Peguam Negara Tak Sensitif Isu Iktiraf Uec Kata Prof Kok Seong


admin 31/03/2019
Tindakan Tommy Thomas boleh cetus polemik berpanjangan

BANGI, 24 Rejab 1440H, Ahad – Peguam Negara, Tommy Thomas sepatutnya sensitif terhadap isu Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC), sebelum mengiktiraf lulusannya sebagai layak menduduki Peperiksaan Sijil Amalan Guaman (CLP).

Malah, langkah Tommy mengiktiraf UEC untuk CLP adalah tindakan gopoh yang tidak menghormati sensitiviti rakyat, terutama orang Melayu, kata Felo Penyelidik Utama Bersama Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Teo Kok Seong.

Beliau menyifatkan kenyataan Tommy yang juga Pengerusi Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang Malaysia (LPQB), sebagai mengejutkan dan boleh mengelirukan masyarakat.

Memetik laporan Utusan Malaysia hari ini, Kok Seong berkata, Tommy seharusnya lebih sensitif kerana UEC masih lagi berada dalam kajian dan pertimbangan kerajaan untuk diiktiraf.

“Sebelum ini hanya ada satu aspek dalam UEC sahaja yang diterima iaitu berhubung kemasukan ke institut pendidikan guru (IPG), itu pun untuk opsyen bahasa Cina dan melalui beberapa syarat lain yang ketat.

“Jadi, mengiktiraf UEC dalam CLP ini saya lihat tindakan yang gopoh. Kerajaan dan Tommy seharusnya lebih berhati-hati dengan menjaga sensitiviti umum kerana perkara ini ada kaitan dengan keharmonian sosial,” katanya, hari ini.

Kelmarin, Tommy dalam kenyataan berkata CLP akan menerima pakai kelayakan UEC pada tahap ‘Senior Middle 3’ untuk tujuan tersebut mulai 1 Januari 2021.

Sementara itu, Ketua Wanita UMNO, Datuk Noraini Ahmad dalam satu kenyataan hari ini berkata, tindakan Tommy bakal mengundang polemik berpanjangan dan membuka isu yang lebih besar pada masa depan.

“Tommy mungkin terlepas pandang bahawa sejak mula lagi UEC tidak diiktiraf kerajaan sejak zaman Tunku Abdul Rahman. Malah, pendapat ini turut sama dipegang tokoh sezaman beliau seperti Tun Tan Cheng Lock dan Tun Tan Siew Sin. Tokoh ini turut sama memacu Tanah Melayu mencapai kemerdekaan dan memiliki semangat nasional tinggi.

“Apa yang lebih membimbangkan ialah jurang di antara kaum akan menjadi lebih besar kerana UEC dilaksanakan di sekolah-sekolah persendirian Cina. Dengan medium pengajaran bahasa Mandarin, ini akan mengakibatkan kurangnya pendedahan komunikasi di antara pelajar tersebut dengan pelajar dari kaum lain di negara kita,” katanya.

Beliau berkata, pengiktirafan terhadap UEC juga bermakna negara akan melahirkan generasi kaum Cina yang semakin terpisah daripada idea asimilasi dan pergaulan antara kaum.

“Kesannya mungkin tidak dirasai secara mengejut tetapi masalah perbezaan pendapat di antara kaum akan lebih buruk sekiranya kerajaan Pakatan Harapan mengiktiraf UEC hanya atas dasar kepentingan masyarakat Cina semata-mata,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/03/peguam-negara-tak-sensitif-isu-iktiraf.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Iktiraf Uec Rais Hantar Nota Bantah Kepada Peguam Negara

Iktiraf Uec Rais Hantar Nota Bantah Kepada Peguam Negara

papar berkaitan - pada 2/4/2019 - jumlah : 311 hits
MALAYSIAKINI Pengerusi Bersatu Negeri Sembilan Dr Rais Yatim membidas tindakan Peguam Negara Tommy Thomas yang mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu sebagai syarat menduduki Peperiksaan Sijil Amalan Guaman Katanya keputusan itu dibuat sec...
Peguam Negara Iktiraf Uec Timb Menteri Pendidikan

Peguam Negara Iktiraf Uec Timb Menteri Pendidikan

papar berkaitan - pada 30/3/2019 - jumlah : 378 hits
KUALA LUMPUR 30 Mac Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching ternyata gembira dengan keputusan Lembaga Kelayakan Profesion Undang undang Malaysia yang mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu sebagai setaraf dengan Sijil Tinggi Persekolahan...
Banyak Perlu Dibaiki Untuk Hebatkan Semula Sekolah Kebangsaan Prof Teo Kok Seong

Banyak Perlu Dibaiki Untuk Hebatkan Semula Sekolah Kebangsaan Prof Teo Kok Seong

papar berkaitan - pada 21/3/2019 - jumlah : 332 hits
PETALING JAYA Seorang ahli akademik menyenaraikan beberapa isu kepada Putrajaya untuk ditangani jika ia mahu meningkatkan standard sekolah kebangsaan selepas perdana menteri berikrar menjadikan sekolah itu hebat semula Felo Utama Institut K...
Uec Peguam Negara Cabar Perlembagaan

Uec Peguam Negara Cabar Perlembagaan

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 328 hits
Tindakan Peguam Negara Tommy Thomas mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu untuk digunakan dalam kelayakan Peperiksaan Sijil Amalan Guaman disifatkan sebagai mencabar status quo kedaulatan Perlembagaan Persekutuan Presiden Ikatan Guru Guru...
Hanya Kerajaan Boleh Iktiraf Uec Kata Pm

Hanya Kerajaan Boleh Iktiraf Uec Kata Pm

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 328 hits
Hanya kerajaan boleh iktiraf UEC kata PM Dikemas kini 56 minit yang lalu Diterbitkan pada 4 Apr 2019 9 06AM
Siasat Kesahihan Isu Terowong Dahulu Kata Najib

Siasat Kesahihan Isu Terowong Dahulu Kata Najib

papar berkaitan - pada 29/3/2019 - jumlah : 366 hits
MALAYSIAKINI Kerajaan mesti mengesahkan kesahihan kertas siasatan sulit SPRM yang terbongkar dan tersebar luas mengenai projek terowong bawah laut Pulau Pinang dan menjelaskan mengapa tiada tindakan telah diambil sebelum terus mendakwa baha...
Peguam Jelaskan Isu Statut Rom

Peguam Jelaskan Isu Statut Rom

papar berkaitan - pada 8/4/2019 - jumlah : 474 hits
KUALA LUMPUR 6 April Peguam dan pakar undang undang Mohd Khai rul Azam Abdul Aziz tidak bersetuju dikatakan isu Statut Rom mengelirukan rak yat berdasarkan kenyata an Per dana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika menjelaskan keputusan ker...
Rajin Ilmu Dan Amanah Penentu Kejayaan Rakyat Negara Kata Pm

Rajin Ilmu Dan Amanah Penentu Kejayaan Rakyat Negara Kata Pm

papar berkaitan - pada 2/4/2019 - jumlah : 359 hits
Rajin ilmu dan amanah penentu kejayaan rakyat negara kata PM Dikemas kini 31 minit yang lalu Diterbitkan pada 2 Apr 2019 8
Kerajaan Iktiraf Uec Hanya Untuk Pengambilan Ke Ipg Sahaja Maszlee

Kerajaan Iktiraf Uec Hanya Untuk Pengambilan Ke Ipg Sahaja Maszlee

papar berkaitan - pada 21/3/2019 - jumlah : 390 hits
KUALA LUMPUR Pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu oleh kerajaan hanya terpakai untuk pengambilan kursus ke kampus Institut Pendidikan Guru Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik ketika menegaskan perkara itu berkata langkah mengiktiraf UE...
Travel Bajet Ke Pulau Pinang Panduan Lengkap Untuk Percutian Solo Keluarga

Mobileshield By Celcomdigi Is Here To Stop Scams In Their Tracks

Wan Muhammad Fazri Mahu Perbaiki Catatan Di India Utusan Com My

Servis Cetak Beg Non Woven Murah Berkualiti Sesuai Untuk Event Bisnes

Kes Denggi Di Bintulu Membimbangkan Suara Sarawak

Tak Ada Rezeki Nak Makan Karipap Segamat Legend Viral

Proton E Mas 5 Diperkenalkan Ev Kompak Jenama Malaysia

Telur Ikan Tenggiri Papan Masak Gulai Cili Api


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jadi Teruja Nampak Buah Koko

Mb Pahang Dakwa Kerajaan Negeri Sedia Berunding Isu Tanah Aina Tapi Biarlah Di Buat Dengan Cara Yang Betul

Sumbangan Asas Rahmah Bantuan Rm100

Ayu Rest House Homestay Cantik Di Pinggir Bukit

5 Rekomendasi Sabun Pria Yang Wanginya Tahan Lama Bisa Wangi Seharian

Awesome Tv Ambil Tindakan Undang Undang Terhadap Amir Raja Lawak Mamak Puteh Dan Abu Mamu