Pasangan Jarak Jauh Dilarang Keluar Masuk Sabah


Foto hiasan BERNAMA


KOTA KINABALU: Sabah tidak membenarkan pasangan jarak jauh untuk merentas keluar atau masuk ke negeri itu sepanjang fasa kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang dilaksanakan bermula semalam.

Larangan itu adalah antara prosedur operasi standard (SOP) pergerakan individu yang ditetapkan kerajaan negeri dalam fasa kedua PPN bagi Sabah sejajar usaha mengawal kemasukan orang awam ke negeri itu.

Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun, berkata berikutan keputusan itu, sebarang permohonan untuk merentas masuk atau keluar dari negeri itu untuk pasangan jarak jauh tidak akan dipertimbangkan.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan media mengenai SOP fasa kedua PPN bagi Sabah, malam tadi.

Masidi berkata, hanya pasangan jarak jauh dalam negeri yang bekerja di daerah berasingan sahaja boleh merentas daerah dengan syarat mendapat kebenaran polis.

SOP itu berbeza dengan negeri lain yang mana pasangan jarak jauh dibenarkan merentas negeri dan daerah dalam fasa kedua PPN seperti dimaklumkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, sebelum ini.

Sementara itu, Masidi yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, berkata kerajaan negeri turut mengekalkan larangan keluar masuk orang awam di antara Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sepanjang fasa kedua PPN bagi negeri ini.

Bagaimanapun, katanya pergerakan untuk perkhidmatan dan barangan perlu, selain keselamatan dan kesihatan yang mendapat kebenaran khas serta pengangkutan feri berkaitan perkhidmatan dan barangan perlu masih dibenarkan.

Bagi pergerakan individu dari Sabah ke Sarawak pula, katanya kerajaan negeri memutuskan individu yang merentas ke negeri itu tidak perlu menjalani ujian RT-PCR sebelum berlepas, namun pemohon tertakluk kepada syarat kemasukan ditetapkan kerajaan Sarawak.

"Individu dari Sabah ke Semenanjung juga tidak perlu menjalani ujian RT-PCR sebelum berlepas dari Sabah berdasarkan ketetapan Kementerian Kesihatan," katanya.

Sebaliknya, beliau berkata bagi pergerakan individu yang mahu merentas negeri ke Sabah, kerajaan negeri mewajibkan setiap individu mendapat kebenaran polis untuk merentas negeri, selain negatif ujian saringan COVID-19 (RT-PCR) dalam tempoh lima hari sebelum perjalanan.

Katanya, semua individu juga wajib menjalani kuarantin selama 14 hari setibanya di Sabah, manakala pusat kuarantin ditetapkan Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan, Jabatan Ketua Menteri Sabah.

"Pengecualian kuarantin adalah bukan salah satu pilihan. Pengecualian kuarantin dipertimbangkan berdasarkan penilaian risiko oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sabah," katanya.

Dalam pada itu, Masidi berkata kerajaan negeri juga masih mengekalkan larangan merentas daerah yang dikuatkuasakan di seluruh negeri sebelum ini menerusi pelaksanaan sekatan jalan raya di setiap laluan keluar masuk daerah.

Beliau turut menekankan, larangan keluar dari tempat kediaman atau tempat tinggal juga masih dikuatkuasakan sepanjang fasa kedua PPN bagi Sabah kecuali dua wakil isi rumah keluar mendapatkan bekalan makanan, ubat atau keperluan asas.

Katanya, bagi tujuan mendapatkan perkhidmatan jagaan kesihatan atau perubatan, maksimum tiga orang termasuk pesakit dibenarkan keluar.

"Kanak-kanak di bawah 12 tahun tidak dibenarkan berada di premis perniagaan atau tempat kemudahan awam kecuali keluar untuk tujuan perubatan, pendidikan, kecemasan dan senaman, manakala individu berumur lebih 70 tahun adalah tidak digalakkan," katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2021/07/pasangan-jarak-jauh-dilarang-keluar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sang Ayah Tutup Usia Krisdayanti Dan Yuni Shara Hanya Bisa Lepas Kepergiannya Dari Jarak Jauh

Sang Ayah Tutup Usia Krisdayanti Dan Yuni Shara Hanya Bisa Lepas Kepergiannya Dari Jarak Jauh

papar berkaitan - pada 16/7/2021 - jumlah : 290 hits
Meninggal dunia di Bali KD dan Yuni nggak bisa menemani sang ayah untuk terakhir kalinya dikarenakan situasi dan kondisi saat ini
Ini Syarat Vaksinasi Di Stasiun Gambir Dan Pasar Senen Khusus Penumpang Jarak Jauh

Ini Syarat Vaksinasi Di Stasiun Gambir Dan Pasar Senen Khusus Penumpang Jarak Jauh

papar berkaitan - pada 4/7/2021 - jumlah : 237 hits
Bagi calon yang akan mengikuti kegiatan vaksinasi di Stasiun maka kegiatan dilakukan selambatnya H 1 sebelum tanggal keberangkatan
Begini Cara Pengajuan Strp Untuk Pekerja Keluar Masuk Jakarta Selama Ppkm Darurat

