Siasat Kesahihan Isu Terowong Dahulu Kata Najib


MALAYSIAKINI

   
Kerajaan mesti mengesahkan kesahihan kertas siasatan sulit SPRM yang terbongkar dan tersebar luas mengenai projek terowong bawah laut Pulau Pinang dan menjelaskan mengapa tiada tindakan telah diambil, sebelum terus mendakwa bahawa pentadbiran BN terdahulu cuba menjual Bangunan Malaysia di Hong Kong, kata Najib Razak.

Menerusi satu hantaran di Facebook, hari ini, beliau berkata ini adalah penting untuk membolehkan orang ramai menilai diri sendiri tentang siapa yang salah, atau sebaliknya.

Menurut Najib, sekurang-kurangnya enam kertas siasatan telah dijalankan berhubung siasatan terowong berkenaan, sejak awal tahun lalu - tiga daripadanya sudah berada di pihak Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk tindakan selanjutnya.

“Sebahagian dari kertas-kertas siasatan sulit SPRM telah terbongkar dan tersebar luas. Ini pun satu isu yang serius.

“Pengakuan dari pemilik syarikat konsesi tender dakwa pernah membayar wang rasuah serta berjanji untuk memberi kepentingan 10 peratus untuk projek terowong bernilai RM6.3 bilion itu kepada seorang pemimpin kanan DAP.

“Pengakuan dari pemilik syarikat konsesi terowong dakwa pemimpin kanan DAP telah berjanji untuk menganugerahkan projek itu dan memastikan mereka akan menang projek itu sebelum tender berbentuk Request for Proposal (RFP) dibuka.Yang di atas susah untuk faham ke?” soalnya.

Terdahulu hari ini, Najib sekali lagi menggunakan isu terowong dasar laut Pulau Pinang ketika diminta menjawab dakwaan pentadbirannya pernah cuba menjual Bangunan Malaysia di Hong Kong.

Ditemui oleh pemberita di luar persidangan Dewan Rakyat, Najib cuba mengumpan Menteri Kewangan Lim Guan Eng untuk menjawab dakwaan yang dibuat oleh blogger banduan yang berada di pangkalan di United Kingdom, Raja Petra Kamarudin.

Dia mendakwa kenyataan saksi SPRM pada Jan 2018,mengaitkan Lim, yang ketika itu adalah ketua menteri Pulau Pinang, dalam penerimaan sogokan untuk projek terowong bawah laut.

Walau bagaimanapun Pengarah Eksekutif Konsortium Zenith Construction Sdn Bhd, Zarul Ahmad Mohamad Zulkifli, yang kononnya membuat kenyataan itu, telah menafikan dakwaan Raja Petra tersebut.

Zarul juga menyifatkan tuntutan itu sebagai "jahat" dan "rekayasa", memandangkan dia tidak pernah didakwa selepas siasatan berhubung perkara itu dibuat awal tahun lalu ketika Najib masih berkuasa.

Dalam hantaran di Facebook, Najib berkata beberapa ahli parlimen pembangkang berulang-kali mengemukakan soalan itu termasuk di Parlimen tetapi Pakatan Harapan tidak mahu memberikan jawapannya.

“PH dan DAP tak payah jawab ke jika dokumen-dokumen SPRM terbongkar itu sahih atau tidak?

“PH dan DAP tak payah jawab ke mengapa kertas-kertas siasatan lengkap masih ada di AGC sejak satu tahun dahulu tetapi tidak ada sebarang keputusan untuk mendakwa atau menutup kes pernah dibuat?

“Rakyat tak mahu kerajaan PH berlaku telus dan adil ke?” soal Najib.

Mengenai bangunan milik negara di Hong Kong itu, yang didakwa Lim bahawa cuba dijual oleh Najib melalui rundingan secara langsung apabila beliau masih berkuasa pada awal tahun 2018, ahli parlimen Pekan tersebut berkata tiada siasatan SPRM yang dijalankan.

“Mereka dakwa kerajaan BN yang mula-mula putus mahu jual dengan harga RM1.1 bilion. Belum jual lagi.

