Anwar Dap Punca Pas Enggan Sertai Kerajaan


malaysiakini.com
Diterbitkan: Aug 30, 2024 
Ketika muncul khabar mengatakan PAS ada membincangkan cadangan menyertai kerajaan perpaduan, pemimpin tertinggi parti itu dipetik lidah rasminya sebagai sedang memilih langkah sebaliknya

Menurut Mursyidul Am PAS Hashim Jasin parti itu "tidak akan memenuhi ajakan" untuk menyertai kerajaan seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Alasan Hashim, kerana di dalam kerajaan sekarang ada Anwar Ibrahim dan DAP iaitu pihak yang pernah menjadi rakan kerjasama PAS sebelum ini.

“PAS tidak akan memenuhi ajakan pihak-pihak tertentu termasuk daripada Umno untuk bersama dan bercampur dalam kesepakatan politik yang adanya DAP,” katanya dipetik Harakahdaily hari ini.

Sebelum ini media melaporkan Hashim sebagai berkata PAS sedang mengkaji kesan baik dan buruk jika mereka menyertai kerajaan sekarang, sekali gus mengakui ada usaha pihak tertentu menarik mereka menjadi kerajaan.

Malah, laporan Utusan Malaysia itu menyatakan, perkara tersebut ada dibangkitkan pada Majlis Syura Ulama PAS dan dibincangkan secara sepintas lalu, justeru belum ada sebarang keputusan muktamad.

“Kita perlu kaji dan tengok baik buruk mengenainya dan adakah dalam kerjasama di dalam kerajaan itu ada DAP dan sebagainya. Perkara itu akan diteliti sebelum sebarang keputusan dibuat," kata Hashim sebelum ini.

Dalam laporan Harakahdaily hari ini pula Hashim berkata pengalaman bekerjasama dengan DAP dulu menunjukkan parti tersebut "tak boleh dipercayai" dan membawa "agenda lain."

Dah tahu selok-belok DAP

Mengulas lanjut Hashim berkata suatu ketika dulu Pengerusi DAP Lim Guan Eng menyebut dia mahu mentadbir Pulau Pinang seperti Khalifah Umar Abdul Aziz.

Pengakuan Lim itu, kata Hashim membuatkan PAS terbuka hati untuk berkawan.

“Puas hati apabila dia (Lim) nak memerintah seperti itu. Tapi rupa-rupanya tak boleh percaya, bohong sahaja, dia ada agenda lain," katanya.

Hashim juga memberitahu pihaknya memutuskan untuk tidak lagi bersama DAP kerana parti berkenaan menolak Presiden PAS Abdul Hadi Awang.

“Apabila keputusan ini kita dah buat, dah kita rasa, dah tahu dah selok-belok DAP ni, (sekarang) Umno nak ajak kita pergi bersama semula?

"Saya rasa kalau dibawa dalam majlis syura pun, tak akan ada seorang pun yang menyokong untuk kita (PAS) bersama (DAP).

“Sebab itu kita (PAS) tak mahu DAP, kita tak mahu Anwar. Ini keputusan kita,” katanya yang ditemui Harakahdaily baru-baru ini.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/08/anwar-dap-punca-pas-enggan-sertai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Not Doing That Again Pas Spiritual Leader Says Party Won T Join Unity Government Over Dap Anwar

Not Doing That Again Pas Spiritual Leader Says Party Won T Join Unity Government Over Dap Anwar

papar berkaitan - pada 31/8/2024 - jumlah : 299 hits
PAS will not work with former ally DAP again the party s spiritual leader Datuk Hashim Jasin said to reject a purported invitation for the Islamist party to join the national unity government According to PAS mouthpiece HarakahDaily he call...
Tak Payah La Terima Selagi Hadi Awang Ada Pas Kaji Baik Buruk Sertai Kerajaan Setuju Ka Anda Semua Pas Sertai Ker

Tak Payah La Terima Selagi Hadi Awang Ada Pas Kaji Baik Buruk Sertai Kerajaan Setuju Ka Anda Semua Pas Sertai Ker

papar berkaitan - pada 28/8/2024 - jumlah : 175 hits
Mursyidul Am PAS Hashim Jasin mengakui terdapat usaha daripada pihak tertentu yang mempelawa parti itu untuk bersama dalam kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim Malah katanya perkara itu juga ada dibangkitkan pada Majlis...
Pas Berisiko Pecah Jika Sertai Kerajaan Perpaduan

Pas Berisiko Pecah Jika Sertai Kerajaan Perpaduan

papar berkaitan - pada 31/8/2024 - jumlah : 135 hits
N Faizal GhazaliPenganalisis politik berpendapat sekiranya PAS menyertai kerajaan perpaduan parti itu berisiko berdepan perpecahan dan kehilangan sokongan besar pengundi tradisi mereka Pensyarah sains politik Universiti Sultan Zainal Abidin...
Pas Tolak Ajakan Sertai Kerajaan Madani

Pas Tolak Ajakan Sertai Kerajaan Madani

papar berkaitan - pada 4/9/2024 - jumlah : 170 hits
Ketika muncul khabar mengatakan PAS ada membincangkan cadangan menyertai kerajaan perpaduan pemimpin tertinggi parti itu dipetik lidah rasminya sebagai sedang memilih langkah sebaliknya Menurut Mursyidul Am PAS Hashim Jasin parti itu tidak ...
Adiguru Politik Bagaimana Kebangkitan Semula Hajiji Akan Mempengaruhi Kerajaan Anwar Ibrahim

Adiguru Politik Bagaimana Kebangkitan Semula Hajiji Akan Mempengaruhi Kerajaan Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 23/8/2024 - jumlah : 270 hits
Hajiji Noor tersohor dengan kemahiran hidup politikalnya kini muncul sebagai sekutu utama Kerajaan Perpaduan yang diterajui oleh Anwar Ibrahim Selvaraja Somiah Jangan sesekali anggap Hajiji bak mentimun bengkok Acapkali Ketua Menteri terseb...
Siapa Orang Kerajaan Madani Yang Dihantar Berjumpa Pas

Siapa Orang Kerajaan Madani Yang Dihantar Berjumpa Pas

papar berkaitan - pada 1/9/2024 - jumlah : 185 hits
Mursyidul Am Pas Hashim Jasin mengsahkan terdapat usaha daripada pihak tertentu yang ingin mempelawa parti itu untuk bersama dalam kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim Malah katanya perkara itu ada dibangkitkan pada Maj...
Punca Sebenar Kenapa Anwar Tidak Dibenarkan Masuk Ke Jepun

Punca Sebenar Kenapa Anwar Tidak Dibenarkan Masuk Ke Jepun

papar berkaitan - pada 26/8/2024 - jumlah : 252 hits
Dah tahu pasal apa Anwar Ibrahim tak dibenarkan masuk ke Jepun Semua masih ingat tak ketika Tun Mahathir haramkan duit note RM500 dan RM1000 Yang lama pasti tahu tapi yang muda ni tak tahu Tak tahu tu eloklah search cari not RM500 dan not R...
Wan Fayhsal Defends Pas Over Hate Speech Claim Blames Dap Instead

Influencer Sounds Alarm After Paedophile Fb Group Uses Her School Pics

Saya Tercampak Keluar Mayat Menimpa Saya Mangsa

Hiburan Penyanyi Lagu Basstamam Dedah Kini Bergelar Duda Setelah Setahun Bernikah

Lokomotif Pertama Beroperasi Di Tanah Melayu

Investor Partnering Benefits Risks

Family Insurance In Malaysia How To Protect What Matters Most

Hari Lautan Sedunia Bukan Sahaja Ombak Kini Lautan Bersuara Melalui Kelunturan Karangnya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Realme P3 Ultra Akan Tiba Di Malaysia 16 Jun Ini

Waspada Taktik Penipuan Jualan Anak Pokok Buah Ceri Dan Tembikai Yang Menyalahgunakan Nama Serta Logo Mardi

Kurung 3 Lelaki Dalam Pangsapuri Empat Penjaga Ditahan

Ha Ha Ha Tiba Tiba Ada Line Jalan Di Lokasi Pelajar Upsi Maut

Hells Bells The Mysterious Bell Shaped Speleothems In Cenotes

Rahma Rahmi Rindu Tanpa Jeda Chord