Penduduk Sg Buloh Dakwa Polis Salah Tahan Orang Kampung Peras Ugut Sehingga Rm27 000


Nur Hasliza Mohd Salleh



SHAH ALAM: Seorang wakil penduduk Sungai Buloh membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa polis menahan anak muda di kampungnya untuk memeras ugut keluarga mereka.

Beliau yang hanya mahu dikenali sebagai Iwan, 50, mendakwa sekumpulan anggota polis dari “Narko Subang” menjalankan operasi menahan anak muda di kampungnya setiap Jumaat, sejak tahun lalu.

Katanya, ada yang membayar sehingga RM27,000 untuk membebas serta mengelakkan anak atau pekerja mereka didakwa di mahkamah.

“Mereka akan meronda sekitar 12 malam atau siang hari, kemudian serbu kumpulan anak muda yang tengah melepak, tangkap dan bawa ke rumah.

“Di rumah, mereka akan geledah seluruh sudut rumah untuk mencari barang terlarang dadah. Apabila mencari sampai 20 hingga 30 minit tidak jumpa, akan ada seorang anggota yang tiba-tiba masuk dan buat-buat mencari.

“Selepas itu, dia akan tunjukkan satu paket barang dipercayai dadah dan yakinkan keluarga itu kepunyaan anak-anak mereka,” katanya selepas membuat laporan di SPRM cawangan Shah Alam hari ini.

“Setakat ini, ada ibu bapa yang kena bayaran paling rendah RM1,000 manakala yang paling tinggi, seorang kontraktor membuat bayaran sebanyak RM27,000 untuk bebaskan 4 pekerjanya yang ditahan.”

Iwan berkata, 2 anaknya pernah ditahan ketika membaiki motosikal di sebuah bengkel pada Oktober lalu.

“Mereka bawa balik anak saya ke rumah, geledah bilik, tiba-tiba jumpa barang entah dari mana.

“Di balai, tak sempat buat ujian air kencing, saya kata nak bawa peguam, mereka tiba-tiba lepaskan kedua-dua anak saya tu, ini cukup pelik,” katanya sambil menambah 2 anaknya berusia 20 dan 23 tahun ketika ditahan.

Beliau mendakwa seorang pegawai polis wanita menawarkan kepada anaknya untuk dibebaskan dengan syarat.

“Anak saya beritahu, pegawai itu kata kepadanya, jika saya sanggup bayar RM500 untuk seorang, pegawai itu boleh melepaskannya dalam sekelip mata sahaja.

“Saya terkejut, tidak hairanlah mereka enggan berurusan dengan peguam.”

Iwan bagaimanapun kecewa dengan mangsa yang enggan membuat laporan kepada SPRM kerana bimbang diganggu polis.

“Kalau macam ini, sampai bila nak selesai?

“Anggota yang sama setiap kali kejadian macam ni berlaku. Mereka boleh kenal pasti muka-muka anggota itu, tapi mereka takut untuk buat laporan.”

FMT cuba mendapatkan maklum balas daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/01/penduduk-sg-buloh-dakwa-polis-salah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Papagomo Dakwa Diserang Di Kkia Buat Laporan Polis

Papagomo Dakwa Diserang Di Kkia Buat Laporan Polis

papar berkaitan - pada 20/1/2020 - jumlah : 253 hits
Exco Pemuda UMNO Muhammad Azri Wan Deris membuat laporan polis selepas insiden diserang sekumpulan lelaki di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu Muhammad Azri atau dikenali sebagai Papagomo dalam kenyataan di laman media sosial Face...
Kurang Bukti Kes Salah Laku Seks Agc Tidak Akan Dakwa Anwar

Kurang Bukti Kes Salah Laku Seks Agc Tidak Akan Dakwa Anwar

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 338 hits
BERITAJabatan Peguam Negara tidak akan mendakwa Anwar Ibrahim atas dakwaan serangan seksual terhadap Muhammed Yusoff Rawther kerana kekurangan bukti Dalam satu kenyataan hari ini Peguam Cara Negara Engku Nor Faizah Engku Atek berkata terdap...
Kelantan Darul Mercedes Polis Tahan 2 Mercedec Lumba Haram Di Kota Bharu

Kelantan Darul Mercedes Polis Tahan 2 Mercedec Lumba Haram Di Kota Bharu

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 349 hits
Seorang wanita adalah antara tiga individu ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes perlumbaan haram membabitkan dua kereta mewah jenis Mercedes Benz pada Jumaat lalu Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Abdul Rahim Daud berkata wani...
Misteri Penyakit Tidur Menghantui Penduduk Kampung

Misteri Penyakit Tidur Menghantui Penduduk Kampung

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 327 hits
Sebuah wabak misteri menyerang penduduk kampung yang dikenali sebagai sleepy hollow di mana penduduknya boleh tidur berhari hari pada suatu masa dan menurut doktor yang berada di sana wabak ini menyebabkan cecair berlebihan di otak Namun me...
Polis Tahan 7 Warga China Terlibat Sindiket 039 Macau Scam 039

Polis Tahan 7 Warga China Terlibat Sindiket 039 Macau Scam 039

papar berkaitan - pada 6/1/2020 - jumlah : 226 hits
Polis tahan 7 warga China terlibat sindiket Macau Scam Dikemas kini 22 minit yang lalu Diterbitkan pada 6 Jan 2020 1 42PM
4 Pelajar Ditahan Kerana Buli Peras Ugut

4 Pelajar Ditahan Kerana Buli Peras Ugut

papar berkaitan - pada 10/1/2020 - jumlah : 389 hits
4 pelajar ditahan kerana buli peras ugut Dikemas kini 36 minit yang lalu Diterbitkan pada 10 Jan 2020 2 26PM
Narko Subang Geng Polis Pemeras Ugut Netizen

Narko Subang Geng Polis Pemeras Ugut Netizen

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 346 hits
Ketua Polis Selangor Noor Azam Jamaludin menjelaskan jika benar terdapat pegawai polis yang memeras ugut penduduk Kampung Sungai Buloh di Sungai Buloh mereka akan ditangkap Jelasnya beliau juga terbuka dan sedia memberi kerjasama jika SPRM ...
Luahan Penduduk Kampung Janda

Luahan Penduduk Kampung Janda

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 227 hits
Sebuah perkampungan dipinggir bandar di wilayah selatan Thailand di sini mempunyai kelainannya yang tersendiri Tidak seperti desa yang lain kampung tersebut yang diberi nama Kampung Rotan Batu hanya didiami oleh wanita yang bergelar janda T...
Selalu Bantu Orang Kampung Lelaki Amp Anak Bini Maut Ditangisi Penduduk

Selalu Bantu Orang Kampung Lelaki Amp Anak Bini Maut Ditangisi Penduduk

papar berkaitan - pada 12/1/2020 - jumlah : 208 hits
Seorang pemandu Mohamad Taslim Jamsari Mohamad meninggal dunia tengah hari semalam selepas dirawat di Hospital Sungai Buloh setelah terlibat dalam kemalangan di Kilometer 448 Lebuh Raya Utara Selatan di Sungai Buloh Jumaat lalu Kemalangan t...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar

Belum Ambil Spm Pelajar Melayu Cemerlang Di Sjkc Sudah Dirisik Universiti