Khalid Ibrahim Taruhan Bn Bakal Berdepan Situasi Sukar


MENJELANG PRK Dun Semenyih 2 Mac depan, pelbagai spekulasi dan andaian timbul berhubung pemilihan calon yang akan bertanding di kerusi tersebut.
Terbaru, terdapat cakap – cakap mengatakan bahawa bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim bakal dipilih bagi mewakili BN untuk bertanding di kerusi berkenaan pada kali ini.
Spekulasi itu dikaitkan dengan kesungguhan BN mengetengahkan calon terbaik dan berpengaruh dalam usaha mereka mengekalkan momentum kemenangan selepas cemerlang pada PRK Cameron Highlands, 26 Januari lalu.
Khabar angin ‘comeback’ Khalid dalam arena politik itu juga dikatakan sebahagian daripada strategi kerjasama Umno dan Pas merampas pengaruh PH di kerusi Dun Semenyih di saat parti kerajaan itu berdepan pelbagai kritikan rakyat semasa.
Sama ada logik atau sebaliknya, hubungan baik antara Umno-Pas sejak kebelakangan ini dan ditambah pula pendekatan Khalid yang sememangnya dilihat lebih ‘mesra’ dengan Pas sejak meninggalkan kepimpinan PKR, spekulasi seumpama ini pastinya diikuti rapat pimpinan PH dalam merencana strategi dan memilih calon terbaik mewakili mereka.

Penganalisis politik, Prof Madya Dr Jeniri Amir berkata, sekiranya benar Khalid menjadi calon BN, ia adalah satu pilihan yang tepat berikutan beliau pernah menjawat jawatan sebagai menteri besar Selangor di samping mempunyai hubungan baik dengan Pas.
“Populariti, ketokohan dan pengaruh beliau sememangnya tidak dapat diragui lagi. Saya fikir dengan strategi kempen yang efektif ia pastinya akan memberi kesan besar buat BN khususnya dalam aspek sokongan pengundi,” katanya kepada Sinar Harian.
Jeniri berkata, formula BN menggunakan Khalid sebagai calon juga menjadi satu ancaman besar buat PH dalam menghadapi saingan PRK Dun Semenyih kali ini.
Beliau berkata, dengan kegagalan PH untuk melaksanakan janji manifesto dan kepimpinan yang lemah di peringkat kementerian pastinya bakal memberi peluang buat BN sekiranya mereka mencalonkan Khalid di kerusi tersebut.
“Jadi jika BN-Pas dapat menggunakan kesempatan untuk main isu persekutuan dan tempatan yang relevan, di samping menonjolkan keupayaan serta prestasi Khalid pastinya ia bakal menjadi satu mimpi ngeri buat PH,” katanya.
Sementara itu, penganalisis dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani mengakui Khalid adalah individu yang mempunyai nama besar dan tokoh politik di Selangor.
“Pada jangkaan saya, kemungkinan beliau akan mendapat sokongan sekiranya dipilih sebagai calon pada kali ini berdasarkan kepada pencapaian beliau mentadbir Selangor,” katanya kepada Sinar Harian.
Namun begitu, Azizuddin berkata, dengan perkembangan politik tanah air pada masa kini di mana Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Selangor ditadbir oleh PH, beliau merasakan bahawa Khalid bakal berdepan laluan yang sukar untuk merampas kerusi berkenaan.
Beliau berkata, walaupun Khalid mempunyai nama dalam arena politik namun isu calon tempatan pastinya bakal menjadi penyumbang kepada PH untuk dijadikan modal dalam kempen mereka.
“Walaupun beliau hebat, namun beliau pastinya akan berdepan cabaran hebat sekiranya dipilih menjadi calon BN.
“Dalam masa sama, PH pun perlu memikirkan calon yang benar-benar berkelayakan dan terdiri daripada anak tempatan untuk bertanding di sana,” katanya.
The post Khalid Ibrahim taruhan BN, bakal berdepan situasi sukar appeared first on Suara Viral Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suaraviral.org/khalid-ibrahim-taruhan-bn-bakal-berdepan-situasi-sukar/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sarimah Ibrahim Tak Menyangka Bakal Dapat Anak Pada Usia 41 Tahun

Sarimah Ibrahim Tak Menyangka Bakal Dapat Anak Pada Usia 41 Tahun

papar berkaitan - pada 2/2/2019 - jumlah : 630 hits
Che Puan Sarimah Ibrahim dan suami Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar bakal menimang cahaya mata pertama SELEPAS empat tahun mendirikan rumah tangga dengan kerabat Negeri Sembilan Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar pelakon dan pengacara Che P...
Pm Bakal Pesalah Rasuah Berdepan Hukuman Lebih Berat

