Pasangan Malaysia Didenda Rm7 200 Langgar Peraturan Covid 19 Di Australia


FMT Reporters Majistret mendenda Mohammad Hashim dan isterinya, Fadline Rasani A1,200 setiap seorang kerana melanggar peraturan Covid-19 selepas menyeberang Victoria ke New South Wales, Australia secara haram. (Gambar AFP)PETALING JAYA: Sepasang suami isteri Malaysia yang memasuki New South Wales dari Victoria secara haram untuk mencari pekerjaan didenda A$1,200 (kira-kira RM3,600) setiap seorang kerana gagal mematuhi peraturan Covid-19.
Australian Broadcasting Corporation (ABC) melaporkan Mohammad Hashim, 28, dan isterinya, Fadline Rasani, 26, ditahan pada akhir bulan lalu selepas polis menerima maklumat Fadline bersalin di Hospital Coffs Harbour, kira-kira 520km dari Sydney baru-baru ini.
Menurut laporan itu, pasangan terbabit yang membawa bersama bayi baru lahir mereka ke mahkamah, mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
Ia memetik Majistret Ian Rodgers sebagai berkata, kes warganegara Malaysia itu menonjolkan kesukaran yang mereka hadapi ketika penularan pandemik.
Bagaimanapun katanya, walaupun menyedari “keadaan kewangan mendesak” mereka, beliau perlu menghantar mesej kuat mengenai pematuhan peraturan Covid-19.
Terdahulu, mahkamah diberitahu Hashim dan Fadline, yang tiba di Australia Januari lalu dengan visa kerja sementara, diusir dari rumah sewa mereka dan hilang pekerjaan di Victoria.
Pasangan itu cuba ke Coffs Harbour dalam cubaan terakhir untuk bekerja sebagai pemetik blueberry.
ABC melaporkan, mereka menghantar wang ke Malaysia untuk 2 anak, berusia 2 dan 8 tahun, yang dijaga saudara.
Ia melaporkan ketika prosiding di mahkamah, pendakwa raya Sergeant Heidi Warren berhujah kesalahan pasangan itu lebih serius daripada denda serta-merta A$1,000 kerana melanggar peraturan Covid-19 di NSW.
Hukuman maksimum kerana gagal mematuhi peraturan Covid-19 ialah hukuman penjara 6 bulan atau denda A$11,000.
Warren memberitahu mahkamah, Hashim dan Fadline berbohong mengenai permohonan pas sempadan mereka untuk mendapatkan kerja di NSW.
Katanya, terdapat satu “tahap perancangan” untuk perjalanan ke Coffs Harbour secara haram selepas rancangan mereka untuk bekerja di sebuah ladang di Riverina, NSW tidak berjaya.
Beliau berkata, pasangan itu terpaksa menggunakan lebih banyak wang di Hospital Coffs Harbour kerana Fadline perlu diasingkan akibat risikonya dijangkiti Covid-19.
Menurut laporan itu, peguam Hashim dan Fadline memberitahu mahkamah, mereka tidak mampu membayar denda tinggi kerana pendapatan Hashim hanya “sekali-sekala”, iaitu kira-kira A$340 seminggu dengan memetik blueberry.
Katanya, pasangan itu yang dibantu seorang pekerja selepas bersalin di mahkamah, memerlukan penjagaan pakar bagi bayi mereka untuk menjalani pembedahan komplikasi kelahiran.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/09/pasangan-malaysia-didenda-rm7200.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangkitan Covid 19 Cecah 3 Angka Malaysia Perlu Contohi Indonesia Hukuman Langgar Sop

Jangkitan Covid 19 Cecah 3 Angka Malaysia Perlu Contohi Indonesia Hukuman Langgar Sop

papar berkaitan - pada 9/9/2020 - jumlah : 635 hits
Hari ini 8 September 2020 jangkitan harian Covid 19 mencecah 3 angka untuk kes tempatan dan import Nampaknya orang ramai sudah mula melupakan SOP yang telah ditetapkan KKM dan Kerajaan Sudah tiba masanya kita mencontohi negara jiran kita In...
Covid 19 Kes Positif Di Malaysia Melepasi Lima Angka

Covid 19 Kes Positif Di Malaysia Melepasi Lima Angka

papar berkaitan - pada 17/9/2020 - jumlah : 690 hits
Jumlah kumulatif kes positif COVID 19 di Malaysia sehingga 16 September 2020 telah mencatat lima angka iaitu 10 031 kes Kes aktif pula iaitu kes dengan kebolehjangkitan COVID 19 juga meningkat kian hari manakala kes positif COVID 19 yang se...
Persatuan Perubatan Bidas Ahli Politik Langgar Sop Covid 19 Di Sabah

