Peguam Diarah Tanggalkan Tanjak Dakwa Dilayan Tidak Profesional Oleh Polis


Mohd Zaini Samsu Hadi Naib Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA), Mohd Khairul Azam Abdul Aziz bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat Perkasa, Kompleks Damai, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK 
KUALA LUMPUR – Naib Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Mohd Khairul Azam Abdul Aziz mendakwa pegawai penyiasat dari Unit Jenayah Terkelas (D5) Bukit Aman yang mahu mengambil keterangan daripadanya sebagai tidak profesional dan bersifat rasis.

Beliau mendakwa, pegawai tersebut terpengaruh dengan kes yang sedang disiasatnya hingga perwatakannya bertukar menjadi kasar secara tiba-tiba.

Menceritakan kejadian itu Mohd Khairul Azam berkata, beliau telah dihubungi oleh pegawai berkenaan semalam yang memintanya supaya hadir ke Bukit Aman pagi ini untuk diambil keterangan berhubung sebuah rakaman video miliknya yang menjadi tular baru-baru ini.

Katanya, beliau hadir ke ibu pejabat polis berkenaan tepat pada waktunya bagaimanapun telah diberi layanan tidak sepatutnya oleh pegawai berkenaan hanya semata-mata beliau membawa seorang peguamnya.

Malah beliau berkata, pegawai tebut telah menunjukkan sikap berbaur rasis apabila memintanya supaya menanggalkan tanjak yang kebiasaanya menjadi amalan beliau untuk dipakai pada setiap hari Rabu.

“Saya menyatakan kepada beliau bahawa saya berhak untuk berunding dengan peguam kerana ini adalah hak saya yang dijamin di bawah Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan.

“Saya juga menyatakan saya berhak untuk memakai tanjak kerana ia juga adalah hak saya yang di jamin di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Mohd Khairul Azam berkata, beliau turut memberitahu kepada pegawai tersebut bahawa tindakannya yang melarang beliau terhadap perkara berkenaan telah menafikan haknya dan ia bertentangan dengan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan.

Bagaimanapun Mohd Khairul Azam menjelaskan, pegawai polis tersebut telah menemplak kata-katanya itu dengan menyatakan beliau tidak ambil peduli terhadap apa yang diperkatakannya.

Malah katanya, pegawai polis terbabit dengan sombong menyatakan bahawa apabila masuk ke pejabatnya beliau perlu mengikut undang-undang terpakai dan tidak dibenarkan membawa peguam bersama.

“Saya kemudiannya meminta beliau (pegawai polis) untuk menghubungi pegawai atasan bagi bercakap sendiri dengan apa yang dimaksudkan namun, Jegathesan enggan menghubungkan saya dengan pihak atasan itu.

“Kemudian saya menyatakan bahawa jika beliau enggan membenarkan saya membawa peguam, saya enggan untuk memberikan apa-apa keterangan dan mahu membuat laporan polis terhadap beliau,” ujarnya.

Katanya lagi, selepas mendengar jawapannya itu Mohd Khairul Azam mendakwa, anggota polis berkenaan telah memaki hamun dan mengugut untuk mengeluarkan waran tangkap ke atas saya kerana enggan memberikan kerjasama.

“Saya menafikan enggan memberi kerjasama kerana saya telah hadir bersama peguam namun, ASP Jega secara tidak profesional telah menafikan hak Perlembagaan saya dan menyusahkan keadaan sedangkan saya sanggup memberikan kerjasama penuh kepada pihak polis,” katanya.

Justeru, Mohd Khairul Azam berkata, satu laporan polis dibuat di Balai Polis Travers oleh beliau berhubung insiden berkenaan sejurus selepas itu.

Katanya, beliau juga akan membuat aduan sama ke Jabatan Integriti esok sebagai memaklumkan tindakan tidak sepatutnya yang melibatkan perlakuan seorang penjawat.

Tambahnya, apa yang berlaku itu telah memalukan imej pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang sepatutnya lebih berhemah dalam menjalankan tanggungjawab.

“Saya ini seorang peguam janganlah layan saya seperti itu. Saya kecewa dan ingin bertanya, kenapa saya dilayan semacam itu,” soalnya.

Beliau turut meminta Polis DiRaja Malaysia mengambil tindakan terhadap laporan yang dibuat serta menggesa agar badan penguatkuasa undang-undang berkenaan tidak meletakkan seorang pegawai penyiasat yang rasis di sebuah jabatan penting. – MalaysiaGazette



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/01/peguam-diarah-tanggalkan-tanjak-dakwa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
3 Geng Sulu Beri Keterangan Polis Siasatan Akan Dihantar Ke Pejabat Peguam Negara

3 Geng Sulu Beri Keterangan Polis Siasatan Akan Dihantar Ke Pejabat Peguam Negara

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 386 hits
Polis masih memburu geng Sulu yang menyerang Papagomo di KLIA Setakat ini tiga lelaki telah diambil keterangannya Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata ketiga tiga mereka tampil ke Ibu Pejabat Polis Daer...
Papagomo Dakwa Diserang Di Kkia Buat Laporan Polis

