10 Cara Hias Rumah Gaya Scandinavian Dengan Mudah Cepat Dan Jimat


10 Cara Hias Rumah Gaya Scandinavian Dengan Mudah, Cepat dan Jimat! (Sesuai Untuk Bajet Yang Rendah) | Hias rumah! Bila sebut saja perkataan hias rumah atau 'deko' ini, antara perkara pertama yang berlegar di fikiran adalah rupa ruang rumah yang menarik.

Tapi masalahnya tidak semua orang ada daya kreativiti yang tinggi dan daku salah seorang daripada golongan tersebut. Honest, daku masih di peringkat cuba-cuba dan baru belajar. Jika dulu hmmmm main hentam saja! Dalam banyak-banyak gaya hiasan dalaman rumah yang ku lihat, GAYA SCANDINAVIAN paling dekat di hati.


Sebab mengapa daku sukakan gaya SCANDINAVIAN ini kerana ia boleh beri rasa selesa dan menenangkan. Scandinavian ini merupakan gaya ringkas, dipenuhi warna kontras hitam dan putih. Hiasan dalaman ala Scandinavian ini juga boleh bantu rumah kelihatan lebih cerah dan ceria.

Apa Sebenarnya Scandinavian Ini Dan Dari Mana Ia Berasal?

Konsep scandinavian ni sebenarnya dah lama. Malah design rumah dengan konsep Scandinavian mula diperkenalkan pada pameran design rumah di Amerika dan Kanada sekitar tahun 1950-an lagi. Menurut penjelasan Kerryn Harper dalam penulisan bukunya yang bertajuk "Choose and create the look that's right for you and your home", scandinavian ini merujuk kepada kawasan yang terletak di hemisfera utara dengan kedudukannya di antara negara Sweeden dan Norway. 




Wilayah ini kekurangan cahaya semulajadi dari matahari di sebelah siang terutama pada musim sejuk disebabkan oleh kedudukannya yang bergunung-ganang dan bersalji. Jadi untuk memastikan keadaan dalam rumah nampak lebih terang, para penduduk di situ akan mengecat bahagian dalam rumah mereka dengan warna putih. Mereka juga banyak menggunakan bahan berunsur kayu sebagai sokongan elemen semulajadi. 



Kayu dijadikan pilihan utama untuk perabot kerana ia boleh membiaskan semula cahaya. Susunan atur rumah juga dibiarkan dalam keadaan lebih terbuka untuk cahaya lebih mudah masuk untuk menerangi seluruh ruang. Tema sebenar gaya Scandinavian adalah ringkas, sederhana serta sesuai untuk kediaman yang aman, tenang dan lapang. Ternyata gaya ringkas, moden dan minimalis ini sebenarnya sangat mudah untuk dicapai. 




Wajah Ruangtamuku Sebelum Operasi Tukar Konsep 
Disebabkan daku ni dalam usaha untuk tukar konsep maka terpaksalah buat secara sedikit demi sedikit supaya perabot yang sedia ada dapat diubah apa yang boleh untuk ke arah konsep scandanavian. Iyalah, takkan semua nak di beli perabot baru dan buang terus apa yang ada dalam rumah kot! Itu dah membazir dan cari nahas dengan encik suami namanya.
Cabaran utama yang patut aku lalui adalah perabot sedia ada yang hampir semuanya berwarna gelap.  Ini sebab semasa mula berpindah dulu lantai sedia ada untuk ruangtamu adalah jubin yang berwarna coklat dengan motif flora. Jadi masa itu malas nak fikir panjang, daku terus saja ikut jubin dengan tempahan langsir dan pembelian perabot dengan warna coklat. 
- warna jubin lantai coklat dengan tema flora - 
Inilah rupa keseluruhan ruangtamuku sebelum ini. Masa ni memang daku tak tahu apa sebenarnya konsep yang daku nak. Apa yang ku fikir masa tu baik guna warna yang gelap-gelap sebabnya tak mudah nampak kotor dan sesuai dengan keadaan anak yang suka main lasak. 

10 Cara Hias Rumah Tema Scandinavian Yang Kugunakan
1. Lihat Dekor Rumah Orang Lain Sebagai InspirasiPerkara pertama yang perlu ku lakukan adalah dengan melihat contoh dekorasi dari orang lain sebagai pencetus idea. Untuk diri ini, daku impian sebuah ruangtamu dengan gaya simple dan nampak cozy (selesa). Ini adalah antara contoh dekorasi ruang tamu sempit yang cantik mengikut seleraku. 




