Patutlah Bayi Berhenti Menangis Bila Ibu Dukung Dia Kenal Bau Ibunya Sejak Dalam Kandungan Lagi


Perasan tak bayi baru lahir akan berhenti menangis bila ibu dukung dia. Rupanya memang betullah orang tua-tua cakap yang bayi kenal bau ibunya.
“Amboi, pandai sungguh baby ni. Aunty pegang menangis, bila mama dia pegang cepat je diam.”
Mesti anda perasan tingkah laku bayi yang amat kenal pada ibunya. Bagi bayi baru lahir, bau adalah segalanya. Bau itulah yang membuatkan dia kenal ibunya.
Tahukah anda kemampuan deria bau bayi sudah mula berkembang sejak dari dalam kandungan lagi? Jom semak bagaimana berlakunya deria bau bayi.

Dalam kandungan pada trimester ketiga Deria bau bayi mula berkembang pada usia kehamilan 28 minggu dan menjadi sempurna sepanjang trimester ketiga. Air ketuban yang memainkan peranan penting kerana melalui cecair ini, deria bau ‘disalurkan’. Air ketuban membawa bau kepada bayi dalam kandungan sebab itu walaupun masih dalam kandungan, bayi sudah mempunyai rujukan tentang bau-bau tertentu.
Maksudnya bila ibu gemar makan pedas, boleh dipastikan bayi turut ‘merasakan’ bau tersebut. Jangan risau, ibu tak perlu berhenti makan makanan kegemaran. Paling penting ibu hamil mesti makan makanan yang sihat dan seimbang supaya pertumbuhan bayi berlaku secara optimal. Bagaimanapun tiada makanan atau minuman khusus yang mesti diambil oleh ibu untuk menyokong pertumbuhan deria bau bayi.
Ketika lahir Menurut Alan Greene, M.D. Profesor Klinikal Pediatrik di Stanford University School of Medicine, waktu lahir adalah saat paling genting bagi bayi. Deria bau bayi baru lahir sudah berkembang sehingga dia menggunakan deria tersebut lebih daripada deria-deria lain sebagai cara orientasi diri.
Dalam satu eksperimen yang dijalankan, didapati bayi boleh mengenali bau air ketuban ibunya. Bila payudara ibu disapu air ketuban, bayi bergerak ke arah tersebut hanya dalam masa beberapa jam selepas dilahirkan.

Bagaimanapun, kecenderungan ini akan hilang selepas beberapa hari. Bayi yang baru lahir juga mampu mengenali bau susu ibunya. Dalam satu kajian, penyelidik memegang bantal yang berbau susu ibu sejauh 17 cm dari hidung bayi.
Hasilnya, bayi bergerak menggeliat ke arah bantal tersebut seperti hendak menghisap sesuatu (mouthing). Jika dihadapkan dengan beberapa pilihan susu ibu, kajian menunjukkan bayi hanya menunjukkan gerakan mouthing dengan lebih ketara hanya pada susu ibunya sahaja.
Bila bayi mencium bau ibu, dia akan mengarahkan kepalanya ke arah payudara anda – seperti pertama kali dia diletakkan selepas lahir dan mula menggerakkan mulutnya atau menjadi tenang, demikian menurut Joy Browne, Ph.D., Ketua pediatrik dan psikiatri di University of Colorado, Denver Anschutz Medical Campus. Hebatnya, bukan hanya itu sahaja.
Menurut kajian yang diterbitkan dalam jurnal Neuroscience and Biobehavioral Reviews, bayi juga sudah boleh mengenali bau produk kecantikan yang anda pakai!
Dua bulan pertama
Pada tahap ini, bayi tetap suka bau ibu bahkan tak kisah walaupun ibu belum mandi berbanding orang lain. Sebenarnya bau badan secara semula jadi yang dicari oleh bayi. Jadi, sesekali ibu tak mandi pun tak mengapa sebab bayi tetap boleh tenang dan tidur lena!
Dari usia ini hingga 8 tahun, kemampuan deria baunya akan berkembang begitu pesat bahkan akan lebih baik dari deriabau anda selama beberapa tahun, menurut Lise Eliot, Ph.D.,penulis buku What’s Going On in There?: How the Brain and Mind Develop in the First Five Years of Life.
Jadi, jangan hairanlah kalau bayi baru lahir hanya akan berhenti menangis bila ibu yang mendukung dan mendodoinya. Bau ibu beri ketenangan kepada bayi.
 
