Pasca Prn Johor Kebanyakan Rakyat Merupakan Pengundi Ekonomi




 
Kajian data menunjukkan majoriti pengundi di Malaysia adalah pengundi yang cenderung kepada isu isu ekonomi dan tidak terlalu setia kepada satu satu parti.

Hal ini diungkapkan oleh aktivis KEADILAN Rafizi Ramli dalam forum Terus Terang, malam tadi.
Dapatan kajian itu mungkin boleh merumuskan punca utama 20% pengundi tradisi Pakatan Harapan (PH) tidak keluar dalam Pilihan Raya Negeri Melaka, Sarawak dan Johor.
"Apabila kita lihat semua data dan kajian. Data di peringkat nasional, di peringkat bawah, bahawa sejak 2016 kelihatan gelombang itu gelombang rakyat yang mahu perubahan.
"Pengundi yang banyak kita dapati adalah pengundi ekonomi. Mereka ini tidak ada kesetiaan kepada parti dan mereka tidak terpengaruh sangat dengan soal perkauman.
"Sehingga sekarang isu perkauman tidak pernah lebih 9% (daripada seluruh isu yang dibincang pengundi). Bila ditanya kepada pengundi isu apa yang paling penting, untuk didengar dari ahli politik, maka isu ekonomi yang utama.
"Dari 2018 lagi saya sebutkan jalan untuk kemenangan ialah jalan untuk penyelesaian isu rakyat. Iaitu dasar, inovasi, bagaimana kita boleh yakinkan rakyat kalau kita ambil beberapa dasar ia boleh mengubah keadaan," katanya.
Menurut Rafizi lagi, perbezaan pendapat beliau dengan kalangan pimpinan PH lain adalah mengenai akan berlakunya tsunami sokongan jika tokoh tokoh tertentu diambil sebagai pengemudi perjuangan.
Katanya, era rakyat mengikut batang tubuh seseorang pemimpin telah berlalu. Rakyat pada era maklumat di hujung jari lebih bijaksana dalam memilih.
"Saya rasa rakyat tak bodoh. Datang seorang dan dia ikut semua adalah pandangan ketinggalan zaman
"Gen X macam saya dah 40an pun tak percaya apatah lagi gen Z. Dulu zaman 1960an lainlah.
"Sebab itu dalam PH sebelum 2018, pandangan begitu memberi terlalu banyak kekuatan politik kepada watak seperti Tun Mahathir. Ada segelintir kita taksub bahawa tak ada Tun kita tak menang.
"Itu menunjukkan mereka agak terpisah dari realiti rakyat. Dia tak sedar rakyat nak berubah soal gaji dan sebagainya.
"Sekarang kalah maka timbul balik kita ambil tokoh itu, kita bergabung dengan yang ini. Saya tak nampak semua itu akan membantu kerana akhirnya watak pengundi itu tidak berbeza.
"Watak pengundi dalam 100%, 60% adalah pengundi ekonomi. 60% ini Atas Pagar. Saya kurang setuju kalau PH sibuk cari jalan dengan siapa nak bergabung. Kalau kita bergabung akan ada kompromi. Terpaksa buat kompromi mengenai dasar, bergaduh siapa nak jadi pemimpin," ujarnya.
Justeru, Rafizi mencadangkan untuk menang Pilihan Raya Umum ke 15 PH harus keluar dengan naratif baharu.
PH perlu membayangkan untuk meningkatkan tahap ekonomi negara yang masih dalam kerangka teknologi lama kepada revolusi industri masa hadapan yang lebih rumit dengan menaiktaraf pendidikan, teknologi dan budaya kerja.
"(Misalnya) ambil simpanan KWSP memang Menteri Kewangan Zafrul pening kepala kerana Malaysia telah terperangkap sistem ekonominya selepas 40 tahun, yang mana satu satunya sumber simpanan paling besar dalam negara ini milik rakyat, baik dalam KWSP, TH dan sebagainya
"Ekonomi walau berkembang 4% ia tidak menjurus ke arah lebih tinggi. Syarikat kita dalam bursa saham masih lagi dengan perniagaan lama, pembinaan, hartanah yang nilai tambah tak tinggi.
"Kebanyakan GLC yang melabur KWSP, PNB dan sebagainya. Bila keluar duit (KWSP) dia akan ada kesan dalam pasaran saham kerana tidak cukup duit dilaburkan, kecairan dalam pasaran, akan jadi isu dan nilai saham menurun
"(Sebab itu ekonomi) perlukah systemic change. Macam mana nak bayar gaji tinggi kalau kita tidak dalam bidang ekonomi lebih tinggi. Kita perlu menggunakan kepakaran otak, kreativiti kita maka boleh bayar gaji tinggi.
"Sebab itu kalau kita masuk pilihan raya kempen 'saya lebih baik dari BN dan PN', rakyat tak percaya. Rakyat nak tahu apa yang akan kamu buat berbeza dengan apa yang kerajaan buat sekarang," katanya lagi.
Rafizi turut tidak bersetuju dengan kenyataan bahawa wakil rakyat perlu meningkatkan khidmat di kawasan kerana dalam kajian data, faktor turun padang hanya 17% dalam penilaian rakyat.
Malah, katanya BN pun membuat khidmat rakyat yang baik. Selebihnya, tegas Rafizi, adalah naratif gabungan politik tersebut, ke arah mana negara dan rakyat akan dibawa.
 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/03/pasca-prn-johor-kebanyakan-rakyat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pasca Prn Johor Mood Pengundi Cina Berubah Ph Perlu Ubah Strategi

