Pas Tiada Masalah Waytha Diganti Pemimpin India Lain


THE MALAYSIAN TIMES 

KOTA BHARU- PAS tiada masalah sekiranya P.Waythamoorthy digantikan dengan pemimpin India yang lain asalkan dapat menjalankan kewajipan dengan sebaik mungkin.

Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata desakan parti itu agar Waythamoorthy meletakkan jawatan sebagai Menteri di Jabatan Menteri bukan bersikap perkauman namun kerana kegagalan beliau menjalankan tugas dengan berkesan.

“Kita desak beliau letak jawatan bukan sebab beliau pemimpin (berbangsa) India tapi kerana kegagalan dia (menjalankan tugas). Kalau kaum lain pegang dan gagal berfungsi untuk mewujudkan perpaduan (dalam negara) kita juga akan minta pemimpin berkenaan letak jawatan.

“Kita bukan rasis dan pada masa yang sama, kalau ada pihak yang membangkitkan isu perkauman kita juga tak setuju. Ini soal kegagalan sebagai Menteri Perpaduan sebab itu dalam kenyataan kita sebelum ini beliau perlu letak jawatan dan kalau digantikan dengan pemimpin India lain pun kita tak ada masalah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menziarahi bekas penjaga gol kebangsaan, Awang Essa, 72, yang terlantar sakit kerana masalah tulang belakang sejak aawal tahun ini di kediamannya di Jalan Raja Dewa Hilir di sini, hari ini.

Takiyuddin berkata justeru itu PAS berpendapat Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad perlu menilai kembali prestasi Waythamoorthy dalam hal tersebut agar ia tidak menjadi ‘barah’ dalam masyarakat.

“Waythamoorthy tidak dapat merangka (pelan) perpaduan sebenar untuk memastikan perpaduan dapat dicapai. Saya kira Tun Dr Mahathir perlu beri penilaian secukupnya dan lebih 300,000 rakyat (yang menandatangani petisyen) kata dia dah gagal. Ini bukan soal perkauman lagi,” katanya.

Dalam pada itu, Takiyuddin yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia (PPBSM) memohon agar Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk melihat aspek kebajikan terhadap bekas pemain terutama yang kini sedang terlantar sakit.

Beliau berkata Syed Saddiq perlu memberi tumpuan terhadap Yayasan Kebajikan Atlet Malaysia (YAKEB) yang kini tidak lagi mampu berperanan menjaga kebajikan bekas atlet berikutan tidak mempunyai dana yang mencukupi.

“Saya minta kerajaan hari ini terutamanya Menteri Belia dan Sukan dapat melihat kembali aspek kebajikan kepada bekas atlet negara kerana mereka ini kebanyakannya dalam keadaan tidak terbela sehingga ada yang menjadi gelandangan.

“Saya kira kerajaan negeri pun ada bagi sedikit peruntukan untuk kebajikan bekas atlet jadi kita harap perkara ini mendapat perhatian daripada Syed Saddiq,” katanya. —Bernama



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2018/12/pas-tiada-masalah-waytha-diganti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerjasama Umno Pas Punca Pemimpin Umno Sabah Berhijrah

Kerjasama Umno Pas Punca Pemimpin Umno Sabah Berhijrah

papar berkaitan - pada 14/12/2018 - jumlah : 323 hits
Kerjasama Umno Pas punca pemimpin Umno Sabah berhijrah Posted By December 14 2018lBimbang Umno menjadi terlalu Islamik dan rapat dengan PAS menjadi sebab utama pemimpin Umno Sabah bertindak keluar parti menurut sumber Mereka menyatakan beka...
Pas Tuntut Waytha Undur Amanah Gesa Elak Konflik Kaum

Pas Tuntut Waytha Undur Amanah Gesa Elak Konflik Kaum

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 264 hits
MALAYSIAKINI PAS menggesa Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waythamoorthy meletakkan jawatan serta merta susulan kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim semalam Gesaan itu dibuat Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan yang menda...
Call For Waytha S Head To Roll Grows Louder Pas Wants Him Out As Well

Call For Waytha S Head To Roll Grows Louder Pas Wants Him Out As Well

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 327 hits
After Umno Youth demanded his resignation PAS is now calling for Minister in the Prime Minister s Department P Waythamoorthy s head to roll as well over the riot outside the Sri Maha Mariamman temple in Subang Jaya last month The party s se...
India Sebagai Hab Utama Pemasangan Iphone Selepas Berlaku Masalah Di China

India Sebagai Hab Utama Pemasangan Iphone Selepas Berlaku Masalah Di China

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 232 hits
Syarikat terkemuka Apple telah membuat satu keputusan yang mengejutkan apabila mimilih negara India sebagai hab utama pemasangan iPhone yang seterusnya setelah berlaku beberapa masalah di China Walaubagaimanapun Apple masih mengekalkan kerj...
Pas Sedia Bersama Parti Lain Asalkan Umat Islam Memerintah

Pas Sedia Bersama Parti Lain Asalkan Umat Islam Memerintah

papar berkaitan - pada 26/12/2018 - jumlah : 310 hits
ASALKAN ISLAM MEMERINTAH BUKAN DIPERINTAH17 Rabiulakhir 1440H Rabu PAS bersedia mendukung mana mana parti lain bagi membentuk kerajaan asalkan umat Islam terus memerintah Malaysia kata Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang Beliau berkata ...
2019 Persiapan Rakyat Melawan Ancaman Pemimpin Berminda Penjajah

2019 Persiapan Rakyat Melawan Ancaman Pemimpin Berminda Penjajah

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 213 hits
24 Rabiulakhir 1440H Selasa Persatuan Belia Islam Nasional menyeru golongan muda terutama mahasiswa untuk membina tamadun kuat bagi mengatasi ancaman pihak yang cuba menggelapkan identiti Malaysia sebagai negara Islam Presidennya Azam Asri ...
Biadap Kutuk Hotel Patuh Syariah Pemimpin Islam Ph Tiada Taring

Biadap Kutuk Hotel Patuh Syariah Pemimpin Islam Ph Tiada Taring

papar berkaitan - pada 2/1/2019 - jumlah : 486 hits
1 APABILA kerajaan Terengganu mengumumkan bahawa hotel Paya Bunga milik kerajaan negeri akan mengamalkan prinsip patuh Syariah respon yang diterima dari bukan Muslim agak mengejutkan 2 Kebanyakan mereka melontarkan kutukan dan perlian terha...
Pemimpin Pkr Buat Perjumpaan Sulit Mengenai Bakal Pm

Pemimpin Pkr Buat Perjumpaan Sulit Mengenai Bakal Pm

papar berkaitan - pada 3/1/2019 - jumlah : 217 hits
January 3 2019 8 29 AMAnwar dikatakan berharap dapat mengimbangi Azmin dengan melantik ketua PKR negeri yang tidak menyokong timbalan presiden itu PETALING JAYA Beberapa pemimpin PKR telah memulakan rundingan dengan ketua ketua negeri dan b...
Hina Raja Melayu Cabaran Pemimpin Ph Agar Tmj Masuk Politik Itu Biadap

Hina Raja Melayu Cabaran Pemimpin Ph Agar Tmj Masuk Politik Itu Biadap

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 640 hits
Baru baru ini Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mencabar Tunku Makhota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk turun dari singgahsana dan sertai politik sepenuhnya kerana tindakan baginda lantang menyuarakan suara hati rakyat dan menegur ker...
Towards More Comprehensive Pension Reform

Polis Jerman Sita Bugatti Rare Dalam Siasatan Berkait 1mdb

Makanan Perlis Paling Popular

Panduan Produk Kesihatan

Tafsir Mimpi Gajah

Laporan Bank Dunia Mengeluarkan Isyarat Bahaya Terhadap Sistem Pendidikan Malaysia

Sungai Muda Sempadan Pulau Pinang Kedah

Should Stakeholders Sue Bloomberg To Prove 2nd Casino Licence Claim For Johor S Forest City Is Sheer Slander



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Leha Leya Lawa Tonton

Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3


Amang Seksual Inspektor Polis Ditahan Kerja

Lyodra Tak Selalu Memiliki Chord

No Campaign Elements In Kkb Hari Raya Open House Selangor Mb Tells Bersih

Should Stakeholders Sue Bloomberg To Prove 2nd Casino Licence Claim For Johor S Forest City Is Sheer Slander

Essential Guide To Safe Well Water Maintenance

Drama Dia Pria Terhebat