“Tiada siasatan SPRM ataupun dakwaan salah-laku ke atas projek ini. PH sendiri mengaku mereka telah lulus untuk jual bangunan itu baru-baru ini,” kata Najib.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/03/siasat-kesahihan-isu-terowong-dahulu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Bangunan Di Hong Kong Dan Terowong Pulau Pinang Ini Jawapan Najib

Isu Bangunan Di Hong Kong Dan Terowong Pulau Pinang Ini Jawapan Najib

papar berkaitan - pada 29/3/2019 - jumlah : 730 hits
Biar Rakyat dan Raykat mempertimbangkan A ISU BANGUNAN HONG KONG 1 Mereka dakwa kerajaan BN yang mula mula putus mahu jual dengan harga RM1 1 bilion 2 Belum jual lagi 3 Tiada siasatan SPRM ataupun dakwaan salah laku ke atas projek ini 4 PH ...
Dap Serang Kelantan Tutup Isu Terowong

Dap Serang Kelantan Tutup Isu Terowong

papar berkaitan - pada 22/3/2019 - jumlah : 637 hits
ASLANI MKOTA BHARU DAP dinggap panas punggung apabila kertas siasatan skandal terowong yang mempalitkan nama besar parti itu dikatakan bocor Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan Nazman Che Iberahim berkata pemimpin parti itu terpaksa melaku...
Najib Cuba Jual Aset Negara Sebelum Pru14 Kata Guan Eng

Najib Cuba Jual Aset Negara Sebelum Pru14 Kata Guan Eng

papar berkaitan - pada 27/3/2019 - jumlah : 851 hits
Geraldine Tong PARLIMEN l Bekas perdana menteri Najib Razak adalah orang yang bertanggungjawap meluluskan penjualan Bangunan Malaysia di Hong Kong ketika beliau masih berkuasa dakwa Menteri Kewangan Lim Guan Eng Saya ingin memaklumkan kepad...
Rindu Rakyat Saya Akan Kembali Kata Najib

Rindu Rakyat Saya Akan Kembali Kata Najib

papar berkaitan - pada 26/3/2019 - jumlah : 483 hits
Setelah mendapat sambutan luar biasa rakyat Terengganu bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berikrar untuk kembali lagi ke negeri itu Mengakui terharu dengan sambutan mesra dari penduduk di negeri itu Najib berkata beliau tidak ...
Ph Tak Mahu Belanja Lebih Urus Pencemaran Sg Kim Kim Kata Najib

Ph Tak Mahu Belanja Lebih Urus Pencemaran Sg Kim Kim Kata Najib

papar berkaitan - pada 16/3/2019 - jumlah : 415 hits
Najib Razak berkata kerajaan BN sanggup belanja seberapa banyak yang boleh asalkan nyawa rakyat terjamin KUALA LUMPUR Kerajaan Pakatan Harapan dianggap gagal menguruskan pencemaran Sungai Kim Kim di Pasir Gudang sehingga menyebabkan ramai y...
Mb Tidak Patut Ke Batam Isu Pencemaran Sungai Kim Kim Masih Belum Selesai Najib

Mb Tidak Patut Ke Batam Isu Pencemaran Sungai Kim Kim Masih Belum Selesai Najib

papar berkaitan - pada 16/3/2019 - jumlah : 491 hits
Menteri Besar Datuk Osman Sapian sewajarnya menangguhkan lawatan kerja ke Batam Indonesia dalam situasi penduduk negeri ini khususnya di Pasir Gudang sedang berhadapan dengan bencana pencemaran toksik Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib ...
Najib Enggan Ulas Isu Jual Aset Di Hong Kong Tunggu Jawapan Guan Eng Tentang Dakwaan Raja Petra

Najib Enggan Ulas Isu Jual Aset Di Hong Kong Tunggu Jawapan Guan Eng Tentang Dakwaan Raja Petra

papar berkaitan - pada 28/3/2019 - jumlah : 484 hits
Bekas perdana menteri Najib Razak juga enggan mengulas laporan badan pemikir di Washington DC CRP bahawa beliau melantik beberapa firma di AS untuk meningkatkan imejnya berikutan kes 1MDB Bekas perdana menteri Najib Razak enggan memberi res...
Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Austrian Avalanche Our 7 Favorite Custom Ktm Motorcycles

Sarapan Sa Pagi Ini Jumaat 19 Dec 2025

Hentian Rehat Rawat Seremban

Penyakit Jantung Iskemia Terus Jadi Punca Utama Kematian Di Malaysia Selangor Catat Jumlah Tertinggi

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pahang Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pahang Perhebat Usaha Cegah Rasuah

Diskaun Tol 50 Hari Krismas 2025 Tarikh Waktu Pelaksanaan

Senarai Sampah Untuk Ganjaran Diri


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Fungsi Sleeve Paper Cup Dalam Industri Kafe F B

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Tantangan Ekonomi Unik China Analisis Masalah Dan Implikasinya

Setelah 2 Tahun

Trio Basikal Trek Negara Cipta Sejarah Rangkul Emas Dan Pecah Rekod Kebangsaan Di Sukan Sea 2025

Ini Senarai 10 Hotel Yang Terdekat Dengan Masjidil Haram