Daku juga sukakan hiasan rumah gaya scandinavian yang ada masukkan elemen perabot kayu DIY. Ini dapatlah disesuaikan dengan minat suami yang sangat suka buat perabot sendiri sebagai hobi. Ini adalah antara contohnya :


Cantik-cantik contoh ni. Kena sangat dengan selera. Tapi untuk diri sendiri ni, aktiviti hias rumah sewa memang agak mencabar kerana tidak boleh diletakkan sebarang perabot dalam bentuk kekal. Nak tebuk lubang untuk rak dan gambar di dinding juga tak berani nak buat. Namun dengan hanya menggunakan perabot basic masih boleh kelihatan okay sebenarnya. Usaha selagi boleh. 
2. Pilih Warna Putih Untuk Dinding Supaya SelamatUntuk masih di peringkat cuba-cuba begini, warna yang paling selamat untuk dinding adalah putih. So daku tetap gunakan putih untuk seluruh ruang tamu. Hajat hati teringin juga nak buat feature wall bagai tapi bila memikirkan ini rumah sewa maka daku teruskan dengan plan asal untuk deko ruang tamu dengan cara paling mudah, cepat dan jimat saja.  
3. Tukar Langsir Dengan Tema Yang DinginkanDisebabkan daku tak tukar warna untuk dinding so daku nekad untuk pilih langsir yang tampak lebih 'muda' dan ceria berbanding dulu. Untuk urusan penukaran langsir daku gunakan khidmat tenaga dari anak sulung. 

Sebaik saja siap acara pasang langsir, Kasih dah mula start mengacau. Dah start nak main aci sembunyi bagai... Aduh la sayang oiii... Tapi takleh nak cakap apa juga sebabnya langsir yang lama memang telah menjadi salah satu tempat persembunyi waktu Kasih main sorok-sorok dengan abang-abangnya. 

4. Susun Perabot Agar Tidak Menghalang Trafik  Part ni paling penting! Sebabnya kat rumah daku ni ada kanak-kanak jadi perlu fikirkan ruang untuk bergerak tanpa ada banyak sekatan. Paling penting ruang ni boleh di buat berlari setakat yang boleh. Almaklumlah namapun kanak-kanak kan. Tambah lagi sebesar Kasih yang sememangnya aktif tak reti nak duduk diam. Bucu perabot juga perlu di beri perhatian. Secara tak langsung ia juga membolehkan kita mudah mengemas bila anak buat sepah dan sampah. 


5. Tambahkan Aksesori Sesuai Yang Tidak Keterlaluan Bercerita bab akesori, untuk gaya scandanavian ni konsepnya mudah saja iaitu "the less is more" dan "stick to nature". Yang penting warna utamanya adalah putih. Disebabkan daku memang sudah ada set kerusi rotan warna putih maka daku hanya perlu tambahkan dengan kusyen dan sedikit bunga lavender fake untuk hiasan meja. Untuk nak nampak lebih sweet daku letakkan alas dengan corak daun tropika yang ku beli hanya dengan harga RM2.10 sekeping! 
- nampak almari besar warna coklat kat belakang tu? Itu bakal di cat dengan warna putih nanti - 
6. Jangan Takut Untuk Bermain Dengan Corak Menghias kediaman tidak perlu tersekat dengan peraturan. Cuma kita perlu untuk menjadi lebih kreatif bagi melakukannya dengan cara neutral. Untuk gaya scandinavian ni boleh letak corak abstrak yang nampak ringkas dan minimalis. Tak perlu letak alas meja dari corak bunga bagai kan dah terlari masuk ke konsep English pulak. 

Daku sendiri pilih alas meja dari kain jenis waterproof dalam warna hitam putih dengan corak jalur memanjang. Untuk hiasan atas meja daku letakkan cermin bulat dan juga sedikit daun hiasan. Takde bunga-bunga bagai. Cuma sedihnya kerusi meja makanku ini ada motif bunga sikit. Apa nak buat perabot beli masa belum ada apa idea deko dulu. Tapi tak mengapa, akan cuba gantikan dengan set yang baru bila ada rezeki lebih nanti, inshaAllah.  


