Kaedah Tarik Pelanggan Dengan Cara Yang Paling Mudah Anda Nak Faham
Pelanggan tidak suka di paksa. Pelanggan tak suka diperbodohkan. Sebenarnya apabila kita buat posting dimedia sosial, pelanggan dah tau yang kita ni memang menjual dan sedang mempromosikan produk dan servis kita.
Habih tu, pasai depa tak beli terus?
Pelanggan suka apabila membuat keputusan adalah hasil dari penilaian sendiri dan bukannya disogok atau dipaksa beli. Jika dipaksa pun hati mereka tak akan senang. Sebaiknya biarlah mereka dengan rela hati membeli.
Camner tu?
Bayangkan seorang pendakwah sedang memberi tazkirah. Pendakwah yang bagaimana yang akan menarik orang dengan senang hati, adakah pendakwah yang bermulut laser atau pendakwah yang selalu memperli orang? Pendakwah sebegini mungkin popular di radio dan kaca TV tetapi hakikatnya adakah pendakwah ini ramai pengikutnya atau orang mengambil pengajaran dari dakwahnya.
Satu video di Facebook telah menunjukkan bagaimana seorang imam di Jepun asalnya seorang warga Jepun yang telah memeluk Islam. Beliau mendedahkan bahawa sukarnya orang Jepun ini masuk Islam antaranya sebab sikap mereka yang tak suka disuap dengan info yang menunjukkan pendakwah ni sangat pandai dan seolah orang Jepun ini tak tahu apa-apa tentang Islam. Jadi imam ini masuk Islam bukan sebab banyak atau canggihnya info tentang kebenaran Islam tetapi oleh kerana ada seorang yang telah beri Quran terjemahan padanya dan berkata, “Awak fikirlah apa yang terbaek untuk diri anda”.
Tiada paksaan.
Tiada perli.
Tidak membodohkan.
Hanya beri maklumat yang sangat lengkap dan biarkan imam tersebut buat keputusan. Sama juga dengan bisnes. Lebih kurang begitu. Hebahkan kepada pelanggan-pelanggan apa jua info yang bermanfaat kepada mereka. Biarkan mereka membuat keputusan. Berikan info yang terkini. Berikan info yang benar-benar mereka perlukan sangat-sangat. Berikan info yang mampu menyentuh hati. Berikan info dengan ikhlas. Sentiasa ambil berat tentang pelanggan.
In shaa Allah.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://affiliatesecretfornewbie.com/kaedah-tarik-pelanggan-dengan-cara-yang-paling-mudah-anda-nak-faham/