Ini Hasil Kerja Umno Bersatu Akan Perkukuh Kerjasama Dengan Pas Kata Hamzah

Bersatu akan memperkukuhkan kerjasama dengan PAS melalui Perikatan  Nasional susulan penyingkiran Ahmad Faizal Azumu sebagai menteri besar  Perak.
Setiausaha Agungnya, Hamzah Zainuddin berkata, perkara itu  diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu yang  dipengerusikan oleh Presidennya, Muhyiddin Yassin hari ini.
"Dalam  mesyuarat tersebut, MPT sekali lagi menzahirkan rasa kesal terhadap  Usul Keyakinan Majoriti Ahli Dewan terhadap YAB Menteri Besar Perak yang  diusulkan oleh Umno tetapi tidak disokong oleh Umno dan Pakatan Harapan  dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak baru-baru ini.
"Berikutan  itu, MPT sebulat suara bersetuju untuk memperkukuhkan kerjasama antara  Bersatu dan PAS melalui Perikatan Nasional dalam usaha mengekalkan  kestabilan politik di peringkat nasional dan negeri.
"Semua  keputusan yang bakal diambil Bersatu berkaitan penubuhan Kerajaan  negeri Perak yang baru akan mengambil kira ketetapan bersama rakan-rakan  Perikatan Nasional terutama PAS yang terlibat secara langsung,"  katanya.
Pada 4 Dis lalu, Ahmad Faizal gagal mendapat sokongan  majoriti daripada wakil-wakil rakyat negeri itu dalam undian percaya  yang diusulkan oleh Adun Pengkalan Baru dari Umno, Abdul Manaf Hashim.

Sebanyak 48 undi menolak usul percaya itu berbanding 10 yang menyokongnya, manakala satu undi rosak atau berkecuali.
PAS sebelum ini melalui setiausaha agungnya, Takiyuddin Hassan berkata parti itu tidak akan menyertai usaha pembentukan kerajaan baru di Perak.
Untuk  rekod, Bersatu merupakan parti serpihan Umno yang diasaskan oleh Dr  Mahathir Mohamad dalam usaha menumbangkan kerajaan BN pimpinan Najib  Razak pada pilihan raya umum lalu.
Bersama-sama PKR, DAP  dan Amanah, parti itu memenangi PRU dan membentuk kerajaan Pakatan  Harapan (PH), dengan Dr Mahathir dipilih sekali lagi sebagai perdana  menteri.
Selepas tewas, Umno memeterai kerjasama dengan PAS dan membentuk sebuah gagasan dikenali sebagai Muafakat Nasional.
Namun  kerajaan PH tidak bertahan lama apabila Presiden Bersatu, Muhyiddin  Yassin mengumumkan parti itu keluar dari gabungan tersebut, manakala Dr  Mahathir meletakkan jawatan sebagai perdana menteri selepas tidak  bersetuju dengan langkah berkenaan.
Muhyiddin kemudian  dilantik sebagai perdana menteri oleh Yang di-Pertuan Agong dan  menubuhkan kerajaan baru yang dikenali sebagai Perikatan Nasional (PN).
PN  merupakan ikatan longgar diterajui Bersatu yang mentadbir kerajaan  persekutuan bersama-sama Umno-BN, PAS dan dengan sokongan Gabungan Parti  Sarawak (GPS).
Bagaimanapun, hubungan dalam parti-parti PN  dilihat rumit - terutama antara Umno dan Bersatu - dengan yang terbaru  menyaksikan penyingkiran Ahmad Faizal sebagai Menteri Besar Perak.
Sementara  itu, Majlis Tertinggi Umno malam ini turut mengadakan mesyuarat khas  bagi membincangkan situasi politik dan pembentukan kerajaan baru di  Perak.
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Zahidi Zainul Abidin mengesahkan pimpinan tertinggi parti itu sebulat suara mencalonkan Adun Kota  Tampan, Saarani Mohammad sebagai menteri besar Perak yang baru.
MR : Sepatutnya UMNO dan PAS bergabung dalam MN sebagai kuasa politik yang kuat. Tapi apa UMNO buat serang PAS, cybertropper UMNO main isu PAS main dua kolam.. di Perak UMNO belakangi PAS tumbang kerajaan PN. Akibatnya UMNO dapat hubungan PAS-PPBM makin kuat. Hebat kerja UMNO.
UMNO tak belajar sejarah bagaimana PH paling kuat AMANAH serang PAS dan UG dengan UMNO, PAS dapat duit 90 juta drp UMNO.. Akhirnya terbentu MN yang menyebabkan PH kalah dalam banyak siri PRK.  Kini UMNO ikut cara bodoh PH
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram  https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
 ............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected] 
  
  
  


 ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini  untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
https://www.mindarakyat.net/2020/12/ini-hasil-kerja-umno-bersatu-akan.html