7. Wujudkan Sudut Tambahan Mengikut Fungsi Yang DiperlukanSengaja daku sediakan meja tambahan di tepi dinding tu. Sebenarnya tu dua buah meja yang ku cantum. Untuk tidak menampakkan ianya dua buah meja maka daku tutupkan dengan alas meja plastik kalis air. Sebab daku letakkan meja tu untuk mudah diletakkan lauk pauk dan tudung saji. Bukannya apa, senang time anak balik sekolah dan suami balik kerja. Nak tahu ada makanan ke tidak buka je tudung saji tu.

Penutup alas kain tudung saji tu jahit biasa je bentuk bulat untuk tutup di bahagian atas. At least takdelah tudung saji kotor sangat dengan debu dan sebagainya. Boleh hindari lalat juga dari berjaya ceroboh masuk ke dalam tudung saji.



Sejak ada ruang meja tambahan ni fuhhh rasa makin lapang. Meja makan kalau dulu ada saja makanan diatasnya tapi sekarang meja makan sentiasa clear untuk digunakan bagi tujuan yang lain. Anak nak buat homework ke, sekadar sembang dengan suami ke, untuk duduk minum petang ke, semuanya dah makin mudah. 
8. Barang Yang Murah Tak Bererti Takde RupaSetelah seharian berada di luar, rumah yang kemas membantu seseorang berasa lebih relax. Seperti tips dekorasi bajet ni, tak semua barang yang murah tu tak cantik. Daku sendiri ada je beli barang dari kedai Eco RM2.10 tu. Sebagai contoh bingkai gambar yang ada kat dinding ni, semua beli dari sana. 


Daku juga akan selalu lihat-lihat kalau ada yang kena dengan konsep. Kalau sekadar nampak cantik tapi tak kena dengan konsep memang daku tak kan beli. Itu cara untuk elakkan diri dari membazir. Selain dari beli secara direct begitu, aku juga sering beli secara online. Kedai deko dengan harga standard pun ku kunjungi juga. Ikut nasib la mana yang ku sempat pergi.


Yang penting daku akan lihat harga dan apakah kena dengan konsep. Tunggu beli masa ada promosi pun bagus juga. Sebagai contoh langsir yang baru tu harganya hanya RM18 saja sekeping dari harga asalnya yang berpuluh-puluh ringgit!

9. Buat Secara Berperingkat Supaya Tidak Over Budget  
Untuk hias rumah (tak kira dengan apa saja gaya), kita tak semestinya kena siapkan semua dalam masa sehari. Itu kalau ada bajet besar bolelah. Memadai dulu jika dapat ubah apa yang patut sedikit demi sedikit. Paling penting sebelum muka di hias sila fikirkan dulu cara susun atur perabot. Buangkan apa yang tidak perlu juga. Tok sah nak display semuanya sampai naik semak


Setelah tahu apa yang patut ada dan apa yang patut simpan, kemudian barulah difikirkan apa yang patut di tukar dan apa pula yang patut di tambah. Nak beli pun jangan terburu-buru beli itu beli ini. Surve harga dan utamakan apa yang wajib dulu sebagai contoh cat, langsir dan sofa. Tak cukup bajet nak beli sofa baru? Beli je dulu sofa cover. Nanti-nanti dah cukup duit baru beli sofa baru. 

10. Hiaskan Dengan Gaya Kreativiti Sendiri Tanpa Perlu Takutkan Pendapat Orang Lain 
Walaupun terikat dengan sesuatu jenis gaya tapi itu tak bermakna kita kena tiru gaya yang dihasilkan oleh orang lain secara 100%. Tak perlu begitu. Tepuk poket lihat jumlah bajet adalah cara yang paling baik. Rumah kita dengan rumah orang tak sama kan? Jadi kenapa nak menyeksa diri sendiri. Fokus utama adalah untuk bikin rumah nampak lebih kemas, lebih ceria dan lebih selesa. Suami balik kerja rasa lapang dan anak balik sekolah rasa happy.



