Malaysia As Tandatangan Mou Pertahanan Perkukuh Hubungan Keselamatan Dua Hala


Malaysia, AS Tandatangan MOU Pertahanan, Perkukuh Hubungan Keselamatan Dua Hala
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) — Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) hari ini buat julung kali menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Perjanjian Kerjasama Pertahanan, sekali gus menandakan langkah penting dalam memperkukuh hubungan pertahanan dan keselamatan antara kedua-dua negara.
Majlis menandatangani MoU itu berlangsung selepas Mesyuarat Dua Hala antara Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Setiausaha Perang AS Pete Hegseth, yang diadakan sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) dan ADMM-Plus, di ibu negara bermula esok hingga 2 Nov.
Mohamed Khaled berkata MoU tersebut memformalkan kerjasama pertahanan yang sebelum ini dilaksanakan secara tidak rasmi melalui latihan bersama, pertukaran pegawai serta inisiatif peningkatan keupayaan di bawah program-program AS.
“Sebelum ini, kita tidak mempunyai satu rangka kerja yang khusus, formal dan berstruktur. Dengan perjanjian ini, kita boleh menyusun dan memastikan kerjasama ini berjalan dengan baik serta menepati keperluan pertahanan negara,” katanya kepada media selepas majlis itu, di sini.
Beliau berkata bahawa perjanjian itu yang lazimnya melibatkan tempoh lima tahun itu memberi tumpuan kepada pertukaran pegawai, peluang latihan serta bantuan bagi meningkatkan keupayaan pertahanan.
Menteri Pertahanan itu turut menegaskan bahawa pendekatan Malaysia dalam memperkukuh pertahanan negara bergantung kepada dua perkara utama iaitu, peruntukan kerajaan yang mencukupi bagi kesiagaan ketenteraan dan penggunaan diplomasi pertahanan secara berkesan.
“Diplomasi pertahanan bukan bermakna kita menerima ‘sedekah’. Ia adalah usaha bersama antara negara-negara untuk memperkukuh keupayaan pertahanan masing-masing. Lagi berkesan diplomasi kita, lebih ramai rakan negara yang mahu bekerjasama dengan kita,” katanya sambil menyifatkan perjanjian itu sebagai satu bentuk diplomasi pertahanan yang sangat berkesan.
BACA: Perjanjian Damai KL: PM Anwar Main Peranan Penting, Yakinkan Kemboja & Thailand – Trump Mohamed Khaled turut merakamkan penghargaan kepada AS, China serta negara-negara lain yang menyertai ADMM-Plus, sambil menegaskan peranan ASEAN sebagai platform dipercayai untuk berdialog walaupun terdapat perbezaan pandangan antara kuasa serantau dan global.
“ADMM-Plus kekal sebagai platform yang diyakini negara-negara, sama ada yang sealiran atau sebaliknya. Mereka boleh berkongsi pandangan dan bekerjasama bagi memastikan rantau ini terus aman, selamat dan bebas untuk pelayaran,” katanya.
Beliau berkata Malaysia mempunyai pelbagai perjanjian pertahanan dengan banyak negara lain, dan kerjasama seperti ini penting bagi sebuah negara kecil yang berdepan cabaran keselamatan serantau yang semakin kompleks.
“Kita sebuah negara kecil yang mungkin tidak mampu berdepan dengan cabaran besar secara bersendirian. Kehadiran dan kerjasama negara-negara lain membantu kita mengekalkan keseimbangan dan kestabilan di rantau ini,” katanya.
Mesyuarat ADMM ke-19 dan ADMM-Plus ke-12 akan bermula esok sehingga 2 Nov ini dengan penyertaan lapan rakan dialog, iaitu Amerika Syarikat, Rusia, Australia, China, India, Jepun, Korea Selatan dan New Zealand.
Sumber: BERNAMA
The post Malaysia, AS Tandatangan MOU Pertahanan, Perkukuh Hubungan Keselamatan Dua Hala appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/10/30/malaysia-as-tandatangan-mou-pertahanan-perkukuh-hubungan-keselamatan-dua-hala/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perkukuh Hubungan Dagang Malaysia China Di Ekspo Import Antarabangsa Shanghai 2025

Perkukuh Hubungan Dagang Malaysia China Di Ekspo Import Antarabangsa Shanghai 2025

papar berkaitan - pada 6/11/2025 - jumlah : 175 hits
Perkukuh Hubungan Dagang Malaysia China Di Ekspo Import Antarabangsa Shanghai 2025 Shanghai 5 November 2025 YAB Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah hari ini menghadiri Majlis Pembuk...
Perkukuh Hubungan Ekonomi Teroka Peluang Baharu Agenda Malaysia Kanada Pm Anwar

Perkukuh Hubungan Ekonomi Teroka Peluang Baharu Agenda Malaysia Kanada Pm Anwar

papar berkaitan - pada 27/10/2025 - jumlah : 170 hits
Anwar dan Carney mengadakan pertemuan dua hala Malaysia Kanada di sela sela Sidang Kemuncak ASEAN ke 47 di Kuala Lumpur pada 27 Oktober 2025 Foto Instagram Anwar IbrahimKUALA LUMPUR 27 Okt Persefahaman jitu antara Malaysia dan Kanada mendor...
Vietjet Lancarkan Penerbangan Kuala Lumpur Da Nang Perkukuh Hubungan Pelancongan Malaysia Vietnam