Pasca Prn Johor Mood Pengundi Cina Berubah Ph Perlu Ubah Strategi

papar berkaitan - pada 26/3/2022 - jumlah : 128 hits
Kekalahan Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Negeri Johor baru baru ini disebabkan perubahan arah sokongan dalam kalangan semua kaum Meskipun PH menerima undi kurang memberansangkan dari kaum Melayu yang mereka dapat sekitar 27 pada Pilihan...
Prn Johor Hampir 40 Pengundi Selesai Sehingga Jam 2

Prn Johor Hampir 40 Pengundi Selesai Sehingga Jam 2

papar berkaitan - pada 12/3/2022 - jumlah : 210 hits
Sebanyak 40 peratus pengundi di Johor telah menunaikan tanggungjawab mereka setakat jam dua petang menurut Suruhanjaya Pilihan Raya Bernama melaporkan pengundi mula beratur di pusat mengundi seawal 7 pagi tadi walaupun pengundian dibuka sec...
Siri 146 Prn Johor Rakyat Kalah Bn Menang Apa Implikasinya

Siri 146 Prn Johor Rakyat Kalah Bn Menang Apa Implikasinya

papar berkaitan - pada 17/3/2022 - jumlah : 208 hits
TAJUK PRN JOHOR RAKYAT KALAH BN MENANG APA IMPLIKASINYA TARIKH 16 03 2022 MASA 9 00 MLM PANEL YB KHALID SAMAD PENGARAH KOMUNIKASI AMANAH AHLI PARLIMEN SHAH ALAM MODERATOR UNCLE ALI OMAR
Bn Bakal Menang Selesa Prn Johor Pengundi Totok Sudah Memadai Mat Hassan

Bn Bakal Menang Selesa Prn Johor Pengundi Totok Sudah Memadai Mat Hassan

papar berkaitan - pada 11/3/2022 - jumlah : 255 hits
agendaily com10 3 2022Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan Gambar fail BernamaBerbaki sehari lagi sebelum hari mengundi Pilihan Raya Negeri Johor Barisan Nasional berada pada kedudukan selesa untuk menang dan ia memadai sekiranya...
Prn Johor Rakyat Johor Sudah Lama Buat Keputusan Tok Mat

Prn Johor Rakyat Johor Sudah Lama Buat Keputusan Tok Mat

papar berkaitan - pada 13/3/2022 - jumlah : 159 hits
PRN Johor Rakyat Johor Sudah Lama Buat Keputusan Tok Mat Lanjutan tempoh berkempen selama seminggu tidak akan mengubah suara rakyat Johor kerana keputusan di peti undi sudah lama ditentukan Pengarah Pilihan Raya Negeri Johor Barisan Nasiona...
Prn Johor Perkembangan Hari Penentuan Siapa Pilihan Rakyat Johor

Prn Johor Perkembangan Hari Penentuan Siapa Pilihan Rakyat Johor

papar berkaitan - pada 13/3/2022 - jumlah : 207 hits
Wartawan Astro AWANI Firdaus Azil mengulas situasi semasa hari pengundian PRN Johor dan pemerhatiannya dalam SOP mengundi kali ini
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco