Hisham Umno Perlu Waspada Sedar Bahaya Sokong Anwar


malaysiakini.comDiterbitkan Hari ini 6:19 pm

Umno tidak perlu melayan kenyataan Presiden PKR Anwar Ibrahim berkenaan memiliki sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat, kata Menteri Luar Hishammuddin Hussein yang menyifatkannya sebagai propaganda untuk mengalihkan perhatian menjelang PRN Sabah

Pada masa sama Hishammuddin juga berpesan bahawa Umno perlu berwaspada dan sedar akan bahaya menyokong presiden PKR itu, yang menurutnya membuka pulang kepada DAP untuk berkuasa.

"Umno mesti berwaspada dengan taktik Anwar dan sedar bahaya menyokongnya. Ia hanya akan membuka peluang kepada DAP untuk lebih berkuasa di negara ini seterusnya membawa mudarat kepada kepentingan agama, bangsa dan negara yang kita perjuangkan selama ini," katanya dalam kenyataan hari ini.

"Apa jua yang diumumkan Anwar semalam, perkara paling penting untuk parti ialah fokus kepada usaha memenangi PRN Sabah.

"Jangan rencatkan usaha, mengganggu fokus dan mematahkan semangat mereka dengan kenyataan yang boleh menimbulkan tanda tanya di kalangan ahli Umno dan jentera BN," kata bekas naib presiden Umno itu lagi.

Kenyataan Hishammuddin itu tampak berbeza dengan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi yang berkata dia dimaklumkan ramai anggota parlimen Umno dan BN yang menyokong Anwar dan parti tidak dapat menghalangnya.

Zahid juga menegaskan Umno dan BN bukan parti komponen Perikatan Nasional (PN) dan sokongan terhadap kerajaan hanyalah menerusi anggota parlimen.

Hishammuddin pula berkata keputusannya untuk menyertai pentadbiran adalah berdasarkan sokongan penuh terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan jemaah menteri serta anggota parlimen kerajaan perlu turut memberi sokongan padu kepada Muhyiddin.

"Jangan kita jadi anggota penting kerajaan, menikmati kelebihan tapi pada masa sama tidak sokong kepimpinan. ini mesti menjadi peringatan untuk semua menteri, timbalan menteri dan ketua GLC yang dilantik.

"Jika ada anggota kerajaan bertekad sudah tidak mahu menyokong kepimpinan kerajaan sedia ada, eloklah berundur daripada kerajaan," katanya lagi.

Semalam, pemimpin Umno Johor Nur Jazlan Mohamed menyuarakan sokongan terhadap kenyataan Zahid, menyifatkannya untuk mententeramkan akar umbi parti itu yang tidak senang terhadap kerjasama dengan Bersatu.

Malah dia juga dipetik The Malaysian Insight berkata Hishammuddin antara anggota parlimen Umno yang membuat perjanjian dengan Muhyiddin dengan bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, yang turut melibatkan Hamzah Zainuddin - pemimpin Umno sebelum menyertai Bersatu.

'Anwar patut malu'

Dalam pada itu, Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu berkata semua anggota parlimen Bersatu menyokong penuh Muhyiddin yang menurutnya telah membuktikan kemampuan membela nasib rakyat di saat penularan Covid-19.
Ahmad Faizal AzumuKatanya lagi, anggota parlimen Bersatu juga berpendirian pengumuman Anwar semalam hanyalah gimik politik dan tidak lebih sekadar percubaan mengkucar-kacirkan kepimpinan negara di saat rakyat semakin yakin dengan Muhyiddin.

"Jika Anwar benar-benar mempunyai sokongan majoriti, dia seharusnya membuktikan dakwaan itu menurut proses dan kaedah yang ditentukan oleh Perlembagaan Persekutuan," katanya dalam kenyataan.

Hishammuddin pula berkata Anwar patut berasa malu atas tindakan yang menurutnya hanya memikirkan kepentingan peribadi tanpa mengendahkan kebimbangan rakyat di saat wabak Covid-19 masih menjadi ancaman.

"Propaganda seumpama ini sudah dilakukan Anwar berkali-kali.

"Kalau betul sudah ada sokongan majoriti di Dewan Rakyat, beritahulah kepada umum, berapa orang anggota Parlimen yang menyokong dan dedahkanlah siapa anggota Parlimen Umno yang berpaling tadah," katanya lagi.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/09/hisham-umno-perlu-waspada-sedar-bahaya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zahid Hamidi Umno Tak Dapat Halang Wakil Rakyatnya Sokong Anwar

Zahid Hamidi Umno Tak Dapat Halang Wakil Rakyatnya Sokong Anwar

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 603 hits
Umno dan BN tidak dapat menghalang mana mana anggota parlimennya yang mengambil keputusan untuk menyokong Presiden PKR Anwar Ibrahim untuk membentuk kerajaan baru Sebagaimana diketahui umum Umno dan BN bukan merupakan parti komponen Perikat...
Ramai Ahli Parlimen Umno Bn Sokong Anwar Zahid Hamidi