Vietjet Lancarkan Penerbangan Kuala Lumpur Da Nang Perkukuh Hubungan Pelancongan Malaysia Vietnam

papar berkaitan - pada 28/10/2025 - jumlah : 183 hits
Vietjet Lancarkan Penerbangan Kuala Lumpur Da Nang Perkukuh Hubungan Pelancongan Malaysia Vietnam Vietjet secara rasmi telah melancarkan perkhidmatan terus terbaharu antara Kuala Lumpur dan Da Nang memperluaskan rangkaian antarabangsa syari...
Keadilan Kuantan Sokong Usaha Kementerian Pendidikan Malaysia Perkukuh Keselamatan Dan Disiplin Pelajar

Keadilan Kuantan Sokong Usaha Kementerian Pendidikan Malaysia Perkukuh Keselamatan Dan Disiplin Pelajar

papar berkaitan - pada 27/10/2025 - jumlah : 277 hits
KUANTAN Biro Pendidikan dan Latihan KEADILAN Cabang Kuantan menyatakan sokongan padu terhadap langkah komprehensif Kementerian Pendidikan Malaysia dalam memperkukuh keselamatan serta disiplin di institusi pendidikan seluruh negara Pengerusi...
Memperkukuh Hubungan Mou Malaysia Brazil Dan Potensi Keterbukaan Pasaran

Memperkukuh Hubungan Mou Malaysia Brazil Dan Potensi Keterbukaan Pasaran

papar berkaitan - pada 27/10/2025 - jumlah : 173 hits
Mari kita lihat tujuan di sebalik MoU yang ditandatangani antara Malaysia dan Brazil yang memberikan peluang untuk memperkukuhkan kerjasama dua hala dalam bidang semikonduktor sains inovasi dan pertanian Malaysia baru sahaja menandatangani ...
Malaysia Mempelopori Pembentukan Rangkaian Keselamatan Ai Asean

Malaysia Mempelopori Pembentukan Rangkaian Keselamatan Ai Asean

papar berkaitan - pada 29/10/2025 - jumlah : 159 hits
KUALA LUMPUR Malaysia bakal memimpin usaha keselamatan kecerdasan buatan di peringkat serantau di bawah Rangkaian Keselamatan AI Asean dengan pejabat yang terletak di Kuala Lumpur dijadualkan mula beroperasi pada awal tahun 2026 Menteri Dig...
Kehadiran Trump Perkukuh Hubungan Asean Amerika Pmo

Kehadiran Trump Perkukuh Hubungan Asean Amerika Pmo

papar berkaitan - pada 26/10/2025 - jumlah : 180 hits
Kehadiran Trump Perkukuh Hubungan ASEAN Amerika PMO KUALA LUMPUR 26 Okt Kehadiran Presiden Amerika Syarikat Donald Trump ke Sidang Kemuncak ASEAN ke 47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan hari ini memperkukuh lagi hubungan antara ASEAN dengan Ame...
Unit Khas Malaysia Terlibat Bersama Kawalan Keselamatan

Unit Khas Malaysia Terlibat Bersama Kawalan Keselamatan

papar berkaitan - pada 28/10/2025 - jumlah : 170 hits
Sekitar hotel di mana Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menginap sewaktu lawatannya ke Kuala Lumpur buat kali pertama sempena ASEAN Summit ke 47 Kelihatan penglibatan unit unit sepanjang lawatannya selama 24 jam itu Hotel dan limosin P...
Trump Puji Profesionalisme Keselamatan Malaysia Nak Jumpa Kpn Pm Anwar

Trump Puji Profesionalisme Keselamatan Malaysia Nak Jumpa Kpn Pm Anwar

papar berkaitan - pada 6/11/2025 - jumlah : 146 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Majlis Peluncuran Malaysia Semiconductor IC Design Park 2 di Coplace 9 Cyberjaya pada 6 November 2025 Foto Facebook Anwar IbrahimCYBERJAYA 6 Nov Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan kejaya...
Lirik Lagu Luka Awie Riez

Pandangan Kapten Futsal Harimau Malaya Khairul Effendy Bahrin Mengenai Prestasi Dan Cabaran Pasukan

Mum S Heritage House Largest Dessert Bakery Vendor In Perlis Kangar Jaya

Simple Beef Lasagna Recipe Pinoy

Kadang Kadang Pilihan Terbaik Adalah Menerima

Auto Fabrica S K100 Is Inspired By Bmw S Iconic Concept Cars

Ayam Keledek Bakar Resipi Sihat Paling Mengenyangkan Menakjubkan

The 5 Commandments Of And How Learn More


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Qurban 1447h 2026 Deposit Ansuran Korban Lembu Di Malaysia

Kenapa Brand Kita Kalah Dari China Jawabannya Ada Di Roas 3

The Revival Of Analog Horror Why Retro Scares Are Dominating Modern Pop Culture

Paper Cup Printing Untuk Kafe Cara Naikkan Identiti Jenama Anda

Tahukah Anda Air Liur

Trump Berusaha Campur Tangan Selesaikan Perang Saudara Di Sudan Apa Motivasi Dan Implikasinya