Pas Tuntut Waytha Undur Amanah Gesa Elak Konflik Kaum


MALAYSIAKINI

   
PAS menggesa Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan) P Waythamoorthy meletakkan jawatan serta-merta susulan kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim semalam.

Gesaan itu dibuat Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan yang mendakwa Waythamoorthy bukan sahaja gagal mengawal rusuhan di kuil di Subang Jaya bulan lalu, malah didakwa “menambahparahkan” keadaan.

“Beliau (Waythamoorthy) bersikap tidak profesional serta berbohong dengan menyalahkan pihak berkuasa terutama polis yang dikatakan gagal mengawal keadaan pada masa material tersebut.

“Apatah lagi segala fakta yang diberikan oleh beliau tentang tindakan pihak polis bercanggah dengan keterangan fakta yang diberikan oleh Menteri Dalam Negeri, Muhyiddin Yassin semasa menjelaskan tentang tragedi ini di Dewan Rakyat pada 29 November,” kata kenyataan itu.
P WaythamoorthyMuhammad Adib merupakan salah seorang anggota bomba yang ditugaskan untuk memadamkan kebakaran di Kuil Sri Maha Mariamman, Seafield, USJ25, Subang Jaya, pada 27 November.

Dalam kejadian tersebut, menurut polis, Muhammad Adib ditarik keluar daripada kenderaan yang dinaikinya dan dipukul oleh beberapa orang perusuh sehingga mengalami kecederaan parah.

Sementara itu, Takiyuddin berkata Waythamoorthy boleh digantikan dengan pemimpin lain daripada kaum India yang lebih berwibawa.

Pada 26 November, Waythamoorthy bersama empat menteri dan seorang timbalan menteri lain, mengadakan satu sidang media bagi menyampaikan teguran terhadap cara pihak polis menangani rusuhan di kuil tersebut pada awal pagi hari yang sama.

Teguran itu antaranya mengandungi dakwaan polis tiba lewat di lokasi kejadian, yang telah dinafikan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak lama kemudian

Hal itu menyebabkan Waythamoorthy menerima kritikan hebat daripada warga maya atas tuduhannya yang mengelirukan dan dilihat menjejaskan imej pihak polis

Jangan api-apikan, kata Amanah

Sementara itu, Setiausaha Amanah Anuar Tahir dalam satu kenyataan, menyeru rakyat agar tidak mengapi-apikan kematian Muhammad Adib di media sosial sehingga mampu mengundang konflik yang lebih buruk.
Anuar Tahir Katanya, biarpun seluruh rakyat berduka cita atas kematian Muhammad Adib, mereka haruslah menaruh keyakinan terhadap pihak polis bagi menjalankan siasatan mengikut lunas perundangan yang betul.

“Saya yakin kecekapan pihak polis untuk membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka keadilan.

“Justeru, saya menyeru rakyat Malaysia supaya tidak mengambil tindakan terburu-buru dengan mengapi-apikan isu di media sosial sehingga berisiko mengundang konflik yang lebih buruk.

“Sebaliknya yakinilah kecekapan pihak polis untuk bertindak mengikut lunas perundangan dan kuasa yang dimiliki,” katanya lagi.

Muhammad Adib, 24 meninggal dunia semalam di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur, pada jam 9.41 malam setelah hampir tiga minggu bertarung nyawa.

Kematian Muhammad Adib kini diklasifikasikan semula sebagai kes bunuh, bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2018/12/pas-tuntut-waytha-undur-amanah-gesa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Papagomo Gesa Zahid Undur Bagi Elak Umno Terus Berpecah

Papagomo Gesa Zahid Undur Bagi Elak Umno Terus Berpecah

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 381 hits
KUALA LUMPUR Exco Pemuda UMNO yang juga blogger terkenal Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali dengan nama Papagomo menggesa Presiden parti Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya berundur sebagai jalan terbaik bagi mengelakkan pa...
Don T Compare Amanah With Pas Anymore Mujahid

Don T Compare Amanah With Pas Anymore Mujahid

papar berkaitan - pada 16/12/2018 - jumlah : 370 hits
AMANAH AGM Amanah vice president Yusof Rawa today stressed that his party does not have anything to do with PAS anymore Therefore comparisons between the two parties should not arise he added We are not competing with PAS PAS does not have ...
Ngo Tuntut Sprm Siasat Subsidiari Amanah Ikhtiar

Ngo Tuntut Sprm Siasat Subsidiari Amanah Ikhtiar

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 504 hits
MALAYSIAKINI Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme menuntut penglibatan SPRM dalam kontrak kontrak anak syarikat Amanah Ikhtiar Malaysia Gesaan itu dibuat setelah badan antirasuah itu mendakwa menerima laporan saksi berkaitan antaranya berkai...
Isytihar Sprm Wang Dulu Habis Bela Kaum India Kata Waytha

Isytihar Sprm Wang Dulu Habis Bela Kaum India Kata Waytha

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 277 hits
P Waytha Moorthy Foto oleh Firdaus LatifKUALA LUMPUR 10 Dis Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waytha Moorthy hari ini berkata beliau tidak mempunyai harta untuk diisytiharkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Loading Menurutn...
Gantikan Waytha Moorthy Dengan Nurul Izzah Amanah

Gantikan Waytha Moorthy Dengan Nurul Izzah Amanah

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 286 hits
Ketika penolakan rakyat terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waythamoorthy dilihat berterusan Pemuda Amanah Terengganu tampil mencadangkan agar Nurul Izzah Anwar dilantik menggantikan senator terbabit Ketuanya Mohd Hasbie Muda berk...
Call For Waytha S Head To Roll Grows Louder Pas Wants Him Out As Well

Call For Waytha S Head To Roll Grows Louder Pas Wants Him Out As Well

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 419 hits
After Umno Youth demanded his resignation PAS is now calling for Minister in the Prime Minister s Department P Waythamoorthy s head to roll as well over the riot outside the Sri Maha Mariamman temple in Subang Jaya last month The party s se...
Lu Langsi Lu Mati Tuntut Pm Pecat Waytha

Lu Langsi Lu Mati Tuntut Pm Pecat Waytha

papar berkaitan - pada 22/12/2018 - jumlah : 333 hits
Sekumpulan yang menamakan diri mereka Kelab Lu Langsi Lu Mati menggesa Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad memecat Menteri Perpaduan P Waythamoorthy Adillah Jamaluddin yang memperkenalkan dirinya sebagai presiden kumpulan itu berkata Waytha...
Empower Ulamas To Defeat Pas Amanah Leadership Told

Empower Ulamas To Defeat Pas Amanah Leadership Told

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 351 hits
AMANAH AGM Amanah must empower its ulama and asatizah group if it wants to defeat PAS delegates at Amanah s national convention in Ipoh were told today Pahang Amanah delegate Sazli Mohd Noor in saying this stressed that the party has yet to...
Pas Gesa Tubuh Rci Tidak Wajar Menteri Mentah Ulas Th Di Media

Pas Gesa Tubuh Rci Tidak Wajar Menteri Mentah Ulas Th Di Media

papar berkaitan - pada 12/12/2018 - jumlah : 294 hits
Oleh Abdul Rahim SabriDiterbitkan pada 12 December 2018PAS menggesa urusan kewangan Tabung Haji disiasat oleh Majlis Raja Raja atau Parlimen sebelum syornya dilaksanakan oleh kerajaan Foto oleh Hari AnggaraKUALA LUMPUR 12 Dis PAS mendesak s...
Bring Back The Rotan Lapaq App Founder Calls For Return Of Caning In Schools

Supaya Tak Sepi Di Hari Tua

Komposer Ross Ariffin Meninggal Dunia

Mdec X Bsn Team Up To Power Malaysia S Next Gen Digital Leaders

Mcdonald S Spicy Duo Concert Lit Up Putrajaya

The Colours Of Life Perkongsian 1 Hari 1 Hadis Zikir Penghapus Dosa Sebanyak Buih Dilaut

Cambodia Plans To Nominate Trump For Nobel Peace Prize But Netizens Ask Why Not Anwar

Elcafe Premix Coffee With Ginseng Moringa Harum Wangi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Choosing The Right Fish Oil Supplement In Malaysia

Lirik Lagu Malaysia Madani Rakyat Disantuni Dato Sri Siti Nurhaliza

Resepi Kentang Goreng Tepung Bistari

Jurutera Rugi Hampir Suku Juta Terpedaya Skim Pelaburan Tidak Wujud

Sydney Masai Mara Ke Kejohanan Dunia

Koleksi Khas Di Balik Nombor Giliran