Ramai Ahli Parlimen Umno Bn Sokong Anwar Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 442 hits
Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau menerima maklumat terdapat ramai Ahli Parlimen Umno dan Barisan Nasional menyatakan sokongan terhadap Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membentuk kerajaan baharu Ahmad ...
Takiyuddin Pas Mahukan Penjelasan Umno Langgar Piagam Mn Jika Sokong Anwar Pm

Takiyuddin Pas Mahukan Penjelasan Umno Langgar Piagam Mn Jika Sokong Anwar Pm

papar berkaitan - pada 25/9/2020 - jumlah : 354 hits
KUALA LUMPUR PAS mahu UMNO menjelaskan berhubung dakwaan berlakunya perubahan sokongan ahli Parlimen parti itu daripada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim Dalam satu kenyataan Setiausaha Ag...
Presiden Umno Tidak Halang Ahli Parlimen Sokong Anwar

Presiden Umno Tidak Halang Ahli Parlimen Sokong Anwar

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 407 hits
Pengumuman kerajaan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin tumbang oleh Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar pagi tadi tidak dilakukan secara sebelah pihak Presiden Umno dan Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan mengetahui sejum...
Nur Jazlan Pertahan Kenyataan Zahid Ramai Mp Umno Sokong Anwar

Nur Jazlan Pertahan Kenyataan Zahid Ramai Mp Umno Sokong Anwar

papar berkaitan - pada 25/9/2020 - jumlah : 445 hits
Pemimpin Umno Johor Nur Jazlan Mohamed mempertahankan kenyataan presiden parti itu Ahmad Zahid Hamidi yang mengatakan Umno tidak boleh menghalang mana mana anggota parlimennya daripada menyokong Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri Jazlan ...
Mp Umno Sokong Anwar Pas Tuntut Penjelasan Sejelas Jelasnya Dari Umno

Mp Umno Sokong Anwar Pas Tuntut Penjelasan Sejelas Jelasnya Dari Umno

papar berkaitan - pada 25/9/2020 - jumlah : 466 hits
Dibayangi dengan khabar Anwar Ibrahim kini mendapat sokongan majoriti ahli parlimen untuk membentuk kerajaan baru PAS hari ini berkata parti itu akan mendapatkan penjelasan daripada rakan Muafakat Nasional mereka berhubung perkara berkenaan...
Umno Sokong Anwar Sekadar Nak Bubarkan Parlimen

Umno Sokong Anwar Sekadar Nak Bubarkan Parlimen

papar berkaitan - pada 26/9/2020 - jumlah : 419 hits
Umno Sokong Anwar Sekadar Nak Bubarkan Parlimen Malaysia kembali dilanda kemelut politik selepas Presiden PKR Anwar Ibrahim mendakwa mempunyai sokongan majoriti parlimen untuk membentuk kerajaan baru Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi pula me...
Zahid Betul Bila Kata Ada Mp Umno Sokong Anwar Kata Nur Jazlan

Zahid Betul Bila Kata Ada Mp Umno Sokong Anwar Kata Nur Jazlan

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 402 hits
Tindakan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi adalah betul apabila menyatakan Umno tidak boleh menghalang mana mana ahli Parlimennya daripada menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Timbalan Pengerusi Umno Johor Datuk Nur Jazlan...
Ahmad Zahid Umno Bn Tak Dapat Halang Ahli Parlimen Sokong Anwar

Ahmad Zahid Umno Bn Tak Dapat Halang Ahli Parlimen Sokong Anwar

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 377 hits
AHMAD ZAHID UMNO BN TAK DAPAT HALANG AHLI PARLIMEN SOKONG ANWAR KUALA LUMPUR UMNO dan Barisan Nasional tidak dapat menghalang mana mana Ahli Parlimen yang mahu menyokong Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahma...
Warung D Bamboo Ban Pecah Kuala Kurau Perak

Ulasan Samsung Galaxy A36 5g Hp Android Menengah Rasa Premium

Kombucha 7 Khasiat Menakjubkan Cara Buat Sendiri Di Rumah

Tanam Cili Padi Depan Rumah

Ryzal Ibrahim Maryam Dipuji Didik Anak Mengaji Akui Terlepas Pandang Isu Letak Al Quran

Sustainable And Stylish The New Standard For Women S Medical Scrubs

Siti Nordiana Seribu Setia Chord

Immigration Busts Syndicate Forging Marriage Documents


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tak Cukup Duit Deposit Ini Cara Beli Rumah Pertama Anda Tanpa Beban Besar

Agrodana Campus Trading Competition 2025 Ajang Edukasi Dan Unjuk Kemampuan Mahasiswa Di Dunia Trading

Artis Malaysia Dikurniakan Semua Anak Perempuan

Kenali Kanser Tiroid Simptom Rawatan Dan Harapan Sembuh Yang Ramai Tak Tahu

Akuarium

Covid 19 Dan Pkp Belum Berakhir Rindunya Makan Masakan Kampung Bersama Keluarga