerajaan lain, hendaklah mendapatkan nasihat daripada Jabatan Peguam Negara.
“Peguam luar mestilah dilantik oleh peguam negara/pendakwa raya,” tambahnya.
Seterusnya, Syazlin berada dalam kedudukan konflik kepentingan apabila bersetuju mewakili KPKT dan bomba kerana turut mewakili keluarga Adib, “yang mempunyai kepentingan langsung dalam inkues ini”.
“Kepentingan pihak-pihak ini mungkin bertentangan, dan adalah suatu perkara yang tidak boleh diterima apabila beliau mewakili ketiga-tiga pihak,” tambahnya.
Akhir sekali, Thomas juga mengesahkan Syazlin adalah isteri kepada setiausaha akhbar Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin.
“Atas sebab-sebab di atas saya memohon agar menteri untuk menarik balik pelantikan Syazlin daripada terus mewakili KPKT dan bomba,” katanya.
Sementara itu, Thomas berkata jabatannya tiada sebarang isu sekiranya Syazlin terus mewakili keluarga Adib, dan perkara itu dimaklumkan kepada peguam itu secara peribadi menerusi pegawai pengendali inkues.
Syazlin diminta terus mewakili keluarga Adib supaya prosiding inkues boleh diteruskan, dan perunding kanan patologi di United Kingdom, yang bercanggah pandangan dengan pakar forensik Hospital Kuala Lumpur berkenaan kecederaan mangsa “boleh dipanggil semula untuk memberikan keterangan lanjut”.
“Namun Syazlin tetap dengan keputusannya untuk menarik diri,” tambahnya.
Thomas terkejut apabila mendapat tahu Syazlin turut menarik diri daripada mewakili keluarga Adib.
“Keputusan beliau itu dibuat secara rela dan tanpa sebarang pengaruh daripada jabatan ini,” tambahnya.
Sementara itu, Thomas memberi jaminan peranan perunding kanan patologi, Prof Shahrom Abd Wahid, yang ditampilkan keluarga Adib sebagai saksi inkues, tidak terjejas dengan penarikan diri Syazlin.
“Shahrom adalah saksi pakar yang membantu koroner dalam inkues ini,” katanya.
Beliau berkata koroner sudah dimaklumkan jabatannya sedia membantu dengan mengeluarkan sepina terhadap perunding kanan itu.
“Kami akan berbuat demikian,” katanya.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2019/05/28/kedudukan-syazlin-sering-bercanggah-dengan-timbalan-pendakwa-raya-kata-peguam-negara/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Peguam Negara Nasihat Kpkt Arah Syazlin Tarik Diri

Peguam Negara Nasihat Kpkt Arah Syazlin Tarik Diri

papar berkaitan - pada 30/5/2019 - jumlah : 367 hits
Peguam wakili Adib dilantik secara pro bono tanpa sebarang bayaranPUTRAJAYA Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah mengarahkan peguamnya Syazlin Mansor menarik diri daripada inkues bagi menyiasat punca kematian anggota bomba Muha...
Kenapa Arah Syazlin Tarik Diri Selepas 5 Bulan Umno Pas Soal Peguam Negara

Kenapa Arah Syazlin Tarik Diri Selepas 5 Bulan Umno Pas Soal Peguam Negara

papar berkaitan - pada 30/5/2019 - jumlah : 536 hits
May 29 2019 2 58 PMSidang media bersama Umno PAS yang dihadiri Takiyuddin Hassan Ismail Sabri Yaakob Mahdzir Khalid dan Ketua Wanita Umno Noraini Ahmad di ibu pejabat Umno hari ini KUALA LUMPUR Umno dan PAS hari ini mempertikaikan keputusan...
4 Suspek Utama Bunuh Adib Disembunyikan Kat Luar Negara Dan Kosnya Ditanggung Kerajaan Dakwa Peguam

4 Suspek Utama Bunuh Adib Disembunyikan Kat Luar Negara Dan Kosnya Ditanggung Kerajaan Dakwa Peguam

papar berkaitan - pada 30/5/2019 - jumlah : 1210 hits
SEMASA Pada selasa Peguambela dan Peguamcara Mohd Khairul Azam Abdul Aziz mendakwa empat suspek pembunuh Adib telah disembunyikan diluar negara dimana semua kos hidup mereka telah ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan Pihak polis juga katanya...
Inkues Adib Peguam Negara Perlu Dipecat

