Ada Petunjuk Baharu Usaha Kesan Bawa Pulang Menantu Muhyiddin Saifuddin Nasution


Ada Petunjuk Baharu Usaha Kesan, Bawa Pulang Menantu Muhyiddin – Saifuddin Nasution
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) — Polis Diraja Malaysia (PDRM) menemukan petunjuk baharu dalam usaha mengesan dan membawa balik ahli perniagaan Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan, yang juga menantu kepada bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata perkembangan terbaharu itu hasil kerjasama antara PDRM dan Polis Antarabangsa (Interpol).
“Apa yang saya boleh sebut bahawa kerjasama kami dengan pihak Polis Antarabangsa sedang berjalan dan sememangnya kami menemukan beberapa petunjuk baharu.
“Saya tidak mahu jelaskan lebih terperinci sebab itu boleh mengganggu kerja-kerja siasatan tapi kami mengesan beberapa petunjuk baharu yang membantu usaha kami mengesan dan membawa beliau balik,” katanya ketika sesi penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2026 peringkat dasar bagi Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian menjawab celahan RSN Rayer (PH-Jelutong) dan Ramkarpal Singh (PH-Bukit Gelugor) yang masing-masing bertanyakan status usaha mengesan dan membawa balik ahli perniagaan itu yang kini dalam buruan pihak berkuasa.
Mengulas lanjut, Saifuddin Nasution berkata notifikasi mengenai individu yang diburu itu sudah berada dalam pengetahuan Interpol dan perkara berkenaan telah disahkan oleh pihak berkuasa antarabangsa itu. “Saya sendiri telah temui ketuanya (Interpol). Pihak berkuasa kita khususnya polis dalam kes ini menjalankan seluruh usaha mereka dengan memanfaatkan hubungan P2P (Police to Police) dan jaringan Interpol.
“Itu adalah tertib proses bagi tujuan membawa balik mana-mana individu yang dikehendaki untuk berdepan dengan proses undang-undang,” katanya.
Media sebelum ini melaporkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan Muhammad Adlan dan seorang peguam Mansoor Saat bagi membantu siasatan kes penyelewengan projek pendaftaran, pengambilan dan penyimpanan biometrik pekerja asing bagi sebuah kementerian.
Semalam, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki memaklumkan siasatan terhadap ahli perniagaan dalam buruan itu selesai dan kini menunggu tindakan seterusnya.
BACA: Siasatan Terhadap Menantu Muhyiddin Selesai – Azam Baki
Sumber: BERNAMA
The post Ada Petunjuk Baharu Usaha Kesan, Bawa Pulang Menantu Muhyiddin – Saifuddin Nasution appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/10/30/ada-petunjuk-baharu-usaha-kesan-bawa-pulang-menantu-muhyiddin-saifuddin-nasution/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menantu Muhyiddin Dikatakan Hidup Mewah Di Asia Barat

Menantu Muhyiddin Dikatakan Hidup Mewah Di Asia Barat

papar berkaitan - pada 23/10/2025 - jumlah : 96 hits
New Straits TimesGAMBAR yang diperoleh daripada sumber menunjukkan Muhammad Adlan Berhan berada di sebuah negara Asia Barat dan Thailand Putrajaya Ahli perniagaan yang menjadi buruan Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan yang melarikan diri lebi...
Saifuddin Dropped As Pahang Pn Chief Days After Criticising Muhyiddin

Saifuddin Dropped As Pahang Pn Chief Days After Criticising Muhyiddin

papar berkaitan - pada 28/10/2025 - jumlah : 181 hits
Mas Ermieyati Samsudin has also been appointed as Melaka PN chief and Shahidan Kassim as Perlis PN chief Saifuddin Abdullah will be replaced as Pahang PN chief by PAS deputy president Tuan Ibrahim Tuan Man KUALA LUMPUR Perikatan Nasional ha...
Ahli Parlimen Indera Mahkota Saifuddin Abdullah Pula Jadi Pemimpin Bersatu Yang Secara Terbuka Gesa Muhyiddin Berundur

