Saksi Polis Analisis Rakaman Cctv Insiden Syed Saddiq Papagomo


Mahkamah Majistret Kajang hari ini diberitahu bahawa pihak polis telah menganalisis rakaman kamera litar tertutup (CCTV) melibatkan insiden antara Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan pengendali laman blog, Papagomo pada hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, Februari tahun lepas.

Loading… Insp Nur Farah Syuhada Hamdan, 35, juruanalisis siasatan audio video di Unit Siasatan Audio Video Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Cheras berkata hasil pemeriksaan, beliau mendapati rakaman berdurasi beberapa saat tersebut kurang jelas kerana resolusi video asal adalah kecil.
Saksi pendakwaan kelima itu berkata demikian sewaktu dirujuk rakaman video semasa disoal balas peguam Logan Narayanan yang mewakili Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris, 36, selaku Orang Kena Saman (OKS).
Menurut saksi itu, rakaman dalam bentuk cakera optik (DVD) tersebut diterimanya dalam keadaan baik bersama surat permohonan eksibit untuk pemeriksaan oleh pegawai penyiasat kes, ASP Mohd Radzee Jamudi pada 3.15 petang, 16 Mei tahun lepas.
Nur Farah Syuhada berkata beliau mengambil masa 30 minit untuk mengenal pasti imej-imej yang dikehendaki oleh pegawai penyiasat iaitu imej suspek (B1) sedang memeluk atau mencekak mangsa (A1).
“Setelah saya ‘capture’mej-imej seperti yang dikehendaki pegawai penyiasat, proses ‘enhancement’ telah dilakukan bagi menjelaskan lagi imej-imejnya.
“Proses ‘enhancement’ tersebut dilakukan bagi meningkatkan kualiti gambar yang di’capture’. Selepas ‘enchancement’ dilakukan, imej yang terhasil adalah lebih jelas dari rakaman asal,” katanya.
Dalam prosiding itu juga rakaman video beresolusi 848 x 480 piksel per inci hasil analisis pihak polis turut dimainkan di mahkamah.
Ketika ditanya Logan sekiranya beliau ada menyatakan nama kedua-dua A1 dan B1 seperti yang tertera di dalam imej, saksi itu berkata tiada.
“Nama tidak perlu kerana berdasarkan arahan pegawai penyiasat, saya hanya diminta menganalisis perbuatan B1 memeluk dan mencekak A1 berdasarkan rakaman video iaitu barang kes yang diserahkan,” katanya.
Ditanya lanjut peguam Nik Saiful Adli Burhan sekiranya beliau ada melihat perbuatan memeluk atau mencekak oleh B1 terhadap A1, saksi itu berkata tidak tahu tetapi tangan B1 ada di atas bahu A1 berdasarkan imej.
Semasa pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Hairuliqram Hairuddin, saksi itu sekali lagi menegaskan bahawa hasil analisis beliau tidak menyatakan nama-nama individu kerana analisisnya berdasarkan perbuatan individu di dalam rakaman tersebut.
Papagamo yang juga Exco Pemuda UMNO didakwa mengaibkan kehormatan Syed Saddiq dengan menyebut “ko bodoh” bagi maksud mengganggu kesantunannya di tepi jalan Persiaran Impian Perdana, Saujana Impian pada 11.05 pagi, 16 Feb tahun lepas mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan kedua, OKS didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan di leher dan bahu Ketua ARMADA itu pada masa, tempat dan tarikh sama mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Perbicaraan di hadapan Majistret Muhammad Noor Firdaus Rosli bersambung esok.
– Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.my/2020/01/saksi-polis-analisis-rakaman-cctv-insiden-syed-saddiq-papagomo/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cops Analysed Cctv Footage Of Syed Saddiq Papagomo Incident Court Told

Cops Analysed Cctv Footage Of Syed Saddiq Papagomo Incident Court Told

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 350 hits
The Kajang Magistrates Court was told today that police had analysed closed circuit television camera footage of an incident involving Youth and Sports Minister Syed Saddiq Syed Abdul Rahman and blogger Papagomo on nomination day for the Se...
Polis Nasihat Lompat Pagar Masuk Hutan Kata Syed Saddiq

Polis Nasihat Lompat Pagar Masuk Hutan Kata Syed Saddiq

papar berkaitan - pada 3/2/2020 - jumlah : 754 hits
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata kumpulan yang tidak diundang seramai kira kira 200 orang itu tiba tiba muncul di majlis rapat umum yang dihadirinya di Ulu Tiram Johor Jumaat lepas Foto oleh Zuraneeza ZulkifliKUALA LUMPUR 2 Feb Menteri...
Armada Buat Laporan Polis Berhubung Kumpulan Serang Syed Saddiq

Armada Buat Laporan Polis Berhubung Kumpulan Serang Syed Saddiq

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 388 hits
Satu laporan polis dibuat hari ini susulan serangan yang dilakukan sekumpulan individu pada majlis rapat umum Angkatan Bersatu Anak Muda Parti Pribumi Bersatu Malaysia Johor pada Sabtu Ketua Armada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata piha...
Kumpulan Cetus Kekacauan Syed Saddiq Buat Laporan Polis

Kumpulan Cetus Kekacauan Syed Saddiq Buat Laporan Polis

papar berkaitan - pada 2/2/2020 - jumlah : 743 hits
JOHOR BAHRU 1 FEB Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda Parti Pribumi Bersatu Malaysia membuat laporan polis berhubung tindakan sekumpulan lelaki yang didakwa sengaja mencetuskan kekacauan di program Rapat Umum Armada Johor di Ulu Tiram di sini ...
Syed Saddiq Lapor Polis Dakwaan Sertai Parti Dadah

Syed Saddiq Lapor Polis Dakwaan Sertai Parti Dadah

papar berkaitan - pada 20/1/2020 - jumlah : 380 hits
January 20 2020 10 39 AMSyed Saddiq PETALING JAYA Pihak menteri belia dan sukan akan membuat laporan polis berhubung penularan cerita mendakwa menteri itu menyertai parti dadah dan akan mempertimbangkan tindakan undang undang terhadap pihak...
Syed Saddiq Ibu Bapa Didakwa Dikepung Sekumpulan Individu Di Program Bersatu

Syed Saddiq Ibu Bapa Didakwa Dikepung Sekumpulan Individu Di Program Bersatu

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 398 hits
MALAYAIAKINI Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman beserta ibu dan bapanya terpaksa melarikan diri apabila diganggu sekumpulan individu yang mengepung meja makan mereka semasa perjumpaan bersama Armada Johor malam tadi Menur...
Syed Saddiq Bekas Kaki Disko Salahkan Umno Lari Tinggalkan Majlis

Syed Saddiq Bekas Kaki Disko Salahkan Umno Lari Tinggalkan Majlis

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 837 hits
KUALA LUMPUR 1 Feb Pemuda UMNO menerusi Pemuda UMNO Johor akan membuat laporan polis terhadap Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kerana memfitnah parti berkenaan Ketuanya Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata Syed Saddiq memfitnah UMNO yang ditud...
Umno Tidak Teragak Agak Untuk Saman Syed Saddiq

Umno Tidak Teragak Agak Untuk Saman Syed Saddiq

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 413 hits
Asyraf Wajdi DusukiKUALA LUMPUR Ketua Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyifatkan tindakan Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Abdul Rahman yang menuduh parti pembangkang menjadi dalang kepada insiden serangan malam tadi s...
Monolog Jiwa Menunggu Antara Bertahan Dan Menyerah

Lirik Lagu Sesaat Aina Abdul

Hutang Oh Hutang Peningnya Aku

Bayi Kembar Isteri Arwah Masdeh Rosmin Debaran Saat Kelahiran Cucu

Strawberry Manis

Ayam Goreng Berempah Dan Bab Sedekah Penghapus Dosa

Senarai Filem Tahun 2026

Makluman Gempa Bumi Lemah Di Perairan Batu Pahat Johor Pada 27 September 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


De La Te Coffee Alor Setar Cafe Ini Sesuai Untuk Lepak Santai

17 Tahun Menghilang Kumpulan X Factor Kembali Reunion Buat Peminat Teruja Helok Helok Walaupun Dah Berusia

Didakwa Tak Bayar Hutang Intan Najuwa Razman Razmi Beri Respon Henti Buli Kami Nak Kami Bun H Diri Ke

Tmj Mengulas Isu Fam Dan Fifa

Pemuda Tempuh Perjalanan Lebih Lapan Jam Demi Segulung Ijazah

Izz Wan Demo Ore Comey Chord