Kerjasama Pas Umno Tergugat Parti Islam Perkukuh Kerjasama Dengan Ppbm Tolak Cubaan Bentuk Kerajaan Baharu Dengan Ph


FMT Reporters
-March 31, 2021 2:01 PM


PETALING JAYA: Dalam apa yang dilihat petanda paling jelas kecenderungan PAS terhadap PPBM, kedua-dua parti itu mengumumkan mereka akan mengukuhkan kerjasama bagi menghadapi PRU15 dan menolak sebarang cubaan membentuk kerajaan baharu yang melibatkan Pakatan Harapan.

Dalam kenyataan bersama, kedua-dua parti itu turut bersetuju menubuhkan mekanisme peringkat pusat bagi memutuskan pengagihan kerusi untuk PRU.

Kenyataan PAS-PPBM itu menyusul mesyuarat presiden PAS Abdul Hadi Awang dan presiden PPBM Muhyiddin Yassin semalam, ekoran perhimpunan agung Umno hujung minggu lalu.

PAU 2020 menetapkan Umno tidak akan bekerjasama dengan PPBM pada PRU15, malah beberapa pemimpin kanan parti itu turut menggesa PAS memilih antara Umno atau PPBM sebagai sekutunya untuk bertanding pada PRU.

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata parti itu akan bersendirian dengan Barisan Nasional untuk bertanding pada PRU15 dan mahu menentukan “parti mana yang benar-benar ikhlas dan jujur untuk membentuk kerajaan bersama kita.”

Dalam kenyataan bersama, PAS dan PPBM tidak menyebut Umno, namun menegaskan, mereka menolak sebarang bentuk “penjajaran baharu untuk menubuhkan kerajaan pasca-PRU15, terutama yang melibatkan PH dan sekutunya.”

PAS menjalin kerjasama dengan Umno menerusi Muafakat Nasional manakala parti Islam itu menjadi sekutu PPBM menerusi Perikatan Nasional.

Walaupun Zahid berkata Umno tidak akan bekerjasama dengan DAP dan presiden PKR Anwar Ibrahim, ura-ura kemungkinan berlaku kerjasama sedemikian selepas PRU-15 bertebaran.

Dalam kenyataan itu, PAS dan PPBM menegaskan penolakan mereka terhadap sebarang cubaan membentuk kerajaan baharu selepas PRU15.

PAS dan PPBM juga menempelak sebagai cubaan untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Muhyiddin.

“PPBM dan PAS …. menolak sebarang usaha untuk merungkaikan perpaduan yang telah sedia terjalin dan sebarang percubaan menggugat kerajaan Perikatan Nasional yang dibina secara bersama,” kata kenyataan itu.

Zahid sebelum ini berkata, apabila tiba masanya, pemimpin Umno yang menganggotai kabinet Muhyiddin dan memegang jawatan kanan lain dalam pentadbiran beliau, akan diminta meletak jawatan.

Beberapa ahli Parlimen Umno sebelum ini menarik sokongan terhadap kerajaan pimpinan Muhyiddin yang dilihat ketika itu sebagai menghakis keabsahan beliau sebagai perdana menteri.

Dalam kenyataan itu, PAS dan PPBM mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Permesyuaratan di peringkat pusat bagi “merangka strategi dan hala tuju Parti khusus bagi menghadapi PRU15, termasuk rundingan pengagihan kerusi.”

“Segala keputusan yang dicapai akan dibawa ke Mesyuarat Majlis Tertinggi PN untuk dimuktamadkan secara kolektif dalam kalangan semua parti komponen,” kata kenyataan itu yang ditandatangani Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan dan rakan sejawat PPBM Hamzah Zainudin.Enable GingerCannot connect to Ginger Check your internet connection
or reload the browserDisable in this text fieldEditEdit in GingerEdit in Ginger×

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/03/kerjasama-pas-umno-tergugat-parti-islam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pas Tak Campur Umno Boleh Kerjasama Dengan Mana Mana Parti Pendirian Pas

Pas Tak Campur Umno Boleh Kerjasama Dengan Mana Mana Parti Pendirian Pas

papar berkaitan - pada 20/3/2021 - jumlah : 330 hits
PAS tidak mencampuri urusan Umno sekiranya rakan sekutunya itu ingin menjalinkan kerjasama dengan PKR Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata dalam negara demokrasi kerjasama itu sentiasa terbuka namun PAS tetap berpendirian tidak akan menjal...
Umno Hanya Akan Berunding Bentuk Kerajaan Bersama Gabungan Parti Lain Selepas Pru 15

Umno Hanya Akan Berunding Bentuk Kerajaan Bersama Gabungan Parti Lain Selepas Pru 15

papar berkaitan - pada 30/3/2021 - jumlah : 344 hits
PUCHONG UMNO hanya akan berbincang untuk membentuk kerajaan bersama parti dan gabungan lain selepas Pilihan Raya Umum ke 15 Pengarah Pilihan Raya UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata buat masa ini keputusan UMNO adalah tidak berund...
Puteri Umno Tolak Kerjasama Dengan Bersatu Yang Wujud Untuk Memusnahkan Parti Itu

Puteri Umno Tolak Kerjasama Dengan Bersatu Yang Wujud Untuk Memusnahkan Parti Itu

papar berkaitan - pada 28/3/2021 - jumlah : 377 hits
KUALA LUMPUR Pergerakan Puteri UMNO menolak kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu yang dilihat kewujudannya untuk memusnahkan parti itu Dalam ucapan dasar Perhimpunan Pergerakan Puteri UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini Ke...
Mahu Bersama Ppbm Dalam Pru Pas Tidak Lagi Minat Perkukuh Mn Kata Veteran Umno

Mahu Bersama Ppbm Dalam Pru Pas Tidak Lagi Minat Perkukuh Mn Kata Veteran Umno

papar berkaitan - pada 1/4/2021 - jumlah : 336 hits
PETALING JAYA Veteran Umno Shahrir Samad menyifatkan PAS tidak lagi berminat memperkasakan Muafakat Nasional bersama Umno selepas parti Islam itu mengumumkan akan mengukuhkan kerjasama dengan PPBM bagi menghadapi PRU15 Katanya dengan pendir...
Zahid Nafi Cubaan Umno Untuk Bentuk Pakatan Dengan Pkr

Zahid Nafi Cubaan Umno Untuk Bentuk Pakatan Dengan Pkr

papar berkaitan - pada 25/3/2021 - jumlah : 282 hits
byAssistant Editorfreemalaysiatoday com March 24 20210PETALING JAYA Umno tidak akan bekerjasama dengan PKR dalam pilihan raya akan datang dan hanya bekerjasama dengan rakan partinya bawah Barisan Nasional Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi be...
Pau 2020 Memutuskan Tiada Kerjasama Pas Tetap Akan Berusaha Satukan Umno Bersatu

Pau 2020 Memutuskan Tiada Kerjasama Pas Tetap Akan Berusaha Satukan Umno Bersatu

papar berkaitan - pada 30/3/2021 - jumlah : 368 hits
KANGAR Perhimpunan Agung UMNO 2020 yang berakhir semalam memutuskan tiada kerjasama bersama Parti Peribumi Bersatu Malaysia dalam Pilihan Raya Umum 15 akan datang dan akan bertanding atas logo Barisan Nasional Sungguhpun begitu Mursyidul Am...
Masih Ada Ruang Kerjasama Umno Dan Pas Dalam Muafakat Nasional Azlan Man

Masih Ada Ruang Kerjasama Umno Dan Pas Dalam Muafakat Nasional Azlan Man

papar berkaitan - pada 2/4/2021 - jumlah : 337 hits
Masih ada ruang kerjasama membabitkan UMNO dan Pas menerusi Muafakat Nasional meskipun Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia terus memperkasakan hubungan di dalam Perikatan Nasional Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Azlan Man berkata p...
Kerajaan Ph Umno Akan Luluskan Akta Lompat Parti

Kerajaan Ph Umno Akan Luluskan Akta Lompat Parti

papar berkaitan - pada 20/3/2021 - jumlah : 419 hits
Spekulasi Pakatan Harapan dan Umno akan bergabung membentuk Kerajaan Persekutuan pasti menggusarkan Perikatan Nasional Namun bagi rakyat senario itu merupakan satu rahmat kepada demokrasi Malaysia kerana tidak akan berlaku lagi lompat parti...
Bersatu Pas Tegaskan Kerjasama Tolak Penjajaran Baru Lepas Pru

Bersatu Pas Tegaskan Kerjasama Tolak Penjajaran Baru Lepas Pru

papar berkaitan - pada 1/4/2021 - jumlah : 528 hits
MalaysiakiniBersatu dan PAS hari ini menegaskan kerjasama dalam Perikatan Nasional bagi menghadapi pilihan raya umum ke 15 Dua parti Melayu itu juga menolak sebarang bentuk penjajaran baru untuk menubuhkan kerajaan selepas itu terutama yang...
Dulu Janji Nak Tolong Sekarang Kena Explain

Avoid Turun Anwar Rally Civil Servants Told

Ai And Ethics Can Help Stop Online Harassment

Rekod Pn Ketika Covid 19 Adalah Ulangan Mimpi Gagal

Hati Hati Inilah Dosa Besar Takhbib Merusak Hubungan Suami Istri Yang Wajib Anda Tahu

Pengumuman Terkini Pmx Hadiah Anwar Ibrahim Untuk Rakyat

Indonesia Begins Cloud Seeding To Fight Riau Fires As Haze Drifts Into Malaysia

Kereta Dipandu Budak 11 Tahun Terbabas Ke Longkang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


How To Get Started With Unit Trust Investment In Malaysia

Spaghetti Aglio Olio Dan Bab B40 Di London

Tengah Diuji Tapi Rasa Tuhan Diam Mungkin Ini Sebabnya

Resepi Ikan Bakar Sambal

Biodata Muaz Zabir Pelakon Dan Jurulatih Kecergasan Dari Negeri Sembilan

Documented Cases Compromised Nonprofits In Abuse Scandals