Pas Selamatkan Umno Yang Cedera Parah Bersatu Yang Masih Baru


malaysiakini.com
N Faizal Ghazali
Diterbitkan: Nov 6, 2021 11:47 AM

MUKTAMAR PAS | Presiden PAS Abdul Hadi Awang memberi peringatan betapa pentingnya peranan parti itu dalam usaha menyatukan parti-parti orang Melayu dan Islam dalam negara

Menurutnya, dalam usaha menyatukan orang Islam untuk berpegang kepada ajaran agama yang sebenar, pastinya ada kelompok dalam umat Islam yang melampaui batas dan suka bertelagah.

"Surah al-Hujurat telah memberikan petunjuk supaya kita berusaha memperbaik hubungan antara umat Islam yang bertelagah, namun jika masih ada suatu pihak yang melampau,

maka dibolehkan kita bertindak sekadar yang diperlukan supaya dapat diajak kembali kepada ajaran Islam dan memperkukuh persaudaraan Islam yang telah terbina.

"Justeru, PAS mesti mempelajari pengalamannya yang lalu bagi menyatukan parti-parti Melayu Islam sebagai teras politik negara, termasuklah menyelamatkan Umno yang cedera parah dalam PRU14 dan Bersatu yang baru ditubuhkan oleh asal-usul Umno yang berpecah.

"Kedua-dua parti ini telah berjaya ditemukan semula oleh PAS melalui wadah penyatuan Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN) dengan peranan PAS sebagai pendamai," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar sempena Muktamar PAS ke-67 di Kuala Terengganu, hari ini.

Abdul Hadi yang juga anggota Parlimen Marang berkata, usaha penyatuan ummah tidak mudah kerana memerlukan kesungguhan dan jiwa besar, saling bertoleransi dan bersabar demi mencapai kejayaan yang diinginkan.
Namun, katanya, mereka wajib menghadapi PRU15 dengan usaha perpaduan yang sedang dibina hari ini.

"Jangan wujud sebarang perpecahan kerana sikap tamak, mementingkan diri atau dendam kesumat sehingga keputusan PRU14 berulang lagi.

"Kita menerima realiti masyarakat majmuk di Malaysia yang mewajibkan mesej Islam dibuktikan semula kejayaannya. Oleh itu, PAS yang ditubuhkan para pemimpin terdahulu bertujuan bagi menyambung perjuangan tersebut," katanya.

Tegasnya lagi, PAS menolak sebarang usaha untuk membentuk penjajaran baru dengan pelbagai jenama atau perubahan yang dicadangkan.

Katanya, PAS menubuhkan MN mengikut acuan asal yang lengkap sebagai pendahuluan mengikut piagam yang terbuka, bukannya tertutup.

"Dalam pada itu, kita berjaya menubuhkan PN yang lebih terbuka dan kuat, sehingga berjaya mengambil alih kerajaan persekutuan, laksana menanam benih yang baru tumbuh dengan subur.

"Maka, sebarang cadangan lain laksana tumbuhan liar yang mesti dihapuskan atau makhluk perosak yang wajib dimusnahkan.

"PAS jangan dikurung dalam sebarang permuafakatan yang tertutup dalam lingkungan sekadar menjadi penumpang dalam perjalanan politik tanah air. Sebaliknya, menjadi pemimpin bersama rakan-rakan sehingga berjaya menarik sokongan rakyat bagi menyelamatkan negara bersama Islam yang diperkenalkan oleh PAS," ujar Abdul Hadi lagi.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/11/pas-selamatkan-umno-yang-cedera-parah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zahid Masih Tak Puas Hati Pas Pilih Bersatu Bukan Umno

Zahid Masih Tak Puas Hati Pas Pilih Bersatu Bukan Umno

papar berkaitan - pada 7/11/2021 - jumlah : 343 hits
agendaily com7 11 2021Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kelihatan masih tidak puas hati kerana PAS memilih bekerjasama dengan Bersatu berbanding UMNO bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Melaka Sudah lima hari PAS menyatakan parti ...
Pemimpin Umno Dedah Kenapa Bersatu Beriya Iya Nak Pas Guna Logo Pn

Pemimpin Umno Dedah Kenapa Bersatu Beriya Iya Nak Pas Guna Logo Pn

papar berkaitan - pada 31/10/2021 - jumlah : 388 hits
October 31 2021 Pada PRU 14 PAS telah mendapat lebih kurang 15 peratus undi Melayu di Melaka Oleh kerana faktor Dr Mahathir PH pula telah mendapat 20 peratus undi Melayu bertambah 10 peratus daripada undi Melayu yang diperoleh oleh PH berba...
Umno Tak Perlukan Pas Untuk Berdamai Dengan Bersatu

Umno Tak Perlukan Pas Untuk Berdamai Dengan Bersatu

papar berkaitan - pada 10/11/2021 - jumlah : 179 hits
Laungan MN demi perpaduan ummah hanyalah halwa telinga BANGI UMNO tidak memerlukan PAS untuk mendamaikan parti itu dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia Naib Presidennya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata UMNO tegas tidak bekerjasama ...
Prn Melaka Selagi Belum Umum Calon Bersatu Masih Buka Pintu Kepada Umno Kata Rosol

Prn Melaka Selagi Belum Umum Calon Bersatu Masih Buka Pintu Kepada Umno Kata Rosol

papar berkaitan - pada 4/11/2021 - jumlah : 309 hits
Rosol Wahid yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkata partinya tidak mahu bersikap hidung tak mancung pipi tersorong sorong PETALING JAYA Bersatu enggan bersikap hidung tak mancung pipi tersorong sor...
Sah Mn Kini Berkubur Pas Terbukti Lebih Cintakan Bersatu Berbanding Umno

Sah Mn Kini Berkubur Pas Terbukti Lebih Cintakan Bersatu Berbanding Umno

papar berkaitan - pada 2/11/2021 - jumlah : 242 hits
Tanpa pengumuman kematian tanpa talkin dan tanpa diketahui di mana kuburnya Muafakat Nasional yang terbentuk melalui kerjasama UMNO dengan Pas kini sah terkubur akhirnya Ia berikutan ketetapan Pas bukan saja untuk kekal bersama Perikatan Na...
Umno Boleh Tutup Pintu Rundingan Bersatu Mungkin Peralat Pas Dekati Pengundi

Umno Boleh Tutup Pintu Rundingan Bersatu Mungkin Peralat Pas Dekati Pengundi

papar berkaitan - pada 26/10/2021 - jumlah : 210 hits
Oleh SHAHBUDIN HUSIN October 26 2021 Pelbagai pihak dilihat tidak senang dengan pengumuman Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berhubung larangan ceramah majlis sosial pelancaran jentera dan segala aktiviti terbuka sepanjang tempoh berkempe...
Suggestion For Umno Bersatu To Use Pas Logo A Jest Hamzah

Suggestion For Umno Bersatu To Use Pas Logo A Jest Hamzah

papar berkaitan - pada 31/10/2021 - jumlah : 291 hits
Perikatan Nasional secretary general Hamzah Zainuddin has brushed off PAS deputy president Tuan Ibrahim Tuan Man s suggestion that all parties that wish to cooperate with PAS use the Islamist party s logo He said the suggestion was made in ...
Bersatu Mungkin Peralat Pas Dekati Pengundi Sekiranya Umno Tutup Pintu Rundingan

Bersatu Mungkin Peralat Pas Dekati Pengundi Sekiranya Umno Tutup Pintu Rundingan

papar berkaitan - pada 26/10/2021 - jumlah : 223 hits
SHAHBUDIN HUSINPelbagai pihak dilihat tidak senang dengan pengumuman Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berhubung larangan ceramah majlis sosial pelancaran jentera dan segala aktiviti terbuka sepanjang tempoh berkempen dalam PRN Melaka Tam...
Pas Divided Whether To Work With Umno Or Bersatu

Pas Divided Whether To Work With Umno Or Bersatu

papar berkaitan - pada 31/10/2021 - jumlah : 330 hits
Members of PAS are uneasy after a decision by party leaders to sanction the use of Perikatan Nasional s logo by PAS candidates in the Melaka elections says a party insider The source who declined to be named said the uneasiness in the ranks...
Tattoos Raised And Itchy

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Flexibility In Business Operations

Kawan Kawan Cik B Sebaya Dato Seri Vida


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Dayang Nurfaizah Mencintai Cinta Chord

10 Influencer Terkenal Di Malaysia

Kerajaan Pahang Tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa Kepada Rm14 18 Juta Berbanding Rm8 Juta Tahun Lepas

Kyrkoherden Och Draken En F Rh Xande Saga Om Mod Och V Nskap Fr N Antika Spanien

How To Survive Thanksgiving Travel