The post Patutlah Bayi Berhenti Menangis Bila Ibu Dukung. Dia Kenal Bau Ibunya Sejak Dalam Kandungan Lagi! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/patutlah-bayi-berhenti-menangis-bila-ibu-dukung-dia-kenal-bau-ibunya-sejak-dalam-kandungan-lagi-2/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Betul Rupanya Umpama Bau Syurga Cium Bayi Buat Ibu Rasa Tenang

Betul Rupanya Umpama Bau Syurga Cium Bayi Buat Ibu Rasa Tenang

papar berkaitan - pada 25/7/2019 - jumlah : 421 hits
Bau badan bayi yang baru lahir sangat disukai Bukan sahaja ibu bapa yang sukar untuk menahan godaan mencium bayi tapi adik beradik lain pun sama Mengapa aroma bayi begitu menyenangkan Menurut penganalisis kimia dari Monell Chemical Senses C...
Dukung Sendiri Bayi Lahir Dari Ibu Koma Keajaiban Buat Fouziah Suami Turun Padang

Dukung Sendiri Bayi Lahir Dari Ibu Koma Keajaiban Buat Fouziah Suami Turun Padang

papar berkaitan - pada 15/7/2019 - jumlah : 509 hits
Baru baru ini viral kisah ibu bersalin ketika dalam koma Kelahiran yang penuh keajaiban itu menarik perhatian ramai termasuk pasangan pengacara rancangan TV Pa Ma Musim Kelima iaitu Datin Fouziah Gous dan suami Datuk Zhafran Yusof Ibu bapa ...
Bayi Maut Terperosok Di Dalam Celah Tayar Motosikal Selepas Kain Ibunya Terbelit

Bayi Maut Terperosok Di Dalam Celah Tayar Motosikal Selepas Kain Ibunya Terbelit

papar berkaitan - pada 25/7/2019 - jumlah : 389 hits
The ReporterGambar seorang bayi terperosok di celah tayar belakang motosikal viral di media sosial baru baru ini Kejadian itu berlaku pada tahun 2015 di Saraburi Thailand namun kembali viral semula di media sosial Menurut sumber mangsa meng...
Ingatkan Kena Gigit Nyamuk Bayi Alami Alergik Teruk Seluruh Badan Selepas Ibunya Terlupa Bersihkan Baby Chair

Ingatkan Kena Gigit Nyamuk Bayi Alami Alergik Teruk Seluruh Badan Selepas Ibunya Terlupa Bersihkan Baby Chair

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 584 hits
The ReporterAdakalanya anda ternampak ibu bapa yang terlalu berhati hati sehingga sanggup membersihkan benda benda awam sebelum disentuh oleh anak mereka Agnest Chew mendapati adalah penting untuk berbuat demikian setelah mendapati bayi per...
Bakal Terima Ahli Keluarga Baru Ini Antara Surah Amalan Ketika Mengandung Yang Baik Untuk Bayi Dalam Kandungan

Bakal Terima Ahli Keluarga Baru Ini Antara Surah Amalan Ketika Mengandung Yang Baik Untuk Bayi Dalam Kandungan

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 447 hits
AssalamualaikumSurah2 dari ayat suci Al Quran sememangnya sangat elok diamalkan oleh semua orang termasuk bagi ibu ibu hamil Ia dapat memberi pelbagai manfaat bukan sahaja kepada ibu tetapi juga kepada bayi didalam kandungan Insyallah jika ...
Kepala Lepas Bahu Bayi Tersangkut Ibu Bersalin Indius Kencing Manis Berisiko Tinggi