Begini Cara Pengajuan Strp Untuk Pekerja Keluar Masuk Jakarta Selama Ppkm Darurat

papar berkaitan - pada 5/7/2021 - jumlah : 308 hits
Terdapat sejumlah persyaratan yang perlu dipenuhi saat registrasi STRP Untuk pekerja sektor esensial dan kritikal baik yang bersifat perjalanan dinas dan rutinitas kantor syaratnya yaitu KTP pemohon surat tugas dari perusahaan
Kawat Duri Elak Penduduk Keluar Masuk Kata Kpd Wangsa Maju

Kawat Duri Elak Penduduk Keluar Masuk Kata Kpd Wangsa Maju

papar berkaitan - pada 4/7/2021 - jumlah : 266 hits
Pemasangan kawat duri itu dilaksanakan di satu blok sahaja kerana blok lain kurang berisiko PETALING JAYA Polis menjelaskan pemasangan kawat duri di laluan tangga Blok C Projek Perumahan Rakyat Kampung Baru Air Panas Wang Maju yang tular di...
Lama Terpisah Gelandangan Bertemu Semula Keluarga Lepas Video Masuk Tiktok

Lama Terpisah Gelandangan Bertemu Semula Keluarga Lepas Video Masuk Tiktok

papar berkaitan - pada 27/6/2021 - jumlah : 335 hits
Perintah Kawalan Pergerakan yang sudah berlangsung berbulan bulan membuatkan lebih ramai yang kehilangan pekerjaan dan tempat tinggal Jadi mereka yang bergelar gelandangan juga semakin bertambah disebabkan masalah kewangan yang mereka hadap...
Duit Bkc Check Tarikh Pembayaran Bantuan Khas Covid 19 Masuk Bank

Duit Bkc Check Tarikh Pembayaran Bantuan Khas Covid 19 Masuk Bank

papar berkaitan - pada 29/6/2021 - jumlah : 505 hits
DUIT BKC CHECK TARIKH PEMBAYARAN BANTUAN KHAS COVID 19 MASUK BANK Kepada yang telah membuat bilakah bayaran BKC bulan pertama pada Ogos 2021 Bilakah tarikh duit BKC masuk bulan Ogos 2021 Untuk mengetahui tentang info ini kami akan kongsikan...
Sabah Stops Open Houses Or Visits For Aidiladha

Sabah Stops Open Houses Or Visits For Aidiladha

papar berkaitan - pada 18/7/2021 - jumlah : 334 hits
Congregations for prayers have been reduced to a maximum of 30 people KOTA KINABALU The Sabah government has amended the SOPs for Aidiladha celebrations after the high number of infections in the state today State local government and housi...
Covid 19 Kluster Penjara Kepayan Penyumbang Utama Kes Positif Di Sabah

Covid 19 Kluster Penjara Kepayan Penyumbang Utama Kes Positif Di Sabah

papar berkaitan - pada 18/7/2021 - jumlah : 306 hits
Anggota keselamatan Penjara berkawal di pintu utama laluan keluar masuk di Penjara Kepayan Kota Kinabalu Kluster Penjara Kepayan di Kota Kinabalu dilaporkan menjadi penyumbang kepada peningkatan kes positif COVID 19 di negeri Sabah Perkara ...
Sabah Catat Lonjakan Tinggi 647 Kes Jangkitan Baru Covid 19

Sabah Catat Lonjakan Tinggi 647 Kes Jangkitan Baru Covid 19

papar berkaitan - pada 18/7/2021 - jumlah : 330 hits
Bilangan kes melebihi 300 dalam tempoh dua hari lalu dalam pada pihak berkuasa Sabah meningkatkan saringan dalam komuniti dan ujian dalam kluster sedia ada KOTA KINABALU Jumlah kes baharu COVID 19 Sabah hari ini amat tinggi dengan sejumlah ...
Metamask Security Warning

Follow Up Dengan 2 Doktor Pakar Di Kpj Seremban

Pbakl 2025 Peta Lokasi Acara Pesta Buku Antarabangsa Kl

Trump S Tariffs Market Jitters But Impact Likely Limited

Adakah Sabah Senyap Senyap Maju Bawah Pimpinan Hajiji

Govt Urges More Corporate Aid For Putra Heights Gas Explosion Victims

The Enigmatic Voynich Manuscript Unraveling A Century Old Puzzle

Kuih Raya Homemade By Nieyl


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


5 Jenis Ujian Emosi Di Hari Raya

Wading Into Winter Here S Why Snow Waders Matter

Anggota Polis Parah Tertembak Diri Sendiri

Menteri Pendidikan Tinggi Ke Turkiye Dan Arab Saudi

Dia Nak Kacau Felda Pula Sebab Tempat Melayu Kenyataan Di Atas Adalah Fitnah

Dituduh Fake Bersama Peminat Fazura Anggap Lumrah Sebagai Selebriti