Pastikan Lima Perkara Ini Agar Ruang Dapur Sentiasa Bersih


Tidak keterlaluan jika dikatakan dapur yang kotor boleh menjadi sarang penyakit yang berbahaya. Kotoran seperti sisa makanan yang tertumpah pada bahagian dinding, lantai, kabinet dan sebagainya yang terus dibiarkan tanpa pembersihan. Sedikit demi sedikit dan lama kelamaan ia akan membusuk.
Akhirnya tempat tersebut akan menjadi habitat perkembangan kuman dan bakteria. Selain itu, tidak dinafikan menjadi tarikan kepada haiwan seperti lalat, tikus, lipas dan sebagainya yang menyebabkan timbulnya penyakit. Akibatnya ia boleh mendatangkan bahaya kepada tahap kesihatan ahli keluarga yang menjamah hidangan yang disediakan daripada ruang dapur yang kotor.
Menghindari daripada semua ini terjadi, tindakan segera untuk memastikan ruang dapur sentiasa bersih harus diambil segera. Ini kerana dapur yang bersih dapat menjamin hidangan yang disajikan selamat dimakan dan sihat untuk ahli keluarga. Antara langkah yang perlu dilakukan untuk merawat ruang dapur agar tetap bersih, sihat dan menyenangkan adalah seperti berikut :
Bersihkan selalu dapur memasakJadikan amalan setiap kali selepas memasak harus bersihkan ruang dapur gas dan sekitarnya. Lebih-lebih lagi selepas menggoreng, kerana umumnya banyak minyak yang akan terpercik keluar daripada kuali. Oleh itu bersihkan dengan kain untuk menghilangkan sisa minyak. Jangan menunda keesokan harinya untuk melakukan tugas ini kerana lama kelamaan kotoran tersebut akan mengeras dan sukar untuk dibersihkan. Selain itu juga kotoran yang tertinggal akan membusuk dan berkemungkinan menjadi tempat bakteria dan kulat membiak di situ.

Bersihkan alatan memasakCuci peralatan memasak sehingga bersih menggunakan sabun pencuci yang mengandungi antiseptik untuk cucian yang lebih optimum. Ini penting untuk menjamin perkakasan memasak kekal bersih dan selamat untuk digunakan. Sebaiknya juga selepas dicuci dikeringkan. Jangan menangguhkan proses mencuci perkakasan memasak setelah digunakan untuk mengelak daripada lalat hinggap pada sisa-sisa makanan yang ada.
Bersihkan bekas menyimpan ramuan masakan secara berkalaRamuan makanan yang disimpan di dalam bekas berpenutup perlu juga diberi tumpuan agar kekal selamat digunakan. Antara ramuan yang sering kita simpan di dalam bekas adalah seperti belacan, udang kering, rempah ratus dan sebagainya yang sebenarnya mempunyai tempoh luputnya yang tersendiri. Sebaiknya sediakan jadual berkala untuk lakukan pembersihan bekas untuk memastikan makanan yang disimpan kekal bersih dan selamat digunakan.
Bersihkan ruang kabinet dapurUsahakan membersihkan ruang kabinet secara rutin untuk mengelakkan daripada menjemput kehadiran lipas, cicak dan tikus. Ini kerana haiwan sebegini memang gemar ruang yang tidak terurus dan kotor dijadikan sebagai habitat mereka. Oleh itu pastikan ruang storan sentiasa kemas, bersih dan tersusun rapi.

Pastikan ruang dapur terang dan keringKemasukan cahaya matahari di ruang dapur adalah sangat baik untuk mencegah perkembangan bakteria dan kuman terjadi di ruang dapur. Terutamanya di bahagian-bahagian yang sering lembap seperti di ruang singki. Jadi usahakan agar ruang dapur memiliki bukaan tingkap yang luas untuk membenarkan cahaya matahari masuk ke ruang dapur anda. Jika kaedah ini sukar dipraktikkan atas sebab ruang yang terhad atau sebagainya, maka apa yang perlu anda lakukan adalah pastikan kawasan sekitar singki sentiasa dikeringkan tiap kali menggunakannya.
Sumber gambar: 123 royalty free
KLIK DI SINI UNTUK MENCARI PERKAKAS DAN PERALATAN DAPUR DAN RUMAH.
BOLEH LIHAT RESIPI LAIN:
Kek Span Vanila Ikut Sukatan Cawan
Biskut Susu Jagung Tiga Bahan, Ramuan Ringkas Tetap Sedap
Kek Batik Indulgence Lembut Dan Bila Potong Tak Melekat
[embedded content]


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://rasanakmasak.blogspot.com/2020/07/pastikan-lima-perkara-ini-agar-ruang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Idea Kabinet Dapur Untuk Ruang Kecil

Idea Kabinet Dapur Untuk Ruang Kecil

papar berkaitan - pada 6/7/2020 - jumlah : 1124 hits
Tak perasan masa terlalu cepat berlalu kita kini berada dalam minggu pertama bulan Julai 2020 Bulan ini masuk bulan kelahiran saya Sebab itulah sejak dua menjak ini kepala saya makin pening Pening memikirkan hadiah hari lahir yang bakal say...
Tip Menghias Ruang Dapur Bersaiz Terhad

Tip Menghias Ruang Dapur Bersaiz Terhad

papar berkaitan - pada 15/7/2020 - jumlah : 329 hits
Ruang dapur merupakan antara ruang yang kerap digunakan sepanjang hari terutama wanita Selain menjadi tempat memasak dapur juga kerap kali dijadikan ruang untuk menjamu hidangan yang sedap sedap kepada keluarga dan para tetamu yang berkunju...
Diy Rak Gantung Jimat Ruang Dapur Modal Rm 80 Aje

Diy Rak Gantung Jimat Ruang Dapur Modal Rm 80 Aje

papar berkaitan - pada 9/7/2020 - jumlah : 968 hits
Rempah ratus dan bahan bahan masakan memang banyak ambil ruang juga kalau nak susun di dapur Lagi pulak kalau anda baru renovate dapur mesti sayang nak tebuk dinding yang baru dipasang jubin berkilat habislah berlubang kena dril atau paku n...
Dalam Hutang Piutang Lakukan 5 Perkara Ini Agar Aman Dari Riba

Dalam Hutang Piutang Lakukan 5 Perkara Ini Agar Aman Dari Riba

papar berkaitan - pada 8/7/2020 - jumlah : 240 hits
Perbuatan riba merupakan dosa besar yang akan mendapat laknat Allah SWT dan Rasulullah SAW jika tidak segera ditinggalkan Umat Islam mesti meninggalkan bermualah yang memiliki unsur riba Yang menghalalkan riba telah kafir dan yang melakukan...
Ketahui 9 Perkara Yang Perlu Dielakkan Agar Waktu Tidur Anda Kekal Nyenyak Sehingga Ke Pagi

Ketahui 9 Perkara Yang Perlu Dielakkan Agar Waktu Tidur Anda Kekal Nyenyak Sehingga Ke Pagi

papar berkaitan - pada 10/7/2020 - jumlah : 289 hits
Tempoh tidur yang cukup adalah sangat penting agar tubuh badan mendapat rehat yang secukupnya seterusnya boleh berfungsi pada tahap yang maksimum pada waktu siang Bagaimanapun tidak dapat dinafikan sesetengah daripada kita ada kalanya mengh...
Anak Lelaki Masuk Dapur Bukan Lembut Nak Ajar Agar Membesar Tak Jadi Raja Tahu Erti Tanggungjawab

Anak Lelaki Masuk Dapur Bukan Lembut Nak Ajar Agar Membesar Tak Jadi Raja Tahu Erti Tanggungjawab

papar berkaitan - pada 22/7/2020 - jumlah : 482 hits
Dalam mendidik anak anak ibu bapa memainkan peranan penting Sering kali kita lihat anak anak lelaki dalam masyarakat kita amnya selalu dimanjakan Jarang disuruh membuat kerja kerja rumah atau menolong ibu di dapur Rata rata memandang lelaki...
6 Perkara Yang Kita Patut Tahu Jika Ada Ruang Yang Sempit Di Dalam Rumah

6 Perkara Yang Kita Patut Tahu Jika Ada Ruang Yang Sempit Di Dalam Rumah

papar berkaitan - pada 22/7/2020 - jumlah : 471 hits
Bukan rumah saya Dalam rumah saya ni dekorasinya minima sangat Suami kata tunggu la bila anak anak dah besar dan belajar dan kerja diluar kita boleh la deko macam macam Sebab buat masa ni dalam rumah nak pakai ruang banyak Untuk buku untuk ...
Boleh Jimat Ruang Wanita Kongsi Step Buat Foldable Table Dengan Modal Yang Rendah

Boleh Jimat Ruang Wanita Kongsi Step Buat Foldable Table Dengan Modal Yang Rendah

papar berkaitan - pada 8/7/2020 - jumlah : 399 hits
Untuk mendapatkan ruang ruang yang cantik dengan pelbagai gaya di dalam rumah anda tidak semestinya perlu membeli barangan atau perabot yang mahal Hal ini kerana dengan idea yang kreatif dan barang yang murah juga mampu membuahkan hasil yan...
Sekian Lama Hidup Di Ruang Parkir Anjing Ini Akhirnya Temui Kebahagiaan Sejati Apabila Ada Yang Sudi Pelihara Mereka

Sekian Lama Hidup Di Ruang Parkir Anjing Ini Akhirnya Temui Kebahagiaan Sejati Apabila Ada Yang Sudi Pelihara Mereka

papar berkaitan - pada 8/7/2020 - jumlah : 308 hits
Kita sering kali melihat haiwan jalanan yang terbiar dan sentiasa merayau untuk mencari makanan dan tempat berteduh Namun jarang sekali kita memberikan perhatian yang sewajarnya kepada haiwan jalanan ini disebabkan oleh sikap segelintir mas...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Skills Of Nursing A Guide To Success In The Healthcare Field

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Dari Sekolah Sam Bestari Subang Jaya Ke Kampus Uia Kuantan Pahang

Nasi Kandar Kayu Di Kl Sentral Kuala Lumpur


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor

5 Ceramah Isra Mi Raj Singkat Dan Jelas

A 22 Square Meter Apartment Transformed Compact Luxury In Moscow

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction