Iktiraf Uec Rais Hantar Nota Bantah Kepada Peguam Negara
MALAYSIAKINI 
Pengerusi Bersatu Negeri Sembilan, Dr Rais Yatim membidas tindakan  Peguam Negara, Tommy Thomas yang mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu  (UEC) sebagai syarat menduduki Peperiksaan Sijil Amalan Guaman (CLP).
Katanya, keputusan itu dibuat ‘secara unilateral’ tanpa menunggu perbincangan kementerian pendidikan dan merujuk kepada kabinet.
“Kamu sekarang membuatkan kita ada dua saluran rasmi pendidikan.
"Dalam  pendidikan undang-undang kamu iktiraf UEC, dalam sistem vernakular  keputusan belum dibuat,” katanya di laman Facebook hari ini. 
Menurut Rais yang juga adalah bekas penasihat sosio budaya kerajaan,  Tommy  kamu sepatutnya memberi sedikit masa lagi supaya kerajaan membuat  keputusan.
“Tunggu dulu kementerian berkenaan untuk menyelesaikan  perbincangannya. Kemudian buat keputusan selepas berunding dengan  kabinet,” katanya dalam nota bantahan dimuat naik dalam laman Facebook  miliknya.
Rais walau bagaimanapun membuat kesilapan  dengan menuduh timbalan menteri pendidikan, Teo Nie Ching membuat  pengumuman mengenai pengiktirafan UEC sebagai prasyarat bagi menduduki  peperiksaan CLP
“Dakwaan orang ramai bahawa peguam negara  terjebak dalam politik partisan menjadi lebih kuat bila Teo mengumumkan  bagi pihak Jabatan Peguam Negara (AGC) berhubung pengiktirafan ke atas  UEC dalam bidang undang-undang.
"Lebih baik sekiranya Tommy mengeluarkan kenyataan tentang perkara itu dan tidak membenarkan Teo mengeksploitasi kedudukannya.
“Pada masa ini, tidak terlalu kondusif bagi peguam negara untuk terpalit dalam kontroversi seperti ini," katanya.
Laporan Bernama hari ini memetik Teo sebagai berkata lulusan UEC yang ingin menduduki peperiksaan CLP perlu lulus dengan kepujian dalam lima subjek wajib termasuk bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Bagaimanapun  beliau berkata, dirinya tidak mengetahui empat lagi subjek yang lain  memandangkan ia diputuskan oleh Lembaga Kelayakan Profesion  Undang-undang Malaysia (LPQB).
Jumaat lalu, Tommy yang juga adalah  pengerusi LPQB mengeluarkan kenyataan bahawa kelayakan UEC pada tahap  Senior Middle 3 boleh diterima sebagai memenuhi syarat kelayakan di  peringkat STPM dan A-Levels bagi tujuan menduduki peperiksaan CLP.
Menurut  Tommy mulai 1 Jan 2021, syarat menduduki CLP bagi pemegang sijil UEC  ialah lulus sekurang-kurangnya dua mata pelajaran pada peringkat Senior  Middle 3 dan memperoleh sekurang-kurangnya lima kepujian di peringkat  SPM / 0-Levels / setaraf yang diperoleh dalam satu peperiksaan yang  sama.
LIHAT FB DI SINI
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://dialograkyat.blogspot.com/2019/04/iktiraf-uec-rais-hantar-nota-bantah.html