Pegawai Khas Timbalan Menteri Dipenjara 8 Bulan





KUALA LUMPUR: Akibat memperdayakan seorang wanita dengan menyamar sebagai pegawai khas timbalan menteri komunikasi dan multimedia untuk meminta wang bagi membantu sebuah syarikat produksi mendapatkan geran filem, seorang penganggur dipenjara lapan bulan oleh Mahkamah Sesyen.
Hakim Rozina Ayob menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Zafir Zainuddin, 38, yang mengaku bersalah memperdayakan Noorul Syakillah Ramli dengan mengatakan dia (tertuduh) adalah pegawai khas kepada timbalan menteri komunikasi dan multimedia dan berjanji untuk mendapatkan peruntukan geran filem “Rampas” daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS).
Perbuatan itu mendorong wanita berkenaan menyerahkan wang tunai RM5,000 kepada tertuduh di sebuah restoran di Presint 9, Putrajaya pada 5.15 petang, 1 April lepas, mengikut Seksyen 416 Kanun Keseksaan (Akta 574) dan boleh dihukum bawah Seksyen 419 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun, atau denda atau kedua-duanya.
Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh tangkap pada 1 April lalu.
Berdasarkan fakta kes, Noorul Syakillah yang merupakan pengadu dalam kes ini adalah pemilik sebuah syarikat produksi penerbitan drama dan filem Cinema Stage Production Sdn Bhd yang memohon geran dana filem “Rampas” bernilai RM1.8 juta daripada FINAS.
Noorul Syakillah berhubung dengan Mohd Zafir pada 26 Mac lalu melalui WhatsApp bagi mendapatkan sokongan timbalan menteri komunikasi dan multimedia dalam mendapatkan geran yang dipohon selepas lelaki itu memperkenalkan diri sebagai pegawai khas kepada timbalan menteri berkenaan.
Pada 31 Mac lalu, Mohd Zafir meminta wang sebanyak 5% daripada jumlah geran RM1.8 juta dan Noorul Syakillah bersetuju membayar 2% daripada jumlah geran itu serta perlu membayar RM5,000 kerana Mohd Zafir mendakwa dia mendapatkan tandatangan sokongan timbalan menteri dan meyakinkan bahawa syarikat tersebut akan mendapat geran.
Noorul Syakillah kemudian membuat aduan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur pada 1 April dan tertuduh ditangkap pada hari sama.
Siasatan SPRM mendapati tertuduh bukan pegawai khas timbalan menteri komunikasi dan multimedia berdasarkan semakan dengan kementerian itu serta permohonan geran oleh Cinema Stage Sdn Bhd ditolak oleh FINAS sejak 23 Mac lalu.
Pendakwaan dikendalikan Pengawai Pendakwa SPRM Azeem Hafeez Jamaluddin manakala Mohd Zafir tidak diwakili peguam.
Sumber: FMT

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2021/04/pegawai-khas-timbalan-menteri-dipenjara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Datuk Seri Bekas Timbalan Menteri Dipanggil Polis

Datuk Seri Bekas Timbalan Menteri Dipanggil Polis

papar berkaitan - pada 31/3/2021 - jumlah : 336 hits
SUNGAI SIPUT Bekas timbalan menteri bergelar Datuk Seri antara individu yang akan dipanggil memberi keterangan berkaitan kes tular kononnya polis menahan perarakan pengebumian mayat dengan kenderaan di Jalan Lintang dekat sini Khamis lalu K...
Mansuhkan Jawatan Timbalan Menteri Wujudkan Peluang Pekerjaan Siswazah

Mansuhkan Jawatan Timbalan Menteri Wujudkan Peluang Pekerjaan Siswazah

papar berkaitan - pada 7/4/2021 - jumlah : 322 hits
Kenyataan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M Saravanan bahawa lebih baik gaji siswazah dibayar rendah daripada menganggur dibidas Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN Dr Zaliha Mustafa Menurut Dr Zaliha tidak sepatutnya Menteri Sumber Manus...
Presiden Gostan Timbalan Kata Tunggu Gajah Mengawan Bulan Ogos Pula

