Pegawai Pengurus Pilihanraya Diarah Bayar Rm30 Ribu Mahkamah Arah Prk Dun Rantau


Mahkamah Pilihan Raya di Seremban hari ini memutuskan bahawa kerusi DUN Rantau Negeri Sembilan kosong dan mengisytiharkan kemenangan Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hassan pada pilihan raya umum ke-14 lalu sebagai tidak sah.

Sehubungan itu, hakim Azimah Omar mengarahkan satu pilihan raya kecil diadakan serta-mereta.

Katanya, tidak ada undang-undang bertulis atau keperluan bagi seseorang calon atau pencadangnya mempunyai pas untuk memasuki pusat penamaan.

"Ini adalah diskriminasi kepada pempetisyen (Dr S Streram) dan gangguan kepada proses demokrasi.

"Peguam bagi Suruhanjaya Pilihan Raya dan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Amino Agus Suyub, telah mengakui dalam penghujahan mereka bahawa tidak ada undang-undang atau peraturan bertulis yang mensyaratkan keperluan pas bagi tiga orang yang disebutkan," katanya.

Mahkamah selanjutnya memutuskan bahawa pegawai pengurus itu tidak mengikuti peraturan dalam tindakannya menghalang calon PKR masuk sedangkan dia tahu Streram berada di luar pusat penamaan.

"Tindakannya tidak beretika dan tiada integriti," kata Azimah. Beliau juga mengarahkan Amino Agus untuk membayar kos sebanyak RM30,000.

 Streram pada 23 Mei lalu memfailkan petisyen pilihan raya memohon membatalkan keputusan SPR yang mengisytiharkan Mohamad yang juga adalah bekas menteri besar Negeri Sembilan sebagai pemenang kerusi DUN Rantau, satu daripada empat kerusi DUN bawah Parlimen Rembau.

Mohamad menang kerusi itu tanpa bertanding apabila Amino Agus enggan membenarkan Streram memasuki pusat pencalonan pada 28 April lalu atas dakwaan dia tidak mempunyai pas.

Sebanyak 19 saksi memberi keterangan dalam perbicaraan selama 12 hari itu.

Pakar bius berusia 63 tahun itu diwakili empat peguam diketuai Hanif Kathri manakala Mohamad diwakili lima peguam diketuai Hafizam Harun.

Mohamad yang ditemui pemberita selepas penghakiman itu dibuat memberitahu bahawa dia akan berbincang dengan peguamnya sama ada untuk merayu keputusan tersebut.

"Saya hormati keputusan mahkamah.

"Saya ada 14 hari untuk buat rayuan selepas berunding dengan peguam saya," katanya.

Malaysiakini

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://bankami.blogspot.com/2018/11/pegawai-pengurus-pilihanraya-diarah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prk Dun Rantau Diadakan Jika Tiada Rayuan Spr

Prk Dun Rantau Diadakan Jika Tiada Rayuan Spr

papar berkaitan - pada 17/11/2018 - jumlah : 345 hits
PUTRAJAYA Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri N27 Rantau hanya akan diadakan jika tiada rayuan dibuat terhadap keputusan Mahkamah Pilihan Raya di Seremban yang mengisytiharkan kemenangan Datuk Seri Mohamad Hasan di DUN itu pada Pilihan...
Mat Hassan Hilang Kerusi Rantau Mahkamah Arahkan Prk

Mat Hassan Hilang Kerusi Rantau Mahkamah Arahkan Prk

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 364 hits
Hafiz Yatim Mahkamah Pilihan Raya di Seremban hari ini memutuskan bahawa kerusi DUN Rantau Negeri Sembilan kosong dan mengisytiharkan kemenangan Timbalan Presiden Umno Mohamad Hassan pada pilihan raya umum ke 14 lalu sebagai tidak sah Sehub...
Umno Lancarkan Jentera Siap Sedia Hadapi Prk Dun Rantau

Umno Lancarkan Jentera Siap Sedia Hadapi Prk Dun Rantau

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 369 hits
SEREMBAN UMNO hari ini melancarkan jentera sebagai persediaan bagi menghadapi kemungkinan diadakan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Rantau Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata meskipun petisyen pilihan raya DUN Ran...
Prk Dun Rantau Apa Nasib Umno

Prk Dun Rantau Apa Nasib Umno

papar berkaitan - pada 17/11/2018 - jumlah : 486 hits
Keputusan DUN Rantau telah di umumkan Dato Seri Mohamad Hassan berhasrat untuk mempertahankan kerusi Presiden UMNO DS Ahmad Zahid pun nampaknya bersetuju Rantau Mohamad Hasan sebagai calon untuk mempertahankan kerusi itu dalam pilihan raya ...
Calon Ph Prk Dun Rantau Diputuskan Selepas Pengumuman Spr Kata Mohamad Sabu

Calon Ph Prk Dun Rantau Diputuskan Selepas Pengumuman Spr Kata Mohamad Sabu

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 302 hits
Mohamad Sabu menjawab soalan pada sidang akhbar sempena Majlis Konvensyen AMANAH negeri Selangor di Dewan Serbaguna Majlis Perbandaran Subang Jaya USJ7 di sini hari ini Foto oleh MOHD NAJIB MOHD NOR Kosmo SUBANG JAYA Pimpinan tertinggi Paka...
Majlis Presiden Akan Tentukan Calon Prk Dun Rantau Dr Mahathir

Majlis Presiden Akan Tentukan Calon Prk Dun Rantau Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 353 hits
THE MALAYSIAN TIMES PORT MORESBY Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Majlis Presiden PH akan menentukan calon pakatan itu bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Rantau di Negeri Sembilan Beliau berkata isu parti mana yang...
Anwar Akui Nama Rafizi Dibangkit Sebagai Calon Prk Dun Rantau

Anwar Akui Nama Rafizi Dibangkit Sebagai Calon Prk Dun Rantau

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 381 hits
THE MALAYSIAN TIMES SHAH ALAM Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui nama Ketua Cabang Pandan Mohd Rafizi Ramli dibangkitkan sebagai calon Pilihanraya Kecil Dewan Undangan Negeri Rantau Anwar berkata namun begitu katanya Mohd Rafi...
Mahkamah Putuskan Kemenangan Tok Mat Di Dun Rantau Tidak Sah Dan Terbatal

Mahkamah Putuskan Kemenangan Tok Mat Di Dun Rantau Tidak Sah Dan Terbatal

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 477 hits
Mahkamah putuskan kemenangan Tok Mat di DUN Rantau tidak sah dan terbatalMahkamah Khas Pilihan Raya pada Jumaat memutuskan kemenangan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan di kerusi Dewan Undangan Negeri Rantau adalah...
A Country Residence In Moscow By Ariana Ahmad Where Refined Design Meets Artful Living

Senarai Biasiswa Lepasan Spm Zakat Bantuan Ipt 2025

Domain Portfolio Generating Income

Pahang To Reclaim Encroached Land Using Full Extent Of Law Mb

Alhamdulillah Tahniah Adam Iman

Petua Hilangkan Lenguh Sakit Badan Dan Rasa Kebas Kebas

Kedah Akan Terus Tuntut Pulau Pinang Mengikut Perlembagaan Dan Lunas Undang Undang

Don T Be Too Quick On The Draw


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


100 Pesanan Terakhir Rasulullah Redakan Kemarahanmu

Mereka Ini Kebal Undang Undang Betul Ke Atau Penguatkuasa Kurang Berfungsi

Ilham Centre Bn Tiada Masalah Besar Kekal Kerusi Dun Ayer Kuning

Umdap Mantap Branding May Have Backfired Among Ayer Kuning Voters Says Think Tank

Apakah Bn Akan Rebah Bersama Kandang Babi Di Ayer Kuning Sebelum Ini Isu Kuil Di Tapak Haram

Paris Based Iea To Support Malaysia In Exploring Nuclear Energy Policy Says Dpm Fadillah