Inkues Adib Peguam Negara Perlu Dipecat

papar berkaitan - pada 31/5/2019 - jumlah : 440 hits
WAN ROHIMI WAN DAUDSEJAK 17 Disember 2018 seluruh negara tertunggu tunggu dapatan fakta tentang punca kematian Allayarham Muhammad Adib Mohd Kassim seorang bekas anggota Bomba dan Penyelamat Malaysia Subang Jaya yang cedera parah sewaktu be...
Ummah Buat Laporan Polis Terhadap Peguam Negara

Ummah Buat Laporan Polis Terhadap Peguam Negara

papar berkaitan - pada 1/6/2019 - jumlah : 452 hits
Oleh Siti Hafidah Abd Ghaffar Tommy mungkin lindungi penjenayah ganggu inkues Adib Timbalan Pengerusi UMMAH Kamaruzaman Mohamad mengadakan sidang media di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di ibu negara sebelum membuat laporan ter...
Umno Pas Pertikai Peguam Negara Dalam Inkues Adib

Umno Pas Pertikai Peguam Negara Dalam Inkues Adib

papar berkaitan - pada 30/5/2019 - jumlah : 786 hits
Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan KUALA LUMPUR UMNO dan Pas hari ini mendakwa arahan supaya peguam Syazlin Mansor menarik diri daripada mewakili kerajaan dalam prosiding inkues kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim ada...
Inilah Bukti Bergambar Kenapa Yeo Bee Yin Kata Pengimport Sampah Adalah Pengkhianat Negara

Inilah Bukti Bergambar Kenapa Yeo Bee Yin Kata Pengimport Sampah Adalah Pengkhianat Negara

papar berkaitan - pada 30/5/2019 - jumlah : 1176 hits
Oleh Orang Australia minum susu botolnya dibuang jauh ke negara kita Siap berulat lagi Orang UK yang sarapan roti orang kita yang nak kena lupuskan pembungkusnya Minum air zam zam di Saudi segala cawan plastiknya tiba tiba muncul di sini pu...
Sebenarnya Cukup Bukti Atau Tak Ada Bukti Sampai Terpaksa Serbu Ibu Pejabat Deloitte Malaysia Wahai Tuan Peguam Negara

Sebenarnya Cukup Bukti Atau Tak Ada Bukti Sampai Terpaksa Serbu Ibu Pejabat Deloitte Malaysia Wahai Tuan Peguam Negara

papar berkaitan - pada 29/5/2019 - jumlah : 704 hits
Sehari dua ini cerita tentang Tommy Thomas kembali hangat diperkatakan di celah celah kehangatan dan kemarahan rakyat terhadap kenaikan tarif elektrik yang diterjemahkan dengan bil elektrik yang tinggi oleh TNB serta penjelasan TNB yang han...
Baju Raya Mahal Bukan Najib Tapi Peniaga Yang Kata

Baju Raya Mahal Bukan Najib Tapi Peniaga Yang Kata

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 971 hits
MALAYSIAKINI Bekas perdana menteri Najib Razak mengetengahkan isu kenaikan kos jualan peniaga baju raya Beliau berkongsi sebuah laporan yang memetik seorang peniaga sebagai berkata kos jualan telah meningkat sehingga 40 peratus pada tahun i...
Buying Semaglutide Online In Canada What You Should Know Before Ordering

Mb Pahang Luangkan Masa Tinjau Keadaan Mangsa Banjir Di Pps Dewan Serbaguna Jaya Gading Nasihat Sentiasa Waspada

Perlu Monitor Chart Setiap Hari Untuk Untung Kripto

Sultan Nazrin Mosques Should Tackle Food Security Environment And Health Challenges

Indonesia Hantar Pulang 30 Tan Bantuan Beras Daripada Uae

Anggota Khidmat Malaysia Maran Bersama Adun Luit Terus Komited Bantu Mangsa Banjir Menerusi Operasi Cuci Rumah

Kilang Di Tebrau Diserbu 356 Pekerja Asing Ditahan

Sukan Sea Thailand Detik Detik Penuh Mendebarkan Pecutan Emas Aisyah Zubir


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Pengkhianat Baghdad Akhir Hidup Ibn Al Alqami

Easy Saturday Kitchen Beef Cheeks Recipe

Jumaat Selamat Hari Lahir Myadik

Ppim Desak Tindakan Segera Tangani Banjir Besar Di Aceh Harapan Daily 19 12 2025

Lirik Lagu Mikraj Agung Munif Hijjaz X Ustaz Faizan

Menyingkap Rahsia Molekul Revolusi Ai Dalam Meramalkan Dan Merekabentuk Kehidupan