Kru Penerbangan Malaysia Direkrut Seludup Dadah Ke Australia Menurut Laporan


FMT ReportersBrisbane Times melaporkan seorang pramugari Malaysia yang ditahan menyeludup heroin di Lapangan Terbang Melbourne akan dijatuhkan hukuman bulan depan. (Gambar Reuters)PETALING JAYA: Sebuah sindiket Australia menggunakan kru penerbangan Malaysia untuk menyeludup dadah menerusi seluar dalam mereka ke negara itu, lapor Brisbane Times semalam.
Menurut laporan itu, sindiket terbabit bergantung kepada pramugara atau pramugari yang bekerjasama dengan kru kabin Malaysia Airlines dan Malindo Air untuk menyeludup heroin ke Melbourne yang kemudiannya akan menukar dadah itu untuk wang tunai di hotel tempatan.
Katanya, ketua sindiket itu di Melbourne, Michelle Ngoc Tran, membayar A$155,000 bagi setiap 1kg heroin dan menjualnya kepada pembeli pada harga A$195,000. Wanita itu memotong bayaran keuntungannya untuk kurier dan perantara lain.
Portal itu melaporkan Tran, 49, seorang jururias kuku, dikenali sebagai “Permaisuri Richmond”, menurut ringkasan pendakwaan yang diserahkan kepada mahkamah daerah minggu ini.
Ketika Tran mengetuai sindiket itu, ia mengimport 6.6kg heroin dengan nilai pasaran mencecah A$8 juta antara Oktober 2018 dan awal Januari 2019. Ia turut menyeludup 7kg dadah jenis “ice” dan 500gm kokain ketika itu.
Menurut laporan itu, keldai dadah yang direkrut di Malaysia diarahkan “berjalan dengan yakin”, dengan bungkusan dadah diikat pada kaki, coli dan seluar dalam mereka.
Mereka berlatih selama 3 bulan dengan bantal diikat pada kaki sebelum mula menyeludup 1kg heroin pada satu-satu masa.
Katanya, Tran menggunakan bahasa kod ketika bercakap dengan rangkaian sekutunya. Pembekalnya di Malaysia ialah “Encik Hanoi” dan wanita itu mengerahkan “askarnya” menukar wang tunai untuk dadah itu serta meminta kru penerbangan jika mereka akan datang untuk menemui “Mandy” (Melbourne) atau “Sandy” (Sydney).
Brisbane Times melaporkan Tran mendakwa dia terbabit dalam perniagaan dadah hampir 30 tahun dan namanya dikenali ramai dengan seorang daripada “askarnya” memegang telefonnya ketika dia bercakap.
Ia memetik Pendakwa Raya Jonathan Manning yang menulis ringkasan mahkamah itu, polis dan pihak berkuasa lain memintas 4 daripada 8 bungkusan heroin pada akhir 2018, tetapi 4 lagi bungkusan berjaya diedarkan.
Pada 6 Jan 2019, katanya, seorang pramugari Malaysia ditahan di Lapangan Terbang Melbourne selepas peronda sempadan menemui bungkusan dadah padanya.
Wanita berusia 40 tahun itu dilaporkan memberitahu polis, dia memerlukan wang untuk membantu ibunya yang sakit dan anak perempuannya. Dia dibayar kira-kira A$1,700 untuk setiap bungkusan yang diseludupnya dan mengakui menyeludup sekurang-kurangnya 20 bungkusan dadah ke Australia.
Dia mengaku bersalah atas satu pertuduhan mengimport sejumlah heroin.
Menurut laporan itu, Hakim Michael Cahill mengakui keadaan keluarga pramugari itu akan meraih simpati ketika hukuman dijatuhkan bulan depan, walaupun dia tahu tindakannya salah dan bahaya yang berpunca daripada dadah.
Katanya, kegagalan pramugari itu muncul pada waktu pertukaran bungkusan menyebabkan sindiket itu tahu sesuatu yang buruk berlaku dan Tran bersama anggota lain ditahan beberapa hari kemudian.
Bagaimanapun, 3 anggota, semuanya rakyat Malaysia, berjaya keluar dari Australia sebelum ditahan.
Tran muncul di mahkamah Isnin lalu dan mengaku bersalah mengimport dan menyeludup sejumlah dadah. Dia dijadualkan berdepan prosiding rayuan bulan depan.
Menurut laporan, 4 lagi anggota sindiket itu hadir di mahkamah pada Selasa lalu dan semalam, manakala 2 lagi dijatuhkan hukuman oleh majistret.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/09/kru-penerbangan-malaysia-direkrut.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Di Australia Nama Taib Dibantah Di Malaysia Nama Henry Gurney Dimegah

Di Australia Nama Taib Dibantah Di Malaysia Nama Henry Gurney Dimegah

papar berkaitan - pada 5/9/2020 - jumlah : 531 hits
Sebuah kempen dilancarkan oleh pelajar Universiti Adelaide yang mahu nama gelanggang Taib Mahmud di universiti mereka ditukar nama Semalam pelajar universiti berkenaan berhimpun bagi menarik perhatian pihak universiti dan orang ramai untuk ...
Pasangan Malaysia Didenda Rm7 200 Langgar Peraturan Covid 19 Di Australia

Pasangan Malaysia Didenda Rm7 200 Langgar Peraturan Covid 19 Di Australia

papar berkaitan - pada 16/9/2020 - jumlah : 374 hits
Majistret mendenda Mohammad Hashim dan isterinya Fadline Rasani A1 200 setiap seorang kerana melanggar peraturan Covid 19 selepas menyeberang Victoria ke New South Wales Australia secara haram PETALING JAYA Sepasang suami isteri Malaysia ya...
Siasat Laporan Syarikat Di China Kumpul 1 400 Data Rakyat Malaysia

Siasat Laporan Syarikat Di China Kumpul 1 400 Data Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 16/9/2020 - jumlah : 354 hits
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob KUALA LUMPUR Pihak berkuasa diminta menyiasat terlebih dahulu laporan sebuah agensi berita antarabangsa mengenai sebuah syarikat yang mempunyai kaitan tentera dan perisikan di China yang didakwa mengumpul data...
Airasia Tambah Penerbangan Sempena Hari Malaysia

Airasia Tambah Penerbangan Sempena Hari Malaysia

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 370 hits
Bersempena dengan sambutan nbsp Hari Malaysia pada 16 September ini yang akan diadakan di Sibu Sarawak syarikat penerbangan tambang rendah nbsp AirAsia menambah penerbangan antara Kota Kinabalu dan Sibu selama tiga hari dari 15 hingga 17 Se...
63th Happy Malaysia Independence Day 2020 Selamat Hari Merdeka Malaysia

63th Happy Malaysia Independence Day 2020 Selamat Hari Merdeka Malaysia

papar berkaitan - pada 1/9/2020 - jumlah : 1523 hits
63th Happy Malaysia Independence Day 2020 Selamat Hari Merdeka Malaysia Alhamdulillah hari ni Allah SWT masih lagi beri kita peluang dan juga ruang untuk sama sama menghirup udara segar di bumi khatulistiwa ini Salam Merdeka ke 63 buat semu...
Pelukis Tempatan Ini Minta Pengguna Twitter Lukis Perkara Yang Menggambarkan Malaysia Lihat Hasilnya

Pelukis Tempatan Ini Minta Pengguna Twitter Lukis Perkara Yang Menggambarkan Malaysia Lihat Hasilnya

papar berkaitan - pada 1/9/2020 - jumlah : 525 hits
Dari projek kecil ianya bertukar menjadi sambutan luar biasa oleh pengguna Twitter Semuanya bermula apabila Ann Jaafar memuat naik ciapan di Twitter dengan templat 8220 Draw things that are so Malaysian to you 8221 sejak 24 Ogos yang lalu D...
Menelusuri Sejarah Duit Dari Dolar Selat Ke Ringgit Malaysia

Menelusuri Sejarah Duit Dari Dolar Selat Ke Ringgit Malaysia

papar berkaitan - pada 1/9/2020 - jumlah : 569 hits
Dengan perbankan internet dan e wallet yang semakin berkembang dalam era Covid 19 kebanyakan mula beralih daripada membawa wang tunai Namun wang kertas pertama negara adalah asas utama dalam sejarah pembentukan Malaysia menyatukan Tanah Mel...
Is Malaysia Truly Merdeka Or Is It A Country With Two Systems

Is Malaysia Truly Merdeka Or Is It A Country With Two Systems

papar berkaitan - pada 1/9/2020 - jumlah : 375 hits
Yes Merdeka Merdeka Merdeka But after 63 years of Merdeka we still live in a country that is not truly free And we are not truly free because the politicians are not sincere and are gutless They are scared of addressing the ambiguity in Mal...
Bunga Sakura Malaysia

Bunga Sakura Malaysia

papar berkaitan - pada 1/9/2020 - jumlah : 673 hits
Lokasi Tanjung Berembang Nibong Tebal PenangTahun 2018
A Country Residence In Moscow By Ariana Ahmad Where Refined Design Meets Artful Living

Senarai Biasiswa Lepasan Spm Zakat Bantuan Ipt 2025

Alhamdulillah Tahniah Adam Iman

Pahang To Reclaim Encroached Land Using Full Extent Of Law Mb

Petua Hilangkan Lenguh Sakit Badan Dan Rasa Kebas Kebas

Kedah Akan Terus Tuntut Pulau Pinang Mengikut Perlembagaan Dan Lunas Undang Undang

Don T Be Too Quick On The Draw

Lepasan Spm Saya Syorkan Jadi Akauntan Bertauliah Macam Saya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cuci Rambut Dan Rawatan Kulit Kepala

Pengalaman Menginap Renaissance Kuala Lumpur 1d1n

Bagaimana Membaiki Kitaran Haid Tidak Menentu Akibat Suntikan Im Unidepo

From Stress To Success Ptti Rewards Spm Legends In Style

Aku Emas Dan Dinar

Develop A Scalable Business Model