Pdrm Diiktiraf Setanding Dengan Agensi Keselamatan As Saifuddin Nasution


PDRM Diiktiraf Setanding Dengan Agensi Keselamatan AS – Saifuddin Nasution
PUTRAJAYA, 12 Nov (Bernama) — Keupayaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam mengendalikan aspek pengurusan keselamatan melibatkan acara antarabangsa berprofil tinggi diiktiraf setanding dengan agensi keselamatan global seperti pasukan keselamatan Amerika Syarikat (AS).
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata hal itu jelas terbukti semasa penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN baru-baru ini apabila PDRM mempamerkan tahap kecekapan dan profesionalisme yang tinggi dalam mengendalikan kehadiran pemimpin berisiko tinggi antaranya Presiden AS Donald Trump.
“PDRM membuktikan kompetensi mereka adalah setanding dengan agensi keselamatan asing, dan dalam konteks menerima Presiden Trump, yang diklasifikasikan sebagai delegasi berisiko tinggi, kerjasama dengan pasukan keselamatan AS yang terlatih adalah sangat rapat dan berkesan.
“Mereka memberikan kepercayaan kepada kita… walaupun mereka mempunyai prosedur keselamatan sendiri, PDRM tetap mengambil alih tanggungjawab sebagai penentu muktamad aspek keselamatan,” katanya dalam temu bual eksklusif dengan Bernama yang diketuai Ketua Pengarang Arul Rajoo Durar Raj di pejabat beliau di sini.
Saifuddin Nasution berkata segala persiapan rapi bermula dengan penyediaan senarai semak terperinci dan perbincangan mendalam bersama pasukan keselamatan negara-negara terlibat termasuk Agensi Perkhidmatan Rahsia AS.
Beliau berkata hasilnya, segala strategi keselamatan PDRM termasuk cadangan laluan protokol, jadual penutupan jalan dan penggunaan aset lain diterima baik oleh pasukan keselamatan Presiden AS, menandakan pengiktirafan terhadap kepakaran PDRM.
Keupayaan PDRM itu turut dipuji oleh Trump sendiri yang menzahirkan rasa selamat dan tenang sepanjang keberadaan beliau di Malaysia.
“Presiden Trump secara peribadi menyebut tiga perkara antaranya adalah beliau berasa selamat dan tenang sepanjang berada di sini kerana keupayaan pasukan keselamatan Malaysia.
“Ini adalah satu pengiktirafan yang sangat bermakna dan harus dibanggakan oleh seluruh anggota PDRM,” katanya.
Saifuddin Nasution berkata kejayaan penganjuran sidang kemuncak itu turut mengukuhkan reputasi Malaysia di mata dunia sebagai tuan rumah acara antarabangsa yang mampu menguruskan keselamatan pada skala dan magnitud tertinggi.
Sidang Kemuncak ASEAN ke-47, yang melabuhkan tirai pada 29 Okt lepas, telah menghimpunkan pemimpin tertinggi 10 negara anggota serta rakan dialog termasuk AS, China, Jepun dan India sekali gus menekankan peranan blok serantau itu sebagai platform utama untuk dialog serta kerjasama dalam suasana dinamik global yang semakin berubah.
BACA: ZUS Coffee Kongsi Kenyataan Rasmi Terkini Kes Tular Libatkan Zurista Sumber: Bernama
The post PDRM Diiktiraf Setanding Dengan Agensi Keselamatan AS – Saifuddin Nasution appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/11/12/pdrm-diiktiraf-setanding-dengan-agensi-keselamatan-as-saifuddin-nasution/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ada Petunjuk Baharu Usaha Kesan Bawa Pulang Menantu Muhyiddin Saifuddin Nasution

Ada Petunjuk Baharu Usaha Kesan Bawa Pulang Menantu Muhyiddin Saifuddin Nasution

papar berkaitan - pada 31/10/2025 - jumlah : 177 hits
Ada Petunjuk Baharu Usaha Kesan Bawa Pulang Menantu Muhyiddin Saifuddin Nasution KUALA LUMPUR 30 Okt Polis Diraja Malaysia menemukan petunjuk baharu dalam usaha mengesan dan membawa balik ahli perniagaan Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan yan...
Malaysia As Tandatangan Mou Pertahanan Perkukuh Hubungan Keselamatan Dua Hala

Malaysia As Tandatangan Mou Pertahanan Perkukuh Hubungan Keselamatan Dua Hala

papar berkaitan - pada 31/10/2025 - jumlah : 190 hits
Malaysia AS Tandatangan MOU Pertahanan Perkukuh Hubungan Keselamatan Dua Hala KUALA LUMPUR 30 Okt Malaysia dan Amerika Syarikat hari ini buat julung kali menandatangani Memorandum Persefahaman Perjanjian Kerjasama Pertahanan sekali gus mena...
Asean Summit Trump Visit Proves Our Cops World Class Saifuddin

Asean Summit Trump Visit Proves Our Cops World Class Saifuddin

papar berkaitan - pada 13/11/2025 - jumlah : 151 hits
The capability of the Royal Malaysia Police in managing security for high profile international events has been recognised as being on par with leading global security agencies including those in the United States Home Minister Saifuddin Na...
Kilang Kilang Pakaian Sedang Kepanasan Penyelesaian Mudah Ini Dapat Memastikan Keselamatan Pekerja

Kilang Kilang Pakaian Sedang Kepanasan Penyelesaian Mudah Ini Dapat Memastikan Keselamatan Pekerja

papar berkaitan - pada 31/10/2025 - jumlah : 215 hits
Pekerja pakaian menghadapi beberapa keadaan kerja yang paling tidak menentu di dunia dan semakin berisiko daripada tekanan haba melampau yang disebabkan oleh perubahan iklim Satu kajian baharu yang diketuai oleh Universiti Sydney mendedahka...
Perangkap Makanan Menilai Keselamatan Di Sebalik Kecantikan

Perangkap Makanan Menilai Keselamatan Di Sebalik Kecantikan

papar berkaitan - pada 1/11/2025 - jumlah : 310 hits
Tidak semua makanan yang kelihatan menarik itu selamat untuk dimakan Kadang kadang tanda tanda bahaya jelas tetapi kita tidak menyedarinya Contohnya tin makanan yang kemik atau berkarat berpotensi menjadi tempat pembiakan bakteria berbahaya...
Rai 15 Tahun Penubuhan Admm Plus Tekankan Peranan Asean Dalam Keselamatan Serantau

Rai 15 Tahun Penubuhan Admm Plus Tekankan Peranan Asean Dalam Keselamatan Serantau

papar berkaitan - pada 2/11/2025 - jumlah : 170 hits
Kuala Lumpur menjadi tuan rumah Mesyuarat Menteri Menteri Pertahanan ASEAN Plus ke 12 pada 1 November 2025 sempena ulang tahun ke 15 penubuhan ADMM Plus ADMM Plus rai 15 tahun penubuhan Kenyataan bersama mesyuarat itu menekankan kepimpi
Elak Pertembungan Kunci Menang Prn Sabah Kata Saifuddin

Elak Pertembungan Kunci Menang Prn Sabah Kata Saifuddin

papar berkaitan - pada 12/11/2025 - jumlah : 196 hits
Ketua setiausaha PH berkata beliau diamanahkan ketuai rundingan dengan BN dan GRS bagi elak atau kurangkan pertembungan dengan rakan kerjasama Ketua Setiausaha PH Saifuddin Nasution Ismail berkata walaupun rundingan telah dimuktamadkan masi...
Mmea Obtained Ex Us Coast Guard Vessel For Free Says Saifuddin

Mmea Obtained Ex Us Coast Guard Vessel For Free Says Saifuddin

papar berkaitan - pada 12/11/2025 - jumlah : 192 hits
The home minister says Malaysia however paid RM7 million to ensure KM Bendahara is operational and safe to sail The former US Coast Guard vessel now known as KM Bendahara arrived in Port Klang on Nov 4 PETALING JAYA The KM Bendahara a forme...
Saifuddin Mungkin Lebih 19 Mp Tak Setuju Tindakan Lembaga Disiplin Bersatu

Saifuddin Mungkin Lebih 19 Mp Tak Setuju Tindakan Lembaga Disiplin Bersatu

papar berkaitan - pada 2/11/2025 - jumlah : 269 hits
Haspaizi ZainSaifuddin Abdullah memberi gambaran kemungkinan lebih 19 daripada 25 ahli parlimen yang Bersatu tidak bersetuju dengan tindakan disiplin yang dikenakan terhadap tiga ahli parlimen termasuk Timbalan Presiden Hamzah Zainudin Ini ...
Hiburan Mengaku Bertindak Over Sufi Rashid Dan Isteri Mohon Maaf Kami Telah Pun Menghubungi Pengasuh Dan

First Expression Di Suria Klcc Kuala Lumpur

Perkhidmatan Buy Now Pay Later Semakin Popular Namun Perlu Waspada Dengan Risiko Tersembunyi

Yummy Thin Cut Beef Recipes For Dinner

Pallas Masih Pilihan Persiapan Awal Masuk Sekolah

Warga Emas Buta Tinggal Bersama Jasad Anak Ditempatkan Di Rumah Seri Kenangan

Kerugian Akibat Penipuan Dalam Talian Sejak 2022 Melebihi Rm2 Bilion

Kuih Tiram


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Common Isu Teknikal Dalam Pembikinan Template Website

Tarikh Tarikh Penting Dalam Islam Tahun 2026

Chelum Burak Alon Lupeng Chord

Safety Control Clean Room

Apa Itu Skim Lindung 24 7 Cara Tuntutan

Indonesia Kenal Pasti 700 Lokasi Harta Karun Potensi Kekayaan Bernilai Besar Menanti