Pasang 6 Buah Air Cond Kat Rumah Tapi Bil Tak Sampai Rm70 Ini 9 Tips Jimat Elektrik Korang Wajib Tahu


Dua bulan kebelakangan ini, umum hangat membicarakan mengenai isu bil elektrik yang naik mendadak walhal penggunaaannya sama seperti biasa. Isu ini menjadi topik hangat di media sosial dan menjadi tajuk utama di ruangan akhbar.
Malah ramai yang mendakwa bahawa punca utama kenaikan caj elektrik ini adalah disebabkan oleh pemasangan meter pintar. Berikutan aduan berkenaan, pihak  Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) akan menyiasat aduan pengguna mengenai isu ini.
Gambar : Fawwas Johari Oleh itu, salah seorang pekerja TNB telah berkongsi di laman facebooknya mengenai cara terbaik untuk menjimatkan elektrik. Menurut Fawwas Johari dalam hantarannya,
Ingin saya nyatakan disclaimer disini bahawa kaedah dan cara ini bukanlah saranan daripada syarikat TNB, namun hanya sekadar perkongsian peribadi berdasarkan penggunaan elektrik di rumah kami di Melaka. Sebelum saya mulakan, izinkan untuk saya kongsikan dahulu mengenai latar belakang kediaman kami di Melaka ini. Rumah yang kami duduki ini adalah rumah 2 tingkat. Ia ini mempunyai 4 bilik, dan setiap bilik dipasang dengan alat penghawa dingin. Di ruang tamu rumah pula dipasang dengan 2 set alat penghawa dingin.
Gambar : Fawwas Johari Rumah ini secara kebiasaannya di diami oleh ibu bapa saya, dan setiap malam mereka akan memasang alat penghawa dingin di bilik mereka. Manakala bilik-bilik lain pula akan dipenuhi dengan adik beradik saya yang lain pada setiap kali hujung minggu dan setiap kali musim cuti.
Rumah ini telah dipasang dengan ‘Smart Meter TNB’ pada bulan Februari 2019 yang lalu. Di sini saya sertakan gambar bil elektrik terkini rumah saya pada bulan lepas, iaitu: HANYA SEBANYAK RM 62.30.
Gambar : Fawwas Johari Bagaimanakah kami lakukannya? Di bawah ini saya kongsikan tips dan gambar-gambar tentang bagaimana cara ia dapat dilakukan.
1. Gunakan teknologi inverter Pertama sekali, bagi yang menggunakan alat penghawa dingin, pastikan anda menggunakan penghawa dingin yang mempunyai teknologi inverter.
Kesemua penghawa dingin dan peti ais yang ada di rumah kami ini telah dilengkapi dengan teknologi inverter ini.
Harganya mungkin mahal sedikit berbanding dengan peralatan yang biasa, namun anda hanya perlu membayar harga tersebut sekali sewaktu pembelian, dan kemudian anda boleh dapat menikmati penjimatan elektrik yang berterusan dalam jangka masa yang panjang.
2. Peralatan elektrik berstatus “5 bintang” Apabila anda pergi ke kedai peralatan elektronik seperti One Living, Seng Heng, Home Pro, Courts Mammoth dan sebagainya, anda akan mendapati terdapat tanda 1-5 bintang pada setiap barangan elektronik yang dijual.
Belilah barangan yang mempunyai 5 bintang. Bintang itu adalah Standard yang telah dikeluarkan oleh pihak Sirim untuk menyatakan “Energy Efficiency” peralatan tersebut. Peralatan yang efisien akan dapat lebih menjimatkan penggunaan elektrik di rumah anda.
3. Tidak menggunakan alat-alat pemanas elektrik Diantara peralatan yang tidak digunakan di rumah kami di Melaka ini termasuklah:
– pemasak nasi elektrik
– cerek air elektrik
– water dispense
Gambar : Fawwas Johari Bagi tujuan memasak, kami menggunakan gas api. Kami menanak nasi di dalam periuk dan menggunakan cerek api untuk memanaskan air.
Pemanas elektrik yang digunakan di rumah kami ini hanyalah seterika dan ‘water heater’ untuk mandi.
4. Menggunakan lampu LED Kesemua lampu yang dipasang di rumah kami ini diperbuat dari LED. Penggunaan lampu LED ini dikatakan dapat mengurangkan 75% penggunaan elektrik berbanding dengan lampu-lampu biasa.
