6 Perkara Yang Kita Patut Tahu Jika Ada Ruang Yang Sempit Di Dalam Rumah





Bukan rumah saya.. :)
Dalam rumah saya ni dekorasinya minima sangat. Suami kata tunggu la bila anak-anak dah besar dan belajar dan kerja  diluar  kita boleh la deko macam-macam. Sebab buat masa ni dalam rumah nak pakai ruang banyak.  Untuk buku, untuk anak bermain, untuk anak bersantai dan macam-macam lagi.

Betul jugak apa suami saya kata. Kadang-kadang leceh juga bila pergi rumah orang nampak ruang tamu dia sendat sangat sampai tertanya-tanya kalau hujung minggu diaorang tak de ke aktiviti bergolek depan tv satu family. Hahaha...



Ruang tamunya cukup2 untuk orang lalu lalang je. Kalau nak baring-baring tak boleh. Kena baring dalam bilik je, Tak pun atas sofa. Hari ni saya nak kongsikan beberapa perkara  yang perlu korang tahu kalau rumah korang ada ruang yang terhad atau pun sempit

1- Perabot yang ringkas dan minima - Saya suka ruang tamu yang lapang dan tak banyak perabot. Senang nak sapu dan kita tak susah nak alih-alih perabot bila kita nak tukar suasana dalam rumah.Less is more..



Bayangkan kalau nak cat rumah ke, nak tukar carpet ke, agak susah sebab banyak sangat perabot nak dialih kan. lebih mudah jika korang ada  perabot yang serbaguna.

Perabot tu juga biarlah ringkas misalnya tak banyak corak dan warna. Kalau nak tampal wallpaper pada kabinet dan sebagainya guna la wallpaper yang tak de corak bunga2 dan warna yang banyak.

Design perabot tu jugak simple dan tak makan banyak ruang. Nak isi kasut 6 pasang tapi beli rak kasut yang besar sangat. Tak sesuai macam tu.

Warna perabot mestilah warna yang terang jika korang menggunakan warna dinding yang lembut seperti warna pastel dan putih.

Perabot juga mesti lah bertutup. Konsep moden banyak yang menggunakan perabot bertutup Sebab nak meminimakan penglihatan kita ni. Kalau semuanya nak di lambak atas rak dan kabinet memang sakit la mata kita. Di tambah pulak dengan habuk-habuk. Kena cukup rajin untuk menguruskan nya.



2- Tingkap dan pintu- Biarkan kawasan di hadapan pintu dan tingkap lapang agar udara keluar masuk ke dalam rumah. Lebih luas tingkap dan pintu lebih bagus. Ianya membantu  ruang rumah kita nampak luas.

Gunakan langsir yang tepat pada pintu dan tingkap. Jika sofa dan permaidani kita ada corak, lebih bagus jika kita gunakan langsir yang tak ada corak dan warna yang tidak banyak. Boleh jugak gunakan langsir yang tidak  terlalu tebal supaya cahaya matahari tetap boleh menerangi ruang dalam rumah.



3- Warna dinding - Warna dinding memberi kesan yang sangat besar pada ruang dalam rumah. Warna neutral dan pastel  memantul kan caya ke seluruh ruang membuat ruang sempit menjadi luas. Warna terang membuatkan suasana hangat  namun ruang nampak luas secara visual. dan warna gelap membuatkan ruang menjadi sempit.

Warna gelap hanya sesuai digunakan di dalam bilik dan ruang yang korang nak gunakan untuk tidur dan berehat.

Memilih cat yang tepat menjadi mudah kalau korang berbincang dengan penjual cat tu sendiri cat bagaimana yang sesuai dengan keluasan ruang tamu korang. Dia juga akan cadang kan cat yang bagus bersesuaian dengan keadaan dinding rumah korang.

kalau korang nak menggunakan wallpaper bercorak terang pastikan wallpaper hanya diletak kan pada dinding utama. Bukan pada keseluruhan dinding kerana akan membuatkan rumah nampak sempit.







4- Cermin untuk refleksi - Gunakan permukaan yang lebih reflektif dan berkilat di bahagian dalaman rumah korang Paling sesuai di dinding ruang makan.

Ini adalah cara yang berkesan untuk buat ruang dalam rumah nampak besar.. Cermin menyebarkan cahaya dan memantulkan pencahayaan semulajadi. Lebih baik menggantungnya di dinding bertentangan dengan tingkap. Ini memberikan pencahayaan tambahan, menjadikan ruangan lebih ringan.

Boleh juga letak cermin di dinding yang dekat dengan lampu jika rumah korang tak ada tingkap.



5- Permaidani - Jangan gunakan permaidani kecil . Gunakan permaidani yang besar untuk mewujudkan ruang lantai yang luas.

Permaidani yang kecil hanya untuk membuatkan ia nampak seperti perhiasan Bukan sebagai sebahagian lantai dalam ruang di rumah kita.

6- Tonjolkan vertical lines - Satu masalah besar ruang rumah yang sempit ialah siling yang rendah. Sama macam rumah saya. Tinggi dari siling ke lantai tak sampai 4 meter. jadi apa yang saya buat ialah ujudkan satu bahagian yang membuatkan siling nampak tinggi.



Misal nya cara pasang langsir di ruang tamu,saya letak lebih tinggi dari tingkap dan pintu macam gambar diatas.( bukan rumah saya). Saya jugak letak kan rak buku yang lebih tinggi berbanding perabot lain.

Korang juga boleh gunakan frame gambar yang menegak supaya dinding nampak luas dan tinggi.

Itu lah 6 cara penting yang korang boleh gunakan untuk ruang tamu yang kecil. Kalau korang ada idea lain boleh kongsikan komen di bawah. Semoga bermanfaat untuk semua


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.dianarashid.com/2020/07/6-perkara-yang-kita-patut-tahu-jika-ada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5 Perkara Tuan Rumah Kena Tahu Untuk Usir Penyewa Bermasalah

5 Perkara Tuan Rumah Kena Tahu Untuk Usir Penyewa Bermasalah

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 294 hits
Proses nak usir penyewa boleh jadi satu kerja yang berat buat seorang tuan rumah Lagi lagi kalau jenis yang senang emosional dan tak ada ketabahan mental Kalau mudah kalah dengan pujuk rayu penyewa pelaburan korang ada potensi untuk hadapi ...
Exco Manfaat Ruang Halaman Rumah Bercucuk Tanam

Exco Manfaat Ruang Halaman Rumah Bercucuk Tanam

papar berkaitan - pada 29/7/2020 - jumlah : 473 hits
SHAH ALAM 28 JULAI Rakyat di negeri ini diminta memanfaatkan ruang di kawasan halaman kediaman masing masing dengan penanaman sayur sayuran yang memberi hasil ketika penularan Covid 19 EXCO pemodenan pertanian dan industri asas tani berkata...
Trik Menghadirkan Taman Rumah Di Area Sempit Estetis Dan Nggak Monoton Kayak Di Rumah Sakit

Trik Menghadirkan Taman Rumah Di Area Sempit Estetis Dan Nggak Monoton Kayak Di Rumah Sakit

papar berkaitan - pada 21/7/2020 - jumlah : 374 hits
Bisa diaplikasikan di halaman depan belakang balkon atau bahkan di dalam rumah Seadanya lahan yang tersedia
Ini Perkara Yang Perlu Anda Tahu Untuk Elak Kan Kucing Berak Dikawasan Rumah

Ini Perkara Yang Perlu Anda Tahu Untuk Elak Kan Kucing Berak Dikawasan Rumah

papar berkaitan - pada 14/7/2020 - jumlah : 957 hits
Hai korang Masalah kucing liar atau kucing jalanan berak kat kawasan rumah ni bukan masalah baru Dah lama masalah ni berlaku tapi masih ramai yang tak jumpa jalan penyelesaian Masalah kucing berak kat kawasan rumah ni jadi masalah besar san...
Pastikan Lima Perkara Ini Agar Ruang Dapur Sentiasa Bersih

Pastikan Lima Perkara Ini Agar Ruang Dapur Sentiasa Bersih

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 454 hits
Tidak keterlaluan jika dikatakan dapur yang kotor boleh menjadi sarang penyakit yang berbahaya Kotoran seperti sisa makanan yang tertumpah pada bahagian dinding lantai kabinet dan sebagainya yang terus dibiarkan tanpa pembersihan Sedikit de...
12 Dari Pintu Lemari Terbaik Untuk Setiap Ruang Di Rumah Anda

12 Dari Pintu Lemari Terbaik Untuk Setiap Ruang Di Rumah Anda

papar berkaitan - pada 23/7/2020 - jumlah : 246 hits
Meskipun pintu lemari sangat penting mereka tetap menjadi salah satu kebutuhan yang sering terlupakan ketika datang ke desain interior Tentu lemari lebih penting dalam diri mereka sendiri karena Anda tidak ingin barang barang Anda di tempat...
Terpaksa Huni Ruang Sampah Sempit Wanita Ini Gesa Orang Ramai Bantu Ringankan Beban Keluarga Malang

Terpaksa Huni Ruang Sampah Sempit Wanita Ini Gesa Orang Ramai Bantu Ringankan Beban Keluarga Malang

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 350 hits
Hidup tidak selalunya indah itulah lumrah kehidupan Menyedari akan hakikat itu seorang wanita di laman Facebook memutuskan untuk berkongsi satu situasi yang melanda sebuah keluarga di Ampang Pengguna terbabit Kitty Goh merayu kepada rakyat ...
Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Flexibility In Business Operations

Kawan Kawan Cik B Sebaya Dato Seri Vida


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Dayang Nurfaizah Mencintai Cinta Chord

10 Influencer Terkenal Di Malaysia

Kerajaan Pahang Tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa Kepada Rm14 18 Juta Berbanding Rm8 Juta Tahun Lepas

Kyrkoherden Och Draken En F Rh Xande Saga Om Mod Och V Nskap Fr N Antika Spanien

How To Survive Thanksgiving Travel