Pas Tolak Mn Terbelenggu Pn Perlu Berkuasa Kata Hadi


 
Hadi berkata Muafakat Nasional (MN) yang diasaskan oleh Umno dan PAS pada 2019 berupa gabungan ‘tidak lengkap’.PUTRAJAYA: PAS menolak Muafakat Nasional (MN) yang hanya melibatkan Umno dan parti itu sahaja, dengan presidennya Abdul Hadi Awang menyifatkan gabungan seperti itu sebagai “terbelenggu”.
“Mesti diterima hakikat bahawa Perikatan Nasional (PN) yang menjadi gagasan politik lebih besar, perlu berperanan dan berkuasa dalam negara masyarakat majmuk ini,” kata Hadi.
“PAS hanya menerima MN yang lengkap perjalanannya mengikut perjanjian yang telah dimeteraikan, tanpa bercanggah dengan agenda perpaduan umat yang lebih besar dan berkuasa melalui gagasan politik PN,” tambah beliau di Harakahdaily.
Kenyataan Hadi sekali gus membayangkan PAS menolak MN kecuali Umno bersetuju menerima PN yang ditunjangi Bersatu, sebagai sekutunya.
Ia juga menjawab spekulasi mengenai hala tuju PAS selepas parti itu bertanding pada pilihan raya negeri Melaka di lapan DUN atas tiket PN, Sabtu lalu.
Walaupun tewas di semua kerusi berkenaan, termasuk tujuh pertembungan dengan Umno, PAS berkata jumlah undi untuk parti itu bawah payung PN meningkat berbanding PRU14.
Umno-BN menang bergaya PRN Melaka dengan meraih 21 daripada 28 kerusi DUN.
Beberapa pemimpin PAS sebelum ini bertekad mengukuhkan hubungan PAS-Umno menerusi MN tanpa meminggirkan PN.
Bagaimanapun, kenyataan terbaharu Hadi mengesahkan kecenderongan beliau kepada PN, berbanding MN berdasarkan keadaan semasa.
Hadi menyifatkan Barisan Nasional (BN) sebagai “sudah berpenyakit” dan berkata negara memerlukan “suatu perubahan kepada “proses islah yang dibentuk terkini.”
Beliau berkata MN yang diasaskan oleh Umno dan PAS pada 2019 berupa gabungan “tidak lengkap”.
“Maka perlu dilengkapkan (MN) dengan penubuhan PN,” kata beliau.
Beliau turut menegaskan PAS yang menerajui tiga kerajaan negeri selain menganggotai kerajaan persekutuan, tidak akan sekadar menjadi “parti anak tangga atau parti yang menumpang sahaja.”
“PAS bukan parti yang menagih simpati seperti peminta sedekah sahaja tanpa mempunyai maruah bersama Islam,” katanya.
Ahli Parlimen Marang itu berkata, PAS hanya bersedia menjadi “penyelamat negara” dengan konsep dan prinsip yang berasaskan kepada perjuangannya.
“Bukanlah disebabkan oleh orang tertentu atau kelompok dan puaknya semata-mata,” katanya.
Hadi sebelum ini menuduh Umno sebagai mungkir janji apabila tidak bersetuju untuk Bersatu menyertai MN.
Umno pula mengecam Hadi dan PAS kerana bingkas menyertai PN walaupun sudah menubuhkan MN untuk bersama Umno.
Beberapa pemimpin Umno turut mendesak PAS berhenti “berenang di dua kolam” dan memilih sama ada untuk bersama Bersatu atau Umno.
Dalam kenyataannya, Hadi mencanang MN dan PN sebagai gabungan yang tidak harus dipisahkan.
“Kedua-dua gagasan ini laksana dua tangan dalam satu jasad, kalau dibuang salah satunya akan menjadi cacat. Bahkan, ia juga laksana sepasang kasut yang tidak waras jika dipakai sebelah kasut sahaja.
“Bukanlah tujuan gagasan ini demi menjaga kepentingan individu atau kelompok tertentu, sama ada untuk mengangkat ataupun menjatuhkannya,” katanya.
Susulan Langkah Sheraton tahun lalu, Umno menyertai kerajaan pimpinan PN Muhyiddin Yassin tetapi enggan menjadi parti komponen gabungan itu seperti PAS.
Permusuhan berterusan Umno-Bersatu menyaksikan 15 Ahli Parlimen Umno menarik balik sokongan terhadap Muhyiddin, sekali gus memaksanya meletak jawatan sebagai Perdana Menteri Ogos lalu.
Beliau digantikan oleh Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/11/pas-tolak-mn-terbelenggu-pn-perlu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Abdul Hadi Tolak Mn Kerana Hanya Terikat Antara Pas Dan Umno Sahaja

Abdul Hadi Tolak Mn Kerana Hanya Terikat Antara Pas Dan Umno Sahaja

papar berkaitan - pada 26/11/2021 - jumlah : 234 hits
MALAYSIA DATELINEPresiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata Perikatan Nasional satu satunya menjadi gagasan politik yang lebih besar dan perlu berperanan dan berkuasa dalam negara yang mempunyai masyarakat majmuk ini Dalam Minda Presi...
Seorang Lagi Penyerang Tegar Pas Hadi Meninggal Dunia Kata Mokhtar

Seorang Lagi Penyerang Tegar Pas Hadi Meninggal Dunia Kata Mokhtar

papar berkaitan - pada 2/12/2021 - jumlah : 217 hits
MALAYSIA DATELINEAhli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Pusat Mokhtar Senik memberitahu seorang individu yang dianggapnya penyerang tegar parti itu meninggal dunia Pengerusi Pertubuhan Muafakat Pondok Semalaysia tersebut berkata Allahyarham sebe...
Pas Tolak Muafakat Nasional Kalau Hanya Libat Umno Hadi

Pas Tolak Muafakat Nasional Kalau Hanya Libat Umno Hadi

papar berkaitan - pada 25/11/2021 - jumlah : 239 hits
On Nov 25 2021 Pas hanya bersedia menjadi penyelamat negara dengan konsep dan prinsip yang berasaskan kepada perjuangannya bagi menyelamatkan umat keseluruhannya Bukanlah disebabkan oleh orang tertentu atau kelompok dan puaknya semata mata ...
Kalau Pas Enggan Kerjasama Umno Tak Paksa Kata Pemimpin Bn Selangor

Kalau Pas Enggan Kerjasama Umno Tak Paksa Kata Pemimpin Bn Selangor

papar berkaitan - pada 26/11/2021 - jumlah : 208 hits
freemalaysiatoday com November 26 2021Ketua Penerangan BN Selangor Isham Jalil berkata Umno tidak akan menghalang PAS jika ia ingin meneruskan kerjasama dengan Bersatu pada PRU15 PETALING JAYA Umno tidak akan memaksa PAS meneruskan kerjasam...
Hadi Doubles Down After Malacca Setback Rejects Umno Pas Under Muafakat

Hadi Doubles Down After Malacca Setback Rejects Umno Pas Under Muafakat

papar berkaitan - pada 26/11/2021 - jumlah : 218 hits
PAS president Abdul Hadi Awang has doubled down on his position to side with Bersatu under the Perikatan Nasional banner despite setbacks faced by the coalition in last Saturday s Malacca polls where it won only two of 28 seats Abdul Hadi i...
Pembohong Sangat Lah Pas Akan Mencari Keuntungan Parti Demi Kuasa Walau Tidak Boleh Laksanakan Ketika Berkuasa

Pembohong Sangat Lah Pas Akan Mencari Keuntungan Parti Demi Kuasa Walau Tidak Boleh Laksanakan Ketika Berkuasa

papar berkaitan - pada 26/11/2021 - jumlah : 182 hits
Terikat hanya Pas dan Umno Abdul Hadi tolak MN Oleh MALAYSIA DATELINE November 25 2021 Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata Perikatan Nasional satu satunya menjadi gagasan politik yang lebih besar dan perlu berperanan dan berkua...
Khalid Samad Kata Lesen Judi Penjualan Arak Hanya Gimik Politik Pas

Khalid Samad Kata Lesen Judi Penjualan Arak Hanya Gimik Politik Pas

papar berkaitan - pada 16/11/2021 - jumlah : 134 hits
KUALA LUMPUR Keputusan Kerajaan Negeri Kedah yang tidak lagi memberi kelulusan lesen premis perjudian dan mengehadkan aktiviti penjualan arak di seluruh negeri disifatkan sebagai gimik politik Hal itu antara lain kerana kerajaan Kedah semat...
Pkr Kalah Teruk Kerana Pengundi Tolak Empat Katak Kata Penganalisis

Pkr Kalah Teruk Kerana Pengundi Tolak Empat Katak Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 21/11/2021 - jumlah : 323 hits
Penganalisis berpendapat kekalahan teruk Pakatan Harapan itu natijah pengundi melihat gabungan berkenaan memberi tempat kepada politik katak yang mencetuskan pilihan raya negeri Melaka MELAKA TENGAH Kekalahan teruk Pakatan Harapan khususnya...
Tindakan Menjatuhkan Kerajaan Sendiri Di Melaka Tak Bermoral Kata Hadi

Tindakan Menjatuhkan Kerajaan Sendiri Di Melaka Tak Bermoral Kata Hadi

papar berkaitan - pada 13/11/2021 - jumlah : 178 hits
AGENDA DAILY Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan Jawatankuasa PAS Pusat membuat keputusan parti itu akan menggunakan lambang Perikatan Nasional dalam Pilihan Raya Negeri Melaka bulan ini Kejatuhan kerajaan negeri Melaka seb...
Malaysia Weighs Casino Licence To Revive Forest City

Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji

High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Vivo Malaysia Memperkenalkan Inisiatif Eksklusif Untuk Pengguna Celcomdigi Di Malaysia

Meet Studio Your New Favorite Way To Develop Wordpress Locally

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Drama Projek Exit

Surah Al Ikhlas Bacaan Rumi Terjemahan

Pelepasan Cukai Sukan 2024 Senarai 103 Sukan Tersenarai

Cara Guna Cimb Dan Cara Check Status Loan Cimb

Berjalanlah Di Atas Jalan Kebenaran

Persoalannya Kenapa Nak Butthurt Dengan Cadangan Akmal