Tak perlu terlalu taksub hingga nak beli barang yang mahal. Tak perlu juga terlalu teruja hinggakan semua benda nak di tukar sekaligus. Jawapannya tak cukup cash boleh beli hutang. Aiyooo kenapa mesti sampai nak berhutang hanya kerana nak hias rumah. Buatlah sedikit demi sedikit mengikut kemampuan dan hiaslah mengikut kreativiti sendiri dengan barangan yang mampu di beli. Barulah suami rasa tak terbeban dengan kerenah kita ni. 
Deko Itu Pencetus Kreativiti Yang Ada Dalam Diri

Ohya, seperkara lagi. Nak hias rumah memang perlukan daya kreativiti. Maksudnya jika apa yang ingin di beli tu tak ada maka fikirlah bagaimana nak gunakan apa saja yang ada. Sebagai contoh, bahagian sliding door kat rumah ni jenis hook. Manakala langsir yang ku suka pula jenis ring. Maka penyelesaiannya daku beli free hanger untuk sangkut langsir.


Tara.... berjaya juga kan? Nampak cute pun ya. Inilah yang dikatakan perlu gunakan kreaviti untuk hasilkan apa yang kita hendak. Fikir juga jalan paling mudah yang tidak memerlukan kos yang banyak. Lihat kat sudut yang nak di ubah tu kemudian mula angankan apa yang boleh di buat dengan ruang tersebut. Nak lukis atas kertas dulu pun boleh. Pandai-pandailah ya. 

INILAH WAJAH SEBELUM DAN SELEPAS DI MAKEOVER !!
Inilah rupa ruang tamuku yang tidak semengah mana (please jangan gelak). Jika dulu daku pernah buat silap sekali dengan memilih warna coklat dengan banyak di sana sini hinggakan satu ruang nampak gelap dan sempit, tapi kini tidak lagi. Sekarang alhamdulillah dah makin berani untuk mix and match.


Tak dinafikan daku dah mula bosan dengan dekorasi dan hiasan ruang tamu yang lama. Sebab itu daku gunakan kesempatan menyambut Hari Raya untuk laksanakan tips dan trik untuk hiasan ruang tamu tersebut. 

Walaupun masih ada banyak yang boleh kuperbaiki tapi setidaknya daku rasa agak berpuashati kerana rupa ruangtamuku ini ada juga sedikit perubahan ke arah yang lebih positif. Bila bandingkan gambar sebelum dan selepas memang ketara yang rupa sekarang nampak lebih luas, cerah dan ceria berbanding dulu. 




Perubahan Seterusnya Yang Akan Ku Usahakan 
1. Warnakan almari sudut dan rak buku dengan warna putih sepenuhnya
2. Tukar karpet dengan corak abstrak yang lebih menonjol (maybe warna hitam putih / blue black)
3. Tukar set meja makan warna putih yang lebih simple designnya
4. Beli sofa 3 seater yang ringkas dan simple dengan saiz yang tidak terlalu besar
5. Tambahkan pokok fake yang sedikit besar untuk ruang sudut yang masih kosong 
6. Letak cermin di dinding untuk ruang nampak lebih besar dan luas
7. Tambah lampu sorot untuk sempurnakan segalanya
- ruang kerjaku, rak ni bakal di cat warnanya dari hitam ke putih -
Gaya Deko Impian Sebenar Bila Tinggal Di Rumah Sendiri Nanti
Untuk rumah sendiri nanti (jika ada rezeki), daku benar-benar berhajat untuk gayakan dengan gaya Scandanavian Modern yang akan di selit dengan pelbagai perabot kayu DIY buatan sendiri oleh cik Suami. Daku sebenarnya memang suka elemen daun hijau dalam gaya tropika. Paling tak sabar nak sangat gunakan sofa, kusyen dan karpet dari warna yang stricking supaya kontra dengan warna asas seperti contoh gambar di bawah ni. 

Harap-harap akan terlaksanalah suatu hari nanti. Ameen... 
So macamana? Okay ke tidak gaya scandanavian ni? Daku budak baru belajar, jom sama-sama kita usaha untuk susunan ruang rumah mengikut impian masing-masing. =D




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sishawa.com/2019/06/10-cara-hias-ruang-tamu-gayascandavilian.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Dan Cara Masak Lemang Noxxa Guna Buluh Senang Cepat Dan Jimat Masa

Resepi Dan Cara Masak Lemang Noxxa Guna Buluh Senang Cepat Dan Jimat Masa

papar berkaitan - pada 6/6/2019 - jumlah : 1102 hits
Resepi Dan Cara Masak Lemang Noxxa Guna Buluh Senang Cepat Dan Jimat Masa Salam semua salam 2 Syawal Alhamdulillah hari pertama Syawal hujan pun turun semalam Hari ini pun petang tu hujan turun sejuk la sikit bumi nak pergi beraya pun Ikutk...
Begini Cara Mudah Agar Kamu Mulai Bisa Tidur Dan Bangun Lebih Cepat

Begini Cara Mudah Agar Kamu Mulai Bisa Tidur Dan Bangun Lebih Cepat

papar berkaitan - pada 14/6/2019 - jumlah : 434 hits
Peneliti menemukan bahwa terdapat cara mudah yang bisa dilakukan untuk memajukan jam tidur ini Melakukan pijatan serta memaksimalkan cahaya luar pada pagi hari selama tiga minggu bisa membantu bagi mereka yang sering begadang
20 Resepi Periuk Noxxa Yang Sangat Mudah Cepat Dan Jimat Masa Untuk Tahun 2019 Ini

20 Resepi Periuk Noxxa Yang Sangat Mudah Cepat Dan Jimat Masa Untuk Tahun 2019 Ini

papar berkaitan - pada 2/6/2019 - jumlah : 794 hits
20 Resepi Periuk Noxxa Yang Sangat Mudah Cepat Dan Jimat Masa Untuk Tahun 2019 Ini Salam semua rasa terdetik nak share resepi resepi yang pernah buat guna periuk tekanan noxxa Tengok balik resepi resepi guna periuk noxxa ni dah banyak kali ...
Sampai Bila Nak Bayar Duit Sewa Rumah Ini Cara Mudah Dapat Rumah Sendiri

Sampai Bila Nak Bayar Duit Sewa Rumah Ini Cara Mudah Dapat Rumah Sendiri

papar berkaitan - pada 20/6/2019 - jumlah : 499 hits
Bercakap soal rumah sewa ni pasti ramai di kalangan anda yang kini sedang membayar sewa rumah dan rata ratanya pernah menanam niat untuk The post appeared first on
Bagaimanakah Cara Mudah Ahli Jualan Untuk Seorang Pebisnis

Bagaimanakah Cara Mudah Ahli Jualan Untuk Seorang Pebisnis

papar berkaitan - pada 17/6/2019 - jumlah : 541 hits
Pembahasan kita kali ini adalah Reseller adalah pihak yang membeli produk dari produsen suplier dan menjual kembali produk tersebut Kalau Anda ingin berbisnis tanpa modal besar tanpa pusing mikir produk dan mau mempunyai income tambahan mak...
Begini Cara Mudah Untuk Membedakan Sakit Kepala Dengan Migrain

Begini Cara Mudah Untuk Membedakan Sakit Kepala Dengan Migrain

papar berkaitan - pada 17/6/2019 - jumlah : 367 hits
Munculnya rasa sakit yang menusuk di kepala bisa terjadi karena beberapa macam hal seperti kurang air putih atau kurang tidur Pada rasa sakit yang muncul ini sering kali kita sulit membedakan antara kondisi pusing atau migrain yang kita ala...
Rahsia Resepi Kurma Ayam Sedap Cepat Dan Mudah

Rahsia Resepi Kurma Ayam Sedap Cepat Dan Mudah

papar berkaitan - pada 12/6/2019 - jumlah : 1347 hits
Rahsia Resepi Kurma Ayam Sedap Cepat Dan Mudah Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Masih berayakah kawan kawan Sha tahun ini memang beraya ala kadar sahaja persiapannya 10 hari berada dikampung banyak masa di rumah sahaja memandangkan kesih...
Cara Buat Brownies Milo Yang Amat Mudah Sukatan Cawan

Cara Buat Brownies Milo Yang Amat Mudah Sukatan Cawan

papar berkaitan - pada 2/6/2019 - jumlah : 1384 hits
Cara buat brownies milo Milo kan kesukaan budak budak Jadi senang cerita kita bagi dia orang sesekali makan kuih yang dia orang suka Bila dah puas tak ada asyik mintak brownies je kan Sebab apa anak anak kita suka brownies Hmm sebab ia mani...
Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya