Banyak Perlu Dibaiki Untuk Hebatkan Semula Sekolah Kebangsaan Prof Teo Kok Seong


PETALING JAYA: Seorang ahli akademik menyenaraikan beberapa isu kepada Putrajaya untuk ditangani jika ia mahu meningkatkan standard sekolah kebangsaan, selepas perdana menteri berikrar menjadikan sekolah itu hebat semula.
Felo Utama Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Teo Kok Seong berkata, yang pertama dalam senarai itu adalah menangani pandangan bertentangan ibu bapa berhubung beberapa isu sensitif.

“Sesetengah ibu bapa Melayu dan bukan Melayu mengatakan sekolah kebangsaan terlalu Islam. Kami juga mempunyai kumpulan lain yang mengatakan sekolah kebangsaan tidak cukup Islam,” katanya kepada FMT.

Beliau mencadangkan kerajaan sama ada menghapuskan sekolah Cina, Tamil dan Islam, atau menjadikan sekolah kebangsaan begitu menarik sehingga menjadi pilihan pertama bagi semua ibu bapa.

Teo mengakui menghapuskan sekolah vernakular mungkin tidak diterima masyarakat Cina khususnya, tetapi mengatakan beliau “bercakap benar demi perpaduan di negara ini”.

Setelah mengadakan forum di Kuala Lumpur dan Sabah pada 2015, Teo berkata ibu bapa yang menghadiri pertemuan itu memberitahunya, mereka mahu guru besar sekolah dilantik berdasarkan dedikasi mereka.

“Ibu bapa tidak peduli dengan keturunan guru besar. Mereka hanya mahu guru besar yang mampu menjadikan sekolah itu lebih hebat dan kurang Islamik,” tambahnya.
Teo berkata beliau telah mengumpulkan maklum balas ibu bapa tentang mengapa mereka tidak menghantar anak-anak ke sekolah kebangsaan, dan laporan itu akan dihantar kepada Kementerian Pendidikan.

Tetapi, katanya, apabila laporan rasmi diterbitkan oleh pentadbiran terdahulu, Kementerian Pendidikan hanya menyenaraikan 2 aduan: masalah disiplin dan infrastruktur yang kurang baik di sekolah.

“Tidak ada yang menyebut tentang agama atau sekolah yang dikendalikan oleh mereka yang tidak berdedikasi,” katanya.

Beliau menyuarakan harapan agar kerajaan sekarang tidak mengabaikan isu tersebut.
Sementara itu, Setiausaha Kehormat Kumpulan Bertindak Ibu Bapa bagi Pendidikan (PAGE), Tunku Munawirah Putra berkata peranan pendidikan adalah menyediakan pelajar untuk berdepan cabaran Industri 4.0.

“Kita perlu mengambil kira keadaan semasa dalam sistem pendidikan kita, memberi keutamaan dan memperbaiki kelemahan kita dan bagaimana untuk mencapainya,” katanya.

Beliau juga menggesa kajian semula kurikulum dan sukatan pelajaran, dan kerajaan menghapuskan unsur yang tidak lagi sesuai, dan menambah persekolahan harus kurang fokus pada peperiksaan.

Munawirah berkata kerajaan perlu menubuhkan sekolah menggunakan bahasa Inggeris untuk menghasilkan guru bahasa Inggeris yang mencukupi.

Beliau mencadangkan semakan semula program latihan guru, sambil menambah harus ada akauntabiliti dan sifar toleransi terhadap ketidakhadiran dalam kalangan guru.

“Bagi guru yang sedia ada, pastikan pembangunan profesional yang berterusan distruktur, penuh azam dan berkesan.”

Beliau juga menggesa pihak berkuasa mengawal idea ketuanan agama yang menular ke sekolah, mengatakan sekolah kebangsaan harus menjadi landasan perpaduan di negara ini.

Sumber: Free Malaysia Today

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikgushare.com/2019/03/banyak-perlu-dibaiki-untuk-hebatkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jadikanlah Sekolah Kebangsaan Hebat Semula Perdana Menteri

Jadikanlah Sekolah Kebangsaan Hebat Semula Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 20/3/2019 - jumlah : 257 hits
KUALA LUMPUR 19 Mac Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pembaharuan yang lebih besar mengenai pendidikan sedang berjalan dalam usaha untuk menjadikan sekolah kebangsaan hebat semula dan seterusnya menyediakan tenaga kerja yang berkualiti dalam ...
Kerjasama Politik Bukan Ancaman Mengapa Perlu Buruk Sangka Soal Prof Teo

