Pemimpin Umno Saran Dr Mahathir Bentuk Kerajaan Perpaduan




Umno mencadangkan supaya Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad membentuk “kerajaan perpaduan” dengan pembangkang, khususnya Umno sekiranya ingin terus menguasai Putrajaya.
Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Shahidan Kassim, berkata, ini susulan imej Pakatan Harapan (PH) yang telah ditolak rakyat manakala rombakan kabinet pula tidak akan mampu mengubah sokongan rakyat yang semakin merosot.
“Saya sokong kalau Tun (Dr Mahathir) mahukan sebuah kerajaan yang kuat, pilih kalangan orang yang layak (termasuk pembangkang), ‘kerajaan perpaduan’.
“Rakyat bukan benci menteri, tapi kerajaan, ini masa untuk mengajak pembangkang bersama (dalam kabinet).
“Tun antara perdana menteri yang bagus, tapi dikelilingi oleh menteri yang tak bagus.(Menteri) duduk tempelak kerajaan lama, sedangkan kerajaan lama (BN) dulu dipimpin Tun paling lama,” katanya kepada Malaysiakini.
Pada 20 Nov lalu, perdana menteri menyatakan kesediaan untuk mempertimbangkan rombakan kabinet diadakan susulan kekalahan PH pada pilihan raya kecil Tanjung Piai, Sabtu lalu.
Bercakap kepada wartawan selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Bersatu di Petaling Jaya itu, beliau memberitahu sidang akhbar berkenaan bahawa dirinya akan mengkaji semula prestasi menteri-menteri kabinet.
Tanpa menyebut sebarang garis masa, Mahathir tidak menolak kemungkinan rombakan itu akan dilakukan sebelum sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (Apec) yang akan dianjurkan oleh Malaysia pada November tahun depan.
Bagi Setiausaha Agung Umno, Annuar Musa, rombakan kabinet tidak akan menghapus kebencian rakyat terhadap PH pada masa ini.
Katanya, Mahathir perlu membuat keputusan sama ada untuk bersama Umno ataupun DAP, merujuk kepada kerjasama politik sekiranya mahu terus kekal relevan.
Menurut Annuar, penolakan orang Melayu khususnya terhadap PH dan Bersatu adalah disebabkan DAP yang dilihat berada di belakang parti serpihan Umno itu.
“Tun kena pilih antara DAP dan Umno, kalau hendak kuat beliau kena bersama balik dengan Umno.
“Dari segi pilihan kerjasama politik, beliau akan ditolak oleh orang Melayu selagi bersama DAP.
“Tidak mustahil dalam pilihan raya umum akan datang Bersatu akan hilang kesemua kerusi,” katanya ketika ditemui Malaysiakini, hari ini.
Annuar berkata, jika perdana menteri melakukan rombakan kabinet ia tidak akan ubah sokongan rakyat terhadap kerajaan PH yang cukup teruk.
Bahkan beliau mendakwa rombakan kabinet dengan memasukkan kembali bekas menteri yang sebelum ini betsama BN akan menambah lagi keretakan.
“Tak nampak yang ada nilai tambah boleh ubah sokongan rakyat kepada PH, kalau bawa masuk Mustapa Mohamed ganti Lim Guan Eng misalnya, bukan boleh buat ‘magic’,” katanya lagi.
Mkini




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/11/22/pemimpin-umno-saran-dr-mahathir-bentuk-kerajaan-perpaduan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Terlalu Rasuah Tidak Sesuai Kerajaan Perpaduan

Umno Terlalu Rasuah Tidak Sesuai Kerajaan Perpaduan

papar berkaitan - pada 23/11/2019 - jumlah : 288 hits
Cadangan pemimpin Umno agar pentadbiran Tun Mahathir Mohamad membentuk kerajaan perpaduan semua parti bagi memudahkan perlantikan menteri menteri berpengalaman untuk kabinet baharu beliau ditolak Menurut Tun Mahathir idea kerajaan perpaduan...
Idea Kerajaan Perpaduan Shahidan Tak Disokong Umno

Idea Kerajaan Perpaduan Shahidan Tak Disokong Umno

papar berkaitan - pada 24/11/2019 - jumlah : 321 hits
Setiausaha Agung Umno Annuar Musa menganggap cadangan pembentukan kerajaan perpaduan membabitkan Bersatu dan pembangkang adalah pandangan peribadi Ahli Parlimen Arau Shahidan Kassim Menurut Annuar tiada sesiapa dalam kalangan pemimpin Muafa...
Hidung Mahathir Berdarah Dan Dalang Perjumpaan 22 Ahli Parlimen Umno Dengan Azmin Ali