Papagomo Dakwa Diserang Di Kkia Buat Laporan Polis

papar berkaitan - pada 20/1/2020 - jumlah : 291 hits
Exco Pemuda UMNO Muhammad Azri Wan Deris membuat laporan polis selepas insiden diserang sekumpulan lelaki di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu Muhammad Azri atau dikenali sebagai Papagomo dalam kenyataan di laman media sosial Face...
Penduduk Sg Buloh Dakwa Polis Salah Tahan Orang Kampung Peras Ugut Sehingga Rm27 000

Penduduk Sg Buloh Dakwa Polis Salah Tahan Orang Kampung Peras Ugut Sehingga Rm27 000

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 342 hits
SHAH ALAM Seorang wakil penduduk Sungai Buloh membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mendakwa polis menahan anak muda di kampungnya untuk memeras ugut keluarga mereka Beliau yang hanya mahu dikenali sebagai Iwan 50 me...
Polis Dan Bomba Bertempur Tuntut Kebajikan Lebih Baik

Polis Dan Bomba Bertempur Tuntut Kebajikan Lebih Baik

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 300 hits
Pertempuran berlaku di antara polis dan ahli bomba yang cuba merobohkan skrin keselamatan semasa protes anti kerajaan di Paris hari ini Video tentang pertempuran itu telah disiarkan dalam talian semasa berlakunya demonstrasi di ibu kota Par...
Saksi Polis Analisis Rakaman Cctv Insiden Syed Saddiq Papagomo

Saksi Polis Analisis Rakaman Cctv Insiden Syed Saddiq Papagomo

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 318 hits
Mahkamah Majistret Kajang hari ini diberitahu bahawa pihak polis telah menganalisis rakaman kamera litar tertutup melibatkan insiden antara Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan pengendali laman blog Papagomo pada hari p...
Netizen Cina Gelar Anggota Polis Raja Rasuah Perompak Wang

Netizen Cina Gelar Anggota Polis Raja Rasuah Perompak Wang

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 330 hits
Hanya gara gara syor kenaikan saman sebagai amaran salah laku trafikBANGI Netizen Cina dalam satu halaman di Facebook bertindak kurang ajar apabila menggunakan kata kata biadab terhadap saranan polis kepada Jabatan Pengangkutan Jalan untuk ...
Polis Dihadap Ke Mahkamah Media Diminta Keluar Kerana Isu Sensitif

Polis Dihadap Ke Mahkamah Media Diminta Keluar Kerana Isu Sensitif

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 290 hits
M FAKHRULL HALIM Susulan aduan yang dibuat oleh seorang lelaki tentang pemalsuan dokumen dalam kes dadah melibatkan dirinya seorang pegawai polis dihadapkan ke Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini Bagaimanapun sebelum pertuduhan dibacakan ...
Dua Didakwa Serang Polis Cederakan Pemandu Bas

Dua Didakwa Serang Polis Cederakan Pemandu Bas

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 348 hits
Dua lelaki didakwa atas empat pertuduhan di Mahkamah Majistret di sini hari ini termasuk kerana mendatangkan kecederaan kepada pemandu bas dan menyerang anggota polis Jumaat lalu Mekanik Lim Kia Pin 39 dan penjual aksesori kereta Lai Kok Ko...
Pembunuhan Tan Sri Abdul Rahman Oleh Anggota Pkm Sebagai Perbuatan Jenayah Paling Kejam

Pembunuhan Tan Sri Abdul Rahman Oleh Anggota Pkm Sebagai Perbuatan Jenayah Paling Kejam

papar berkaitan - pada 11/1/2020 - jumlah : 650 hits
InfoPeristiwaPada 7 Jun 1974 Polis Diraja Malaysia kehilangan seorang pemimpin berkaliber selepas Ketua Polis Negara ketika itu Tan Sri Abdul Rahman Hashim terbunuh dalam kejadian tembakan di persimpangan Jalan Mountbatten berhampiran Bangu...
We Re In Business As Usual Says Sapura Energy

Aktivis Saran Bekukan Aset Penceroboh Haram Musang King Raub Kembalikan Hasil Kepada Kerajaan Pahang

Anwar Abang Jo To Finalise Key Principles For Petronas Petros Talks

Casa En La Laguna By A4estudio A Sculptural Retreat Overlooking Laguna Blanca

The Tragicomedy Of Parti Keluarga Rakyat

Xiaomi Jenama Telefon Pintar No 1 Di Malaysia

The Flawed Thinking Of Choosing Race Or Nationality

Misteri Lori Bergerak Tanpa Pemandu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kecilkan Circle Untuk Jaga Kualiti Persahabatan

Kerjasama Petronas Petros Diperkukuh Pm Premier Sarawak Capai Kata Sepakat

Aktiviti Majlis Perasmian Kempen Bijak Air Madani Peringkat Kebangsaan Ppim 08 05 2025

Padah Nak Scrut Anak Papa 5 Jam Woiii

Pasar Payang Terengganu Tarikan Utama Waktu Operasi

Pesawat Tempur Pakistan Berjaya Musnahkan Sistem Peluru Berpandu Paling Canggih Dimiliki India