Kerjasama Politik Bukan Ancaman Mengapa Perlu Buruk Sangka Soal Prof Teo

papar berkaitan - pada 9/3/2019 - jumlah : 421 hits
By 9 Mac 2019 Prof Dr Teo Kok SeongKUALA LUMPUR Kenyataan demi kenyataan daripada pemimpin DAP berhubung kerjasama UMNO Pas jelas menunjukkan parti itu bukan sahaja melakukan provokasi memiliki sikap buruk sangka dan ketakutan tidak berasas...
Jokowi Pengemudi Truk Itu Mulia Dari Profesi Itu Saya Bisa Sekolah

Jokowi Pengemudi Truk Itu Mulia Dari Profesi Itu Saya Bisa Sekolah

papar berkaitan - pada 17/3/2019 - jumlah : 217 hits
Di hadapan ratusan sopir truk yang tergabung dalam Asosiasi Pengusaha Truk Indonesia Jokowi mengungkapkan pekerjaan para sopir truk ini merupakan sesuatu yang sangat mulia Sebab berkaca dari latar belakang keluarganya Ayah Jokowi pun merupa...
Senarai Kedudukan Sekolah Selepas Keputusan Spm 2018

Senarai Kedudukan Sekolah Selepas Keputusan Spm 2018

papar berkaitan - pada 17/3/2019 - jumlah : 2159 hits
Imej hiasan via Kolej Yayasan SaadBerikut adalah senarai kedudukan sekolah berdasarkan Gred Purata SPM di Malaysia Kedudukan disusun mengikut Gred Purata paling kecil hingga besar dan 160 buah sekolah telah tersenarai Senarai keputusan SPM ...
Ibu Bapa Bantah Sekolah Asing Pelajar Ikut Agama Di Sabah

Ibu Bapa Bantah Sekolah Asing Pelajar Ikut Agama Di Sabah

papar berkaitan - pada 17/3/2019 - jumlah : 754 hits
Eksesais pengasingan itu dikatakan bermula Januari lepas dengan 4 kelas dikhaskan untuk pelajar bukan Islam sementara 2 kela untuk pelajar Islam KOTA KINABALU Rakyat Sabah marah terhadap keputusan sebuah sekolah menengah di negeri ini menga...
Jika Menang Prabowo Akan Liburkan Sekolah Kampus Selama Bulan Ramadan

Jika Menang Prabowo Akan Liburkan Sekolah Kampus Selama Bulan Ramadan

papar berkaitan - pada 16/3/2019 - jumlah : 408 hits
Capres Prabowo Subianto dan Sandiaga Uno akan meliburkan anak sekolah dan kampus kampus selama Bulan Ramadan Tujuannya agar anak anak fokus mempelajari agama Islam
Mic Cabar Ph Tunjuk Bukti Pembinaan Lapan Sekolah Tamil Baru

Mic Cabar Ph Tunjuk Bukti Pembinaan Lapan Sekolah Tamil Baru

papar berkaitan - pada 16/3/2019 - jumlah : 507 hits
MIC hari ini mencabar Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer supaya mengemukakan bukti yang menunjukkan bahawa kerajaan Pakatan Harapan telah membina lapan sekolah Tamil baru di Pulau Pinang Ketua penerangannya V Gunalan berkata Rayer perlu memoh...
Sekolah Tun Fatimah 20190316 Lawatan Hujung Minggu

Sekolah Tun Fatimah 20190316 Lawatan Hujung Minggu

papar berkaitan - pada 17/3/2019 - jumlah : 335 hits
Sekolah Tun Fatimah 20190316 Lawatan Hujung Minggu Singgah jap jumpa iqa Borak borak pasal pelajaran Minggu depan dah nak cuti dah park and tungguborak santaiwe allbabai ayooo terbaeekkk kipidap mknaceunlimited mknace blogger photography ph...
Tak Patut Dicontoh Siswa Sma Di Riau Cekik Tendang Tinju Bibir Kepala Sekolah

Tak Patut Dicontoh Siswa Sma Di Riau Cekik Tendang Tinju Bibir Kepala Sekolah

papar berkaitan - pada 16/3/2019 - jumlah : 235 hits
Seorang siswa berinisial A menganiaya Kepala Sekolah Menengah Atas Negeri 2 Rakit Kulim Kabupaten Indragiri Hulu RIau Peristiwa itu dilaporkan ke Polsek Kelayang
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Kah Kah Kah Dia Punya Ampu Anwar Level Dewa Hahahaha

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi

Jpjebid Mobile Cara Muat Turan Daftar Aplikasi