Hidung Mahathir Berdarah Dan Dalang Perjumpaan 22 Ahli Parlimen Umno Dengan Azmin Ali

papar berkaitan - pada 19/11/2019 - jumlah : 483 hits
Difahamkan bahwa hidung Dr Mahathir berdarah semasa sidang akhbar selepas merasmikan MPOB International Palm Oil Congress and Exhibition 2019 Sidang akhbar berakhir lebih awal While taking questions from journalist at the Dr Mahathir was se...
Kenapa Apabila Jadi Kerajaan Pemimpin Nampak Kurang Cerdik

Kenapa Apabila Jadi Kerajaan Pemimpin Nampak Kurang Cerdik

papar berkaitan - pada 12/11/2019 - jumlah : 436 hits
Semasa jadi pemimpin pembangkang semua kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin PH nampak Power lagi mengagumkan Segala hujah nampak macam fakta yang tepat Pada masa BN jadi kerajaan kebanyakan kenyataan yang dikeluarkan pemimpin mereka nam...
Kisah 17 Pemimpin Umno Di Rumah Azmin

Kisah 17 Pemimpin Umno Di Rumah Azmin

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 424 hits
oleh Hasnal Rezua Merican Kisah 17 Ahli Parlimen UMNO makan malam di rumah YB Azmin tidaklah terlalu menggusarkan Jika mereka bijak menggunakan kuasa tawar menawar serta menguasai rundingan banyak manfaat yang boleh diraih Cuma aspek negati...
Pas Kata Sokong Saya Umno Berkata Mereka Juga Sokong Saya Terima Kasih Tun Mahathir Sedia Berdepan Undi Tidak Percaya

Pas Kata Sokong Saya Umno Berkata Mereka Juga Sokong Saya Terima Kasih Tun Mahathir Sedia Berdepan Undi Tidak Percaya

papar berkaitan - pada 23/11/2019 - jumlah : 520 hits
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata beliau sedia berdepan dengan usul undi tidak percaya kerana percaya beliau mempunyai sokongan kuat Beliau berkata sepanjang pengetahuannya beliau pada masa ini menerima sokongan terma...
Nak Bentuk Kerajaan Baru Tapi Hanya Ada 99 Mp Jer Baru Gila Dah Pentadbiran Malaysia

Nak Bentuk Kerajaan Baru Tapi Hanya Ada 99 Mp Jer Baru Gila Dah Pentadbiran Malaysia

papar berkaitan - pada 22/11/2019 - jumlah : 426 hits
Pertemuan antara Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dengan wakil rakyat UMNO pada 18 November bertujuan membincangkan isu kerajaan pintu belakang dan usaha mempertahankan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri Sinchew Daily melaporkan pe...
Kerajaan Ph Berhadapan Masalah Komunikasi Untuk Beritahu Kejayaan Dicapai Tun Mahathir

Kerajaan Ph Berhadapan Masalah Komunikasi Untuk Beritahu Kejayaan Dicapai Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 22/11/2019 - jumlah : 370 hits
Astro Awani Jelas Perdana Menteri jika dibandingkan kejayaan yang berjaya dicapai kerajaan pimpinannya dalam tempoh hampir dua tahun ianya adalah satu pencapaian di luar jangkaan Foto Astro AWANI PETALING JAYA Perdana Menteri Tun Dr Mahathi...
Nurul Izzah Marches With Lawyers Moots Tribunal To Probe Jac Leak Claims

How To Choose The Right Insurance Policy In Malaysia For Complete Protection

Pusat Latihan Kenegaraan Balik Pulau

My Moving Journal A Fresh Start

Konvokesyen Perdana Ipma Bila Allah Mendengar Rintihan

Police Deny Arresting Suspect In Temple Groping Woman Incident

Rafizi Nik Nazmi Tak Hadir Perjumpaan Ahli Parlimen Ph Bersama Anwar

Video Menarik Aktiviti Membaca Bersama Warga Bomba Kini Di Youtube


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Berperang Dengan Diri Siri 1

Win Big On Official Gudangtoto Site With These Tips And Strategies

Membina Tabiat Baik Sebagai Muslim 7 Prinsip Untuk Istiqamah

Voltecx Rahsia Kaw Kaw Jimat Minyak Buat Enjin Kereta Lama Kembali Power

How To Capture Short Attention Span

Employee Engagement Isn T One Size Fits All And Neither Is Your Platform