Pasangan Tionghua Ini Bina Surau Untuk Pekerja Muslim Solat


 
February 12, 2022 Menyentuh hati, Pemilik kedai berbangsa cina bina surau untuk bulan ramadhan. SETIAP kali tiba waktu solat, kedai menjual permainan dan barangan bayi milik pasangan suami-isteri berbangsa Cina ini menjadi tumpuan tetapi bukan kerana hendak membeli barang sebaliknya menumpang solat. Premis yang terletak di Pandan Kapital, Pandan Indah Kuala Lumpur itu menyediakan surau lelaki dan wanita lengkap dengan tempat mengambil wuduk bagi memudahkan pelanggan dan orang ramai yang berkunjung ke pusat beli-belah itu mengerjakan solat.
Pemilik kedai tersebut, Lee Chee Win dan Yong Siew Ching berkata, surau itu dibina sejak 13 tahun lalu yang pada awalnya untuk memudahkan pekerjanya menunaikan solat tanpa perlu keluar ke surau atau masjid yang jaraknya lebih jauh.
Pemilik kedai berbangsa Cina bina surau, puasa di bulan Ramadan… siapa sangka kisah di sebaliknya cukup menyentuh hati!
Ruang solat ini dibina sejak 13 tahun lalu
Lee, 63, berkata, sejak itu juga surau tersebut mula menjadi tumpuan pelanggan dan pekerja pusat beli-belah itu yang ingin tumpang solat sebelum dia dan isterinya mengambil keputusan membukanya kepada orang ramai. “Niat asal kerana ingin memudahkan pekerja saya solat tetapi tidak sangka pula surau itu mendapat perhatian bukan sahaja pekerja di pusat beli-belah ini tetapi pengunjung pusat beli-belah yang datang.
“Sudah tentu saya gembira surau yang kami buat itu boleh dimanfaatkan oleh lebih ramai orang dan bersyukur dapat bantu orang Islam solat apabila masuk waktu,” katanya yang menjalankan perniagaan di situ sejak tahun 2000. Saya tidak pernah menganggap kedatangan mereka untuk solat sebagai menggangu perniagaan kami.
Lee memberitahu surau yang dibina itu asalnya adalah tempat mempamerkan barang jualan, namun mengambil keputusan mengubahnya kepada dua bilik untuk menempatkan surau lelaki dan wanita. Boleh memuatkan dua ke tiga orang pada satu-satu masa, Lee memberitahu dia turut membina tempat mengambil wuduk selain meletakkan tirai mandi untuk menjaga aurat kaum wanita.
“Tiga tahun lalu saya buat pengubahsuaian pada lantai yang sebelum ini menggunakan karpet kepada jubin kerana lebih mudah dijaga dan diselenggara.
Tidak hanya ruang solat, pasangan ini turut membina tempat mengambil wuduk. “Saya juga sediakan kelengkapan solat seperti sejadah, kain pelikat dan telekung bagi memudahkan pengunjung,” ujarnya. Meskipun negara sedang dilanda pandemik, Lee berkata, mereka tetap membuka surau itu namun menetapkan prosedur operasi standard (SOP) bagi membendung penularan wab4k.
Malah orang ramai yang menggunakan surau itu juga patuh dengan SOP, malah akan beratur menunggu giliran selain membawa kelengkapan solat sendiri. Sementara itu, Yong, 52, pula memberitahu dia tidak pernah berasa terganggu apabila kedainya sering didatangi orang ramai yang ingin menggunakan surau berkenaan setiap kali masuk waktu solat.
Sebaliknya menganggap hidup bermasyarakat berbilang kaum dan agama perlu saling bantu-membantu serta bertolak ansur agar semua dapat hidup dalam harmoni.
“Saya tidak pernah menganggap kedatangan mereka untuk solat sebagai mengganggu perniagaan kami. Jika ya, sejak awal kami tidak buka surau itu untuk kegunaan awam. Apa kami lakukan ini adalah berasaskan rasa hormat dan ingin memudahkan orang beragama Islam menunaikan solat,” ujarnya.
Di sebalik kisah surau itu, Yong berkata, dia sebenarnya cakna tentang agama Islam memandangkan dia mempunyai seorang anak angkat berbangsa Melayu dikenali sebagai Nik Aliza Abdullah yang kini berusia 37 tahun.
Yong berkata, dia mengambil wanita berasal dari Terengganu itu sebagai anak angkat sejak 20 tahun lalu memandangkan anaknya itu tinggal sebatang kara di Kuala Lumpur.
“Nik Aliza pernah bekerja dengan saya ketika dia mula-mula datang ke Kuala Lumpur. Orangnya sangat baik dan saya berasa kasihan apabila melihatnya hidup sebatang kara di bandar besar ini.

“Sejak itu saya mengambilnya sebagai anak angkat dan menjaganya sehingga dia kini sudah pun berkahwin dan mempunyai tiga cahaya mata,” katanya yang mempunyai tiga anak kandung. Jelasnya lagi, sejak anak angkatnya itu hadir dalam hidup mereka sekeluarga, Nik Aliza banyak mengajarnya tentang agama Islam malahan mereka sekeluarga turut berpuasa setiap kali tiba bulan Ramadan. Malah tiga anak Nik Aliza juga dijaga olehnya dan tidak pernah menganggap cucunya itu sebagai orang luar.
“Saya sayang mereka macam cucu sendiri malah mereka cukup rapat dengan kami sekeluarga… Ketiga-tiga mereka juga fasih berbahasa Mandarin dan Hakka. Tahun Baru Cina pun kami berkumpul bersama dan mereka cukup teruja dapat berjumpa dengan tiga lagi sepupu mereka yang lain.
“Saya tidak pernah melihat perbezaan agama atau kaum sebagai masalah sebaliknya kasih sayang dan hormat menghorm4ti sesama manusia itu jauh lebih penting,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/02/lee-memberitahu-surau-yang-dibina-itu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemilik Kedai Berbangsa Cina Bina Surau Puasa Di Bulan Ramadan Siapa Sangka Kisah Di Sebaliknya Cukup Menyentuh Hati

Pemilik Kedai Berbangsa Cina Bina Surau Puasa Di Bulan Ramadan Siapa Sangka Kisah Di Sebaliknya Cukup Menyentuh Hati

papar berkaitan - pada 9/2/2022 - jumlah : 618 hits
SETIAP kali tiba waktu solat kedai menjual permainan dan barangan bayi milik pasangan suami isteri berbangsa Cina ini menjadi tumpuan tetapi bukan kerana hendak membeli barang sebaliknya menumpang solat Premis yang terletak di Pandan Kapita...
Permohonan Elaun Pekerja Oku Rm450 Jkm Tahun 2022

Permohonan Elaun Pekerja Oku Rm450 Jkm Tahun 2022

papar berkaitan - pada 8/2/2022 - jumlah : 380 hits
PERMOHONAN ELAUN PEKERJA OKU RM450 JKM Tahun 2022 Salah satu inisiatif Kerajaan kini adalah Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya iaitu bagi menggalakkan OKU terus bekerja serta mampu hidup berdikari dan menjadi ahli masyarakat yang produktif JK...
Bbksda Pasang Kamera Trap Cari Harimau Pemangsa Pekerja Di Riau

Bbksda Pasang Kamera Trap Cari Harimau Pemangsa Pekerja Di Riau

papar berkaitan - pada 9/2/2022 - jumlah : 173 hits
Tim mitigasi saat ini tengah mengidentifikasi harimau yang memangsa seorang pekerja Hutan Tanaman Industri di Desa Pulau Muda Kecamatan Teluk Meranti beberapa hari lalu
Kalau Awak Tak Mencuri Tunjuk Resit Pekerja Diy Tahan Lelaki Disyaki Curi 3 Botol Sanitizer

Kalau Awak Tak Mencuri Tunjuk Resit Pekerja Diy Tahan Lelaki Disyaki Curi 3 Botol Sanitizer

papar berkaitan - pada 7/2/2022 - jumlah : 191 hits
The ReporterTular di media sosial sejak semalam video rakaman orang awam yang menunjukkan seorang wanita dipercayai pekerja premis Mr DIY menahan seorang lelaki yang disyaki mencuri barangan berupakan produk sanitizer Berdasarkan video berd...
Buasir Otak Tv Tengking Pekerja Kat Drive Thru

Buasir Otak Tv Tengking Pekerja Kat Drive Thru

papar berkaitan - pada 1/2/2022 - jumlah : 191 hits
Setiap kali bila ada pelanggan kurang ajar tengking pekerja kat drive thru sambil buat Live kat TikTok Jom tonton animasi ini
Spr Perlu Jamin Hak Pekerja Malaysia Di Singapura Pelajar Ipt Pulang Mengundi Prn Johor

Spr Perlu Jamin Hak Pekerja Malaysia Di Singapura Pelajar Ipt Pulang Mengundi Prn Johor

papar berkaitan - pada 31/1/2022 - jumlah : 164 hits
Oleh Ketua AMK Akmal Nasrullah Mohd Nasir ketika sidang akhbar sempena Pilihan Raya Negeri Johor bersama anggota Majlis Pimpinan Angkatan Muda Keadilan PKR di Pejabat Parti Keadilan Rakyat Negeri Johor Tampoi Indah Johor hari ini JOHOR BAHR...
Pekerja Tukar Jadi Bos Pula

Pekerja Tukar Jadi Bos Pula

papar berkaitan - pada 31/1/2022 - jumlah : 154 hits
OBJEK aneh katak berkepala ikan yang kerap ditemui di hadapan rumahnya dipercayai ada kaitan dengan sihir FOTO Abnor Hamizam Abd Manap Jelebu Di era masyarakat hidup dalam era globalisasi dan digital masih wujud segelintir individu bertuhan...
Dah Puas Guna Dibuangnya Merata Pekerja Pembersihan Terjumpa Mayat Rupanya Patung Lilin

Dah Puas Guna Dibuangnya Merata Pekerja Pembersihan Terjumpa Mayat Rupanya Patung Lilin

papar berkaitan - pada 10/2/2022 - jumlah : 246 hits
Penemuan bungkusan seperti mayat manusia di belakang kedai motosikal di Seksyen 27 Shah Alam pada petang semalam mendorong pekerja pembersihan menghubungi polis Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata bung...
Hantar Balik La Bro Jangan Main Isu Pekerja Tempatan Malas

Hantar Balik La Bro Jangan Main Isu Pekerja Tempatan Malas

papar berkaitan - pada 17/2/2022 - jumlah : 165 hits
Pandai dia main sentimen rakyat Dia sentuh isu pekerja asing Hahaha Bijak Bijak Tapi bagi aku senang je Hantar balik je semua pekerja asing tu Rakyat Malaysia sendiri pun ramai yang menganggur Macam tu tak adalah aliran tunai keluar lagi Ra...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran