Pas Mahu Teruskan Kerjasama Mn Pn Presiden Pas



(Harakah) – Selepas menilai keputusan Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2020, PAS tetap menyatakan pendirian parti itu mahu meneruskan kerajsama dalam Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN) hingga Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15, akan datang.
Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, PAS semahunya bekerjasama dengan semua parti mengikut konsep bagi menyatukan umat dan bukan memecah belahkannya.
Namun, katanya Kerjasama itu mestilah berasaskan dua perkara iaitu dengan parti yang tidak ‘ekstrem’ dan bukan bersifat ‘liberal’.
“Ya, kita kerjasama dengan semua, tapi ikut konsep kitalah nak menyatukan umat bukan memecahkan umat.
“Kita nak menyatukan umat pertamanya, mesti tidak ‘ekstrem’, tidak ‘liberal’. Dua asas itu. Kita tolak kalangan liberal, tolok kalangan ekstrem. Yang ektrem itu nilai sendirilah siapa yang ekstrem, siapa yang liberal,” tegasnya kepada pihak media.
Beliau berkata demikian selepas menyampaikan Kuliah Dhuha Jumaat atas talian di Masjid Rusila, Marang, hari ini.
Ketika ditanya, dalam situasi sekarang ini maksudnya PAS masih bekerjasama atau menolak Muafakat Nasional, kata Dato’ Seri Abdul Hadi, PAS masih bekerjasama dengan MN.
Malah, katanya biar masyarakat dan rakyat menilai siapa yang mahukan kerjasama itu diteruskan demi kebaikan umat Islam.
“Kita (PAS) bekerjasama, orang yang tak kerjasama biarlah. Biar masyarakat tengok siapa yang kerjasama dan siapa yang tak kerjasama.
“Kita (PAS) sudah bersetuju, sudah tandatangani (piagam), saya (Abdul Hadi) ‘sign’ (tandatangan), (Dato’ Seri Ahmad) Zahid Hamidi ‘sign’, jemput Tan Sri Muhyiddin, atas nama Muafakat Nasional (MN), itu yang perlu dilaksanakan. Kita (semua) sudah tandatangan, saya boleh tunjuk surat itu.
“Kerjasama yang penting, nama-nama itu tak penting, yang penting kerjasama. Sekarang ini, Perikatan Nasional (PN) sudah didaftarkan,” jelasnya.
Dato’ Seri Abdul Hadi turut diminta mengulas saranan Zahid Hamidi agar PAS berfikir tentang kerjasama asal dalam MN, kata Presiden PAS itu PAS telah buat sebaik-baiknya.
“Kita (PAS) sudah buat sebaik-baiknya. Kita banyak pengalaman, kita sudah kerjasama dengan semua (pihak). Bacalah sejarah (PAS) tahun 50-an, 60-an.
“Siapa yang kerjasama dengan kita (PAS), kita terus dan yang tak kerjasama dengan kita itu, sama ada (parti) ‘mati’ ataupun berkecai, terkulai (bubar), tak perlu saya sebutkan namalah (tersenyum).
“Tak perlu saya kata apa (kepada Zahid), baca sejarahlah. Kamu baca sejarah itu daripada tahun 50-an.
“PAS kerjasama dengan Parti Negara, Parti Negara ke mana sekarang? (tapi) PAS ada lagi. Kerjasama dengan Parti Sosialis, PAS ada lagi, Parti Sosialis di mana sekarang? Kerjasama dengan Barisan Nasional (BN), PAS ada lagi, Barisan Nasional di mana sekarang? Kerjasama dengan Parti Melayu Semangat 46, PAS ada lagi (tapi) Semangat 46 di mana? dan banyaklah (lagi) baca sejarah itu,” ujarnya.
Sehubungan itu, Dato’ Seri Abdul Hadi bersetuju dengan pandangan Musryidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Hashim Jasin bahawa PAS akan bekerjasama dengan mana-mana parti yang kurang mudaratnya jika diberi pilihan itu.
“Ya, betullah (Mursyidul Am) dan itulah asas kita (PAS). Itu biar orang (rakyat) tengoklah siapa (parti) yang beri mudarat. Siapa yang sedang membawa mudarat sekarang.
“Kita (PAS) baru buat perbincangan dengan MN. Dalam Umno pun kamu lihat sendiri. Umno Sabah lain, Umno Perlis lain, Umno Johor lain, Umno Selangor pun lain.
“Kita (PAS) pilih yang bersama dengan kita. Sehingga hari ini Menteri-menteri (Umno) tak letak jawatan dan kerajaan kita (PN) terus (memerintah) dan kita hendak selesai masalah Covid-19, itu yang pentingnya. Masalah ekonomi rakyat dan sebagainya.
“Sehingga ini kita (PAS) masih terus dengan PN secara rasminya,” tegas beliau yang juga Ahli Parlimen Marang dan Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2021/04/02/pas-mahu-teruskan-kerjasama-mn-pn-presiden-pas/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenyataan Penuh Presiden Pas Hari Ini Budaya Politik Matang Dan Sejahtera

Kenyataan Penuh Presiden Pas Hari Ini Budaya Politik Matang Dan Sejahtera

papar berkaitan - pada 2/4/2021 - jumlah : 311 hits
SEJAK PAS ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1951 dan memasuki arena politik tanah air PAS tidak dapat diharamkan melalui tindakan undang undang dan politik oleh lawan serta musuhnya kerana tidak bertemu apa apa alasan untuk mengharamkannya...
Pau 2020 Memutuskan Tiada Kerjasama Pas Tetap Akan Berusaha Satukan Umno Bersatu

Pau 2020 Memutuskan Tiada Kerjasama Pas Tetap Akan Berusaha Satukan Umno Bersatu

papar berkaitan - pada 30/3/2021 - jumlah : 343 hits
KANGAR Perhimpunan Agung UMNO 2020 yang berakhir semalam memutuskan tiada kerjasama bersama Parti Peribumi Bersatu Malaysia dalam Pilihan Raya Umum 15 akan datang dan akan bertanding atas logo Barisan Nasional Sungguhpun begitu Mursyidul Am...
Pas Kukuh Kerjasama Dengan Bersatu Hadapi Pru15

Pas Kukuh Kerjasama Dengan Bersatu Hadapi Pru15

papar berkaitan - pada 1/4/2021 - jumlah : 259 hits
60 total views 60 views today Kuala Lumpur Bersatu dan PAS akan terus mengukuhkan kerjasama dalam Perikatan Nasional bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke 15 dan menolak bentuk penjajaran baharu untuk menubuhkan kerajaan pasca PRU15 Setiausa...
Pengukuhan Kerjasama Bersatu Dan Pas Dalam Pn

Pengukuhan Kerjasama Bersatu Dan Pas Dalam Pn

papar berkaitan - pada 1/4/2021 - jumlah : 362 hits
March 31 2021KENYATAAN media bersama Setiausaha Agung Bersatu dan Setiausaha Agung PAS Setelah mengikuti senario politik negara kepimpinan tertinggi Bersatu dan PAS diketuai Presiden Bersatu Tan Sri Dato Muhyiddin Mohd Yassin dan Presiden P...
Presiden Timbalan Presiden Pas Setuju Hadiri Pau

Presiden Timbalan Presiden Pas Setuju Hadiri Pau

papar berkaitan - pada 25/3/2021 - jumlah : 222 hits
malaysiakini comDiterbitkan 25 Mar 2021 12 28 pmPresiden PAS Abdul Hadi Awang dan timbalannya Tuan Ibrahim Tuan Man setuju untuk hadir ke Perhimpunan Agung Umno 2020 pada hujung minggu ini Perkara itu dimaklumkan Timbalan Presiden PAS Tuan ...
Kenyataan Presiden Pas Pagi Tadi Di Rusila Berkenaan Mn Dan Jemputan Bersatu Bersama Mn

Kenyataan Presiden Pas Pagi Tadi Di Rusila Berkenaan Mn Dan Jemputan Bersatu Bersama Mn

papar berkaitan - pada 2/4/2021 - jumlah : 278 hits
Presiden PAS Abdul Hadi Awang menuntut PPBM tetap dijadikan ahli komponen Muafakat Nasional di sebalik penegasan Umno mahu menamatkan kerjasama dengan parti pimpinan Muhyiddin Yassin Beliau juga menekankan bahawa Perikatan Nasional yang dit...
Ika Umno Kerjasama Pas Kenapa Mic Tak Boleh Kerjasama Bersatu Soal Mic

Ika Umno Kerjasama Pas Kenapa Mic Tak Boleh Kerjasama Bersatu Soal Mic

papar berkaitan - pada 4/4/2021 - jumlah : 361 hits
Presiden MIC SA Vigneswaran hari ini menegaskan parti itu berhak menentukan keputusan sendiri berhubung kerjasama politik demi kepentingan masyarakat India Dia mengulangi pendirian MIC yang akan terus menyokong kerajaan Perikatan Nasional y...
Kerjasama Pas Umno Tergugat Parti Islam Perkukuh Kerjasama Dengan Ppbm Tolak Cubaan Bentuk Kerajaan Baharu Dengan Ph

Kerjasama Pas Umno Tergugat Parti Islam Perkukuh Kerjasama Dengan Ppbm Tolak Cubaan Bentuk Kerajaan Baharu Dengan Ph

papar berkaitan - pada 31/3/2021 - jumlah : 387 hits
March 31 2021 2 01 PMPETALING JAYA Dalam apa yang dilihat petanda paling jelas kecenderungan PAS terhadap PPBM kedua dua parti itu mengumumkan mereka akan mengukuhkan kerjasama bagi menghadapi PRU15 dan menolak sebarang cubaan membentuk ker...
Petua Presiden Pas Tidak Lemah Jika Ditipu

Petua Presiden Pas Tidak Lemah Jika Ditipu

papar berkaitan - pada 30/3/2021 - jumlah : 307 hits
Semenjak lama dahulu beliau ditipu Ia bukan ditipu sebagaimana dipatuk dua atau tiga atau lebih kali dalam lubang yang sama Ia lubang yang berlainan Sebagaimana cerdiknya kita musuh juga terdiri dari kalangan cerdik Maka ia tidak semudah ya...
7 Cara Mudah Meningkatkan Pendapatan Dari Rumah Secara Online

Percutian Ke Batam Indonesia

10 Amalan Berpahala Haji Dan Umrah

Nahas Trak Fru Pemandu Lori Direman Empat Hari

Insurance Defense Attorney Protecting Insurers And Policyholders

Another Construction Site Ordered To Close In Kl

Sap Process Automation Malaysia Boosting Business Efficiency With Abeam Consulting

Netizen Rues Investment Losses In Epf S Unit Trust Scheme Wants To Sell Deposit Proceeds Back In Epf


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Setting Up Anchorella The 2 Minute Trick To Beach Umbrella Stability

Buaya Tarik Lelaki Berenang Hingga Maut

Saiz Badan Jadi Pertikaian Ketua Jurulatih Bola Tampar Negara Beri Penjelasan Hanya Mahu Kumpul Mata Untuk

Kawan Kata Suara Saya Okay Fattah Amin Kongsi Punca Dia Mula Untuk Menyanyi Dan Buat Lagu

Hari Ibu Antara Sejarah Sambutan Perspektif Islam

Diy Heavy Duty Canvas Tool Roll Empowering Makers With Custom Storage Solutions