Pm Bakal Pesalah Rasuah Berdepan Hukuman Lebih Berat

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 300 hits
January 29 2019 11 55 AMDr Mahathir ketika melancarkan Pelan Anti Rasuah Nasional 2019 2023 hari ini PUTRAJAYA Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata walaupun kerajaan mengambil tindakan membawa pelaku rasuah yang lalu ke muka peng...
Sarimah Ibrahim Tak Sangka Bakal Jadi Ibu Usia 41 Tahun

Sarimah Ibrahim Tak Sangka Bakal Jadi Ibu Usia 41 Tahun

papar berkaitan - pada 2/2/2019 - jumlah : 562 hits
Hampir empat tahun mendirikan rumah tangga bersama Tunku Nadzimuddin akhirnya pelakon Sarimah Ibrahim mengumumkan perkhabaran gembira dimana beliau kini hamil anak sulung The post appeared first on
Informasi Tarif Air Ph Memalukan Khalid Ibrahim

Informasi Tarif Air Ph Memalukan Khalid Ibrahim

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 175 hits
ABDUL KHALID IBRAHIMKUALA LUMPUR 24 Jan Kenyataan Menteri Tanah Air dan Sumber Asli Dr Xavier Jayakumar yang meminta rakyat menunjukkan rasa belas kasihan kepada kerajaan berhubung kenaikan tarif air disifatkan sebagai memalukan Ini kerana ...
Mansuh Hukuman Mati Kerajaan Bakal Berdepan Himpunan Bantahan Secara Besar Besaran

Mansuh Hukuman Mati Kerajaan Bakal Berdepan Himpunan Bantahan Secara Besar Besaran

papar berkaitan - pada 12/2/2019 - jumlah : 321 hits
Gerakan Pembela Ummah mengancam untuk menganjurkan satu perhimpunan yang lebih besar daripada Perhimpunan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum sekiranya bantahan terhadap pemansuhan hukuman mati tidak...
Kerjasama Pas Umno Bakal Merubah Situasi Politik Malaysia

Kerjasama Pas Umno Bakal Merubah Situasi Politik Malaysia

papar berkaitan - pada 27/1/2019 - jumlah : 340 hits
ARAU 27 Jan Kejayaan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands menunjukkan perkembangan positif hasil penyatuan antara UMNO dan Pas selain memberi mesej jelas terhadap kebangkitan rakyat khususnya umat Islam yang menolak k...
Hong Kong Trade Fair Bakal Memenuhi Kalendar April Dan Mei Anda Tahun Ini

Hong Kong Trade Fair Bakal Memenuhi Kalendar April Dan Mei Anda Tahun Ini

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 416 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan rakan sekalian Hong Kong dan Malaysia telah menjalin hubungan perdagangan dua hala yang teguh dengan pelbagai produk dan perkhidmatan Hong Kong Trade Development ...
Umno Bakal Pupus Di Sabah Ini Buktinya

Umno Bakal Pupus Di Sabah Ini Buktinya

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 371 hits
Umno Bakal Pupus Di Sabah Ini Buktinya Umno Kinabatangan menolak laporan mengatakan 5 000 ahlinya meninggalkan parti itu untuk menyertai Warisan pada Ahad menyifatkan dakwaan itu keterlaluan Ketua Penerangan Umno Kinabatangan Titing Putang ...
Jokowi Bakal Bicara Energi Terbarukan Di Debat Kedua

Jokowi Bakal Bicara Energi Terbarukan Di Debat Kedua

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 269 hits
Hasto menuturkan program energi Jokowi bakal diselaraskan dengan isu lingkungan hidup Yaitu dengan alih ke energi terbarukan Karena itu Jokowi membangun waduk demi mengaliri listrik ke rumah rumah warga
Malaysia Turkiye Mampu Cabar Naratif Pro Israel Kata Penganalisis

Firearms Possession And Regulations In Malaysia Public Safety Must Remain A Priority

Patung Dewa Murugan Tertinggi Di Dunia Terletak Di Batu Caves

Ditahan Isa Kerana Mahu Serang Orang Islam

Setia Alam Shooter Opens Fire On Janitor After Request To Relocate His Belongings

Bukan Masanya Untuk Mengajar Mereka Berenang

Lirik Lagu Perayaan Mati Rasa Umay Shahab Feat Natania Karin

Tauhu Bakar Vs Tauhu Goreng Singapore Mana Lebih Sedap


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir


China Musim Sejuk Di Lijiang Ancient City

Travelog Haji Sebuah Perjalanan Iman Yang Mengubah Jiwa

Gegar Vaganza 11 Liza Aziz Dinobat Pemenang Gegar Vaganza Ke 11

Muzium Negeri Selangor Muzium Sultan Alam Shah Dah Dibuka Semula

Happy168 World 25 February 2568 168 168 Top 83 By Lorenzo

Panda555 50 Pgslot Slotxo Joker Spinix Panda555 Top 84 By Verona Panda555 Vip 23 25