Ahli Parlimen Indera Mahkota Saifuddin Abdullah Pula Jadi Pemimpin Bersatu Yang Secara Terbuka Gesa Muhyiddin Berundur

papar berkaitan - pada 27/10/2025 - jumlah : 196 hits
KUALA LUMPUR Ahli Parlimen Indera Mahkota Datuk Seri Saifuddin Abdullah menjadi pemimpin BERSATU terbaru yang secara terbuka menggesa Tan Sri Muhyiddin Yassin berundur daripada jawatan Presiden dan memberi laluan kepada kepimpinan baru Saif...
Sah Pasport Menantu Muhyiddin Ni Sudah Dibatalkan Tapi Macam Mana Dia Boleh Bergerak Di Luar Negara

Sah Pasport Menantu Muhyiddin Ni Sudah Dibatalkan Tapi Macam Mana Dia Boleh Bergerak Di Luar Negara

papar berkaitan - pada 24/10/2025 - jumlah : 222 hits
BernamaMenteri KDN berkata pihaknya akan semak bagaimana Adlan Berhan boleh bergerak di luar negara sedangkan pasportnya telah dibatalkan Menantu bekas PM Muhyiddin Yassin Adlan Berhan meninggalkan negara ini menuju ke New Zealand pada 17 M...
Balik Lah Menantu Muhyiddin Takut Apa

Balik Lah Menantu Muhyiddin Takut Apa

papar berkaitan - pada 25/10/2025 - jumlah : 126 hits
Jurucakap kerajaan Datuk Fahmi Fadzil meminta agar Muhammad Adlan Berhan yang sedang melarikan diri kembali ke Malaysia dan membersihkan namanya Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata demikian apabila ditanya sama ada mesyuarat Kabinet...
Ironman Langkawi Syed Saddiq Tamat Perlumbaan Bawah 13 Jam Bawa Pulang Rm1 Juta Untuk Rakyat Muar

Ironman Langkawi Syed Saddiq Tamat Perlumbaan Bawah 13 Jam Bawa Pulang Rm1 Juta Untuk Rakyat Muar

papar berkaitan - pada 2/11/2025 - jumlah : 182 hits
LANGKAWI Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berhasil membawa pulang sumbangan RM1 juta untuk kebajikan rakyat di kawasannya selepas berjaya mengharungi cabaran Kejohanan Ironman Malaysia di Langkawi semalam dalam masa kurang 1...
Saifuddin Joins Chorus Pushing For Muhyiddin Exit Wants Azmin Out Too

Saifuddin Joins Chorus Pushing For Muhyiddin Exit Wants Azmin Out Too

papar berkaitan - pada 27/10/2025 - jumlah : 337 hits
Indera Mahkota MP Saifuddin Abdullah has joined the ranks of those openly calling for Bersatu president Muhyiddin Yassin to step down and make way for new leadership He has also turned against his former PKR ally Bersatu secretary general A...
Saifuddin Cites New Leads In Search For Muhyiddin S Fugitive Son In Law

Saifuddin Cites New Leads In Search For Muhyiddin S Fugitive Son In Law

papar berkaitan - pada 31/10/2025 - jumlah : 331 hits
PARLIAMENT Home Minister Saifuddin Nasution Ismail today revealed that cooperation of Malaysian police with foreign counterparts through Interpol has yielded new leads towards locating and repatriating Adlan Berhan the fugitive son in law o...
Pilihan Raya Negeri Sabah 2025 Kali Ke 17 Berkibar Sana Sini Bendera Warna Warni

Filem Sumpahan Nilam Utama

Ops Gempur Jabatan Imigresen Malaysia Berjaya Menahan 468 Warga Asing Atas Pelbagai Kesalahan Di Cameron Highlands

Paper Cup Printing Untuk Kafe Cara Naikkan Identiti Jenama Anda

Trump Berusaha Campur Tangan Selesaikan Perang Saudara Di Sudan Apa Motivasi Dan Implikasinya

Ultimate Middle Eastern Spiced Beef Recipe

Fam Boleh Pergi Mampus

Yeay Dapat Free Gift Lagi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Resepi Gulai Ikan Tongkol

Pokok Pandan

10 Peralatan Wajib Ada Untuk Cari Emas Di Sungai Tanah Tinggi

Pengalaman Setup Printer Canon G2010 Untuk Mac Dalam Jaringan

Jika Cinta Itu Buta

Istanbul Aku Datang Day 1