Paxlovid Keluaran Pfizer Inc Tunggu Kelulusan Penuh


 
Pfizer Inc sedang mendapatkan kelulusan penuh daripada Amerika Syarikat (AS) bagi rawatan antiviral COVID-19 secara oral, Paxlovid, yang kini tersedia di bawah kebenaran penggunaan kecemasan (EUA).


Pfizer berkata, mereka menyerahkan Permohonan Ubat Baharu bagi Paxlovid kepada Pentadbiran Makanan dan Ubat AS untuk rawatan COVID-19 terhadap orang divaksinasi dan tidak divaksinasi yang berisiko tinggi untuk mengalami penyakit teruk.




Memetik anggaran daripada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS, Pfizer berkata ia akan meliputi 50 peratus hingga 60 peratus daripada penduduk AS, secara asasnya konsisten dengan ubat semasa EUA.


Kelulusan penuh itu bermakna Pfizer akan mempunyai pilihan untuk menjual Paxlovid di pasaran terbuka seperti ubat-ubatan lain, bergantung sama ada kerajaan AS memutuskan untuk berhenti membeli ubat itu atau menyediakannya secara percuma di seluruh negara.


Pakar strategi penjagaan kesihatan di Morningstar, Karen Andersen, berkata, melalui kebenaran itu, syarikat juga mungkin mempunyai lebih kawalan ke atas pendidikan kepada orang ramai melalui iklan atau cara untuk meningkatkan penggunaan.




Dalam ujian klinikal Pfizer, rawatan dua ubat yang diambil selama lima hari bermula sejurus selepas permulaan simptom COVID-19, mampu mengurangkan risiko kemasukan ke hospital atau kematian sebanyak 88 peratus kepada pesakit dewasa yang tidak dimasukkan ke hospital dan berisiko tinggi.


Data daripada kajian di Israel awal bulan ini pula menunjukkan Paxlovid mengurangkan kemasukan ke hospital dan kadar kematian COVID-19 pada pesakit yang divaksinasi dan tidak divaksinasi berumur 65 tahun ke atas.


Bagaimanapun, ia didapati tidak dapat mencegah penyakit teruk di kalangan orang dewasa yang lebih muda.



Menurut data daripada Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia, lebih daripada 1.6 juta Paxlovid sudah digunakan di AS. - AFP


Pfizer Inc tunggu kelulusan penuh AS bagi jualan Paxlovid
Pautan : https://www.bharian.com.my/dunia/eropah/2022/07/971776/pfizer-inc-tunggu-kelulusan-penuh-bagi-jualan-paxlovid


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://simiey.blogspot.com/2022/07/paxlovid-keluaran-pfizer-inc-tunggu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pfizer Biontech Mohon Kelulusan Dos Penggalak Kedua

Pfizer Biontech Mohon Kelulusan Dos Penggalak Kedua

papar berkaitan - pada 5/9/2023 - jumlah : 314 hits
Pfizer dan BioNTech mengumumkan pihaknya secara rasmi meminta pengawal selia ubat Amerika Syarikat untuk kelulusan kecemasan bagi suntikan penggalak kedua vaksin COVID 19 untuk mereka berusia 65 tahun ke atas semalam Syarikat berkenaan mela...
Pidato Penuh Emosional Bupati Puncak Hati Saya Sedih Kkb Buat Kacau Hambat Pembangunan

Pidato Penuh Emosional Bupati Puncak Hati Saya Sedih Kkb Buat Kacau Hambat Pembangunan

papar berkaitan - pada 7/9/2023 - jumlah : 230 hits
Dia menyesalkan apa apa yang sudah diprogramkan menjadi tidak bisa berjalan dengan semestinya karena KKB
7 Cara Kreatif Menyiasati Lemari Pakaian Yang Terlihat Penuh Agar Muat Lebih Banyak Lagi

7 Cara Kreatif Menyiasati Lemari Pakaian Yang Terlihat Penuh Agar Muat Lebih Banyak Lagi

papar berkaitan - pada 8/9/2023 - jumlah : 466 hits
Kelihatannya aja kepenuhan padahal sela selanya masih bisa diakali kalau kamu tahu triknya
Selamat Datang September Bulan Penuh Cabaran

Selamat Datang September Bulan Penuh Cabaran

papar berkaitan - pada 4/9/2023 - jumlah : 301 hits
Alhamdulillah masih diberikan nafas untuk terus hidup di bumi yang indah Masih tak terlambat nak mengalukan kedatangan bulan September Ya macam tajuk entri kali ini bulan September merupakan bulan penuh cabaran untuk Diah sekeluarga Tapi ka...
Beberapa Kawasan Di Kuantan Shah Alam Mula Dinaiki Air

Kkm Tingkatkan Siap Siaga Demi Kebajikan Mangsa Banjir

Peristiwa Pelik Ribut Tropika Senyar Dalam Malaysia

Jalan Jalan Menikmati Suasana Malam Di Liyang

Seorang Guru Maut Selepas Kenderaan Yang Dipandu Rempuh Belakang Treler Di Kampung Pandan Kuantan Bypass Tengahari Tadi

Drama Good Boys Go To Heaven

Ribut Tropika Senyar Fenomena Luar Biasa Dan Persediaan Cuaca Malaysia

Doa Ketika Hujan Dan Doa Menghadapi Musibah Banjir


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Panduan Pilih Water Filter Portable Penting Semasa Krisis Air Kotor

Ahli Politik Punca Perpecahan Kaum Di Malaysia

Apa Itu Spot Uv Bagaimana Ia Jadikan Packaging Nampak Lebih Eksklusif

Hadiah Birthday

Kenapa Ada Yang Terus Membeli Sharifah Sakinah Seru Netizen Untuk Boikot Shein Terjebak Dalam Kontroversi Mengecewakan

Syukur Di Hujung Jalan Menghargai Perjalanan Hidup