Kepala Lepas Bahu Bayi Tersangkut Ibu Bersalin Indius Kencing Manis Berisiko Tinggi

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 500 hits
Bahu bayi tersangkut ketika kelahiran adalah antara masalah kecemasan yang boleh berlaku ketika proses kelahiran Bayi patah tulang bahu cedera saraf dan kurang oksigen antara risikonya Bahu bayi tersangkut ketika kelahiran adalah antara mas...
Bappenas Pastikan Presiden Jokowi Tak Ingin Pemindahan Ibu Kota Berhenti Di Wacana

Bappenas Pastikan Presiden Jokowi Tak Ingin Pemindahan Ibu Kota Berhenti Di Wacana

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 251 hits
Menteri Perencanaan Pembangunan Nasional Kepala Badan Perencanaan Pembangunan Nasional Bambang Brodjonegoro mengakui rencana pemindahan ibu kota Indonesia bukan lah sesuatu yang baru Sejak era Presiden Soekarno dan Soeharto rencana pemindah...
Dia Dah Mula Jaga Solat Ini Pertanyaan Ustaz Ebit Lew Buat Aliff Aziz Tidak Berhenti Menangis

Dia Dah Mula Jaga Solat Ini Pertanyaan Ustaz Ebit Lew Buat Aliff Aziz Tidak Berhenti Menangis

papar berkaitan - pada 15/7/2019 - jumlah : 636 hits
Sejak daripada kes pencerraian karier seni penyanyi Aliff Aziz semakin suram sebaliknya masyarakat lebih tertumpu dengan gosi1p gosip yang melibatkankan dirinya Dia dah mula jaga solat Ini pertanyaan Ustaz Ebit Lew buat Aliff Aziz tidak ber...
Rezeki Ibu Mengandungkan 3 Orang Bayi Rupanya Dia Pun Kembar 3

Rezeki Ibu Mengandungkan 3 Orang Bayi Rupanya Dia Pun Kembar 3

papar berkaitan - pada 21/7/2019 - jumlah : 359 hits
Ini kisah setahun yang lalu menariknya ia dikongsikan oleh seorang wanita yang mengandungkan kembar tiga Judit Minda yang berasal dari Norway berasa terkejut dengan berita yang diterimanya kerana dia diberitahu oleh doktor kandungannya memb...
Doa Dan Solat Hajat Diminta Untuk Presiden Pas

Check In 4 Hari 3 Malam Di Hotel Hilton Garden Inn Kuala Lumpur North

Samsung Galaxy Z Series Gets Lighter Stronger And Smarter

Speed Read A Custom Bmw R Ninet 100 Years Edition And More

Upkk Siri 1 Pelancaran Rasmi Juara Ummah Bengkel Bersemuka

Ezzanie Jasny Biodata Pelakon Drama Dia Bukan Syurga

Razarudin Sah Tamat Kontrak Ketua Polis Negara 22 Jun Ini

Cover Al Quran Enuur Solusi Lindungi Mushaf Lama Tanpa Perlu Ganti Baru


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Netizen Dakwa Nampak Bekas Suami Aprena Manrose Bersama Perempuan Free Hair Undur Diri Maksudnya Memang Kena Sondol Kot

Lelaki Maut Tunang Parah Selepas Kereta Dinaiki Bertembung Dengan Lori Di Simpang Melati Muadzam Shah

Pesuruhjaya Polis Lempar Telur Separuh Masak Ke Muka Pelayan Restoran

7 Bintang Membentuk Boy Group Baharu Dalam Final Big Stage Alpha 2025

Lg Oled Tv Now Certified For Perfect Indoor Viewing

Kl Convention Centre Turns 20 Here S How It S Shaping The Future