Presiden Gostan Timbalan Kata Tunggu Gajah Mengawan Bulan Ogos Pula

papar berkaitan - pada 30/3/2021 - jumlah : 341 hits
KL UMNO luluskan Presiden MKT tentukan masa tarik diri dpd PNPresiden kata pendirian akan dibuat sekiranya PN masih tiada indikasi tarikh PRUkemungkinan mereka akan memanjangkan PRU hingga cukup penggalKalau inilah keputusan mereka parti ak...
Menteri Timbalan Menteri Umno Perlu Tarik Diri Hari Ini Kata Kuli

Menteri Timbalan Menteri Umno Perlu Tarik Diri Hari Ini Kata Kuli

papar berkaitan - pada 28/3/2021 - jumlah : 332 hits
KUALA LUMPUR Semua ahli UMNO yang memegang jawatan dalam Kabinet kerajaan Perikatan Nasional termasuk diberikan jawatan dalam GLC diminta menarik diri mulai hari ini Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO Tengku Razaleigh Hamzah berkata ia susulan...
Kaji Semula Sop Pusat Asuhan Elak Kes Dera Kata Timbalan Menteri

Kaji Semula Sop Pusat Asuhan Elak Kes Dera Kata Timbalan Menteri

papar berkaitan - pada 27/3/2021 - jumlah : 360 hits
Kaji semula SOP pusat asuhan elak kes dera kata timbalan menteri Dikemas kini 38 minit yang lalu Diterbitkan pada 27 Mar 202
Video Pegawai Khas Sanusi Hentam Kerajaan Pn Kedah

Video Pegawai Khas Sanusi Hentam Kerajaan Pn Kedah

papar berkaitan - pada 30/3/2021 - jumlah : 425 hits
March 30 2021 Ucapan Pegawai Khas MB Kedah yang mendedahkan aktiviti tidak bermoral BULI dan MENJATUHKAN MARUAH berlaku di kalangan pegawai dari parti Pas di Pejabat MB Kedah
Klip Video Timbalan Menteri Tidur Atas Pentas Jadi Tular

Klip Video Timbalan Menteri Tidur Atas Pentas Jadi Tular

papar berkaitan - pada 11/4/2021 - jumlah : 496 hits
MALAYSIA DATELINEKlik video seorang Timbalan Menteri Kerajaan Perikatan Nasional yang tertidur dalam sebuah majlis graduasi kini menjadi tular di kalangan pengguna media sosial Ini kerana bukan setakat tertidur pihak penganjur dan tetamu ya...
Pengajian Khas Bulan Sya Ban Kitab Ad Duror Al Bahiyah

Pengajian Khas Bulan Sya Ban Kitab Ad Duror Al Bahiyah

papar berkaitan - pada 29/3/2021 - jumlah : 379 hits
Pengajian Khas Bulan Sya ban Kitab Ad Duror al BahiyahPengenalan Nama lengkap kitab ini adalah Ad Duror Al Bahiyyah Fima Yalzamu Al Mukallaf min Al Ulum Asy Syar iyyah Lafaz duror adalah bentuk jamak dari durroh yang bermakna mutiara bahiyy...
Ex Judge Fifa Sanctions On Fam Players A Jurisdictional Error

Rahsia Usahawan Kecil Jana Rm1 000 Sebulan Dengan Bisnes Sabun Handmade

The Merry Marvel Pantyhose Society Part One

Makan Tengah Hari Di Laparoti Port Lepak Tepi Sungai

Clubsport V2 Made To Order Honda Cb750 Caf Racers By Mile Zero

Tak Semua Orang Akan Suka Kita

Wanita Di Jendela Oleh Zurinah Hassan

What To Know About The New Gender Rules For U S Passports


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Tahun 2025

Top Commentators Of October 2025 Tahniah Blogger Lydia

Situs Pkv Games Menyediakan Pengalaman Bermain Yang Tak Terlupakan

Score Massive Savings On Your Tech Wishlist Because The Huawei 11 11 Grand Sale Is Here

Vietnam Rolls

Kerajaan Diseru Untuk Menaikkan Gaji Penterjemah Mahkamah Bagi Mengatasi Kekurangan Mereka