Pau Bukan Lagi Bincang Hal Orang Melayu Tapi Pujuk Ahli Sokong Dap


agendaily.com08/06/2023
UMNO kini sudah bekerjasama dengan DAP.
Hari ini bermula Perhimpunan Agung UMNO (PAU) dengan semua perwakilan yang terdiri daripada segenap lapisan akan berada di Pusat Dagangan Dunia (WTC).

Jika setiap kali perhimpunan sebelum ini isu berkenaan orang Melayu akan menjadi fokus utama, bagaimanapun kini naratif politik UMNO sudah berubah menjadi medan untuk memujuk ahli menyokong DAP dan kerajaan campuran pula.

Jika pada perhimpunan pada 2021 lalu slogan dilaungkan adalah “No Anwar dan No DAP”, kini ia berubah menjadi “Yes Anwar dan Yes DAP”.

Malah, difahamkan kali ini perwakilan DAP dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga dijemput sama ke PAU buat julung kalinya untuk duduk sekali satu dewan dan satu pentas bersama-sama perwakilan UMNO yang lain.

Pendirian terbaharu dibuat pemimpin UMNO menjemput musuh tradisi parti itu untuk bersama PAU kali ini adalah satu isyarat kepada ahli bahawa usaha meneutralisasikan mentaliti ahli-ahli parti yang suatu ketika dahulu dibasuh pemikiran mereka untuk membenci DAP dan juga Anwar.

Bagaimanapun, doktrin sebelum ini perlu ditukar untuk mengajak ahli-ahli menyayangi DAP dan Anwar sebagai ketua kerajaan campuran yang mana UMNO kini sedang menjadi penumpang dalam kerajaan campuran.

Rasa malu dan tebal muka perlu dihadap pemimpin dan ahli UMNO walaupun sebelum ini mereka yang paling lantang mengkritik dan membidas seteru politik tersebut, namun demi jawatan dan kuasa segala-galanya perlu dikorbankan demi survival politik masing-masing.

Hati pemimpin dan parti dalam kerajaan campuran perlu dijaga daripada menjaga hati ahli-ahli UMNO yang terguris dengan tindakan dan keputusan dibuat oleh ketua mereka sendiri.

PAU kali ini kononnya dikatakan untuk menunjukkan kebersamaan UMNO bersama-sama dalam kerajaan campuran dipimpin Anwar, tetapi realitinya ia adalah demi mengekalkan kuasa dan jawatan yang mereka dapat.

Didendangkan kepada ahli-ahli UMNO kononnya bersama dengan kerajaan campuran sekarang ini, masa depan parti lebih terjamin dan cerah jika dibandingkan sebelum ini bersama dengan Perikatan Nasional (PN) yang didalamnya terdapat PAS dan Bersatu.

Ahli-ahli UMNO dipasak dengan cerita-cerita dongeng kononnya DAP bukan sebuah parti chauvinis seperti mana yang mereka tuduh dahulu, malah DAP dianggap rakan politik lebih mulia daripada PAS dan Bersatu.

Jadi tidak hairan pada PAU kali ini, para perwakilan sudah disiapkan dengan skrip dan naratif untuk memuji DAP disamping mengangkat Anwar sebagai ikon yang perlu disanjung ahli-ahli UMNO.

Perkara paling utama pastinya akar umbi UMNO akan digesa untuk membantu jentera DAP dan parti kerajaan campuran lain pada Pilihan Raya Negeri (PRN) untuk memastikan kemenangan rakan politik mereka.

Sudah pastinya, akar umbi akan dikerah untuk berkempen bagi rakan parti dalam kerajaan campuran, bendera-bendera Pakatan Harapan (PH) perlu dipasang ahli-ahli UMNO semasa PRN nanti bagi menunjukkan solidariti kebersamaan.

Lagu “Anak kecil main api” yang sebelum ini menjadi pembakar semangat ahli-ahli UMNO dijangkakan juga tidak akan dipasang semasa PAU kali ini kerana tidak mahu mengguris hati perwakilan DAP yang bakal bersama-sama hadir.

Diharapkan potret pemimpin UMNO yang berada dalam dewan yang sebelum ini dihilangkan semasa konvensyen dihadapi pemimpin DAP dan parti dalam kerajaan campuran tidak hilang sekali lagi.

PAU kali ini akan berbeza sama sekali dengan sebelum ini, hal kepentingan dan kebajikan orang Melayu dan Islam yang selama ini menjadi teras dan intipati dalam setiap perhimpunan bukan lagi menjadi keutamaan, jika ada pun isu dibangkitkan pun mungkin terlalu minimal sahaja dan tidak berlebihan.

Apa yang lebih penting adalah menjaga hati dan perasaan perwakilan parti campuran yang akan dijemput hadir pada PAU kali ini, tidak boleh terguris rakan parti lain.

UMNO yang suatu ketika dahulu lantang dan berani dalam memperjuangkan isu-isu kaum Melayu dan Islam kini perlu nampak lebih jinak, al maklum lah sekarang ini sudah berada dalam kerajaan campuran.