Persatuan Perubatan Bidas Ahli Politik Langgar Sop Covid 19 Di Sabah

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 810 hits
Persatuan Perubatan Malaysia berkata pemimpin politik harus menunjukkan contoh yang baik dalam mengutamakan kesihatan masyarakat di Sabah susulan peningkatan kes Covid 19 di negeri itu PETALING JAYA Persatuan Perubatan Malaysia membidas ahl...
Covid 19 Malaysia Catat 57 Kes Baharu Satu Lagi Kluster Di Kesan Di Sabah Hari Ini

Covid 19 Malaysia Catat 57 Kes Baharu Satu Lagi Kluster Di Kesan Di Sabah Hari Ini

papar berkaitan - pada 21/9/2020 - jumlah : 565 hits
KUALA LUMPUR Kes baharu COVID 19 hari ini mencatat sedikit peningkatan kepada 57 kes berbanding 52 semalam dengan 51 jangkitan tempatan dan enam kes import Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah Sabah kekal sebagai...
Malaysia Sekat Rakyat Dari Negara Catat Lebih 150 000 Kes Covid 19

Malaysia Sekat Rakyat Dari Negara Catat Lebih 150 000 Kes Covid 19

papar berkaitan - pada 3/9/2020 - jumlah : 416 hits
Kerajaan tidak membenarkan rakyat dari negara yang mencatatkan kes positif COVID 19 melebihi 150 000 untuk masuk ke Malaysia bermula Isnin ini kata Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Beliau berkata antara negara dalam sena
Kru Penerbangan Malaysia Direkrut Seludup Dadah Ke Australia Menurut Laporan

Kru Penerbangan Malaysia Direkrut Seludup Dadah Ke Australia Menurut Laporan

papar berkaitan - pada 11/9/2020 - jumlah : 425 hits
Brisbane Times melaporkan seorang pramugari Malaysia yang ditahan menyeludup heroin di Lapangan Terbang Melbourne akan dijatuhkan hukuman bulan depan PETALING JAYA Sebuah sindiket Australia menggunakan kru penerbangan Malaysia untuk menyelu...
Covid 19 Celebrating Malaysia Day In New Norm

Covid 19 Celebrating Malaysia Day In New Norm

papar berkaitan - pada 17/9/2020 - jumlah : 451 hits
Malaysians celebrated the 57th Malaysia Day today to commemorate the establishment of the Malaysian federation despite facing the Covid 19 pandemic Although movements are limited due to the recovery movement control order the spirit of love...
Covid 19 Malaysia Imposes Entry Ban On 23 Countries

Covid 19 Malaysia Imposes Entry Ban On 23 Countries

papar berkaitan - pada 8/9/2020 - jumlah : 340 hits
COVID 19 Long term pass holders from 23 countries which have recorded more than 150 000 Covid 19 cases are barred from entering Malaysia effective today Sept 7 According to a list issued by the Immigration Department on its official Faceboo...
Bawaslu Akan Bubarkan Kampanye Yang Langgar Protokol Covid 19

Bawaslu Akan Bubarkan Kampanye Yang Langgar Protokol Covid 19

papar berkaitan - pada 19/9/2020 - jumlah : 299 hits
Badan Pengawas Pemilu Sumsel melalui Bawaslu Kabupaten Kota akan membubarkan massa kampanye Pembubaran akan dilakukan apabila dalam kampanye pasangan calon maupun tim pemenangan tidak mengindahkan protokol kesehatan Tujuan pembubaran itu un...
Chinese Muslim Food Festival Anjuran Pasar Eatai Membuktikan Makanan Halal Tak Semestinya Mahal

Perubahan Besar Kwsp Untuk Tahun 2026 Apa Yang Perlu Tahu

Attorney For Car Accident In Houston Expert Support

Rekomendasi Film Bioskop Januari 2026 17 Film Paling Dinanti Dari Horor Brutal Sampai Drama Bikin Nangis

Lelaki Indonesia Kongsi Hal Yang Buatnya Faham Tentang Malaysia

Rumah Mesra Rakyat 2026 Semakan Permohonan

Tahun Baru Harapan Baru Tak Perlu Drastik Pun Janji Konsisten

Fenomena Buat Ram Sendiri Mungkin Jadi Trend Baharu


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Kalau Nak Kluaq Elok Kluaq Kita Tengok Macamana Rupa Umno Nanti

Kucing Sakit Mata

Kepentingan Magnesium Untuk Kesihatan Badan

Anna Woolhouse S Legs And Feet In Tights 2

Berakhir Percutian Inverness December 2025

Kesilapan Kewangan Awal Tahun 2026 Jangan Ulang Silap Yang Sama