5. Mencabut plug selepas menggunakan alat elektrik Selepas menonton TV, mengecas telefon bimbit, menggunakan seterika, atau menggunakan mesin basuh, tutup suis dan cabut sekali plug yang digunakan. Sekiranya extension wire digunakan, cabut sekali plug extension wire tersebut apabila ianya tidak digunakan.
Melalui pengalaman di rumah-rumah yang pernah melakukan cara ini, kadar elektrik adakalanya dapat dikurangkan sebanyak RM15-RM50. Kadar penjimatan bergantung kepada jenis rumah dan jenis peralatan elektrik yang diguna pakai.
Untuk mendapatkan penjimatan yang lebih banyak, anda juga boleh mencabut plug ‘wifi’ di rumah anda pada waktu malam apabila semua orang tidur dan tidak menggunakannya.
6. Menggunakan ‘Turbine Ventilator’ di bumbung Untuk memastikan rumah berada di dalam keadaan sejuk, Turbine Ventilator telah dipasang di atap rumah ini. Turbine ventilator ini berfungsi untuk membenarkan udara-udara panas yang terperangkap di dalam bumbung untuk keluar.
Turbine Valentory (Gambar : Youtube) Kekosongan udara di bahagian bumbung itu pula akan menyebabkan udara panas lain yang ada di dalam rumah ditarik pergi ke bahagian atas bumbung tersebut. Dengan menggunakan Turbine Ventilator ini, suhu rumah dapat diturunkan.
7. Memanam pokok di dalam dan luar rumah Antara hobi ibu saya adalah menanam pokok. Ibu saya telah menanam pelbagai jenis pokok dan tumbuhan di sekeliling dan juga di dalam rumah kami. Bapa saya pula akan membantunya untuk menyiram pokok-pokok tersebut pada setiap hari.
Pokok diketahui dapat mengurangkan suhu udara. Dengan adanya pokok-pokok ini, udara di rumah kami biasanya berada pada suhu yang rendah. Oleh itu, kami jarang perlu membuka penghawa dingin di waktu tengahhari, melainkan pada hari yang benar-benar panas ataupun ketika tetamu datang ke rumah.
Gambar : Fawwas Johari Di samping itu, pokok juga berfungsi untuk mengeluarkan oksigen dan menyerap karbon dioksida. Dengan mempunyai pelbagai jenis pokok di sekeliling rumah kami, kami sekeluarga dapat menikmati udara yang segar dan pemandangan yang indah pada setiap hari.
8. Penggunaan elektrik penghawa dingin dapat dikurangkan dengan suhu sekeliling yang rendah. Apabila sekeliling rumah bersuhu rendah, penghawa dingin tidak perlu menggunakan tenaga yang lebih untuk menurunkan suhu kepada suhu yang dikehendaki.
Sebagai contoh, jika suhu sekeliling adalah 30°C, manakala suhu yang dikehendaki pula adalah 23°C. Maka perbezaan suhu adalah sebanyak 7°C, ini menyebabkan penghawa dingin perlu bekerja keras untuk menurunkan 7°C tersebut.
Bayangkan jika suhu sekeliling rumah hanya 25°C, penghawa dingin cuma perlu menurunkan suhu sebanyak 2°C untuk mendapatkan suhu yang dikehendaki. Maka dengan adanya pohon-pohon tanaman berserta dengan Turbine Ventilator, tenaga elektrik dapat dijimatkan dengan lebih banyak.
9. Kredit kepada ibu bapa saya iaitu Johari Judan & Dr Zorina Khalid kerana telah berusaha untuk menjaga alam sekitar. Dengan semangat mereka, kami dapat menikmati pemandangan yang indah, udara yang nyaman dan sejuk apabila pulang ke rumah di melaka, di samping ia dapat menjimatkan bil elektrik rumah kami.
Gambar : Fawwas Johari [Nota tambahan: perkongsian ini mungkin tidak relevan bagi mereka yang tidak menggunakan alat penghawa dingin di rumah mereka] Diharapkan perkongsian ini bermanfaat kepada anda semua untuk menjimatkan bil elektrik di rumah anda. Kongsikan kaedah-kaedah ini kepada rakan lain yang mempunyai masalah bil elektrik yang tinggi, dan selamat mencuba.
Sumber : Fawwas Johari 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/06/18/pasang-6-buah-air-cond-kat-rumah-tapi-bil-tak-sampai-rm70-pemuda-ini-kongsi-tips-jimat-elektrik/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tips Jimat Membeli Tiket Flight Airasia

Tips Jimat Membeli Tiket Flight Airasia

papar berkaitan - pada 24/6/2019 - jumlah : 394 hits
Ada beberapa cara untuk anda beli tiket flight Contohnya melalui perbankan internet seperti M2U CIMBClicks RHBNow atau melalui kad kredit MasterCard VISA Kalau beli tiket flight AirAsia menggunakan perbankan internet seperti M2U dan CIMBCli...
Depan Orang Je Baik Kat Rumah Takdenya Macam Tu Bahaya Sebut Aib Anak Depan Orang Lain

Depan Orang Je Baik Kat Rumah Takdenya Macam Tu Bahaya Sebut Aib Anak Depan Orang Lain

papar berkaitan - pada 10/6/2019 - jumlah : 507 hits
Terkedu rasanya apabila ada segelintir mak ayah duk sebut aib anak depan tetamu disebut sebut keburukan anak Diulang ulang zikir kekurangan anak Ya Betul lah ada silap anak yang Kita rasa nak marah Baca Selanjutnya Tapi tak perlu lah cerita...
Tips Minum 8 Gelas Air Di Bulan Puasa

Tips Minum 8 Gelas Air Di Bulan Puasa

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 573 hits
Tips Minum 8 Gelas Air Di Bulan Puasa1 gelas selepas bangun sahur1 gelas selepas sahur1 gelas selepas azan maghrib1 gelas selepas solat maghrib1 gelas selepas makan1 gelas selepas solat isyak1 gelas selepas solat tarawikh1 gelas sebelum tid...
Dituduh Curi Durian Tapi Tiada Buah Ditemui Kepala Pemuda Cedera Ditetak

Dituduh Curi Durian Tapi Tiada Buah Ditemui Kepala Pemuda Cedera Ditetak

papar berkaitan - pada 19/6/2019 - jumlah : 822 hits
Malang tidak berbau Begitulah nasib yang menimpa seorang pekerja warga Indonesia yang mengalami kecederaan di kepala akibat ditetak kerana dituduh mencuri buah durian Dalam kejadian yang berlaku petang semalam di Felda Tembangau 2 mangsa ya...
Cara Nak Pikat Oh Begini Pikat Interviewer 6 Lagi Tips Kerja Hr Ini Kongsikan Untuk Korang

Cara Nak Pikat Oh Begini Pikat Interviewer 6 Lagi Tips Kerja Hr Ini Kongsikan Untuk Korang

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 451 hits
Jika bercakap tentang tips interview tak perlu susah susah google saja Tips Interview di internet dan bersepahlah jawapan yang keluar Walau bagaimanapun tak semua jawapan yang diberikan memenuhi kehendak calon yang bakal menghadiri intervie...
Tragedi Rumah Di Masuki Air Banjir

Tragedi Rumah Di Masuki Air Banjir

papar berkaitan - pada 19/6/2019 - jumlah : 298 hits
Assalamualaikum Khamis lalu sewaktu pulang dari tempat kerja memang hujan tengah lebat Sesampainya Shailla di trafik light dekat rumah Shailla tengok air membuak buak turun dari kem longkang area kem askar melempah ke jalan raya Memang keti...
4 Buah Rumah Terbakar 2 Beranak Warga Indonesia Maut

4 Buah Rumah Terbakar 2 Beranak Warga Indonesia Maut

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 360 hits
JOHORTIMES MY hubungi kami dengan KLIK LOGO WHATSAPP DI PENJURU KANAN SEMASA MELAYARI DI JOHORTIMES MY DI TELEFON BIMBIT ANDA TERIMA KASIH Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Faceboo...
Dengar Detak Jantung Sang Calon Buah Hati Fitri Tropica Sampai Meneteskan Air Mata

Dengar Detak Jantung Sang Calon Buah Hati Fitri Tropica Sampai Meneteskan Air Mata

papar berkaitan - pada 14/6/2019 - jumlah : 281 hits
Rasa bahagia sedang meliputi artis Fitri Tropica Istri Irvan Hanafi ini akhirnya hamil anak pertama setelah 5 tahun menikah
10 Cara Hias Rumah Gaya Scandinavian Dengan Mudah Cepat Dan Jimat

10 Cara Hias Rumah Gaya Scandinavian Dengan Mudah Cepat Dan Jimat

papar berkaitan - pada 15/6/2019 - jumlah : 1348 hits
10 Cara Hias Rumah Gaya Scandinavian Dengan Mudah Cepat dan Jimat Hias rumah Bila sebut saja perkataan hias rumah atau deko ini antara perkara pertama yang berlegar di fikiran adalah rupa ruang rumah yang menarik Tapi masalahnya tidak semua...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar

Belum Ambil Spm Pelajar Melayu Cemerlang Di Sjkc Sudah Dirisik Universiti