Jika berlebih bercakap dalam soal kepentingan Melayu dan Islam, nanti bimbang pula ahli-ahli DAP dan parti dalam kerajaan campuran terguris hati pula. Begitu lah lumrah dalam perkahwinan politik paksa, seperti dikatakan oleh beberapa pemimpin dalam UMNO sebelum ini


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/06/pau-bukan-lagi-bincang-hal-orang-melayu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Minta Bekas Ahli Ke Pau Umno Bimbang Ramai Pakai Baju Roket Daripada Baju Melayu

Minta Bekas Ahli Ke Pau Umno Bimbang Ramai Pakai Baju Roket Daripada Baju Melayu

papar berkaitan - pada 4/6/2023 - jumlah : 167 hits
agendaily com04 06 2023Setiausaha Agung UMNO Asyraf Wajdi gesa ahli yang dipecat dan dikenakan tindakan hadir ke PAU nanti Semalam Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menggesa bekas ahli yang dipecat atau sedang digantung parti untuk menghadiri Perhi...
Pemuda Umno Tolak Jemput Dap Dalam Pau 2023

Pemuda Umno Tolak Jemput Dap Dalam Pau 2023

papar berkaitan - pada 4/6/2023 - jumlah : 241 hits
mykmu net04 06 2023PETALING JAYA Barisan Exco dan Ketua Pemuda UMNO negeri sebulat suara membuat keputusan untuk tidak akan menjemput wakil mana mana parti lain dalam Kerajaan Perpaduan terutama sekali DAP ke Perhimpunan Pemuda UMNO sempena...
Pau Kesabaran Akar Umbi Mengenai Situasi Najib Dap Makin Tipis

Pau Kesabaran Akar Umbi Mengenai Situasi Najib Dap Makin Tipis

papar berkaitan - pada 11/6/2023 - jumlah : 205 hits
Pemimpin akar umbi juga mengadu bahawa parti itu tidak mempunyai strategi yang jelas untuk menghadapi PRN di enam negeri akan datang Keputusan pemilihan parti yang diadakan pada Mac mungkin membayangkan bahawa presiden Umno Zahid Hamidi mem...
Ahli Parlimen Dap Dikecam Selepas Gesa Gelaran Tun Ditarik

Ahli Parlimen Dap Dikecam Selepas Gesa Gelaran Tun Ditarik

papar berkaitan - pada 7/6/2023 - jumlah : 232 hits
Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer dikecam selepas dikatakan membuat tuduhan dangkal dan membuta tuli serta mendakwa dua bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad serta Muhyiddin Yassin berhasrat untuk memusnahkan negara Semalam Rayer di pers...
Ubat Kerinduan Bekas Ahli Umno Boleh Datang Pau Zahid

Ubat Kerinduan Bekas Ahli Umno Boleh Datang Pau Zahid

papar berkaitan - pada 4/6/2023 - jumlah : 352 hits
malaysiakini comDiterbitkan Jun 3 2023 7 10 PMPresiden Umno Ahmad Zahid Hamid memaklumkan parti itu membuka pintunya kepada bekas ahli Umno dan ahli yang bukan perwakilan untuk hadir sebagai pemerhati Perhimpunan Agung Umno 2023 demi mengub...
Influencer Ini Buat Hal Lagi Tapi Kali Ni Netizen Terhibur Dengan Dia Punya Perangai Tak Sangka Betul

Influencer Ini Buat Hal Lagi Tapi Kali Ni Netizen Terhibur Dengan Dia Punya Perangai Tak Sangka Betul

papar berkaitan - pada 3/6/2023 - jumlah : 173 hits
Kita tahu yang tugas influencer ini bukan sahaja menghiburkan followers mereka tetapi memberi info yang berguna juga Namun semua itu bergantung kepada content yang dihasilkan di media sosial Kalau dilihat sekarang banyak content yang menari...
Bersatu Parti Proklamasi Melayu Sokong Pn Pada Prn

Bersatu Parti Proklamasi Melayu Sokong Pn Pada Prn

papar berkaitan - pada 7/6/2023 - jumlah : 330 hits
Hariz MohdParti politik yang menandatangani Proklamasi Melayu semuanya bersetuju untuk menyokong Perikatan Nasional dalam enam pilihan raya negeri akan datang Demikian menurut Ketua Penerangan Bersatu Razali Idris yang mewakili parti itu pa...
Cerita Hidup Melayu Tapi Ramai Tidak Duduki Spm Anwar Bidas Bekas Menteri

Cerita Hidup Melayu Tapi Ramai Tidak Duduki Spm Anwar Bidas Bekas Menteri

papar berkaitan - pada 13/6/2023 - jumlah : 223 hits
Seramai 14 858 calon SPM dilaporkan tidak menduduki peperiksaan itu pada tahun lalu BANGI Perdana Menteri Anwar Ibrahim membidas seorang bekas menteri pendidikan yang didakwanya gagal sehingga menyebabkan ramai calon tidak hadir menduduki S...
Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Penutup Tahun 2024 Chess Checkmate Catur Game

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

Flooding Of Kepong Road Upsets Motorists

Hiburan Tidak Akan Berhenti Bersalin Anak Anak Itu Akan Meneruskan Jihad

Telemovie Larian Terakhir Lakonan Fattah Amin Amyra Rosli


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Dinner Dengan Siakap 3 Rasa

Hukuman Sebat Enam Sebatan Buat Pesalah Khalwat Berulang

Mana Satu Betul Tnb Maklum Pada Bursa Malaysia Kenaikan Diluluskan Kerajaan

Why Did The Bmw 428i Engine Overheating Light Turn On How Do I Fix The Issue

The Trophy Rat An All Conquering Rat Rod From America S Northwest

Budak Akmal Ni Agak Bangang Sikit Maaf Cakap Jujur