Pegawai Perubatan Terangkan Kaedah Paling Tepat Bila Berdepan Situasi Tertusuk Benda Tajam Di Badan


Oleh : Muhsin Zaidi

Benar, ajal maut itu di tangan Tuhan. Tapi kita disuruh berikhtiar menggunakan ilmu yang ada.

Berita ini benar-benar mencarik hati saya. Saya ada anak perempuan yang sebaya dengan mangsa. Mari kita tengok apa yang boleh kita ambil pengajaran.

Kes ini, seorang kanak-kanak perempuan berumur 2 tahun maut apabila pisau sepanjang 15cm tertusuk perutnya, masuk rapat hingga ke hulu pisau. Mangsa berlari dan terpijak pinggan yang ada pisau di dalamnya, lalu terjatuh meniarap ke atas pisau. Neneknya yang panik terus MENCABUT pisau itu.


Saya faham keadaan cemas begitu, kadang-kadang kita boleh buat apa sahaja tanpa berfikir dahulu. Panik.

Ini isunya. Dalam perubatan kecemasan, apabila seseorang itu mendapat luka tusukan dan objek itu masih tertusuk, JANGAN sesekali cabut. Dalam kes ini, dikatakan tertusuk ke perut. Kita tak tahu pisau tu dah tikam organ apa di dalam. Mungkin dah kena limpa, mungkin kena kidney dan yang paling ditakutkan kalau terkena Abdominal Aorta (salur darah bernadi yang paling besar dalam badan). Aorta ni kalau terluka sikit memang memancut darah keluar tak berhenti sampai la darah habis.

Kadang-kadang, walaupun ditikam, tapi perdarahan dalaman masih perlahan kerana objek itu menyekat perdarahan dari luka. Selagi objek itu tidak ditarik keluar, selagi itu perdarahan masih perlahan. Kebiasaannya, jika pesakit sampai ke hospital dalam keadaan ada objek tertusuk, doktor akan scan dan tengok keterukan tusukan itu. Akan nilai risiko untuk cabut keluar. Hampir semua kes tusukan di abdomen begini dicabut di dewan bedah, tempat di mana perdarahan akan dikawal secara direct selepas objek itu dicabut.

Ingat, kalau ditikam atau tertusuk, jangan panik, jangan menjerit, jangan meneran dan yang paling penting JANGAN CABUT. Kurangkan pergerakan dan minta bantuan. InsyaAllah anda akan selamat. Jadikan pedoman.

Salam takziah buat keluarga mangsa.
-------------

Berita penuh : “SARA minta susu dengan saya. Masa itu saya sedang buai anak yang bongsu di bahagian dapur dan suruh dia tunggu sekejap.

"Dia terus lari ke arah neneknya yang ada berhampiran untuk minta buatkan susu, malangnya ketika berlari dia terpijak pinggan plastik yang ada pisau dan terjatuh atas lantai," kata Hana Mazlan, 27, ibu kepada Nur Qaisara Medina Supian, 2, yang maut akibat tertusuk pisau, hari ini.

Dalam kejadian di rumah ibu bapanya di Parit Telok Pial, Kuala Kurau, dekat Ipoh, 9.30 pagi tadi, mangsa tertusuk pisau sepanjang kira-kira 15 sentimeter (cm) di bahagian kiri perut yang terbenam hingga paras hulu pisau.

Menurut Hana, ketika kejadian anak keempatnya daripada lima beradik itu baharu sahaja selesai mandi dan tidak sempat memakai lampin pakai buang dan pakaian lagi.

"Sebaik terjatuh Sara terus menangis kuat dan saya terus lari dapatkannya serta meribanya namun masa itu saya tidak nampak pisau tertusuk di perut kirinya.

"Bila saya usap badannya barulah terasa hulu pisau yang warnanya sama dengan warna kulit anak.

"Tiada darah yang keluar dari tusukan itu, namun ibu mentua saya yang mungkin panik terus mencabut pisau berkenaan dan Sara daripada merengek terus senyap," katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh, hari ini.

Menurutnya, dia kemudian terus meminta bantuan jiran untuk menghantar anaknya ke klinik berhampiran, namun anaknya sudah tiada pergerakan ketika iti dan pihak klinik terus menghantar anaknya ke Hospital Parit Buntar yang kemudian mengesahkan anaknya itu sudah tiada lagi.

Sementara itu, suaminya Supian Samsuri, 42, berkata, ketika kejadian dia berada ditempat kerja di Pejabat Pertubuhan Peladang Negeri Bahagian Jentera (PPNJ) Perak Utara di Titi Serong, Parit Buntar.

"Sebaik dimaklumkan saya terus ke hospital namun anak saya disahkan sudah meninggal dunia.

"Pisau yang tertusuk anak saya itu adalah pisau melapah daging lembu, namun pagi tadi anak saya yang sulung dan kedua menggupas buah mempelam serta meninggalkannya atas pinggan di lantai," katanya.

Sufian yang bekerja sebagai pemandu traktor berkata, dia reda akan pemergian anaknya itu yang sejak kebelakangan ini cepat merajuk dan meragam jika tidak dapat apa yang dimahukannya.

