Permohonan Elaun Pekerja Oku Rm450 Jkm Tahun 2022
PERMOHONAN ELAUN PEKERJA OKU (EPOKU) RM450 JKM Tahun 2022
Salah satu inisiatif Kerajaan kini adalah Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU) iaitu bagi menggalakkan OKU terus bekerja, serta mampu hidup berdikari dan menjadi ahli masyarakat yang produktif.
JKM adalah agensi di bawah Kementerian Wanita, Keluarga, dan Masyarakat yang berperanan memberikan perkhidmatan pencegahan dan pemulihan dalam isu-isu sosial serta pembangunan masyarakat.
Bagaimana cara untuk membuat permohonan EPOKU? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.
APA ITU EPOKU
Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU) adalah merupakan bantuan bulanan yang diberikan kepada Orang Kurang Upaya bagi menggalakkan untuk terus bekerja serta mampu hidup berdikari seterusnya menjadi individu yang produktif dan menyumbang kepada negara.
KADAR BAYARAN EPOKU JKM
Kadar terkini jumlah elaun yang diberikan kepada OKU yang layak ialah sebanyak RM450 sebulan
SYARAT KELAYAKAN EPOKU JKM
Berikut adalah merupakat syarat kelayakan permohonan EPOKU:
Warganegara Malaysia, bermastautin dan bekerja di Malaysia.
Berumur 16 tahun dan ke atas.
Meurpakan pemegang kad OKU JKM.
Pendapatan bulanan RM1,200 dan ke bawah
DOKUMEN DIPERLUKAN
Berikut adalah dokumen yang perlu anda sediakan terlebih dahulu:
Salinan kad pengenalan pemohon.
Salinan Kad Pengenalan Mykid/Sijil kelahiran ahli keluarga yang tinggal bersama sahaja.
Salinan Kad OKU / slip pendaftaran sementara (bagi pemohon OKU)
Pengesahan rawatan dari hospital atau klinik kesihatan kerajaan (jika berkaitan)
Penyata pendapatan atau surat pengesahan pendapatan dari majikan/surat akuan pendapatan (jika bekerja sendiri)
Salah satu salinan bil utiliti seperti air/elektrik/telefon/astro dan lain-lain (bagi tujuan pengesahan alamat)
Borang bantuan Jabatan Kebajikan Masyakarat (JKM 18)
CARA PERMOHONAN EPOKU JKM
Berikut adalah cara membuat permohonan EPOKU:
Permohonan Atas Talian (Online):
Layari pautan eBantuan JKM: http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/
Lengkapkan segala maklumat yang diperlukan
Sila hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut Daerah mana yang dipohon dalam tempoh 14 hari dari permohonan dibuat diatas talian. Kegagalan berbuat demikian sistem akan membatalkan permohonan tersebut secara automatik.
Permohonan Secara Manual:
Muat turun borang Permohonan Bantuan (JKM 18)
Isi borang-borang tersebut dengan lengkap dan betul.
Bawa bersama borang-borang beserta dokumen sokongan ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian yang berhampiran.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut mengenai Permohonan Elaun Pekerja Oku (EPOKU) JKM, anda rujuk:
Website rasmi JKM: https://www.jkm.gov.my/
Hubungi: 03-8000 8000.
ARTIKEL LAIN
DUIT JKM BILA MASUK?CHECK BANTUAN BULANAN JKM 2022
The post PERMOHONAN ELAUN PEKERJA OKU (EPOKU) RM450 JKM Tahun 2022 appeared first on KekandaMemey.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kekandamemey.com/epoku-jkm.html