Pasang Jalur Gemilang Terbalik Perbuatan Khianat Pada Negara
ainulillia Provokasi ini dirancang mahu pengaruhi pemikiran anak muda?									  	 	   		  			 			BANGI – Tindakan memijak dan memasang Jalur Gemilang secara terbalik adalah  perbuatan yang dianggap mengkhianati simbol kedaulatan negara. 
Justeru,  sekiranya mereka memberi alasan tidak sengaja atau tersilap pasang –  sukar untuk diterima – memandangkan Malaysia sudah mencapai kemerdekaan  lebih 60 tahun. 
Pengerusi  Kelab Remaja Isma (KRIM), Ibrahim Shakrawi berkata, sudah 63 tahun tanah  air ini merdeka, maka menjadi kewajipan seluruh rakyat menjunjung  tinggi serta menghormati bendera Malaysia.  
“Pelik,  sudah menjadi ‘trend’ pasang bendera terbalik bila saja sambutan bulan  kemerdekaan. Perkara ini mula sejak 2014 lagi, selepas kemenangan besar  parti pembangkang ketika itu. 
“Setiap  tahun provokasi-provokasi khianat ini dilakukan,” katanya mengulas  beberapa insiden Jalur Gemilang yang dipasang secara terbalik sejak  kebelakangan ini.
Minggu lalu, sebuah sekolah di Batu 4, Jalan Kapar tular kerana menggantung Jalur Gemilang pada dinding secara terbalik.
Insiden  sama juga turut berlaku di sekolah jenis kebangsaan di Kluang, Johor  apabila bendera Malaysia dikibarkan secara terbalik pada tiang bendera  sekolah berkenaan.
Kelmarin, tular lagi sekeping gambar apabila bendera Malaysia dipasang secara terbalik di sebuah restoran di Tawau, Sabah.
Ketua  Polis Daerah Tawau dilaporkan berkata, hasil siasatan mendapati  pemasangan jalur gemilang secara terbalik itu tidak disengajakan.
“Pemasangan bendera itu dilakukan oleh pekerja restoran terbabit yang secara tidak sengaja terbalik,” katanya.
Mengulas  lanjut Ibrahim percaya perbuatan ‘mereka’ itu bagaikan satu bentuk  provokasi yang dirancang oleh pihak yang inginkan generasi baru hilang  rasa cinta negara. 
“Lebih-lebih  lagi provokasi khianat ini sememangnya akan banyak mempengaruhi  pemikiran anak muda remaja yang masih ‘fragile’ dalam memahami jati diri  cintakan negara,” katanya.
Beliau dengan penuh rasa tanggungjawab meminta pihak berkuasa untuk bertindak dengan lebih tegas terhadap isu ni. 
“Buang kerakyatan bagi yang khianat pada negara. Tindakan berat mesti diambil kepada mereka yang khianat,” katanya.
Bagaimanapun  di Johor, polis menahan seorang wanita berusia 55 tahun, kerana  dipercayai memasang Jalur Gemilang terbalik di sebuah kedai makan di  Taman Nasib, Kluang.
Ketua  Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, hasil siasatan  mendapati premis terbabit yang menjalankan perniagaan kedai makan sejak  tahun 2017, itu tidak lagi beroperasi sejak awal Januari lalu.
“Pemasangan  bendera terbalik ini adalah sejak premis beroperasi iaitu pada tahun  2017 hingga aduan dibuat oleh orang awam. Turut dirampas sehelai bendera  Malaysia,” katanya
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://dialograkyat.blogspot.com/2020/08/pasang-jalur-gemilang-terbalik.html