Menurutnya, jenazah anaknya itu akan dibawa pulang ke rumahnya di Parit Telok Pial untuk urusan pengebumian yang dijangka akan dibuat pagi esok. (Harian Metro)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://laiyeker.blogspot.com/2019/02/pegawai-perubatan-terangkan-kaedah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tolong Jangan Cabut Pisau Ahli Perubatan Kongsi Rawatan Awal Jika Tertusuk Objek Tajam Elak Risiko Kehilangan Nyawa

Tolong Jangan Cabut Pisau Ahli Perubatan Kongsi Rawatan Awal Jika Tertusuk Objek Tajam Elak Risiko Kehilangan Nyawa

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 542 hits
Malang tidak berbau seorang kanak kanak dua tahun m aut selepas tertusuk sebilah pisau di perut Ketika kejadian mangsa berlari ke arah nenek untuk meminta susu sebelum terjatuh ke atas pinggan yang mempunyai pisau Di media sosial beberapa i...
Langkah Kecemasan Apabila Objek Tajam Tertusuk Anggota Badan

Langkah Kecemasan Apabila Objek Tajam Tertusuk Anggota Badan

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 609 hits
Beberapa hari lalu kita dikejutkan dengan berita seorang kanak kank perempuan berumur dua tahun maut kerana tertusuk pisau Kanak kanak itu dilaporkan dalam keadaan berlari untuk mendapatkan neneknya di dapur dan telah terjatuh setelah terpi...
Cuci Muka Benda Paling Simple Tapi Lupa Buat Sebelum Tidur Inilah Kesan Yang Terjadi Rileks Media

Cuci Muka Benda Paling Simple Tapi Lupa Buat Sebelum Tidur Inilah Kesan Yang Terjadi Rileks Media

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 411 hits
Katakan dalam peti ais tu ada lebihan tomato belah nipis dan boleh ratakan di permukaan wajah Sama saja prosedur macam pakai masker yogurt tu Ketika relaks buat masker sendiri guna yogurt yang boleh dibeli di pasar raya Belilah yogurt peris...
Jadi Jomlo Bisa Buat Pria Miliki Bau Badan Lebih Tajam

Jadi Jomlo Bisa Buat Pria Miliki Bau Badan Lebih Tajam

papar berkaitan - pada 9/2/2019 - jumlah : 285 hits
Dilansir dari New York Post sebuah penelitian menemukan bahwa pria jomlo ternyata lebih bau dibanding pria yang telah menikah Munculnya penilaian ini disebut peneliti bukan disebabkan karena unsur kebersihan atau karena pria jomlo cenderung...
Kaedah Tarik Pelanggan Dengan Cara Yang Paling Mudah Anda Nak Faham

Kaedah Tarik Pelanggan Dengan Cara Yang Paling Mudah Anda Nak Faham

papar berkaitan - pada 24/2/2019 - jumlah : 394 hits
Pelanggan tidak suka di paksa Pelanggan tak suka diperbodohkan Sebenarnya apabila kita buat posting dimedia sosial pelanggan dah tau yang kita ni memang menjual dan sedang mempromosikan produk dan servis kita Habih tu pasai depa tak beli te...
Susulan Kes Tragik Adik Qaisarah Ketahui First Aid Untuk Luka Tertusuk Objek Tajam

Susulan Kes Tragik Adik Qaisarah Ketahui First Aid Untuk Luka Tertusuk Objek Tajam

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 456 hits
Insiden kanak kanak maut tertusuk pisau berlaku pada seorang anak kecil berusia 2 tahun Nur Qaisarah Medina Sufian di Kampung Teluk Pial Baroh Kuala Kurau Perak Ahad 17 Februari lepas benar benar memberi kesan terhadap mood dan emosi Xu beb...
Inilah Benda Yang Paling Dicari Bangsa Yahudi Sampe Sekarang

Inilah Benda Yang Paling Dicari Bangsa Yahudi Sampe Sekarang

papar berkaitan - pada 7/2/2019 - jumlah : 731 hits
Ini nih Benda Yang Paling Dicari Bangsa Yahudi Sampe Sekarang barangnya yang paling dicari bangsa yahudi barang bertuah sakti mandraguna Kalau keris2 dari jawa kalah lah saktinya heheTABUT 3 gambar di bawah ini namanya TABUTGambar di atas m...
5 Langkah Yang Patut Kita Tahu Bila Tertusuk Objek Tajam Baca Dan Fahami

5 Langkah Yang Patut Kita Tahu Bila Tertusuk Objek Tajam Baca Dan Fahami

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 656 hits
Jangan Cabut Ob jek Taj am Yang Tertu suk Pada Badan Ini Langkah Kesela matan Yang Kita Patut Tahu Rasa ng eri dan sedih membaca kes kanak kanak berumur 2 tahun yang meninggal dunia akibat tertusuk pisau Katanya si kecil tersebut berlari da...
Khalid Ibrahim Taruhan Bn Bakal Berdepan Situasi Sukar

Khalid Ibrahim Taruhan Bn Bakal Berdepan Situasi Sukar

papar berkaitan - pada 8/2/2019 - jumlah : 273 hits
MENJELANG PRK Dun Semenyih 2 Mac depan pelbagai spekulasi dan andaian timbul berhubung pemilihan calon yang akan bertanding di kerusi tersebut Terbaru terdapat cakap cakap mengatakan bahawa bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahi...
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Rombakan Exco Perlis Dua Adun Digugurkan Tapi Kuota Bersatu Kekal

Kl Chinatown Festival 2024

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Seketika Di Tugu Negara


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley


Lirik Lagu Rahsia Tuhan Noh Salleh

Cara Mudah Tanam Daun Selom

Mulia Dengan Al Qur An

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Upiak Feat Beby Acha Lato Lato Chord

Worldcoin Dan Ai